Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Saturday, December 14, 2013

menuntut ilmu itu WAJIB

Bismillahirrahmannirrahim…
Assalamualaikum wbt…

Kenapa perlu belajar ILMU agama?

Kewajipan ke atas setiap orang Islam.
“Menuntut ilmu adalah fardu ke atas setiap orang Islam.” (HR Ibnu Majah)
Berdasarkan kepada hadis di atas, jelas kepada kita sebagai umat Islam, perlu menuntut ilmu samada ilmu fardu ain atau ilmu fardu kifayah kerana ini adalah kewajipan kita. Namun begitu, harus di fahami bahawa menuntut ilmu fardu ain itu adalah wajib jika di bandingkan dengan ilmu fardu kifayah. Namun tidak bermaksud kita hanya menumpukan seluruhnya hanya kepada ilmu fardu ain, pandai-pandaila kita dalam membahagikan dan menuntutnya. J



Tahukah kalian apakah dia ilmu fardu ain?
Secara umumnya, ilmu fardu ain itu terbahagi kepada 3 bahagian utama :
1.       Ilmu akidah dan tauhid : ilmu ini berkaitan denga n perihal keimanan dan kepercayaan dalam Islam.
2.       Ilmu fiqah : ilmu ini berkaitan dengan hukum hakam dalam Islam seperti ibadat, perkahwinan, zakat dll.
3.       Ilmu akhlak : ilmu ini berkaitan dengan soal Qolbi (hati), sifat2 mahmudah (terpuji) dan mazmumah (terkeji).

Bagaimana pula dengan ilmu dunia? Mengapa kita perlu mempelajarinya?
Ilmu dunia merangkumi ilmu dalam bidang sains (kimia, fizik dan biologi), ilmu sejarah, matematik dll. Ilmu2 ini juga perlu kita pelajar untuk mengukuhkan iman kita kepada Allah. Melalui ilmu2 ini, kita boleh nampak kesenian ciptaan Allah dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia2 seperti yang diterangkan di dalam Al Quran. Dalam Al Quran sendiri terdapatnya ilmu sains, sejarah, astronomi dan sebagainya.
Sebagai contohnya, kita ambil dari surah Yunus ayat 5, maksud ayat :

“Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan itu melainkan dengan benar. Dia menjelaskan tanda-tanda kebesaranNya kepada orang-orang yang mengetahui.”

Melalui ayat tadi, ada 2 isi penting di dalamnya, pertama tentang ilmu sains iaitu ilmu astronomi yang mana Allah telah menjelaskan kepada kita bahawasanya semua planet2 yang ditemui oleh manusia telah pun Allah tetapkan orbit setiap planet tersebut seperti ayat di atas. Kemudian melalui peredaraan matahari, bulan dan planet2 lain telah menyebabkan berlakunya perubahan masa seperti tahun. Dan dalam peredaran bulan itu, manusia dapat mengenal pasti bulan2 dalam tahun. Melalui kajian yang telah di buat oleh manusia maka wujud la system kalender samada dalam system Hijrah mahupun dalam system Masihi. Seperti mana umat Islam mengetahui bila masuknya bulan Ramadhan adalah berdasarkan kepada perubahan bulan.
Namun begitu sahabat2 semua, cuba kita lihat firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 36, dalam ayat ini Allah telah memaklumkan kepada kita bahawasanya bulan itu terdiri daripada 12 bulan keseluruhannya. Jelas kepada kita bahawa, Al Quran telah mendahului kajian2 manusia dan Al- Quran bukan sahaja terdiri daripada ilmu akhirat, seperti ilmu2 fardu Ain malah di dalamnya mencakupi ilmu yang diperlukan oleh manusia di dunia. Memenuhi segala keperluan hidup manusia kerana itu Allah mengurniakan manusia itu akal untuk berfikir dan mencerap ilmu yang ada dan manusia dikurniakan hati untuk merenung ciptaan dan kebesaran Allah.

sistem solar.
nampak tak orbit setiap planet? maha suci Allah... Allah telah terangkan dalam al Quran tetapi kita manusia baru menemui kajian ini. sedangkan dalam Al Quran telah tercatat lama. 


Selain itu, bintang juga bersinar pada waktu malam menghiasi dada-dada langit dengan cahaya yang kemilau. Allah telah menciptakan bintang bukan sekadar hiasan malam malah ianya dicipta sebagai penunjuk jalan dalam kegelapan malam samada berjalan di darat mahupun di air. Boleh rujuk dalam surah Al-Anaam  ayat 97.

Menarik kn ilmu Allah ? J ana akui ana sendiri merasa bertuah kerana ditakdirkan sebagai pelajar Sains sedangkan dulu ana sangat tidak menyukai ilmu sains kerana bagi ana ianya susah dan membebankan sehingga ana pernah berfikir, “kenapa aku perlu belajar ilmu sains? Bukannya penting sangat pn. Paling2 pun yang di gunakan dalam kehidupan seharian hanyalah benda yang asas-asas sahaja.”
…tajdid niat yea shbt andai kalian juga pernah berfikir seperti ini…
Namun begitu sahabat-sahabat, bila ana semakin dalam menyelusuri bidang sains ini ana makin nampak KEHEBATAN CIPTAAN ALLAH. Kalo dulu ana hanya Nampak ikan itu sebagai ikan dan hanya untuk di makan shj, tetapi bila ana belajar ilmu sains dalam bidang biologi, fisiologi dan biokimia di sana ana temui banyak perkara yang menarik. Sebgai contohnya, ikan itu ada banyak spesisnya (yea I know semua orang pn tahu kan..) tapi dalam banyak spesis itu kita tidak tahu kenapa ada ikan air tawar dan kenapa ada ikan air masin. Dan orang tetua akan kata, makan ikan tu baik. Tapi kalo kita tidak belajar ilmu sains, mesti kita akan Tanya, kenapa baik? Apa khasiatnya? Nahh… melalui biokimia dan biologi kita dapat jawapnnya. Dan jawapannya adalah ikan itu tinggi dengan sumber protein. Pastu, tertanya pula, apa itu protein? Kita rujuk dalam biokimia, protein ini baik untuk baiki tisu-tisu dalam badan, baik untuk pembentukan sel , baik untuk otak dll. Nampak tak perkaitannya? Tanpa kajian tanpa mempelajari ilmu dunia dan akhirat secara seiring sudah pasti kita akan jd seperti katak di bawah tempurung. Buat tanpa mengetahui asbabnya. Sejujurnya, bgi ana, ilmu sains itu menarik! Tu belum masuk ilmu fizik yang ada berkaitan dengan masalah genetic ( ok, maslah genetic ada dalam biologi, adik2 pn ada belajar kn tentang mitosis dan miosis dan dlm fizik adik2 akan Nampak bagaiman fizik itu mampu membantu penyelidikn biologi tentang genetic yang berkaitan dengan mutasi. Ops! Harap2 takde reader yang pening dengan term2 yang ana gunakan hehe..assiff.. ) dan sebagainya.. waah.. kalo ana nak hurai nak kongsi cerita susah pula. Ni pn da cukup panjang ana coret. Tapi inshaAllah, kepada adik2 usrah ana yang baca post ni andai adik2 semua nak tahun inshaAllah ada masa lapang masa akak cuti sem nanti kita buat pencerahan dan huraian tentang ni yea.. inshaAllah J

