contents :

Showing posts with label CERPEN PENDEK. Show all posts
Showing posts with label CERPEN PENDEK. Show all posts

Friday, May 24, 2013

Jangan dilukai Sang Hati~


Cerpen Pendek ~Bismillahhirrahmannirrahim...

Suatu petang yang hening lagi mendamaikan. Hembusan angin di bawah bayu menyapa tubuh nyaman terasa membelai diri meskipun terik mentari kuat menyinari. Pemandangan hijau sajauna mata memandang. Oh Tuhan, betapa indahnya ciptaanMU! Allahuakbar! Sungguh Engkau menyukai kpd yang indah kerana itu ku yakin Syurga Mu itu jauh lebih indah dari dunia ini. Hati ku bermonolog sendiri mengagumi keindahan ciptaan Ilahi. Bukan selalu aku merasakan keindahan dan ketenangan seperti hari ini. Aku terpanggil untuk duduk di bilik Along. Ku singkap tingkap selebar mungkin bagi mengizinkan hembusan bayu masuk mendinginkan ruang di sekitar bilik ini. Sambil itu aku termenung di balik jendela sambil melontarkan pandangan ke luar. Alunan rentak pokok2 di luar sana seolah-olah girang menyanyi zikir memuji Ilahi kerana mereka adalah mahluk Allah yang sntiasa memuji Allah. Berbeza pula dgn manusia yang sentiasa sibuk dgn urusan sendiri. Allah... rindunya aku kepadaMu!

Tetiba handset ku berbunyi menghentikan lamunan ku. Ku intai siapakah gerangan yang menghubungi ku. Tertera nama seorang sahabatku di kampus yang lebih manja di gelar Ina.

Ina : assalamualaikum nurin, Ina sedih.
Aku : waalaikumsalam warahmatuallah, sedih? Knp Ina sedih? Ada mslh ke? Kalau ada kongsi la dgn nurin. Insha Allah kalau nurin dapat bantu, nurin bantu.
                                                                                 
Ku tunggu SMS seterusnya dari Ina. Aku yakin msti dia adalah maslh. Tapi masalah apa? Masalah dgn keluarga? Dgn sahabat? Dgn bofren? Allahu’alam. Hatiku makin liar membuat sperkulasi. Aku sabarkn hati dn terus berdoa semoga bukan mslh kritikal krn aku tidak bersamanya tika ini utk membantunya hanya mampu menjadi pendengar jarak jauh shj.

....10minit berlalu....

Ina : sebenarnya, Ina kecewa. Dia curang dgn Ina.

Allah.. betul tekaan ku td. Ina seorang gadis yang comel, pandai dan bagiku sangat menjaga batas. Tapi aku tidak pasti bagaimana hatinya tertarik kepada lelaki itu. mungkin lelaki itu pandai dalam bermuslihat kata. Argh! Aku ni da la tak reti bab lelaki ni. Bagi aku lelaki tu gentlemen bilamana dia pandai menjaga batas dalam pergaulan. Tahu menghormati wanita. Kalo kawan iya just kawan tak perlu nak lebih2. Dan yang penting, agama dan keluarga keutamaannya. Bukan lelaki yang hanya tahu nak belanja wanita walhal duit tu pn duit biasiswa atau duit mak bapak dia. Aduuii.... lelaki cam gni ni tolong la berubah. Cian mak bapak yang mengharap.

Nurin : astagafiruallah... Ina, nurin tak reti bab2 cam gni. Tapi apa yang nurin boleh bagi nasihat kat Ina, kalo lelaki tu betul2 lelaki yang baik, nurin yakin dia tdk akan membawa Ina kepada sesuatu yang Allah tidak sukai. Dan kalo betul  pun, dia putuskan Ina kerana dia nak berubah, Ina kena relakan. Ina kena yakin, kalau betul dia jodoh ina, sooner or later dia akan datang kembali pada Ina if dia da sedia nak lamar Ina. Ina tak usah jadikan hal ini sesuatu yang serius. Hilang kekasih tidak bermakna hidup kita berakhir. Tapi hilang kekasih adalah masa permulaan kita untuk mengenali dunia. Mengenali apa itu Cinta.

