Friday, July 19, 2013

Ana uhibuki Fillah

Bismillahirrahmannirrahim....
assalamualaikum warahmatuallah....

alhamdulillah da masuk hari ke-10 dalam bulan ramadhan kita telah memasuki fasa magrifah di bulan ramadan. jom kita bersama2 muhasabah dalam mencari keampunan Allah.. :) salam mahabbah ramadhan dari ana.. ^^.

baiklah saudara saudari sekalian,
lembaran kali ini ana ingin berkongsi tentang ukhuwah Islamiah.. tentang sahabat...
telah berkata Imam Ghazali r.a (kalo tak silap andai salah sila tegur ^^.) :
"sesungguhnya, Iman berkait rapat dengan ukhuwah dan silaturrahim.."

semalam Allah menguji ana dengan 1 kesedihan. hanya Allah tempat ana mengadu. saat dan ketika itu tiada seorang pn yang memahami keadaan ana. housemates ana pn tidak mampu membaca riak muka dan tingkah laku ana yang agak moody dan tidak seperti selalu. ana menangis sebelum tidur kerana ana merindui sesuatu. ana merindui belaian dan kasih syg insan yang bernama SAHABAT. d setiap sujud ana, ana merayu pada Allah agar dipertemukan dengan sahabat2 yang bisa menjadi sahabat dunia dan akhirat ana. ana sangat2 perlukan sokongan dan dorongan dari yang bernama sahabt dalam menempuh alam kampus yang penuh mehnah dan mencabar ini. kerana yang bernama sahabat juga, ana penah jatuh sakit yang teruk semester lalu. masih lagi kukuh tinta ana dalam lembaran tentang kerinduan ana kepada sahabat dalam bulatan Usrah yang pada ketika itu, ana hanya mampu memahat dan mengukirnya di atas kertas. meluah segala perasaan dan kerinduan pada sehelai lembaran putih yang di selang seli kan dengan esakan tangisan. ketika itu, ana sangat perlukan kata2 semangat dari insan yang bernama sahabat...

dan alhamdulillah... pada Ramadhan kali ini, Allah telah memakbulkan permintaan ana. Dia telah mencampakan ana dalam 1 bulatan tarbiah naqibah. di situ, ana dipertemukan dengan sahabat2 yang hebat datang dari pelbagai negeri. kali pertama berjumpa, ana agak kekok kerana ana di kira "orang baru" dalam kelompok itu. ana hanya mampu mengunci bicara membiarkan sahabt2 lain meneruskan perbincangan. perjumpaan ke-2, ana semakin serasi bersama mereka. mungkin kerana ukhuwah kerana Allah itu menjadikan kami semakin merapatkan diri. segala kesedihan yang ana alami seolah2 terubat dalam perjumpaan tersebut. segala perkongsian dan perbincangan ilmu hebat berlaku dalam bulatan itu. Allahu rabbi... betapa ana bersyukur kerana terpilih untuk bersama mereka. dari sna ana belaja pelbagai ilmu serta mencakna minda tentang isu2 semasa menjadikan fikiran lebih matang dan alert soal dan isu Islam.. alhamdulillah.. terima ksh kpd naqibah ana, akak S sbb akak bg peluang ana untuk bersama mereka semua. terima ksh juga ats tarbiah akak sepanjang ana d sni ^^.

berbalik kepada Ukhuwah Islamiah itu,
bagi ana, ukhuwah Islamiah ini terlalu manis untuk di rasai. bila kita berada dalam ukhuwah itu, sudah pasti anda tidak mahu perpisahan berlaku. kalo boleh anda ingin sentiasa bersama mereka. bila berjauhan, terasa satu kerinduan dalam hati kepada mereka.
ukhuwah Islamiah adalah ukhuwah yang didasari dengan1 aqidah yang sma iaitu mencari mardhatillah. berjuang di atas landasan yang sama iaitu demi tertegaknya Islam. saling menasihati dan saling memahami. saling mendoakan dan saling merindui. tidak ada batasan usia dalam Ukhuwah Islamiah ini.