Baikla, ana rasa cukup untuk kali ini ana huraikan asbab pertama kenapa kita perlu ilmu. Eh, dalam tajuk tantang ilmu agama tapi huraian ilmu dunia pula (sains) waaduuh, jangan pening dong… dalam ilmu dunia itu lah kita akan dapat ilmu akhirat dan ilmu agama andai kita celikan mata hati kita. Memandang ilmu dunia (sains) itu dengan pandangan iman. Setiap apa yang Allah cipta tidak sia-sia pasti ada asbabnya dan dengan penyelidikan dalam bidang sains lah kita Nampak kebesaran Allah. Melihat kekuasaan ciptaan Allah yang sangat hebat dan agung lagi indah. Secara tidak langsung kita akan dapat mengisi jiwa rohani dan iman kita terus menundukan nafsu kita serta segera menginsafi diri bahawa kita hanya hamba yang kerdil.

Segala salah dan silap ana mohon teguran. Kepada murobbi ana yang sudi membaca wadah ini ana mohon teguran dan nasihat di dalam ana memperbaiki isi dan penyampaian perkongsian ini. Juga kepada sahabt-shbt ana yang budiman, mohon juga tunjuk ajar dan teguran kalian. Tegur aku andai aku salah. Islah nafsika waa islah ghoiruka. Gitu juga kepada adik2 ku terutama adik2 di SMKB, andai akak ada terslah mohon teguran… shukran Jazilan kerana sudi menziarahi wadah ini. J andainya bermanfaat, sila la berkongsi kepada shbt2 lain..

Sumber :
-          Al Quran

-          Pesanan Buat Diri karya Suhaili Nain dengan huraian pengalaman ana sendiri. Cuma buku ini membantu ana dalam menghasilkan idea-idea yang ana kira bernas dan boleh di kongsi.

Sunday, November 17, 2013

Bulatan Itu

Bismillahirrahmannirrahim..


ungkapan indah dlm bait bicara
menyusun madah seindah kata.
kata hati ingin kembali, kembali kpd fitrahnya insani.
Terkadang langkah terhenti dek herdikan manusia
Baru berhijrah di katanya alim imannya lemah sukar di bangkit.
Iman menangis menangis kejahilan diri
Dosa yang tinggi menggunung hanya menunggu masa untuk menghempap
Kesesakan indahnya dunia mengaburi mata
Sehingga lupa antara haq  dan batil.
Sampai bilakah diri membiarkan hati itu begitu rupa?
Fitrah hati utuk kembali kepada pencipta…
Asatagafiruallah alazim.. hasbi Allah… Allah.. Allah…
Cuba kita renung di daerah hati
Dimanakah kita meletakan Allah di hati kita
Allah maujuddun billa makanni..
Allah wujud tidak bertempat
Tetapi kehadiranya sudah tentu kita dapat merasainya
Umpama kehadiran udara yang memberi nafas kepada setiap manusia.
Awaluddin makrifatuallah
Seawal-awal agama adalah mengenal Allah.
Usah di tundung jari kepda siapa bersalah jika gagal mendapat didikan agama
Tetapi
Bangkitlah.. usahala.. carilah…
Laa tahzan innallaha ma’an.. (9:40)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (40 : 60)

::Nasihat buat diri ini dan buat yang membaca…::


7:50 pm 17 NOV 2013
Di bumi Jihad



assalamualaikum warahmatuallah...

alhamdulillah.. currently ana da di tahun akhir untuk krusus ana dalam bidang pengajian sains. doakan ana ye semoga tahun akhir kali ni ana mampu membuat yang terbaik buat diri ana dalam urusan dunia dan bekalan akhirat ana. inshaALLAH.

hmm.. cuti sem lalu pn banyak ana belajar. masa tu Allah memberi ana peluang untuk kembali berkumpul dgn adk2 usrah ana d sekola. alhamdulillah.. alhamdulillah ya Rabb.. ^_^ meskipun ana sakit pada ketika itu namun ana gagahi juga untuk turun meeting dan berprogram. sungguh ana sangat menyayangi kalian adk2 semua kerana Allah. ana juga pernah seperti adik2 suatu ketika dulu. tertatih dalam mencari nilai agama itu sndiri. dan alhamdulillah pada ketika itu (2008) Allah telah menghantar seorang murabbi yang telah berjaya menyentuh hati ana dan sahabat2 yg lain. usrah di mulai dgn zikiruallah.. dalam zikiruallah itula ana dan shbt2 yang lain dididik untuk mencari sendiri di mana sebenarnya kami meletakan Allah di hati kami. airmata membasahi muka2 nan berlumuran dosa. berusaha membasuh noda hitam di hati dengan airmata keinsafan. alunan zikiruallah yang lunak dan merdu menghiasi suasana sunyi. zikiruallah yang lahir dari hati mampu meyentuh hati yang mendengar. esakkan tangisan sentiasa menghiasi membasihi bulatan Rhodatul Jannah itu. betapa hati kecil ini sangat merindui tarbiyyah sedemikian. keberkesanannya membuatkan hati2 kami sentiasa menangis kenangan tersebut.
Allah... izinkan kami untuk bertemu lagi ya Allah...
bersama mengaluni hati2 dgn zikiruallah.
mencari MU di daerah hati ini...
jaga hati2 shbt2 yang merinduiMU ya Allah... ampuni dosa2 kami.. sungguh kami insan yang lemah. 

2 in 1- Mini Rehlah & Usrah Gabungan 
Tempat : Gelanggang Futsal (muslimin)
Gelanggang Bola Tampar SMK Bongawan (muslimat)
Masa : 6.30 am - 11.00 am
Tarikh : 10 Nov 2013 (7 Muharram 1435H)


pesanana terakhir  adik2,
"kak, terima ksh kerana meluangkan masa untuk usrah kami. akak jaga diri ye. kalo akak buat usrah di sana jangan lupakan kmi ye."

"kak, bila lagi kita dapat berkumpul bersama? dgn kak Jannah? dgn kak Yani dgn kak Tikah? rindu la kak berusrah dan berkumpul mcm dulu dgn akak2 yang lain.."