Sent!
Aku tidak yakin kata2 ku tadi mampu memujuk Ina. Aku berhasrat untuk menghantar SMS lagi tapi dgn lebih memujuk. Kembalikn dirinya ke alam sebenar berpijak d bumi yang nyata. Juga membuka fikirannya tentang erti Cinta (jodoh) itu sendiri tentang sayang Allah kpd hambaNya.

Nurin : Ina, Ina kena redha. Allah buat semua ini kerana DIA tahu apa yang terbaik buat kita. Ini ujian. Mungkin susah untuk kita terima skrg tapi yakinla Ina pasti akan bertemu dgn hikmahnya. Ina ingat lagi tak tentang firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 216? Maksudnya, sukaila apa yang kmu suka itu sekadar sahaja mungkin akan menjadi kebencianmu satu hari nanti dan bencilah apa kamu benci itu sekadar sahaja mungkin akan menjadi kesukaanmu suatu hari nanti. Ini la jihad kita. Allah telah sediakan yg terbaik buat kita. Ina, senyum yea J. Nurin taknak Ina habiskan airmata kerana benda yang tak pasti. Dia belum tentu lagi milik Ina. Jodoh itu masih rahsia Allah. Kita sebagai wanita perlu menyiapkan diri sebelum waktu itu tiba. Jodoh tu, mungkin sahaja mereka yang terdekat dgn kita mungkin shj yang jauh dari kita. Tapi kita seharusnya berusaha dari sekarang memohon dan teruskan berdoa. Di samping itu, siapkan diri dgn ilmu agama dengan tarbiah dan dakwah. Nurin tak kata kita belaja agama utuk berdakwah seperti aktivis dakwah yang lain tapi dakwah dan tarbiah ini perlu buat kita bilamana kita telah berumahtangga kelak. Kita perlu penuhi ilmu agama di dada supaya kita mempu menjadi bidadari yang indah buat lelaki pilihan Allah untuk kita.

Ina : Allah... nurin.. Ina tak tahu nak kata apa. Kata-kata nurin ada betulnya. Ina menyesal kerana Ina tidak berfikir panjang sewaktu menyambut salam perkenalan dari lelaki tu. Ina akui, ini salah Ina. Ina menyesal. Ina berazam untu berubah. Ina akan cuba menyakini hati Ina bahwa pilihan Allah itu adalah terbaik. Ina malu pada diri ini sendiri sebab kalah dgn nafsu muda. Ina sepatutnya bertindak dgn lebih bijak seiring dgn apa yang Allah suruh buat dan apa yang Allah larang. Allah... ampunkan Ina. Nurin, terima ksh di atas semua kata2 Nurin. Ina beruntung kerana ada shbt seperti Nurin. Ina doakan semoga kita bertemu dgn lelaki pilihan Allah dan bersama2 redha Allah. Aamiin.

Nurin : aamiin.. insha ALLAH.. Alhamdulillah. Ni semua ats ilham Allah. Nurin hanya menyampaikan apa yang Allah gerakan d hati nurin. Apapun, jgn berputus asa. Jgn lemah. Ini baru sedikit teguran drNya dan dalam masa yang sama DIA rindukan Ina. Musibah tidak datang melainkan kerana Allah merindui kita. DIA rindu untuk kita menyebut dan berharap padaNYA. Sweet kan ALLAH? J
                                                                                                                       
Ina : Allahuakbar! Kenapa Ina tdk terfikir semua ini? Astagafiruallah... terima ksh nurin.. terima ksh sesangat. Sayang awak kerana ALLAH! <3 o:p="">

Nurin : sayang awak juga kerana Allah shbt ku. J

Alhamdulillah, sahabatku kembali kpd fitriah sbg manusia iaitu kembali mencari redha Allah.
Aku kembali melontarkan pandangan ke luar tingkap. Subahanallah.. indahnya peraturan dan rancanganMu ya Allah. Begitu mudah untuk Kau lentur dan lembutkan hati hamba2Mu. Aku memohon kepadaMu agar Engkau berikan kebaikan buat kami dunia dan akhirat. Dan soal jodoh. Hmm.. aku hanya mampu tersenyum dan tersengih2. Aku sendiri tidak dapat membayangkan andai aku di khitbah. Sediakah aku? Allahu’alam... aku serahkan kpd Allah dan keluarga ku soal jodoh. Aku masih tertatih lagi dan aku msh ingin meneruskan langkah dan kajian ku. Apapun, dari Allah kita dtg dan kpd Allah juga kita kembali..

