Friday, June 22, 2012

Dakwah is not the no.2!

Assalamualaikum...

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan.". -Imam Hasan Al-Basri-

"Dakwah bukan Nombor 2!"
betul erk???
kalau tak betul admin nak korang fikir dan renung sejenak, tanya diri
"kenapa aku berada di dunia ini???"

....................................................................................................................................

da dapat jawapan kenapa?
baiklah, admin nak kita fahami maksud ayat dalam doa iftitah :-
"inasolati wanasuki wamayahya wamamati lillahi rabbil a'lamin..."
mafhumnya : sesungguhnya ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk ALLAH...

bila kita bukak balik lembaran al Quran,
admin pasti anda akan menemuinya... insyaALLAH..
"tidak diciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-KU."

apakah maksud dan erti dakwah?
secara umumnya, dakwah bermaksud mengajak dan menyuruh kepada kebaikan dan melarang serta menjauhi segala perkara yang mungkar.

sebagai pelajar seperti admin, kekadang ada yang akan mind set bahawa dakwah itu complicated, leceh dan menyusahkan.
jika kita refleksi kembali, dakwah adalah sesuatu yang senang. kita boleh berdakwah melalui perbuatan, nasihat, teguran, kata-kata (apabila berbicara selitkan keinsafan di hati pendengar), nota, dan banyak lagi. contohnya, sperti menghasilkn satu artikel yang bermanfaat dan boleh memotivasikan pembaca.

sebelum ini, admin juga ada berkongsi dan berbincang tajuk ini ketika berusrah bersama2 sahabat-sahabat dan  junior2 sekolah.
ada pendapat yang rasa diri tidak layak untuk berdakwah kerana masih banyak kekurangan diri, banyak dosa, tidak bersedia dan sebagainya.
jangan risau, usia, ketidaksediaan bukan faktor halangan untuk berdakwah. pesan Rasulullah SAW :
"sampaikan kepadaku walaupun hanya sepotong ayat.."

admin teringat kata-kata sahabat admin,
"dalam berdakwah kita akan mendapat 2 kesakitan, pertama, kekecewaan dan kedua putus asa.."
tapi ingat yea, putus asa itu adalah ciri-ciri orang kafir.
so jauhi...

takpe kalau mereka yang kita ajak kepada kebaikan itu menolak ajakan dan menyakiti hati kita.
bersabarlah...
sbb hidayah bukan milik kita. ianya milik mutlak ALLAH SWT. tapi tak salah jika kita cuba untuk mengajak kepada kebaikan. pahala adalah reward yang akan kita perolehi.
andai mereka mengatakan bahwa kita tidak layak untuk berdakwah kepada seseorang biarkan.
at least apabila di hadapan ALLAH SWT kelak kita tahu apa nak jawab apabila di soal,  insyaALLAH.
tak kisah jika mereka memandang kita serong dan mengatakan bahawa kita kuno,
kerana, ingatlah dunia sekarang da makin tua....
ajal dan maut itu bila-bila sahaja akan menjemput kita tanpa mengenal siapa kita, usia kita, jawatan kita, harta kita... ajal dan maut itu tidak akan dapat di cepatkan mahupun di lambatkan walopun hanya sesaat.

sebagai pelajar seperti admin,
dakwah itu bersifat universe.. kadang2 tanpa kita sedari kita telah berdakwah kepada sekeliling kita.
admin tahu, sebagai pelajar perkara perta yang kita kena dahulukan adalah BELAJAR.
tetapi DAKWAH bukan no.2. BELAJAR dan DAKWAH kena seiringan. tidak dengan berkata-kata cukup dengan perbuatan. contohnya, membaca doa sebelum mula belajar. tutup aurat. jaga solat.
semuanya senang. so, kita jangan memberatkannya.

konsep BELAJAR sambil BERDAKWAH boleh kita terjemahkan kepada kata-kata ini :
Jika kita kejar dunia semata, akhirat akan meninggalkan kita,
jika kita mengejar akhirat, dunia pasti menyertai...
so BELAJAR dan DAKWAH itu seperti mengejar akhirat dan admin yakin ALLAH akan mempermudahkan urusan kita di dunia.. insyaALLAH...  kejayaan dalam belajar akan turut menjadi milik kita...

oleh yang demikian,
beringatlah siapa kita di dunia ini....

sekian dari admin;
salah silap dalam penulisan ini harap ditegur. semoga admin boleh memperbaiki diri admin...
terima kasih kerana sudi berkunjung dan meluangkan sedikit masa di dalam blog ini.
~~ semoga bermanfaat.. insyaALLAH