alhamdulillah, ana masih di izinkan bernafas sehingga hari ini. tak sabar rasanya ingin bertemu dengan bulan yang penuh barakah.. Ramadhan al Mubarak. ahlan wasahlan ya Ramadhan..
hari ini kita lihat kejatuhan pemerintahan Islam di Mesir. ana merasa terlalu sedih. meskipun ana bukan berada d sana tetapi kerana aura Islam yang diperjuangkan beliau, ana tertarik untuk follow up issue ini. terima kasih buat sahabt2 ana d FB yang sentiasa up date issue ini d wall masing2..
mang benar, jika kita ingin memperjuangankan kebenaran terlalu payah kerana halangan dan onak duri itu sentiasa menerjah dari pelbagai sudut. namun, setiap kepayahan dan kesusahan ini tidak akan berlaku secara sia2 kerana nikmat dan Syurga Allah itu terlalu hebat.
ana bermonolog sendirian terbelanggu dengan pelbagai persoalan. menimbang baek dan buruknya.
"apa yang aku sumbangkan untuk agama?"
"amanahkah aku dengan masa?"
"jujur dan ikhlas kah aku dalam perjalanan ini?"
"apa keutamaan ku?"
Allah... soalan2 ini terlalu menikam jantung ana. meskipun soalan2 ini tercetus dari minda ana sendiri namun untuk menjawabnya, hanya hati yang berhak menjawabnya. hati jika ia bersih maka bersih la jawapannya. tapi andai hati kotor, maka buruk la jawabnya.
ana petik kata2 dr Dr Morsi... kata2 ini menyebabkan airmata ana tak berhenti mengalir. terlupa seketika ana dengan assignmnets yang menimbun..
ucapan beliau : (copy paste dr page Pakar Diari Hati)
Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.
Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.
Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.
Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku.
Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!
kita bersama2 refleksi dan muhasabah diri. Ramadhan bulan yang penuh barakah tidak lama lagi akan mengunjungi kita. hati ini sayu. terlalu sayu.. semoga kita semua diteguhkan hati dan iman dalam perjuangan Islam. walau tidak dengan tenanga inshaAllah dengan doa. Allah lebih mengetahui segalanya..
ya Allah,
dalam perjalanan panjang ini
kekadang langkah ku pincang
aku mencari 1 sinar dalam meneruskan langkah
sesekali aku terjatuh
aku meraba-raba mencari tongkat untuk berdiri
jatuh ku adalah tarbiah dariMu
jatuh ku mengajar aku erti hidup sebenar
jatuh ku mengambalikan aku padaMu...
ya Allah,
andai jalan yang aku pilih adalah pilihanMu,
tetapkan aku dalam perjuangan ini
andai ianya bukan pilihanMu
peliharala diriku
jangan biarkan aku jauh dariMu...
Di saat aku kehilangan sahabat,
sabarkan hati ku
kerana ukhuwah kerana kasih Mu
tidak akan penah luput dek zaman
tak akan penah luntur dek masa
tidak mengira usia dan bangsa...
aku mohon padaMu ya Rabb...
hadirkan aku sahabat yang sentisa mengingatkan aku akan ada Mu,
sahabat yang mengajar aku erti tarbiah
sahabat yang sentisa menegur tika ku alpa...
teguh dan satukan hati2 kami dalam perjuangan agamaMu.
jadikan uhkuwah itu asbab untuk kami meraih
kasih, sayang dan redhaMu...
semoga ukhuwah itu terjalin seperti
Rasulullah dan para sahabat..
selawat salam buat baginda Rasulullah SAW..
ya Allah,
ampuni dosa2 ku, ibubapa dan kaum keluarga ku, guru2 ku serta sahabat2 ku..
tidak lupa juga buat saudara saudari seislam ku. berila kami petunjukMu dan murahkanla rezeki kami.
andai kami mati, matikan kami dalam keadaan iman..
aamiin..
11:49 am (khamis)
kolej Harun Aminurrashid
mohon maaf andai ada salah ana dalam semua entri ana..
No comments:
Post a Comment