Thursday, July 11, 2013

Semuanya bermula dari diri!

Bismillahhirrahmannirrahim...
Assalamualaikum warahmatuallah..

"salam mahabbah Ramadhan.."
alhamdulillah sampai juga kita ke bulan yang penuh barakah ini. segala pujian bagi Allah di ats kesempatan ini. semoga kita dapat melalui bulan ini dengan penuh perjuangan dan keinsafan. :)

"aku bukan seorang yang baik. namun aku berusaha untuk menjadi baik. aku bukan alim tapi aku cuba untuk belaja supaya aku tidak jahil. aku nasihat, bukan bermakna aku ini sempurna. aku nasihat kerana aku sayang kepada insan2 yang ku beri nasihat dengan harapan agar mereka juga menasihati ku tika ku alpa dan lalai. aku bukan penghukum, kerana hukuman itu bidang kuasa Allah. DIA yang Maha Kuasa ke atas hamba2Nya dan aku hanya mampu memberikan teguran, dan pilihan itu di tangan anda. sebab fitrah manusia dan diri itu harus di pahami. Benar, mujahadah itu bukan sesuatu yang senang. ianya perlukan kekuatan dalaman yang mesti di bina atas nilai Islam dan Iman itu sendiri. aku juga seperti kalian, berusaha dalam mencari SIAPA diri ini... mujahdah itu satu proses terbiah yang kita perlu istiqamah. biar lambat asal berterusan. kita berubah dan berhijarh bukan kerana manusia tapi kita berubah kerana kita tahu tujuan hidup ini. bersama kita untuk kembali kepada fitrah kejadian kita. kita bukan sesiapa tapi kita cuba menjadi siapa kita kepada agama. siapa kita tanpa agama? siapa kita tanpa Allah? .. aku penah terhakis nilai kekuatan yang telah ku bina satu ketika dahulu. banyak ajakan yang aku tolak kerana kurang keyakinan dalam diri. kerana malu. ku tinggalkan perjuangan yang telah memberi aku 1001 kenangan bermakna dan terindah dalam hidup ku. itu la USRAH. bulatan gembira yang mempertemukan hati2 yang sama menagih kasih Ilahi, mempertemukan hati2 yang berukhuwah dan bersahabat kerana Allah. alhamdulillah kini aku diberi kekuatan lagi untuk kembali kepada fitrah ku. alhamdulillah ya Allah.. ujianMu cukup membuat ku terjaga dari lena yang panjang. teguranMU telah membuka mata aku untuk kembali menilai diri. kasihMu telah mempertemukan aku dengan sahabat2 yang hebat dalam perjuangan mencari redhaMu.
fikirkan bersama... aku, bukan geng tudung labuh. tapi itu semua bukan halangan dalam mencari redha Allah. aku ingin bersuara yang mana tarbiah ini kita tidak seharusnya fokus kpd si tudung labuh tapi seharusnya fokus kepada mereka yang memerlukan pengisian. kenapa kita perlu wujudkan jurang hanya kerana ini? kenapa tidak kita ajak mereka2 ini bersma wujudkan silaturrahim sambil pengisan seperti mereka yang bertudung labuh.? maaf tinta ini bukan ingin ku tujukan kepada sesiapa cuma aku sebagai si pemerhati agak kecewa dengan sesentgh sikap individu seperti ini. bagiku, individu seperti ini tidak mampu untuk mendidik diri supaya berbaik sangka kepada mereka yang tdk seperti mereka. ingat, hidayah Allah itu tidak semua yang dapat. kita tidak tahu kemungkin akan datang dia si tudung biasa itu la yang lebih hebat perjuangannya di jalan Allah. justeru kita harus berfikir, siapa kita untuk menghukum? bukan kah kita sepatutnya menjadi si pendidik kepada yang perlukan bimbingan. bukan menjadi si pengejek dalam diam. kita kata kita akui kita penerus perjuangan nabi SAW tapi telah kah kita teladani sifat baginda? baginda penuh kelembutan juga ketegasan. kenapa kita perlu marah dan memandang serong kepada mereka yang tidak tahu? bukankah kita yang tahu ini sepatutnya menghulurkan bantuan kepada mereka? ... dalam tinta ini mari kita bersama muhasabah diri. usah risau siapa kita pada pandangan manusia. cukup kita utamakan pandangan Allah. Allah itu maha Kuasa. dan tempat kembali kita di Sana"

mungkin apa yang ana rasa seperti ini. tapi jauh di lubuk hati setiap insan itu memiliki naluri untuk berubah dan alhamdulillah Allah memberi ana kesempatan untuk menyaksikan ini. mungkin ianya sebagai sumber ana untuk ana terus dalam bermujahadah. setiap apa yang berlaku, pasti bersebab. Allah tidak penah menjadikan sesuatu itu secara sia2.
kita walau di campak di mana sekali pun biarla membawa image yang positif kepada yang lain. berdakwah melalui perbuatan dan akhlak serta peribadi diri. biar kita dikenali sebagai insan biasa tapi memiliki dalaman yang kuat dan teguh yang tak mudah di gugat. sentiasa bermuraqabbah. inshaAllah.... kita berdakwah secara perlahan2 dan berperingkat. biar perubahan insan2 di sekeliling lahir dari kefahamn mereka bukan kerana paksaan. kerana kita ingin mereka2 berubah kerana Allah bukan pujian manusia..

doakan ana kuat dalam perjuangan ana... inshaAllah bermula ramdhan ini, akan di aktifkan slot mentor mante bersama adik2 junior inshaAllah.. doakan semuanya berjalan lancar.. :)

salam imtihan.. salam perjuangan... salam ramdhan...

maafkn ana jika ada keterlanjuran bahasa..

12:20 am
kolej harun aminnurrashid.

1 comment:

Unknown said...

^_^ Tarbiah itu milik siapa yang ingin ditarbiah , in syaa Allah. Kita doa sama2 ya sahabat :)