p/s : Ukhuwah Islamiah ini besar juga skopnya tapi pada n3 kali ini ana hanya huraikan sdikit shj sesuai dengan perkembangan n3 ana. mungkin sesiapa yang berada dalam bidang tarbiah, anda lebih mengetahui tentang skop ini. sbb tanpa ukhuwah yang kuat, misi perjuangan itu sukar di capai. kerana semuanya bermula dari HATI dan Bersatu.

kepada adik2 akak d SMKB,


akak harap adik2 semua mampu untuk membina sebuah Ukhuwah Islamiah. akak nak kamu semua rasa manisnya ukhuwah kerana Allah dan akak telah menemuinya suatu ketika dlu ketika mula2 melibatkan diri dalam usrah bersama shbt2 akak d SMKB. di situ titik permulaan sejarah kisah persahabatan akak dengan sahabt2 akak kerana Allah. berjuang sedaya yang mampu untuk mengekalkan usrah d sana. walhal ketika itu, semua guru2 naqibah telah berpindah sekola dan amanah kak Jannah masih tergenggam erat dan kukuh dalam diri kami ketika itu. dan alhamdulillah usrah SMKB sekarang makin hebat bila da d bawah KRU PSS. alhamdulillah. dlu mang dari tahun 2008 lagi naqibah (kak Jannah) ingin menubuhkan KRU d SMKB tapi ada halangan dan alhamdulillah akhrnya tertubuh juga pada tahun 2013 ini. tahniah semua! :) . berbalik kepada kisah tadi, kalo dlu, persahabatan kami hanya sekadar  "sahabat" tetapi bila konsep ukhuwah Islamiah itu mula tertanam dan terbetuk dalam diri kami, kami sentiasa merindui meskipun kini jarak memisahkan akak dengan shbt2 akak. akak salu menangis bila teringat mereka. saat indah bersama mencari erti kehidupan. merindui saat kami menangisi bersma bila di uji dan dilontarkan fitnah. mahu menggerakan program agama itu bukan senang pada ketika itu. terlalu banyak ujian mehnah yang dilontarkan kepada semua AJK program. masa ketika dan saat tu mang agak down sehingga seorang sahabat ini mengingatkan akak, 
"sahabat, jika kita menolong agama Allah, inshaAllah Dia akan menolong kita dan meneguhkan kedudukan kita. ni pesanan Allah dalam Surah Muhammad ayat 7."
alhamdulillah.. setelah itu kami semua berusaha sunggguh kerana kami pegang kpd amanah naqibah2 dan ustaz2 yang telah pindah dr sekolah. semua itu akak lalui bersama mereka. dan menjadikan hubungan kami lebih erat. 

Dalam bersahabat memang kadang kalanya da yang terluka namun, kerana sayang, semua itu kita telan. luka td kita ubat tanpa menyakiti hati sahabat. bak kata naqibah ana, biar kita sakit kerana sahabt, jangan kita yang menyakiti sahabat.

kepada yang telah menemui sahabt yang menangis bersma jagala hubungan itu ikhlas kerana Allah. semoga ikatan ukhuwah itu menjadi bukti kita dalam perjuangan Islam.



""Hari yang indah, senyuman pertama hulurkan salam ukhuwah kita. silaturrahim ini tak akan terpisah berbahagia untuk selamanya..  kita jalinkan seperti rasulullah dan sahabat. bertemu berpisah kerana Allah."



sahabat, andai ana salah maafkan ana,
andai ana silap mohon teguran dan bimbingan sahabat.
andai ana penah melukai kalian, ampunkan ana.
andai ana bersalah sila beri tunjuk ajar...

ku cintai dan rindui kalian kerana ALLAH...


7 : 08 am


3 comments:

Unknown said...

Ukhwah kerana Allah itu sangat indah :)sahabat...

Unknown said...

Sahabat, jika boleh saya, saya mau ukhwah kita seperti dulu.hu... saya mau minta maaf sekiranya ada mbuatkan sahabat terasa hati dengan saya...hu

Nurin Qaireen said...

salam ukhuwah... :)