Allah.. sungguh ana terharu membaca sms terakhir sebelum kaki ini melangkah meninggalkan tanah kelahiran demi mencari ilmu. ana di isi lagi dengan kata sorang shbt seperjuangan ana di sini,

inti dari dakwah adalah bahwa kamu mengajak agar setiap orang dekat kepada Allah, bukan kepada dirimu, kaummu ataupun jamaahmu. Perbezaan dari dua keadaan tersebut sangat tipis tapi imbasnya kepada kehidupan seorang dai dan orang yang diajak (mad'u) luar biasa serta balasannya di akhirat kelak juga sangat besar.
~ Al-Habib Ali Al-Jufri hafizohullah ~

Ya Allah.. bantu aku... bantu aku... bantu aku..
aku takut andai niat ku tersasar ya Allah... T_T 
hati ini cukup merasa peritnya berjauhan dr MU.
jangan Engkau biarkan aku bersendirian...
hadirkan buatkn hamba2MU yang juga mencari redhaMu...
redhai perjuangan ku ya Allah.. aamiinn...

p/s : tegur andai ana salah... :) 


Thursday, July 25, 2013

Tinta Buat Ibu dan Ayah

Bismillahirrahmannirrahim...

sungguh,
kerinduan ini mengerakkan jari jemariku melakarkan apa yang terkandung d hati saat dan ketika ini.
ku tatap raut tua itu yang sntiasa menghiasi hari2 ku meskipun kini aku berjauhan dari mereka.
tanpa mereka tidak mungkin aku berada dunia saat ini.
wahai ibu dan ayahku..
maafkan aku andai penah menyinggug perasaan kalian
dalam sedar atau tidak..

ayah,
seorang yang sangat memahami ku.
saat aku jatuh, kecewa dan terluka
ayah sentiasa berada d sisiku
tidak pernah dibiarkannya aku bersendirian.
di saat aku gagal dalam mengapai cita-citaku
dia sentasa memberiku kata2 semangat
mencium dahi ku dengan penuh kasih syg...
kata2 semangat sentasa di lontarkan kepadaku.
di setiap akhir solat,
doa sentiasa di panjatkan buat kami anak-anaknya.
doa itu yang sering ku dengari.
membuatkan hati kecil ini menangis teresak2.

ibu,
insan yang paling rapat denganku.
di saat aku sakit dan jauh darinya
dia la insan paling risau...
di sujudnya tidak pernah lupa untuk mendoakan anak-anaknya.
ibu sentiasa memberiku kata-kata hikmah untuk ku terus bertahan
tika ujian Allah datang dan menerpa diriku,

Di ketika aku sakit dan tidak berdaya
ibu dan ayah insan-insan yang paling risau
kekadang, aku sanggup menyembunyikan sakit yang deritai
kerana aku tidak sanggup menyaksikan wajah tua itu dibaluti kerisauan.
selagi aku mampu bertahan
selagi aku mampu mencari penawar
aku akan cuba berusaha tanpa melibatkan ibu dan ayah.

ibu, ayah...
maafkan aku.
aku tdk bermaksud membelakangi kalian
tapi aku tidak sanggup untuk melihat wajah kerisauan itu
aku ingin melihat wajah itu sentiasa di hiasi dengan keceriaan dan kebahagiaan
aku tidak tahu,
samada aku ini anak yang baik atau tidak
anak yang taat atau tidak
anak yang solehah atau tidak...

ibuku,
diraut itu seringkali ku lihat di hiasai derita yang perit
tiap kali ku lihat wajah itu
hati ini umpama di hiris2
kalo boleh ingin shj aku yang menanggung sakit itu
tapi iu ujian Allah buat kita.
aku hanya mampu mendoakan keselamatan dan kesejahteraan ibu.
aku hanya mampu mengambil alih tugas di rumah dan
 membiarkan ibu rehat smbil menambahkan ilmu agama d dada.
memberi mu peluang untuk mendekatkan diri pada yang Esa.

ya Allah...
aku memohon padaMu
agar Engkau memberi aku peluang untuk aku menjaga ibu dan ayah.
izinkan aku untuk membahagiakan mereka
panjangkan dan rahmati umur mereka.
aku bahagia melihat setianya ayah di sisi ibuku.
aku bahagia lihat abang2 tidak pernah melupakan ibu dan ayah
mereka sentiasa membahagiakan ibu dan ayah
dan satu hari nanti aku harap aku mampu menjadi seperti abang2 aku
yang tidak penah meninggalkan tanggunjwab mereka sebagai seorang anak
segala pemintaan ibu dan ayah di tunaikan semampu dan sedaya yang boleh.

aku di besarkan dari keluarga yang sederhana
ayah hanya bekerja kampung
demi anak-anak, ayah sentiasa bekerja tanpa lelah
namun, ayah tdk pernah lupa untuk bersama dan meluangkan masa bersama anak-anak.
kami tetap di didik oleh ayah mengenal erti kesopanan dan adab
ilmu agama juga tidak pernah di biarkan...
segala pengorbanan ayah tidak penah ku lupakan..
tiap bait bicara dan kesah hidup serta dugaan dalam membesarkan kami tidak penah sekali ku lupakan.

demi ibu dan ayah,
aku berusaha sebaik mungkin,
agar raut tua itu di hiasi dengan senyum yang manis bahagia..

ya ALLAH..
ampuni dosa2 ayah dan ibuku.
syangi mereka dan jaga mereka tatkala kasih dan sygku tdk smpai pada mereka.
terimala taubat dan terimala amalan mereka.
kurniakan mereka warrdah dan rahmahmu ya Rabbul Izzati..


12:14 pm
KHAR
16 ramadan..
# aku ingin memeluk dan mencium erat tangan mereka.. oh ibu dan ayahku..... maafkan anakanda...

Friday, July 19, 2013

Ana uhibuki Fillah

Bismillahirrahmannirrahim....
assalamualaikum warahmatuallah....

alhamdulillah da masuk hari ke-10 dalam bulan ramadhan kita telah memasuki fasa magrifah di bulan ramadan. jom kita bersama2 muhasabah dalam mencari keampunan Allah.. :) salam mahabbah ramadhan dari ana.. ^^.

baiklah saudara saudari sekalian,
lembaran kali ini ana ingin berkongsi tentang ukhuwah Islamiah.. tentang sahabat...
telah berkata Imam Ghazali r.a (kalo tak silap andai salah sila tegur ^^.) :
"sesungguhnya, Iman berkait rapat dengan ukhuwah dan silaturrahim.."

