Cerpen Pendek ~Bismillahhirrahmannirrahim...
Suatu petang
yang hening lagi mendamaikan. Hembusan angin di bawah bayu menyapa tubuh nyaman
terasa membelai diri meskipun terik mentari kuat menyinari. Pemandangan hijau
sajauna mata memandang. Oh Tuhan, betapa indahnya ciptaanMU! Allahuakbar!
Sungguh Engkau menyukai kpd yang indah kerana itu ku yakin Syurga Mu itu jauh
lebih indah dari dunia ini. Hati ku bermonolog sendiri mengagumi keindahan
ciptaan Ilahi. Bukan selalu aku merasakan keindahan dan ketenangan seperti hari
ini. Aku terpanggil untuk duduk di bilik Along. Ku singkap tingkap selebar
mungkin bagi mengizinkan hembusan bayu masuk mendinginkan ruang di sekitar
bilik ini. Sambil itu aku termenung di balik jendela sambil melontarkan pandangan
ke luar. Alunan rentak pokok2 di luar sana seolah-olah girang menyanyi zikir
memuji Ilahi kerana mereka adalah mahluk Allah yang sntiasa memuji Allah.
Berbeza pula dgn manusia yang sentiasa sibuk dgn urusan sendiri. Allah...
rindunya aku kepadaMu!
Tetiba
handset ku berbunyi menghentikan lamunan ku. Ku intai siapakah gerangan yang
menghubungi ku. Tertera nama seorang sahabatku di kampus yang lebih manja di
gelar Ina.
Ina : assalamualaikum nurin, Ina sedih.
Aku : waalaikumsalam warahmatuallah, sedih? Knp Ina sedih? Ada mslh ke? Kalau
ada kongsi la dgn nurin. Insha Allah kalau nurin dapat bantu, nurin bantu.
Ku tunggu
SMS seterusnya dari Ina. Aku yakin msti dia adalah maslh. Tapi masalah apa?
Masalah dgn keluarga? Dgn sahabat? Dgn bofren? Allahu’alam. Hatiku makin liar
membuat sperkulasi. Aku sabarkn hati dn terus berdoa semoga bukan mslh kritikal
krn aku tidak bersamanya tika ini utk membantunya hanya mampu menjadi pendengar
jarak jauh shj.
....10minit
berlalu....
Ina : sebenarnya, Ina kecewa. Dia curang dgn Ina.
Allah..
betul tekaan ku td. Ina seorang gadis yang comel, pandai dan bagiku sangat
menjaga batas. Tapi aku tidak pasti bagaimana hatinya tertarik kepada lelaki
itu. mungkin lelaki itu pandai dalam bermuslihat kata. Argh! Aku ni da la tak
reti bab lelaki ni. Bagi aku lelaki tu gentlemen bilamana dia pandai menjaga
batas dalam pergaulan. Tahu menghormati wanita. Kalo kawan iya just kawan tak
perlu nak lebih2. Dan yang penting, agama dan keluarga keutamaannya. Bukan
lelaki yang hanya tahu nak belanja wanita walhal duit tu pn duit biasiswa atau
duit mak bapak dia. Aduuii.... lelaki cam gni ni tolong la berubah. Cian mak
bapak yang mengharap.
Nurin : astagafiruallah... Ina, nurin tak reti bab2 cam gni. Tapi apa yang
nurin boleh bagi nasihat kat Ina, kalo lelaki tu betul2 lelaki yang baik, nurin
yakin dia tdk akan membawa Ina kepada sesuatu yang Allah tidak sukai. Dan kalo
betul pun, dia putuskan Ina kerana dia
nak berubah, Ina kena relakan. Ina kena yakin, kalau betul dia jodoh ina,
sooner or later dia akan datang kembali pada Ina if dia da sedia nak lamar Ina.
Ina tak usah jadikan hal ini sesuatu yang serius. Hilang kekasih tidak bermakna
hidup kita berakhir. Tapi hilang kekasih adalah masa permulaan kita untuk
mengenali dunia. Mengenali apa itu Cinta.
Sent!
Aku tidak
yakin kata2 ku tadi mampu memujuk Ina. Aku berhasrat untuk menghantar SMS lagi
tapi dgn lebih memujuk. Kembalikn dirinya ke alam sebenar berpijak d bumi yang
nyata. Juga membuka fikirannya tentang erti Cinta (jodoh) itu sendiri tentang
sayang Allah kpd hambaNya.
Nurin : Ina, Ina kena redha. Allah buat semua ini kerana DIA tahu apa yang
terbaik buat kita. Ini ujian. Mungkin susah untuk kita terima skrg tapi yakinla
Ina pasti akan bertemu dgn hikmahnya. Ina ingat lagi tak tentang firman Allah
dalam surah al Baqarah ayat 216? Maksudnya, sukaila apa yang kmu suka itu
sekadar sahaja mungkin akan menjadi kebencianmu satu hari nanti dan bencilah
apa kamu benci itu sekadar sahaja mungkin akan menjadi kesukaanmu suatu hari
nanti. Ini la jihad kita. Allah telah sediakan yg terbaik buat kita. Ina,
senyum yea J. Nurin taknak Ina habiskan airmata kerana
benda yang tak pasti. Dia belum tentu lagi milik Ina. Jodoh itu masih rahsia
Allah. Kita sebagai wanita perlu menyiapkan diri sebelum waktu itu tiba. Jodoh
tu, mungkin sahaja mereka yang terdekat dgn kita mungkin shj yang jauh dari
kita. Tapi kita seharusnya berusaha dari sekarang memohon dan teruskan berdoa.