Cinta... indah bicaramu.
Cinta hadir tanpa di pinta dan d duga
Hembusannya bisa membuatkan jiwa yang gersang berbunga kembali
Subur dan mekar dlm keindahan.
Usaha di biarkan cinta itu tumbuh subur dalam keadaan terlarang
Usah dibiarkan ianya mekar
Cantasla semampu mungkin
Jgn hingga menjadi barah dalam hati...
Namun,
Suburkan cinta di hati yang bersih
Cinta itu cukup indah
Damai dan membahagiakan
Itula cinta kepda Allah, Rasulullah
Cinta kepada keluarga juga kepda sahabat.
Dgn itu cinta yang indah pasti akan bertemu dgn cinta yang indah
Cinta yang cukup terjaga kerana Allah
Cinta berpaggarkan syariat Allah`
Insha ALLAH bahagia milik mu dunai dan akhirat..
Semuanya kerana Cinta ALLAH....

cinta high class menjadi pilihan in sha ALLAH~


2:45 pm  22hb mei 2013
Bilik Along
#cerpen ni tidak ada kena mengena dengan mana2 individu2 ianya Cuma luahan dari dan gambaran dari minda ana. Tetiba “writer via thinking” seolah2 memberi ana ilham utk menghasilkan sebuah cerpen. Ana tahu, ramai anak muda seperti ana di luar sana yang keliru soal Cinta, Jodoh dan sebagainya. Begitu juga ana. Cuma pengalaman danpemerhatian itu mematang ana dalam berfikir. Tidak semua apa yg kita sangka baik itu baik buat diri kita kerana hanya Allah shj yang tahu apa yang terbaik buat kita. Soal Jodoh yakin shj dgn janji Allah. Lelaki yang baik buat wanita yang baik, wanita yg baik buat lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Selagi kita terdaya berusaha la utk menjadi yang terbaik. Dalam mencari jadila yang di cari. Semoga Allah mempertemukan dengan pasangan pilihanNYA. inshaAllah. J

Salam ukhuwah.

รจ Jika ada sebarang komen , teguran dan idea boleh la tinggalkan sebrang pesanan buat ana. Syukran jazilan J


Saturday, October 6, 2012

Diriku dengan Quran

Bismillahirrahamnnirrahim... dimulakan dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang....

sepi di keheningan malam... terasa bayu semilir menyapa diri.. membelai diri. terasa nyaman setelah seharian berhempas pulas belajar untuk persiapan peperiksaan yang kian menghampir.
ku hitung hari.. argh, tinggal seminggu cuma masa yang aku ada untuk mengulangkaji 4 subjek teras sains (kimia, biologi, fizik dan maths)  termasuk 2 subjek wajib Universiti.
iya inilah dia hidup sebagai seorang pelajar. hidup sentiasa di kelilingi buku.

tut..tut..tut..
"assalamulaikum nurin, ada dapat msg ustaz tak? ustaz kata selasa depan ni ada kelaz Quran. kul 8 kat kampus lama."

"waalaikumsalam... iye ke kak? ustaz tu nak buat minggu depan ni? alamak, kita da la tak studi abes lagi. minggu depan banyak kelaz ganti. ada kuiz ada test. larat ke ni..."