semalam Allah menguji ana dengan 1 kesedihan. hanya Allah tempat ana mengadu. saat dan ketika itu tiada seorang pn yang memahami keadaan ana. housemates ana pn tidak mampu membaca riak muka dan tingkah laku ana yang agak moody dan tidak seperti selalu. ana menangis sebelum tidur kerana ana merindui sesuatu. ana merindui belaian dan kasih syg insan yang bernama SAHABAT. d setiap sujud ana, ana merayu pada Allah agar dipertemukan dengan sahabat2 yang bisa menjadi sahabat dunia dan akhirat ana. ana sangat2 perlukan sokongan dan dorongan dari yang bernama sahabt dalam menempuh alam kampus yang penuh mehnah dan mencabar ini. kerana yang bernama sahabat juga, ana penah jatuh sakit yang teruk semester lalu. masih lagi kukuh tinta ana dalam lembaran tentang kerinduan ana kepada sahabat dalam bulatan Usrah yang pada ketika itu, ana hanya mampu memahat dan mengukirnya di atas kertas. meluah segala perasaan dan kerinduan pada sehelai lembaran putih yang di selang seli kan dengan esakan tangisan. ketika itu, ana sangat perlukan kata2 semangat dari insan yang bernama sahabat...

dan alhamdulillah... pada Ramadhan kali ini, Allah telah memakbulkan permintaan ana. Dia telah mencampakan ana dalam 1 bulatan tarbiah naqibah. di situ, ana dipertemukan dengan sahabat2 yang hebat datang dari pelbagai negeri. kali pertama berjumpa, ana agak kekok kerana ana di kira "orang baru" dalam kelompok itu. ana hanya mampu mengunci bicara membiarkan sahabt2 lain meneruskan perbincangan. perjumpaan ke-2, ana semakin serasi bersama mereka. mungkin kerana ukhuwah kerana Allah itu menjadikan kami semakin merapatkan diri. segala kesedihan yang ana alami seolah2 terubat dalam perjumpaan tersebut. segala perkongsian dan perbincangan ilmu hebat berlaku dalam bulatan itu. Allahu rabbi... betapa ana bersyukur kerana terpilih untuk bersama mereka. dari sna ana belaja pelbagai ilmu serta mencakna minda tentang isu2 semasa menjadikan fikiran lebih matang dan alert soal dan isu Islam.. alhamdulillah.. terima ksh kpd naqibah ana, akak S sbb akak bg peluang ana untuk bersama mereka semua. terima ksh juga ats tarbiah akak sepanjang ana d sni ^^.

berbalik kepada Ukhuwah Islamiah itu,
bagi ana, ukhuwah Islamiah ini terlalu manis untuk di rasai. bila kita berada dalam ukhuwah itu, sudah pasti anda tidak mahu perpisahan berlaku. kalo boleh anda ingin sentiasa bersama mereka. bila berjauhan, terasa satu kerinduan dalam hati kepada mereka.
ukhuwah Islamiah adalah ukhuwah yang didasari dengan1 aqidah yang sma iaitu mencari mardhatillah. berjuang di atas landasan yang sama iaitu demi tertegaknya Islam. saling menasihati dan saling memahami. saling mendoakan dan saling merindui. tidak ada batasan usia dalam Ukhuwah Islamiah ini.

p/s : Ukhuwah Islamiah ini besar juga skopnya tapi pada n3 kali ini ana hanya huraikan sdikit shj sesuai dengan perkembangan n3 ana. mungkin sesiapa yang berada dalam bidang tarbiah, anda lebih mengetahui tentang skop ini. sbb tanpa ukhuwah yang kuat, misi perjuangan itu sukar di capai. kerana semuanya bermula dari HATI dan Bersatu.

kepada adik2 akak d SMKB,


akak harap adik2 semua mampu untuk membina sebuah Ukhuwah Islamiah. akak nak kamu semua rasa manisnya ukhuwah kerana Allah dan akak telah menemuinya suatu ketika dlu ketika mula2 melibatkan diri dalam usrah bersama shbt2 akak d SMKB. di situ titik permulaan sejarah kisah persahabatan akak dengan sahabt2 akak kerana Allah. berjuang sedaya yang mampu untuk mengekalkan usrah d sana. walhal ketika itu, semua guru2 naqibah telah berpindah sekola dan amanah kak Jannah masih tergenggam erat dan kukuh dalam diri kami ketika itu. dan alhamdulillah usrah SMKB sekarang makin hebat bila da d bawah KRU PSS. alhamdulillah. dlu mang dari tahun 2008 lagi naqibah (kak Jannah) ingin menubuhkan KRU d SMKB tapi ada halangan dan alhamdulillah akhrnya tertubuh juga pada tahun 2013 ini. tahniah semua! :) . berbalik kepada kisah tadi, kalo dlu, persahabatan kami hanya sekadar  "sahabat" tetapi bila konsep ukhuwah Islamiah itu mula tertanam dan terbetuk dalam diri kami, kami sentiasa merindui meskipun kini jarak memisahkan akak dengan shbt2 akak. akak salu menangis bila teringat mereka. saat indah bersama mencari erti kehidupan. merindui saat kami menangisi bersma bila di uji dan dilontarkan fitnah. mahu menggerakan program agama itu bukan senang pada ketika itu. terlalu banyak ujian mehnah yang dilontarkan kepada semua AJK program. masa ketika dan saat tu mang agak down sehingga seorang sahabat ini mengingatkan akak, 
"sahabat, jika kita menolong agama Allah, inshaAllah Dia akan menolong kita dan meneguhkan kedudukan kita. ni pesanan Allah dalam Surah Muhammad ayat 7."
alhamdulillah.. setelah itu kami semua berusaha sunggguh kerana kami pegang kpd amanah naqibah2 dan ustaz2 yang telah pindah dr sekolah. semua itu akak lalui bersama mereka. dan menjadikan hubungan kami lebih erat. 

Dalam bersahabat memang kadang kalanya da yang terluka namun, kerana sayang, semua itu kita telan. luka td kita ubat tanpa menyakiti hati sahabat. bak kata naqibah ana, biar kita sakit kerana sahabt, jangan kita yang menyakiti sahabat.

kepada yang telah menemui sahabt yang menangis bersma jagala hubungan itu ikhlas kerana Allah. semoga ikatan ukhuwah itu menjadi bukti kita dalam perjuangan Islam.



""Hari yang indah, senyuman pertama hulurkan salam ukhuwah kita. silaturrahim ini tak akan terpisah berbahagia untuk selamanya..  kita jalinkan seperti rasulullah dan sahabat. bertemu berpisah kerana Allah."



sahabat, andai ana salah maafkan ana,
andai ana silap mohon teguran dan bimbingan sahabat.
andai ana penah melukai kalian, ampunkan ana.
andai ana bersalah sila beri tunjuk ajar...

ku cintai dan rindui kalian kerana ALLAH...


7 : 08 am


Thursday, July 11, 2013

Semuanya bermula dari diri!

Bismillahhirrahmannirrahim...
Assalamualaikum warahmatuallah..

