contents :

Showing posts with label Hijrah Saudara( kisah benar). Show all posts
Showing posts with label Hijrah Saudara( kisah benar). Show all posts

Sunday, November 17, 2013

Bulatan Itu

Bismillahirrahmannirrahim..


ungkapan indah dlm bait bicara
menyusun madah seindah kata.
kata hati ingin kembali, kembali kpd fitrahnya insani.
Terkadang langkah terhenti dek herdikan manusia
Baru berhijrah di katanya alim imannya lemah sukar di bangkit.
Iman menangis menangis kejahilan diri
Dosa yang tinggi menggunung hanya menunggu masa untuk menghempap
Kesesakan indahnya dunia mengaburi mata
Sehingga lupa antara haq  dan batil.
Sampai bilakah diri membiarkan hati itu begitu rupa?
Fitrah hati utuk kembali kepada pencipta…
Asatagafiruallah alazim.. hasbi Allah… Allah.. Allah…
Cuba kita renung di daerah hati
Dimanakah kita meletakan Allah di hati kita
Allah maujuddun billa makanni..
Allah wujud tidak bertempat
Tetapi kehadiranya sudah tentu kita dapat merasainya
Umpama kehadiran udara yang memberi nafas kepada setiap manusia.
Awaluddin makrifatuallah
Seawal-awal agama adalah mengenal Allah.
Usah di tundung jari kepda siapa bersalah jika gagal mendapat didikan agama
Tetapi
Bangkitlah.. usahala.. carilah…
Laa tahzan innallaha ma’an.. (9:40)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (40 : 60)

::Nasihat buat diri ini dan buat yang membaca…::


7:50 pm 17 NOV 2013
Di bumi Jihad



assalamualaikum warahmatuallah...

alhamdulillah.. currently ana da di tahun akhir untuk krusus ana dalam bidang pengajian sains. doakan ana ye semoga tahun akhir kali ni ana mampu membuat yang terbaik buat diri ana dalam urusan dunia dan bekalan akhirat ana. inshaALLAH.

hmm.. cuti sem lalu pn banyak ana belajar. masa tu Allah memberi ana peluang untuk kembali berkumpul dgn adk2 usrah ana d sekola. alhamdulillah.. alhamdulillah ya Rabb.. ^_^ meskipun ana sakit pada ketika itu namun ana gagahi juga untuk turun meeting dan berprogram. sungguh ana sangat menyayangi kalian adk2 semua kerana Allah. ana juga pernah seperti adik2 suatu ketika dulu. tertatih dalam mencari nilai agama itu sndiri. dan alhamdulillah pada ketika itu (2008) Allah telah menghantar seorang murabbi yang telah berjaya menyentuh hati ana dan sahabat2 yg lain. usrah di mulai dgn zikiruallah.. dalam zikiruallah itula ana dan shbt2 yang lain dididik untuk mencari sendiri di mana sebenarnya kami meletakan Allah di hati kami. airmata membasahi muka2 nan berlumuran dosa. berusaha membasuh noda hitam di hati dengan airmata keinsafan. alunan zikiruallah yang lunak dan merdu menghiasi suasana sunyi. zikiruallah yang lahir dari hati mampu meyentuh hati yang mendengar. esakkan tangisan sentiasa menghiasi membasihi bulatan Rhodatul Jannah itu. betapa hati kecil ini sangat merindui tarbiyyah sedemikian. keberkesanannya membuatkan hati2 kami sentiasa menangis kenangan tersebut.
Allah... izinkan kami untuk bertemu lagi ya Allah...
bersama mengaluni hati2 dgn zikiruallah.
mencari MU di daerah hati ini...
jaga hati2 shbt2 yang merinduiMU ya Allah... ampuni dosa2 kami.. sungguh kami insan yang lemah. 