Di samping itu, siapkan diri dgn ilmu agama dengan tarbiah dan dakwah. Nurin
tak kata kita belaja agama utuk berdakwah seperti aktivis dakwah yang lain tapi
dakwah dan tarbiah ini perlu buat kita bilamana kita telah berumahtangga kelak.
Kita perlu penuhi ilmu agama di dada supaya kita mempu menjadi bidadari yang
indah buat lelaki pilihan Allah untuk kita.
Ina : Allah... nurin.. Ina tak tahu nak kata apa. Kata-kata nurin ada
betulnya. Ina menyesal kerana Ina tidak berfikir panjang sewaktu menyambut
salam perkenalan dari lelaki tu. Ina akui, ini salah Ina. Ina menyesal. Ina
berazam untu berubah. Ina akan cuba menyakini hati Ina bahwa pilihan Allah itu
adalah terbaik. Ina malu pada diri ini sendiri sebab kalah dgn nafsu muda. Ina
sepatutnya bertindak dgn lebih bijak seiring dgn apa yang Allah suruh buat dan
apa yang Allah larang. Allah... ampunkan Ina. Nurin, terima ksh di atas semua
kata2 Nurin. Ina beruntung kerana ada shbt seperti Nurin. Ina doakan semoga
kita bertemu dgn lelaki pilihan Allah dan bersama2 redha Allah. Aamiin.
Nurin : aamiin.. insha ALLAH.. Alhamdulillah. Ni semua ats ilham Allah. Nurin
hanya menyampaikan apa yang Allah gerakan d hati nurin. Apapun, jgn berputus
asa. Jgn lemah. Ini baru sedikit teguran drNya dan dalam masa yang sama DIA
rindukan Ina. Musibah tidak datang melainkan kerana Allah merindui kita. DIA
rindu untuk kita menyebut dan berharap padaNYA. Sweet kan ALLAH? J
Ina : Allahuakbar! Kenapa Ina tdk terfikir semua ini? Astagafiruallah...
terima ksh nurin.. terima ksh sesangat. Sayang awak kerana ALLAH! <3 o:p="">3>
Nurin : sayang awak juga kerana Allah shbt ku. J
Alhamdulillah,
sahabatku kembali kpd fitriah sbg manusia iaitu kembali mencari redha Allah.
Aku kembali
melontarkan pandangan ke luar tingkap. Subahanallah.. indahnya peraturan dan
rancanganMu ya Allah. Begitu mudah untuk Kau lentur dan lembutkan hati
hamba2Mu. Aku memohon kepadaMu agar Engkau berikan kebaikan buat kami dunia dan
akhirat. Dan soal jodoh. Hmm.. aku hanya mampu tersenyum dan tersengih2. Aku
sendiri tidak dapat membayangkan andai aku di khitbah. Sediakah aku?
Allahu’alam... aku serahkan kpd Allah dan keluarga ku soal jodoh. Aku masih
tertatih lagi dan aku msh ingin meneruskan langkah dan kajian ku. Apapun, dari
Allah kita dtg dan kpd Allah juga kita kembali..
Cinta... indah bicaramu.
Cinta hadir tanpa di pinta dan d duga
Hembusannya bisa membuatkan jiwa yang gersang berbunga
kembali
Subur dan mekar dlm keindahan.
Usaha di biarkan cinta itu tumbuh subur dalam keadaan
terlarang
Usah dibiarkan ianya mekar
Cantasla semampu mungkin
Jgn hingga menjadi barah dalam hati...
Namun,
Suburkan cinta di hati yang bersih
Cinta itu cukup indah
Damai dan membahagiakan
Itula cinta kepda Allah, Rasulullah
Cinta kepada keluarga juga kepda sahabat.
Dgn itu cinta yang indah pasti akan bertemu dgn cinta yang
indah
Cinta yang cukup terjaga kerana Allah
Cinta berpaggarkan syariat Allah`
Insha ALLAH bahagia milik mu dunai dan akhirat..
Semuanya kerana Cinta ALLAH....
cinta high class menjadi pilihan in sha ALLAH~ |
2:45 pm
22hb mei 2013
Bilik Along
#cerpen ni
tidak ada kena mengena dengan mana2 individu2 ianya Cuma luahan dari dan
gambaran dari minda ana. Tetiba “writer via thinking” seolah2 memberi ana ilham
utk menghasilkan sebuah cerpen. Ana tahu, ramai anak muda seperti ana di luar
sana yang keliru soal Cinta, Jodoh dan sebagainya. Begitu juga ana. Cuma
pengalaman danpemerhatian itu mematang ana dalam berfikir. Tidak semua apa yg
kita sangka baik itu baik buat diri kita kerana hanya Allah shj yang tahu apa
yang terbaik buat kita. Soal Jodoh yakin shj dgn janji Allah. Lelaki yang baik
buat wanita yang baik, wanita yg baik buat lelaki yang baik dan begitu juga
sebaliknya. Selagi kita terdaya berusaha la utk menjadi yang terbaik. Dalam
mencari jadila yang di cari. Semoga Allah mempertemukan dengan pasangan
pilihanNYA. inshaAllah. J
Salam
ukhuwah.
รจ
Jika ada sebarang komen , teguran dan idea boleh
la tinggalkan sebrang pesanan buat ana. Syukran jazilan J
No comments:
Post a Comment