"salam mahabbah Ramadhan.."
alhamdulillah sampai juga kita ke bulan yang penuh barakah ini. segala pujian bagi Allah di ats kesempatan ini. semoga kita dapat melalui bulan ini dengan penuh perjuangan dan keinsafan. :)

"aku bukan seorang yang baik. namun aku berusaha untuk menjadi baik. aku bukan alim tapi aku cuba untuk belaja supaya aku tidak jahil. aku nasihat, bukan bermakna aku ini sempurna. aku nasihat kerana aku sayang kepada insan2 yang ku beri nasihat dengan harapan agar mereka juga menasihati ku tika ku alpa dan lalai. aku bukan penghukum, kerana hukuman itu bidang kuasa Allah. DIA yang Maha Kuasa ke atas hamba2Nya dan aku hanya mampu memberikan teguran, dan pilihan itu di tangan anda. sebab fitrah manusia dan diri itu harus di pahami. Benar, mujahadah itu bukan sesuatu yang senang. ianya perlukan kekuatan dalaman yang mesti di bina atas nilai Islam dan Iman itu sendiri. aku juga seperti kalian, berusaha dalam mencari SIAPA diri ini... mujahdah itu satu proses terbiah yang kita perlu istiqamah. biar lambat asal berterusan. kita berubah dan berhijarh bukan kerana manusia tapi kita berubah kerana kita tahu tujuan hidup ini. bersama kita untuk kembali kepada fitrah kejadian kita. kita bukan sesiapa tapi kita cuba menjadi siapa kita kepada agama. siapa kita tanpa agama? siapa kita tanpa Allah? .. aku penah terhakis nilai kekuatan yang telah ku bina satu ketika dahulu. banyak ajakan yang aku tolak kerana kurang keyakinan dalam diri. kerana malu. ku tinggalkan perjuangan yang telah memberi aku 1001 kenangan bermakna dan terindah dalam hidup ku. itu la USRAH. bulatan gembira yang mempertemukan hati2 yang sama menagih kasih Ilahi, mempertemukan hati2 yang berukhuwah dan bersahabat kerana Allah. alhamdulillah kini aku diberi kekuatan lagi untuk kembali kepada fitrah ku. alhamdulillah ya Allah.. ujianMu cukup membuat ku terjaga dari lena yang panjang. teguranMU telah membuka mata aku untuk kembali menilai diri. kasihMu telah mempertemukan aku dengan sahabat2 yang hebat dalam perjuangan mencari redhaMu.
fikirkan bersama... aku, bukan geng tudung labuh. tapi itu semua bukan halangan dalam mencari redha Allah. aku ingin bersuara yang mana tarbiah ini kita tidak seharusnya fokus kpd si tudung labuh tapi seharusnya fokus kepada mereka yang memerlukan pengisian. kenapa kita perlu wujudkan jurang hanya kerana ini? kenapa tidak kita ajak mereka2 ini bersma wujudkan silaturrahim sambil pengisan seperti mereka yang bertudung labuh.? maaf tinta ini bukan ingin ku tujukan kepada sesiapa cuma aku sebagai si pemerhati agak kecewa dengan sesentgh sikap individu seperti ini. bagiku, individu seperti ini tidak mampu untuk mendidik diri supaya berbaik sangka kepada mereka yang tdk seperti mereka. ingat, hidayah Allah itu tidak semua yang dapat. kita tidak tahu kemungkin akan datang dia si tudung biasa itu la yang lebih hebat perjuangannya di jalan Allah. justeru kita harus berfikir, siapa kita untuk menghukum? bukan kah kita sepatutnya menjadi si pendidik kepada yang perlukan bimbingan. bukan menjadi si pengejek dalam diam. kita kata kita akui kita penerus perjuangan nabi SAW tapi telah kah kita teladani sifat baginda? baginda penuh kelembutan juga ketegasan. kenapa kita perlu marah dan memandang serong kepada mereka yang tidak tahu? bukankah kita yang tahu ini sepatutnya menghulurkan bantuan kepada mereka? ... dalam tinta ini mari kita bersama muhasabah diri. usah risau siapa kita pada pandangan manusia. cukup kita utamakan pandangan Allah. Allah itu maha Kuasa. dan tempat kembali kita di Sana"

mungkin apa yang ana rasa seperti ini. tapi jauh di lubuk hati setiap insan itu memiliki naluri untuk berubah dan alhamdulillah Allah memberi ana kesempatan untuk menyaksikan ini. mungkin ianya sebagai sumber ana untuk ana terus dalam bermujahadah. setiap apa yang berlaku, pasti bersebab. Allah tidak penah menjadikan sesuatu itu secara sia2.
kita walau di campak di mana sekali pun biarla membawa image yang positif kepada yang lain. berdakwah melalui perbuatan dan akhlak serta peribadi diri. biar kita dikenali sebagai insan biasa tapi memiliki dalaman yang kuat dan teguh yang tak mudah di gugat. sentiasa bermuraqabbah. inshaAllah.... kita berdakwah secara perlahan2 dan berperingkat. biar perubahan insan2 di sekeliling lahir dari kefahamn mereka bukan kerana paksaan. kerana kita ingin mereka2 berubah kerana Allah bukan pujian manusia..

doakan ana kuat dalam perjuangan ana... inshaAllah bermula ramdhan ini, akan di aktifkan slot mentor mante bersama adik2 junior inshaAllah.. doakan semuanya berjalan lancar.. :)

salam imtihan.. salam perjuangan... salam ramdhan...

maafkn ana jika ada keterlanjuran bahasa..

12:20 am
kolej harun aminnurrashid.

Thursday, July 4, 2013

Cebisan tinta buat Mesir

Bismillahirrahmannirrahim...

alhamdulillah, ana masih di izinkan bernafas sehingga hari ini. tak sabar rasanya ingin bertemu dengan bulan yang penuh barakah.. Ramadhan al Mubarak. ahlan wasahlan ya Ramadhan..

hari ini kita lihat kejatuhan pemerintahan Islam di Mesir. ana merasa terlalu sedih. meskipun ana bukan berada d sana tetapi kerana aura Islam yang diperjuangkan beliau, ana tertarik untuk follow up issue ini. terima kasih buat sahabt2 ana d FB yang sentiasa up date issue ini d wall masing2..
mang benar, jika kita ingin memperjuangankan kebenaran terlalu payah kerana halangan dan onak duri itu sentiasa menerjah dari pelbagai sudut. namun, setiap kepayahan dan kesusahan ini tidak akan berlaku secara sia2 kerana nikmat dan Syurga Allah itu terlalu hebat.

ana bermonolog sendirian terbelanggu dengan pelbagai persoalan. menimbang baek dan buruknya.
"apa yang aku sumbangkan untuk agama?"
"amanahkah aku dengan masa?"
"jujur dan ikhlas kah aku dalam perjalanan ini?"
"apa keutamaan ku?"

