dengan nama ALLAH yang MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...
assalamualaikum...
Mahabbah Ramadhan
“Ramadhan pencetus generasi bertaqwa.”
Al baqarah : 183-186
Hasil forum Mahabattul Ramadhan bersma Ustaz Shaari Mohamad Rahman dan Ustaz Muhamad Munawih (maaf kalo salah taip nama ustaz2 ni..):
1. Knp ramadhan penghulu segala bulan
- Al quran diturunkan pada bulan Ramadhan sebagai petunjuk kepada manusia.
- Ramadhan adalah bulan Makrifah.
- Puasa akan memberikan kita 2 pilihan ; samada jadi orang beriman dan bertaqwa atau menjadi orang yang fasik.
- Puasa yang bukan orang bertaqwa hanya akan mendapat lapar dan dahaga.
- Banyakkan berzikir. Kawal nafsu. Kawal mata, hati dan mulut.
- Dalam bulan ramadhan, 2 syaitan akan dilemahkan iaitu syaitan dan syahwat (nafsu).
2. Jika tak sabar tungu Ramadhan.
- Bulan ramadhan untuk kita “HONEY MOON” dengan ALLAH SWT. DIA bagi kita ruang untuk lebih mendekatiNYA.
- Cara hidup produktif muslim adalah berpuasa.
- 5 kelebihan bulan puasa :
I. Nafsu akan di tambat. Bagi lapar dan dahaga. Pusat nafsu adalah diperut.
II. Syaitan di tambat adalah external factor bukan seluruh syaitan yang ditambat tapi hanya syaitan yang membisikan was2 di dalam hati.
III. Tawaran hebat di penghujung ramadhan. Iaitu lailatul qadar. Pahala hebat. Dosa2 di ampunkan. Ibadah yang lebih baek dr seribu bulan. 10 malam terakhir ramadhan. Bangun 10 mlm terakhir ramadhan.
IV. Sejarah berbicara tentang kaum terdahulu. Compare kualiti puasa dgn umat yang terdahulu. Cth bani Israel ada yang berpuasa selama 3 hri berturut2. Malaikat keja paling sibuk adalah pada bulan Ramadhan. Energy akan dapat extra bila dapat kawal nafsu dan dahaga dengan baek. Kental hati lebih baek dan kuat dr kental atau kuatnya besi.
V. Bukan sekadar untuk beribadah sehbis baek hanya di bulan Ramadhan tetapi selepas itu tidak. Hakikatnya sahabatku, bukan seperti itu.ketahuilah oleh mu bahwa bulan ramadhan adalah charge untuk ibadah kita sepanjang tahun kira seperti tuning point kita. Ramadhan adalah trending center spy kita menjadi seseorang muslim yang baek dan istiqamah dalam ibadah dan ketakutan kepada ALLAH.
3. Cukupkah tarbiah 1 bulan untuk mengharungi 11bulan seterusnya?
- Rramadhan itu memilik falsafah di dalam 4 perkara :
1. Kena cari pahala dan tolak dosa J
Contoh : membaca al quran tadarus atau pun mengerjakan amalan-amalan kebajikan yang lainnya. Pahami syariat Islam. Pahala akan rosak apabila riak mula menjalar di hati kita. Dan sebaek2 sedekah adalah pada bulan Ramadhan.
2. Ramadhan adalah bulan Mawaddah. So control marah yea...
3. Amanah. Puasa akan mengajar kita untuk lebih amanah.
4. Ramadhan adalah bulan mencari ilmu dan agama.
- insyaALLAH pesan ustaz, jika kita mampu menghayati dan memahami 4pekara di atas kita akan jd muslim yang terbaik! J
kesimpulan :
menghayati Ramadhan untuk menjadi insane AL FATIH :
barangsiapa bangun untuk mengisi Ramadhan, muhasabah diri, berfikir dan memahami apa yang ingin kita dapat adalah proses DIA untuk membentuk kita berubah menjadi baek untuk bulan-bulan seterusnya. Ramadhan adalah bulan yang panas untuk menguji keteguhan kita. Konsisten sentiasa dalam mbuat amalan kebaikan. Supaya hati kita jinak dan mudah diluntur dengan nilai-nilai Islam yang murni justeru melahirkan hati-hati yang ikhlas. Jika melakukan dosa dan timbul perasaan bersalah maka itulah hasil didikan. Hati tidak rela kita dalam keadaan berdosa kepada Khaliknya.
Taqwa adalah menjaga peraturan ALLAH dalam soal halal dan haram. Sebaik2 manusia adalah yang Berjaya mengeluarkan nasfu kata ulamak.
Ramadhan madrasah untuk kita buat segala kebaikan J
Ramadhan bulan menjana diri kea rah yang lebih baek. Undang perubahan :
1. niat (nyatakan azam ingin berubah)
2. berubah jgn bagi alasan tp bertindaklah secara proaktif.
3. Pentingnya suasana. Spt sentisa menjaga pergaulan dan yang sewaktu dgnnya..
Allahuálam...
Inilah dia cket perkongsian MAHABBATUL RAMADHAN dr KOLEJ HARUN AMINURRASID.
Segala yang kurang harap di maafkan kerana penulis ini hanya insane dan manusia biasa..
Sekian wassalam...
No comments:
Post a Comment