2 in 1- Mini Rehlah & Usrah Gabungan 
Tempat : Gelanggang Futsal (muslimin)
Gelanggang Bola Tampar SMK Bongawan (muslimat)
Masa : 6.30 am - 11.00 am
Tarikh : 10 Nov 2013 (7 Muharram 1435H)


pesanana terakhir  adik2,
"kak, terima ksh kerana meluangkan masa untuk usrah kami. akak jaga diri ye. kalo akak buat usrah di sana jangan lupakan kmi ye."

"kak, bila lagi kita dapat berkumpul bersama? dgn kak Jannah? dgn kak Yani dgn kak Tikah? rindu la kak berusrah dan berkumpul mcm dulu dgn akak2 yang lain.."

Allah.. sungguh ana terharu membaca sms terakhir sebelum kaki ini melangkah meninggalkan tanah kelahiran demi mencari ilmu. ana di isi lagi dengan kata sorang shbt seperjuangan ana di sini,

inti dari dakwah adalah bahwa kamu mengajak agar setiap orang dekat kepada Allah, bukan kepada dirimu, kaummu ataupun jamaahmu. Perbezaan dari dua keadaan tersebut sangat tipis tapi imbasnya kepada kehidupan seorang dai dan orang yang diajak (mad'u) luar biasa serta balasannya di akhirat kelak juga sangat besar.
~ Al-Habib Ali Al-Jufri hafizohullah ~

Ya Allah.. bantu aku... bantu aku... bantu aku..
aku takut andai niat ku tersasar ya Allah... T_T 
hati ini cukup merasa peritnya berjauhan dr MU.
jangan Engkau biarkan aku bersendirian...
hadirkan buatkn hamba2MU yang juga mencari redhaMu...
redhai perjuangan ku ya Allah.. aamiinn...

p/s : tegur andai ana salah... :) 


Thursday, July 11, 2013

Semuanya bermula dari diri!

Bismillahhirrahmannirrahim...
Assalamualaikum warahmatuallah..

"salam mahabbah Ramadhan.."
alhamdulillah sampai juga kita ke bulan yang penuh barakah ini. segala pujian bagi Allah di ats kesempatan ini. semoga kita dapat melalui bulan ini dengan penuh perjuangan dan keinsafan. :)

"aku bukan seorang yang baik. namun aku berusaha untuk menjadi baik. aku bukan alim tapi aku cuba untuk belaja supaya aku tidak jahil. aku nasihat, bukan bermakna aku ini sempurna. aku nasihat kerana aku sayang kepada insan2 yang ku beri nasihat dengan harapan agar mereka juga menasihati ku tika ku alpa dan lalai. aku bukan penghukum, kerana hukuman itu bidang kuasa Allah. DIA yang Maha Kuasa ke atas hamba2Nya dan aku hanya mampu memberikan teguran, dan pilihan itu di tangan anda. sebab fitrah manusia dan diri itu harus di pahami. Benar, mujahadah itu bukan sesuatu yang senang. ianya perlukan kekuatan dalaman yang mesti di bina atas nilai Islam dan Iman itu sendiri. aku juga seperti kalian, berusaha dalam mencari SIAPA diri ini... mujahdah itu satu proses terbiah yang kita perlu istiqamah. biar lambat asal berterusan. kita berubah dan berhijarh bukan kerana manusia tapi kita berubah kerana kita tahu tujuan hidup ini. bersama kita untuk kembali kepada fitrah kejadian kita. kita bukan sesiapa tapi kita cuba menjadi siapa kita kepada agama. siapa kita tanpa agama? siapa kita tanpa Allah? .. aku penah terhakis nilai kekuatan yang telah ku bina satu ketika dahulu. banyak ajakan yang aku tolak kerana kurang keyakinan dalam diri. kerana malu. ku tinggalkan perjuangan yang telah memberi aku 1001 kenangan bermakna dan terindah dalam hidup ku. itu la USRAH. bulatan gembira yang mempertemukan hati2 yang sama menagih kasih Ilahi, mempertemukan hati2 yang berukhuwah dan bersahabat kerana Allah. alhamdulillah kini aku diberi kekuatan lagi untuk kembali kepada fitrah ku. alhamdulillah ya Allah.. ujianMu cukup membuat ku terjaga dari lena yang panjang. teguranMU telah membuka mata aku untuk kembali menilai diri. kasihMu telah mempertemukan aku dengan sahabat2 yang hebat dalam perjuangan mencari redhaMu.
fikirkan bersama... aku, bukan geng tudung labuh. tapi itu semua bukan halangan dalam mencari redha Allah. aku ingin bersuara yang mana tarbiah ini kita tidak seharusnya fokus kpd si tudung labuh tapi seharusnya fokus kepada mereka yang memerlukan pengisian. kenapa kita perlu wujudkan jurang hanya kerana ini? kenapa tidak kita ajak mereka2 ini bersma wujudkan silaturrahim sambil pengisan seperti mereka yang bertudung labuh.? maaf tinta ini bukan ingin ku tujukan kepada sesiapa cuma aku sebagai si pemerhati agak kecewa dengan sesentgh sikap individu seperti ini. bagiku, individu seperti ini tidak mampu untuk mendidik diri supaya berbaik sangka kepada mereka yang tdk seperti mereka. ingat, hidayah Allah itu tidak semua yang dapat. kita tidak tahu kemungkin akan datang dia si tudung biasa itu la yang lebih hebat perjuangannya di jalan Allah. justeru kita harus berfikir, siapa kita untuk menghukum? bukan kah kita sepatutnya menjadi si pendidik kepada yang perlukan bimbingan. bukan menjadi si pengejek dalam diam. kita kata kita akui kita penerus perjuangan nabi SAW tapi telah kah kita teladani sifat baginda? baginda penuh kelembutan juga ketegasan. kenapa kita perlu marah dan memandang serong kepada mereka yang tidak tahu? bukankah kita yang tahu ini sepatutnya menghulurkan bantuan kepada mereka? ... dalam tinta ini mari kita bersama muhasabah diri. usah risau siapa kita pada pandangan manusia. cukup kita utamakan pandangan Allah. Allah itu maha Kuasa. dan tempat kembali kita di Sana"