Allah... soalan2 ini terlalu menikam jantung ana. meskipun soalan2 ini tercetus dari minda ana sendiri namun untuk menjawabnya, hanya hati yang berhak menjawabnya. hati jika ia bersih maka bersih la jawapannya. tapi andai hati kotor, maka buruk la jawabnya.

ana petik kata2 dr Dr Morsi... kata2 ini menyebabkan airmata ana tak berhenti mengalir. terlupa seketika ana dengan assignmnets yang menimbun..

ucapan beliau :  (copy paste dr page Pakar Diari Hati)

Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.

Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku.
Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!





kita bersama2 refleksi dan muhasabah diri. Ramadhan bulan yang penuh barakah tidak lama lagi akan mengunjungi kita. hati ini sayu. terlalu sayu.. semoga kita semua diteguhkan hati dan iman dalam perjuangan Islam. walau tidak dengan tenanga inshaAllah dengan doa. Allah lebih mengetahui segalanya..

ya Allah,
dalam perjalanan panjang ini
kekadang langkah ku pincang
aku mencari 1 sinar dalam meneruskan langkah
sesekali aku terjatuh
aku meraba-raba mencari tongkat untuk berdiri
jatuh ku adalah tarbiah dariMu
jatuh ku mengajar aku erti hidup sebenar
jatuh ku mengambalikan aku padaMu...

ya Allah,
andai jalan yang aku pilih adalah pilihanMu,
tetapkan aku dalam perjuangan ini
andai ianya bukan pilihanMu
peliharala diriku
jangan biarkan aku jauh dariMu...

Di saat aku kehilangan sahabat,
sabarkan hati ku
kerana ukhuwah kerana kasih Mu 
tidak akan penah luput dek zaman
tak akan penah luntur dek masa
tidak mengira usia dan bangsa...

aku mohon padaMu ya Rabb...
hadirkan aku sahabat yang sentisa mengingatkan aku akan ada Mu,
sahabat yang mengajar aku erti tarbiah
sahabat yang sentisa menegur tika ku alpa...
teguh dan satukan hati2 kami dalam perjuangan agamaMu.
jadikan uhkuwah itu asbab untuk kami meraih
kasih, sayang dan redhaMu...

semoga ukhuwah itu terjalin seperti
Rasulullah dan para sahabat..

selawat salam buat baginda Rasulullah SAW..
ya Allah,
ampuni dosa2 ku, ibubapa dan kaum keluarga ku, guru2 ku serta sahabat2 ku.. 
tidak lupa juga buat saudara saudari seislam ku. berila kami petunjukMu dan murahkanla rezeki kami.
andai kami mati, matikan kami dalam keadaan iman..
aamiin..



11:49 am (khamis)
kolej Harun Aminurrashid

mohon maaf andai ada salah ana dalam semua entri ana..

Sunday, April 14, 2013

Di balik bebrapa peristiwa kisah Nabi Musa

Bismillahirrahmannirrahim...
assalamualaikum warahmatuallah..

Dalam lembaran dan bicara kali ini ana ingin berkongsi tentang sebuah kisah nabi ALLAH yang sangat menarik.

Kepada perawat Islam di luar sana mungkin antum semua cukup serasi dengan surah Yunus ayat ke 81-82, maksudnya :
“Maka ketika para pesihir itu datang Musa berkata ; apa yg kamu lakukan itu, itulah sihir, sesungguhnya, Allah akan menampakkan kepalsuan sihir itu. Sungguh Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang yg berbuat kerosakan.”  QS  Yunus :81

“Dan Allah akan mengukuhkan yg benar ketetapanNya walaupun org2 yg berbuat dosa tdk menyukainya.” QS Yunus : 82

Dalam ayat di atas jika kita kaji  sirahnya di dalam al Quran cukup menarik. Dan ustaz Sharhan penah pesan, jika kita mengetahui sirah tesirat dalam amalkan itu nescaya akan timbul satu kekuatan keyakinan untuk terus mengamalknnya.. Ayat di atas menerangkan tentang Kisah Nabi Musa dan Nabi Harun dalam menetang kekafiran Firaun yang pada mana masa tu Firaun bersama konco2 nya menggunakan sihir . namun begitu, dgn Izin ALLAH, tongkat yang dilemparkan oleh Nabi Musa itu bertukar menjadi ular yang menelan ular2 penyihir tadi. Sehingga pesihir2 itu sujud dan mengakui keagungan dan kekuasaan Allah setelah peristiwa itu. (boleh rujuk surah Toha ayat 70-72)

Pabila ana mengetahui sirah ini, ana semakin teruja untuk terus mengamalkannya, dari situ timbul satu perasaan yang sukar terluah. Bukan hanya ayat2 ini shj, tapi ada banyak kisah yang ingin ana kongsikan tentang kisah Nabi Musa di lembaran kali ini. Kisah Nabi Musa a.s sangat melekat di hati ana. 

Ketika Nabi Musa masih bayi lagi, Nabi Musa telah di uji oleh Firaun yang mana pada ketika itu Musa merupakan anak angkat Firaun dan Siti Asyiah. Siti Asyiah menjumpai Nabi Musa di hanyut di sungai Nil. Dengan kelembutan Siti Asiyah akhirnya Firaun mahu menerima Musa sebagai anak angatnya. (surah Toha ayat 38-39)
Suatu hari, Firaun telah menguji Nabi Musa yang pada itu masih kecik merangkak lgi. Firaun telah meletakan susu, bara api dan emas di hadapan Nabi Musa. Dan Nabi Musa dilepaskan untuk memilih samada susu, bara api atau emas. Pada mulanya nabi Musa merangkak menghala ke emas yang mana kilauan emas itu menarik perhatiannya, Siti Asiyah merasa debaran yang sangat kuat kerana, andai Nabi Musa memilih emas nescaya Nabi Musa akan dibunuh oleh Firaun. Namun, malaikat Jibrail dengan izin Allah telah mengalihkan arah rangkak an Nabi Musa menuju ke bara api dan akhirnya nabi Musa makan bara tersebut menyebabkan Nabi Musa cacat lidah. Sejak itu, baginda tidak mampu untuk berbicara dengan fasih seperti saudaranya Nabi Harun yg merupakan pembantunya.  (surah Toha ayat 29-32).
Namun Nabi Musa tetap membesar menjadi seorang ilmu yang terkenal sehingga baginda ramai pengikut dan Firaun merasa marah dan terancam.