"tu la. akak pn tak tau... nak pegi ke tak?"
"erm, insyaALLAH..."

terdiam aku sejak berfikir.. aduh, apakah yang perlu aku lakukan...
tetiba terlintas kembali kata-kata naqibah usrah sewaktu di zaman persekolahan dulu,
"adik-adik semua, tak kesah la sesibuk mana pun kita. tapi jika ada seruan untuk belajar agama maka pegila. itu ilmu akhirat. insyaALLAH ALLAH akan mempermudahkan urusanmu kelak.."

aku bermuhasabah diri..
"ya ALLAH... mempelajari al Quran adalah niatku sewaktu aku menjejaki kaki sem2 ini. sekian lama ku tunggu seruannya. baru kini menyapa tatkala diri letih dalam perjalanan mengejar impian dan cita-cita ayah dan ibu. tapi ya Rabb, aku sedar. hanya ini peluang yang aku ada untuk mempelajari kalamMU yang sangat ku rindui saban waktu untuk membacanya. andai diri terlalu letih, hanya dengan mendengarnya shj mampu mengalirkn kesayuan di hati mengamit hati bersimpuh di hadapanMU.. betapa lemahnya aku ya TUHAN... ampunkan aku... ya ALLAH pimpin aku.. jangan biarkan diriku tewas lagi dengan nafsu diri. dengan kemewahan dunia dengan kesenangan yang menipu mata hati. Tunjukkan aku jalan yang terbaik untuk meraih cinta dan redhaMU...amminn ya Rabb.."

ku pejam mata. ku biarkan airmata menitis membasahi pipi... oh dunia... kuat sungguh godaanmu...

********hari selasa.

"assalamualaikum kak, pe kata akak msg ustaz mintak tukar hari untuk kelaz Quran tu. senye kalau buat selasa juga mang tak sempat. pagi tu kita ada quiz biologi dan ada kelaz ganti. insyaALLAH khamis dan Jumaat petang kan kita free."

"waalaikumsalam.. iya juga kan. ok. nanti akak msg ustaz."

tak lama pastu, ustaz reply. ustaz kata Ok. huh, alhamdulillah.. terima kasih ya ALLAH.

*******hari Khamis.

huh, da lama tak baca Quran depan ustaz. ya ALLAH terasa malu mula menyerapi ke reluang hati menyemai bait-bait segan bertambah takut.
hari pertama untuk kelaz Quran ni, ustaz hanya memberi muqadimmah tentang al Quran. asal usul al Quran serta kisah di baliknya. hati semakin teruja. hati excited umpama electron yang excited dalam proses light dependent reaction apabila mendapat extra energy dari matahari (sunlight).

apabila balik dari kuliah terus hati berkata,
"hebatnya rancangan ALLAH.. Maha Suci ALLAH. TUHAN sekelian alam.."

pesan ustaz... jangan tinggalkan al Quran. nak berjaya dunia dan akhirat amalkan dan manfaatkanlah al Quran. Al Quran bukan sahaja syariat hidup, bukan sahaja sebagai peringatan tentang dosa pahala, tentang syurga dan neraka, bukan juga hanya sekadar pengajaran dari kisah-kisah lalu tetapi al Quran juga adalah GPS kita. panduan hidup kita dunia dan akhirat. begitu bertuahnya kita sebagai umat nabi Muhammad SAW.

lantas ku biarkan tangan lincah mengatur langkah untuk mencoret segala bait kata yang menyentuh hati kecil ini ke dalam buku sebagai motivasi, nasihat dan peringatan buat diri yang sering alpa, lalai dan lena di buai kesibukan dunia. segala kata-kata dan nasihat-nasihat yang aku perolehi dari ustaz tadi akan ku semat indah di hati.
hati kini tersenyum lega. kecelaruan dan kekacauan kegusaran di hati mulai reda dan beransur menghilang. kini langkah ku lebih yakin untuk menantikan minggu final exam. aku yakin ALLAH pasti membantuku. selagi kita menjaga hakNYA insyaALLAH DIA akan memberi yang terbaek buat kita!



the moral story :
1. jangan tinggalkan al Quran.
2. jika ingin berjaya di dunia dan akhirat, ilmu yang kita pelajari kena seimbang. belajar ilmu dunia tetapi bagi ruang untuk mempelajari ilmu agama. kerana hati kita semua memerlukan makanan dan makanan hati adalah ilmu agama. insyaALLAH bila hati sihat, segala urusan nampak mudah! kerana hati kita hanya bergantung kepada ALLAH.
3. yakin la, "sebaek2 pelindung, penjaga dan penolong adalah ALLAH.."

p/s : maaf jika ada yang salah. mohon mintak di tegur dan dibimbing. ana masih belajar tentang penulisan islamik. insyaALLAH.. syukran jazilan...