mungkin apa yang ana rasa seperti ini. tapi jauh di lubuk hati setiap insan itu memiliki naluri untuk berubah dan alhamdulillah Allah memberi ana kesempatan untuk menyaksikan ini. mungkin ianya sebagai sumber ana untuk ana terus dalam bermujahadah. setiap apa yang berlaku, pasti bersebab. Allah tidak penah menjadikan sesuatu itu secara sia2.
kita walau di campak di mana sekali pun biarla membawa image yang positif kepada yang lain. berdakwah melalui perbuatan dan akhlak serta peribadi diri. biar kita dikenali sebagai insan biasa tapi memiliki dalaman yang kuat dan teguh yang tak mudah di gugat. sentiasa bermuraqabbah. inshaAllah.... kita berdakwah secara perlahan2 dan berperingkat. biar perubahan insan2 di sekeliling lahir dari kefahamn mereka bukan kerana paksaan. kerana kita ingin mereka2 berubah kerana Allah bukan pujian manusia..

doakan ana kuat dalam perjuangan ana... inshaAllah bermula ramdhan ini, akan di aktifkan slot mentor mante bersama adik2 junior inshaAllah.. doakan semuanya berjalan lancar.. :)

salam imtihan.. salam perjuangan... salam ramdhan...

maafkn ana jika ada keterlanjuran bahasa..

12:20 am
kolej harun aminnurrashid.

Monday, February 13, 2012

sinar ISLAM dalam dirinya

Bismillahirrahmanirrahim - In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Subhanallah, alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, akhirnya genap sudah sebulan diri ini memeluk Islam. Selama sebulan bergelar sebagai seorang Muslim, telah banyak yang diri ini telah lalui. Pahit, manis, cabaran, kejutan budaya dan dugaan hidup yang penuh pancaroba. Namun, semua itu tidak pernah membuatkan diri ini lemah, mengeluh berpanjangan. Semua itu dijadikan panduan, iktibar dan pengorbanan yang banyak mematangkan diri ini selaku hamba Allah SWT, alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam.