Pabila Allah memerintahkan Nabi Musa untuk menghadap Firaun, lalu baginda berdoa dalam surah Toha ayat 25-28. Dan dalam ayat2 ini nabi Musa memohon supaya di lapangkan hati, dipemudahkan urusan, dan di pahami kata bicara. Kalau kalian semua perasan, ayat Toha :25-28  adalah ayat yang selalu kita lafazkan sebelum kita memulakan apa-apa program dengan harapan agar Allah memudahkan urusan kita dan orang yang mendengar memahami lisan kita. See, rupanya di balik ayat2 ini ada peristiwa yang sangat menarik. Andai kita mengamalkannya dengan mengetahui sirah ini In sha Allah pahalanya dan keyakinan kita makin mantap dan langkah kita dalam menyeru orang kepada kebaikan in sha Allah dipermudahkan. 

*****

Bila ana ingat balik cermah ustaz Sharhan di TV9 dalam program “Tanyala Ustaz”  yang berlangsung selama 3hari tu (mungkin sape nak tengok ulangan boleh cek d www.tonton.com).
Hati ana rasa tersentap.. terus bermolog dalam hati,
haih, selama ni aku amal tanpa tahu pn sirah dibaliknya. Mak ayah suruh hafaz dan amalkan tapi tak tau pun mutiara di balik ayat ni. Alhamdulillah hari ini Allah dengan Kasih SayangNya mendetikkan aku untuk mendengar ceramah ini.

keistimewaan ayat-ayat tadi antaranya:
1. surah Yunus : 81-82
a) amalkan sebagai ayat pendinding diri terutama dari gangguan sihir.
b) hijab akan terbuka cth mcm orang maen silap mata.
c)boleh membatalkan sihir. in sha Allah dgn izin Allah.
d) kalo orang yang paham peristiwa ayat ini dan menyakininya in sha Allah jika kena sihir akan muntah.

2) surah Toha: 25-28
a) dilapangkan hati dalam berurusan.
b)dipermudahkan urusan.
c) in sha Allah yang mendengari bicara kita akan di paham.


yang penting kita tahu jalan ceritanya peristiwa ini dan amalkan. J

Semoga bicara kali ini bermanfaat buat semua.
Akhirul kalam…
Assalamualaikumwarahmatuallah..
Jika ada salah silap, mohon tegur ana.
Syukran jazilan.. 
6 : 36 pm (14hb April 2013)
Bongawan. (ukti Nurin)

#maafla kesah Nabi Musa ini tidak dari A-Z ana gerap buat tatapan dan sentap minda semua. ana cuma petik beberapa peristiwa dalm al Quran shj yang ana tahu dan paham dari mutiara bicara ustaz Sharhan. ana Asif jiddan, jika antum ingin tahu lebih lanjut lagi kisah Nabi Musa elokla di taddabur al Quran. J

salam ukhuwah.. J


Monday, August 6, 2012

Mahabbatul Ramadhan

Bismillahirrahmannirrahim...
dengan nama ALLAH yang MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...

assalamualaikum...


Mahabbah Ramadhan
“Ramadhan pencetus generasi bertaqwa.”
Al baqarah : 183-186

Hasil forum Mahabattul Ramadhan bersma  Ustaz Shaari Mohamad Rahman dan Ustaz Muhamad Munawih (maaf kalo salah taip nama ustaz2 ni..):

1.       Knp ramadhan penghulu segala bulan
-          Al quran diturunkan pada bulan Ramadhan sebagai petunjuk kepada manusia.
-          Ramadhan adalah bulan Makrifah.
-          Puasa akan memberikan kita 2 pilihan ; samada jadi orang beriman dan bertaqwa atau menjadi orang yang fasik.
-          Puasa yang bukan orang bertaqwa hanya akan mendapat lapar dan dahaga.
-          Banyakkan berzikir. Kawal nafsu. Kawal mata, hati dan mulut.
-          Dalam bulan ramadhan, 2 syaitan akan dilemahkan iaitu syaitan dan syahwat (nafsu).

2.       Jika tak sabar tungu Ramadhan.
-          Bulan ramadhan untuk kita “HONEY MOON” dengan ALLAH SWT. DIA bagi kita ruang untuk lebih mendekatiNYA.
-          Cara hidup produktif muslim adalah  berpuasa.
-          5 kelebihan bulan puasa :
                                I.            Nafsu akan di tambat. Bagi lapar dan dahaga. Pusat nafsu adalah diperut.
                              II.            Syaitan di tambat adalah external factor bukan seluruh syaitan yang ditambat tapi hanya syaitan yang membisikan was2 di dalam hati.
                            III.            Tawaran hebat di penghujung ramadhan. Iaitu lailatul qadar. Pahala hebat. Dosa2 di ampunkan. Ibadah yang lebih baek dr seribu bulan. 10 malam terakhir ramadhan. Bangun 10 mlm terakhir ramadhan.
                            IV.            Sejarah berbicara tentang kaum terdahulu. Compare kualiti puasa dgn umat yang terdahulu. Cth bani Israel ada yang berpuasa selama 3 hri berturut2. Malaikat keja paling sibuk adalah pada bulan Ramadhan. Energy akan dapat extra bila dapat kawal nafsu dan dahaga dengan baek. Kental hati lebih baek dan kuat dr kental atau kuatnya besi.
                              V.            Bukan sekadar  untuk beribadah sehbis baek hanya di bulan Ramadhan tetapi selepas itu tidak. Hakikatnya sahabatku, bukan seperti itu.ketahuilah oleh mu bahwa bulan ramadhan adalah charge untuk ibadah kita sepanjang tahun kira seperti tuning point kita. Ramadhan adalah trending center spy kita menjadi seseorang muslim yang baek dan istiqamah dalam ibadah dan ketakutan kepada ALLAH.

3.       Cukupkah tarbiah 1 bulan untuk mengharungi 11bulan seterusnya?
-          Rramadhan itu memilik falsafah di dalam 4 perkara :
1.       Kena cari pahala dan tolak dosa J
Contoh : membaca al quran tadarus atau pun mengerjakan amalan-amalan kebajikan yang lainnya. Pahami syariat Islam. Pahala akan rosak apabila riak mula menjalar di hati kita. Dan sebaek2 sedekah adalah pada bulan Ramadhan.
2.       Ramadhan adalah bulan Mawaddah. So control marah yea...
3.       Amanah. Puasa akan mengajar kita untuk lebih amanah.
4.       Ramadhan adalah bulan mencari ilmu dan agama.
-          insyaALLAH pesan ustaz, jika kita mampu menghayati dan memahami 4pekara di atas kita akan jd muslim yang terbaik! J

