Monday, October 24, 2011

kisah benar tentang seorang NON MUSLIM mengenai ISLAM

Assalamualaikum..
Hm, terlalu lama senye tak up date blog ni…
Alhamdulillah, kali ini ana nak kongsi satu pengalaman yang cukup menginsafkan dan cukup bermakna.

Sebelum tu, msti ada d antara anda yang mempunyai kawan non muslim and he/she interest in  Islam, right? So ini la yang ana nak kongsi dgn anda semua. Ana betul2 tak sngka Allah akan bg ana peluang ini. Sebelum ini ana hanya mendengar pengalaman orang sahaja.

21-23hb oct 2011 lalu, pihak Universiti ana ada mengadakan program BTN (Biro Tatanegara) yang diwajibkan ke atas btch ana. Masa LDK dijalankan kmi yang seramai 60orang telah dibagi2kan group. 1 group ada dlm 8-9 orang. Dalam kumpulan ana ada 8orang. 5perempuan dan 3 lelaki. Antara kmi 8orang, sorang sahaja yang non muslim, Jim (bukan nama sebenar). Then sesi LDK 1 pun bermula. LDK 1 tentang biodata diri. Aktiviti dimulakan dgn dia dahulu. Tetiba dia kata idola dia adalah NABI MUHAMMAD SAW.. subahanallah, sgt2 la ana terkejut. Then fisi kmi tnya knp dia begitu mengagumi NABI SAW. Dia kata, dia kagum kepada baginda SAW kerana baginda SAW adalah seorang pemimpin yang hebat dalam menyebarkan Islam, seorang Ayah yang baik, seorang Suami yang baik dan macam2 lagi. Dia kata dia mula minat sejak dari berusia 10tahun. Dia pernah Tanya kepada abangnya apa bezanya di antara Nabi ISA dan tuhan Jesus mereka. Then abg dia kata dia pn tak tau. So, dari sana la niat dia untuk mengetahui Islam sangat mendalam. Masuk di sekolah menengah dia mula serius untk mengetahui Islam. Dia kata di sekolah dulu dia rapat dgn seorang ustazah dan berberapa kawan muslim.
…………………………………………………………………………………………………………………………………….
Sesi LDK.
Masa tu ada LDK ttg bentuk. Bntuk yang di beri adalah bntuk bulat, segi 4, segi 3 dan ombak. Bntuk yang paling ana tak suka adalah segi 3, ana terlalu sensetif dgn symbol ini kerana bagi ana ianya berkaitan dgn YAHUDI. Ana tak sangka ada seorang ahli kump tersebut yang sealiran pemikirannya dgn ana, Azim (bukan nama sebenar). Ana kagum dgn ilmu dan pengetahuan yang Azim miliki. Dia juga banyak mengkaji tentang ini. So ana pn banyak bertnya kepada dia. Ketika kmi tengah berdiskusi ttg Agenda Yahudi ketika abes waktu LDK tetiba Jim datang dan sertai diskusi kmi. Tetiba dia tanya soalan tentang Yahudi dan pasal kitab Injil. Ana dan Azim cuba menerangkan secara ringkas. Tak lama pastu dia tanya tentang Islam. Sekali lagi ana dan Azim cuba menjelaskan dan menjawab pertanyaan Jim semampu yang kami tahu, selainnya kmi mintak di rujuk kepada Ustaz. Disitu la dia meluahkan hasrat di hatinya tentang Islam. Alhamdulillah dia kata dia da hafal surah Al-Fatehah, surah Al-Ikhlas dan surah Al-Falaq. Dia baca surah al Fatehah depan kmi. Alhamdulillah sgt… dia kata dia percaya sgt pada kalimah “tiada TUHAN selain ALLAH” dan dia kata dia juga percaya kepada 2 kalimah syahadah. Alhamdulillah…
Dia kata dia juga selalui mengamalkan surah2 di atas.
Apa yang mbuatkan ana kagum, parents dia tak halang pun jika dia ingin menukar agama tapi tungu abes ASASI ataupun lepas Degree.. Ana betul2 berharap agar hidayah berkekalan dan utuh di hatinya.. insyaALLAH…
Masa take breakfast last day, dia lambat, so kmi sebagai ahli grop tungu dia makan dulu. Then tetiba dia mintak ana baca doa makan. Ana kata ana da makan. Then dia senyum lalu menedah tangan n membaca doa makan sendiri di depan ana. MAHA SUCI ALLAH.. terkesima ana seketika.  Inilah yang dinamakan hidayah…

Akhir kata,
Kita doakan bersama semoga hidayah itu kekal di hatinya insyaALLAH..
Semoga dia akn menjadi “saudara baru”kita satu hari nanti… insyaALLAH..
Moralnya :
Tanya dgn diri kita,
“dia yang non muslim mampu menghafal surah2 al quran, mampu mengamalkannya, percaya kepada kalimah “Tiada TUHAN selain ALLAH”, percaya kepada dua kalimah syahadah, percaya kepada Rukun Iman dan Rukun Islam tapi kita yang bergelar MUSLIM ini mampukah sptnya??? Percayakah kita kepada ALLAH sebenar2nya??? Lengkap tak solat kita lakukan???”
Dia yang non muslim berminat belajar Islam, pernah mengerjakan solat mengikut kawan muslimnya, tahu da cara mengambil air wuduk. Tapi kita??? Solat selalu tinggal dan yang sangat menyedihkan ada juga Muslim yang meninggalkan solat. Astagafiruallah, semoga kita dilindungi dari berbuat demikian. insyaALLAH..
Sekarang dia tinggal waktu dan masa yang sesuai utk menjadi seorang MUSLIM.. kerana masih di bawah umur. Tapi InsyaALLAH… dia akan jadi “saudara baru” semoga ALLAH memberinya hidayah.

insyaALLAH, amiin.. J

Thursday, October 13, 2011

9 SITI :)

‎9 Siti patut dijadikan contoh:

⒈ Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah ﷺ yg melahirkan anak² Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

⒉ Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali k.w.h walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg² berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

⒊ Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi ﷺ minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

⒋ Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim a.s yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

⒌ Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah SWT utk mengandungkan Nabi Isa a.s.

⒍ Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

⒎ Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah ﷺ. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

⒏ Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

⒐ Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah SWT.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata² Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti² ini?

p/s: BUKAN Siti Nurhaliza.. Dia APTB.. =)