Hidup sebagai muallaf banyak mengajar diri ini tentang erti kesabaran, kemanusiaan dan keinsafan tentang kelemahan dan kesilapan lalu. Masih banyak yang perlu dipelajari, ilmu agama masih kurang, ilmu duniawi juga masih agak terbatas. Benar, banyak lagi yang perlu dipelajari. Kadang-kadang, diri ini sedih dan merendah diri kerana banyak lagi belum dipelajari. Terasa diri ini masih banyak kekurangan, namun, diri ini bersyukur dengan pemberian Tuhan, alhamdulillah. Tidak mengapa, perlahan mengorak langkah, insya-Allah, Allah SWT pasti membantu.

Wahai sahabat-sahabat FB ku, sesungguhnya, setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Biarlah kita menangis kerana kesakitan semalam, tetapi usah kita ketawa kerana kegembiraan yang belum pasti kekal selamanya. Tetapkanlah niat dan tujuan kita yang utama sepanjang melayari bahtera kehidupan di dunia ini, lakukanlah semuanya kerana Allah SWT semata-mata. Sentiasalah bermuhasabah diri, menginsafi serta memperbaiki diri setiap masa. Hidup di dunia tidak lama, maka sentiasalah mengingati kematian dan memperbaharui iman di dada kita. Insya-Allah, saya mendoakan yang terbaik untuk kalian semua, semoga Allah SWT memasukkan kita dalam kalangan hamba-Nya yang beriman, amin. Insya-Allah. Sampai di sini saja coretan untuk hari ini, sampai kita bertemu kembali. 

"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?"

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
20 Rabiulawal 1433 Hijrah...


from : Yusuf Ashraf
Pelajar Asasi Sains UMS 2011/2012




alhamdulillah coretan di atas adalah ikhlas dari seorang sahabat kuliah masa saya menuntut d UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (2011)..
di hadapan saya dia menyatakan hasrat utuk memeluk ISLAM... alhamdulillah... akhirnya hasrat beliau tercapai..


justeru, kita sebagai muslim born in muslim, upgrade iman.. mantapkan akidah... perhiaskan peribadi..
jadikan tujuan hidup ini keranaNYA...


allahualam...
beauty in Islam...

Monday, October 24, 2011

kisah benar tentang seorang NON MUSLIM mengenai ISLAM

Assalamualaikum..
Hm, terlalu lama senye tak up date blog ni…
Alhamdulillah, kali ini ana nak kongsi satu pengalaman yang cukup menginsafkan dan cukup bermakna.

Sebelum tu, msti ada d antara anda yang mempunyai kawan non muslim and he/she interest in  Islam, right? So ini la yang ana nak kongsi dgn anda semua. Ana betul2 tak sngka Allah akan bg ana peluang ini. Sebelum ini ana hanya mendengar pengalaman orang sahaja.