kesimpulan :
menghayati Ramadhan untuk menjadi insane AL FATIH :
barangsiapa bangun untuk mengisi Ramadhan, muhasabah diri, berfikir dan memahami apa yang ingin kita dapat adalah proses DIA untuk membentuk kita berubah menjadi baek untuk bulan-bulan seterusnya. Ramadhan adalah bulan yang panas untuk menguji keteguhan kita. Konsisten sentiasa dalam mbuat amalan kebaikan. Supaya hati kita jinak dan mudah diluntur dengan nilai-nilai Islam yang murni justeru melahirkan hati-hati yang ikhlas. Jika melakukan dosa dan timbul perasaan bersalah maka itulah hasil didikan. Hati tidak rela kita dalam keadaan berdosa kepada Khaliknya.
Taqwa adalah menjaga peraturan ALLAH dalam soal halal dan haram. Sebaik2 manusia adalah yang Berjaya mengeluarkan nasfu kata ulamak.
Ramadhan madrasah untuk kita buat segala kebaikan J
Ramadhan bulan menjana diri kea rah yang lebih baek. Undang perubahan :
1.       niat (nyatakan azam ingin berubah)
2.       berubah jgn bagi alasan tp bertindaklah secara proaktif.
3.       Pentingnya suasana. Spt sentisa menjaga pergaulan dan yang sewaktu dgnnya..

Allahuálam...
Inilah dia cket perkongsian MAHABBATUL RAMADHAN dr KOLEJ HARUN AMINURRASID.
Segala yang kurang harap di maafkan kerana penulis ini hanya insane dan manusia biasa..
Sekian wassalam...

Kekuatan itu perlu dicari~

Bismillahirrahmannirrahim..
Dengan Nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYANYANG

"barangsiapa mengkehendaki pahala di dunia maka ketahuilah bhawa di sisi ALLAH ada pahala dunia dan akhirat. dan ALLAH MAHA MELIHAT LAGI MAHA MENENGAR.." - (AN NISA : 134)


Tika dan saat ini ingin sekali aku berbicara mengenai kekuatan yang ada pada diri sendiri.
Iya, kekuatan itu perlu dibina bukan di tunggu smbil meratapi  musibah yang menimpa diri. Jika engkau merasa lelah dengan perjalanan hidupmu, ketahui buatmu sahabat, ALLAH sentiasa menemani mu di saat tidak ada siapa yang menemani mu dalam perjalanan mu itu.
Mohon dan meminta la kekuatan drNYA. Kerana DIA lah memiliki semua kekuatan zahir dan batin. Saat hati mu hancur, luluh, berkecai dek ulahnya manusia bersabarlah~ kerana itu jalan yang terbaik buat mu.
Ingatlah sahabAtku,
ALLAH sentiasa menguji kita. Menguji kita dalam bentuK yang kita pernah menyangka. Kadang-kadang di balik kebahagian itu diselitkannya kesukaran. Kadang-kadang di balik musibah itu disembunyikannya nikmat dan kebahagian yang indah.  (rujuk surah al-Baqarah :155-157)

Orang berkata sabar pun ada limit. Tetapi dalam Islam sabar itu tidak ada limit jika ada limit maka engkau belum mampu untuk menghayati maksud sebenar sabar itu.
Aku juga terkadang letih dalam perjalanan ku, tetapi aku tahu ALLAH tidak akan membebankan seseorang melainkan dengan kemampuannya. (rujuk surah al baqarah : 286)

Jika kau merasa berat dan sukar dalam menempuh onak-onak dan liku-liku kehidupan yang datang, renung la ke langit, berfikirlah sebentar akan kekuasaan TUHANMU yang menciptakan alam sejagat ini. (rujuk surah Al Anbiya :31-33)
 Renungla segala nikmat TUHANmu kepada mu, kepada keluarga mu, kepada sahabat2mu..
Betapa penyayangnya ALLAH...
Kita singkap 1 persatu segala apa yang kita ada. Wujudkan pertanyaan dalam diri, jika ALLAH itu membiarkan kita adakah kita akan dapat segala nikmat yang kita miliki skrg?
Jawapannya, Sudah pasti tidak. Kerana itu, ALLAH telah menyebut di dalam kalamNYA bahawasanya manusia itulah yang selalu menzalimi diri sendiri  maka taubatlah jalannya (rujuk surah Ali-Imran : 135)

Sahabatku...
Jangan hilang arah tujuanmu hidup di dunia. Jika kau kehilangan sesorang usah diratapi. Mungkin sahaja itu bukan bahagianmu, beristighfarla memohon keampunanNYA.
Jadikanlah AL Quran sebagai teman setia mu dunia akhirat.
Pesan RASULULLAH SAW kekasih ALLAH,
“Jika kamu mencintai ALLAH maka ikutlah aku nescaya ALLAH akan mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.”(rujuk surah Ali-Imran :31)
Al Quran juga adala road map kita untuk hidup di dunia ini. Tanpanya, sesat dan gelap la jalan hidup kita umpama si buta yang kehilangan tongkatnya.

“ya Tuhan kami, sesungguhnya ENGKAU mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami tampakan (lihatkan) dan tidak ada sesuatu yang tersembunyi bagi ALLAH, baik yang ada di bumi mahupun yang ada di langit.” (surah Ibrahim : 38)

Oleh itu sahabat-sahabat semua marilah kita bersama refleksi diri. Sentiasa menyedari kekurangan diri. Kita tidak di cipta dalam keadaan yang sangat sempurna pasti akan ada kekurangan dalam diri maka dengan itu ALLAH telah menciptakan sesorang untuk melengkapi segala kekurangan tadi. Memang telah menjadi adat manusia, ingin memilik seseorang yang sempurna buat kita, seseorang yang memahmai kita. Tidak salah untuk berazam sedemikian. Dari tu kita hendakla bersifat tolak ansur semoga kebahagiaan kita mampu  raih di samping meraih keredhaan ALLAH. Segala kesalahan yang di lakukan maafkanla. usah di hokum kerana menghukum bukan hak kita. Itu hak ALLAH usah kita mencabuli hak YANG MAHA KUASA ke ats hamba-hambaNYA cukuplah kita menegur dan memberi nasihat bilhikmah...


“maka bertasbihla dengan memuji TUHANmu dan jadikanlah engkau di antara orang yang bersujud (solat). Dan sembahlah ALLAH(TUHANmu) smpai yakin (ajal) datang kepadamu...” (An-Nahl : 98-99)

Nota :
:: Jika ada yang salah mintak di tegur. Jika ianya bermanfaat kongsikan kepada sahabat-sahabat yang lain. insyaALLAH manfaatnya buat semua.
:: La tahzan..

“Ujian dan musibah bukan bermakna bahawa perjalanan kita berakhir smpai d situ bukan juga sebab hinaan dr ALLAH tetapi musibah dan ujian membuktikan kasih sayangNYA kepada kita. Sungguh DIA merindukan rayuan dan tangisan kita di hadapanNYA.”-nurin Wahid

1:37 am
17th ramadhan
6 ogos 2012