21-23hb oct 2011 lalu, pihak Universiti ana ada mengadakan program BTN (Biro Tatanegara) yang diwajibkan ke atas btch ana. Masa LDK dijalankan kmi yang seramai 60orang telah dibagi2kan group. 1 group ada dlm 8-9 orang. Dalam kumpulan ana ada 8orang. 5perempuan dan 3 lelaki. Antara kmi 8orang, sorang sahaja yang non muslim, Jim (bukan nama sebenar). Then sesi LDK 1 pun bermula. LDK 1 tentang biodata diri. Aktiviti dimulakan dgn dia dahulu. Tetiba dia kata idola dia adalah NABI MUHAMMAD SAW.. subahanallah, sgt2 la ana terkejut. Then fisi kmi tnya knp dia begitu mengagumi NABI SAW. Dia kata, dia kagum kepada baginda SAW kerana baginda SAW adalah seorang pemimpin yang hebat dalam menyebarkan Islam, seorang Ayah yang baik, seorang Suami yang baik dan macam2 lagi. Dia kata dia mula minat sejak dari berusia 10tahun. Dia pernah Tanya kepada abangnya apa bezanya di antara Nabi ISA dan tuhan Jesus mereka. Then abg dia kata dia pn tak tau. So, dari sana la niat dia untuk mengetahui Islam sangat mendalam. Masuk di sekolah menengah dia mula serius untk mengetahui Islam. Dia kata di sekolah dulu dia rapat dgn seorang ustazah dan berberapa kawan muslim.
…………………………………………………………………………………………………………………………………….
Sesi LDK.
Masa tu ada LDK ttg bentuk. Bntuk yang di beri adalah bntuk bulat, segi 4, segi 3 dan ombak. Bntuk yang paling ana tak suka adalah segi 3, ana terlalu sensetif dgn symbol ini kerana bagi ana ianya berkaitan dgn YAHUDI. Ana tak sangka ada seorang ahli kump tersebut yang sealiran pemikirannya dgn ana, Azim (bukan nama sebenar). Ana kagum dgn ilmu dan pengetahuan yang Azim miliki. Dia juga banyak mengkaji tentang ini. So ana pn banyak bertnya kepada dia. Ketika kmi tengah berdiskusi ttg Agenda Yahudi ketika abes waktu LDK tetiba Jim datang dan sertai diskusi kmi. Tetiba dia tanya soalan tentang Yahudi dan pasal kitab Injil. Ana dan Azim cuba menerangkan secara ringkas. Tak lama pastu dia tanya tentang Islam. Sekali lagi ana dan Azim cuba menjelaskan dan menjawab pertanyaan Jim semampu yang kami tahu, selainnya kmi mintak di rujuk kepada Ustaz. Disitu la dia meluahkan hasrat di hatinya tentang Islam. Alhamdulillah dia kata dia da hafal surah Al-Fatehah, surah Al-Ikhlas dan surah Al-Falaq. Dia baca surah al Fatehah depan kmi. Alhamdulillah sgt… dia kata dia percaya sgt pada kalimah “tiada TUHAN selain ALLAH” dan dia kata dia juga percaya kepada 2 kalimah syahadah. Alhamdulillah…
Dia kata dia juga selalui mengamalkan surah2 di atas.
Apa yang mbuatkan ana kagum, parents dia tak halang pun jika dia ingin menukar agama tapi tungu abes ASASI ataupun lepas Degree.. Ana betul2 berharap agar hidayah berkekalan dan utuh di hatinya.. insyaALLAH…
Masa take breakfast last day, dia lambat, so kmi sebagai ahli grop tungu dia makan dulu. Then tetiba dia mintak ana baca doa makan. Ana kata ana da makan. Then dia senyum lalu menedah tangan n membaca doa makan sendiri di depan ana. MAHA SUCI ALLAH.. terkesima ana seketika.  Inilah yang dinamakan hidayah…

Akhir kata,
Kita doakan bersama semoga hidayah itu kekal di hatinya insyaALLAH..
Semoga dia akn menjadi “saudara baru”kita satu hari nanti… insyaALLAH..
Moralnya :
Tanya dgn diri kita,
“dia yang non muslim mampu menghafal surah2 al quran, mampu mengamalkannya, percaya kepada kalimah “Tiada TUHAN selain ALLAH”, percaya kepada dua kalimah syahadah, percaya kepada Rukun Iman dan Rukun Islam tapi kita yang bergelar MUSLIM ini mampukah sptnya??? Percayakah kita kepada ALLAH sebenar2nya??? Lengkap tak solat kita lakukan???”
Dia yang non muslim berminat belajar Islam, pernah mengerjakan solat mengikut kawan muslimnya, tahu da cara mengambil air wuduk. Tapi kita??? Solat selalu tinggal dan yang sangat menyedihkan ada juga Muslim yang meninggalkan solat. Astagafiruallah, semoga kita dilindungi dari berbuat demikian. insyaALLAH..
Sekarang dia tinggal waktu dan masa yang sesuai utk menjadi seorang MUSLIM.. kerana masih di bawah umur. Tapi InsyaALLAH… dia akan jadi “saudara baru” semoga ALLAH memberinya hidayah.

insyaALLAH, amiin.. J