Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bahawa baginda bersabda :
“Tiap-tiap perkara yang terpenting tiada dimulakan dengan ucapan kepujian kepada ALLAH, maka ia adalah terputus (iaitu tiada berkatnya).”
>Kitab Al-Azkar al-Nawawiyah<
Assalamualaikum warahmatuallah ya akhi, ya ukti...
Da lama rasanya ana tidak mencoretkan sebarang madah mahupun bicara d ruang ini. lantaran kesibukan ana sebagai seorang pelajar dalam mengkaji dan menteliti aliran-aliran dan liku-liku kehidupan bergelar pelajar membuatkan ana terbejat akal untuk berbicara di ruang ini. ana asif jiddan ya sahabat semua...
dan alhamdulillah, ana telah dipertemukan dengan 3 lagi bahan kajian mahupun rujukan terbaru tentang kajian ana yang melibatkan soal Perubatan Islam. antara bahannya yang mana adalah hadiah ana buat ayahanda tercinta sebagai wacana dan wadah dalam menambahkan ilmu tentang konsep Perubatan Islam yang berasaskan Al Quran dan As sunnah:
1. Keajaiban Ruqyah dalam menyembuhkan sesuatu penyakit karya Abdullah Bin Muhammad As-Sadhan.
2. Siri Terapi Al Quran penyembuh penyakit & Penangkal musibah karya Abdul Hayie Al Alawie yang disemak oleh Dato' Hj, Ismail Kamus.
3. Dasyatnya Sihir rahsia rawatan dan penawar karya ustaz Dato' Hassan Mahmud al Hafiz.
dan bersyukur ke hadrat Ilahi semester ini ana dipertemukan dengan sahabat2 yang boleh kiranya ana berdiskusi dan bertanya kepada mereka soal Perubatn Islam ini. dari sini, ana mendapatkan 1001 input secara non-directly ilmu yang berkaitan dan bersangkut paut dgn ini.
dikesempatan ini juga, ana ingin berkongsi pengalaman yang berkaitan dengan 'sakit luar alam' yang pertama kalinya ana mengalaminya dan saat ketika jauh dari famili.
secara peribadinya, pada tanggal 29 Jan 2013 (rabu)
ana telah diserang penyakit misteri. simptom awalnya, masa slps isyak ana merasakan pening yang luar biasa. suhu badan ana mula merasai panas yang sangat luar biasa peliknya tetapi ana merasa kesejukan yg luar biasa. ditengah keramaian ana berdiskus dgn ahli grop discussion ana untuk grop assignmnt saat dan ketika itu ana hanya mampu berbaring sambil menahan kesejukan. pada masa itu kebetulan roomate ana ada meeting dan hanya ana berseorangan di bilik. ana keluar dari room chat discussion grop atas alasan ana da pening tahap dewa dan da tak mampu nak bertahan lalu ana baring dan cuba melelapkan mata berharap agar pening dan kesejukan itu kebah namun, sangkaan itu melesit sama sekali makin ana bertahan beristighfar makin ana menggigil kesejukan. lalu ana text naqibah usrah yang untuk bertanyakan pendapat dan solution bagaimana untuk meredakan sakit pelik itu. lalu naqibah usrah menyuruh ana membaca ayatul kursi selama 20 minit. bilamana ana mencuba untuk melafazkan ayat suci tersebut badan ana mengigil kesejukan yang amat dan suhu badan ana naek secara mendadak hingga menyebabkan bibir ana kering dan merekah. hujung kaki sejuk yang teramat. ana tidak mampu saat itu, ana akhirnya menangis teresak2 menahan sakit dan peritnya ketika itu. mujurla roomate ana abes meeting tidak lama. dia bertanyakan keadaan ana yang mula berubah mendadak dia saat di keluar meeting tadi. dan bilamana ana teliti betul2 dan membacakan ayat2 Quran, ayat2 Ruqyah yang ana hafaz, ana dapat rasakan reaksi dalam badan ana. ana dapat merasakan seperti sesuatu bergerak di dalam badan terutama di bahagian kaki. lalu ana text abg ana yang kebetulan bercuti di kampung, ketika itu jam mula menunjukan pkul 11 stgh malam. dan ana yakin ayah ana da tidur. ana berkira dan berfikir2 berkali untuk text abg ana bg memaklumkan keadaan ana yg agak 'teruk' saat itu, tapi kerana ana sudah tidak mampu untuk melafazkan apa2 ayat dari mulut hanya berharapkan istighfar dalam hati ana dengan jari yang mengigil menekan punat hp untuk text abg ana. tdk lama pastu dapat kol dari ayah. ayah ruqyah ana dari jauh. dan dalam masa yang sama ana ruqyah diri sendiri dgn kekuatan yang ada dengan hanya melafazkan Bismillah 5 dan ana keep on recite "bismillahiladzi laayardurru mahasmihii syai'hun fir ard' wala fii sma'i wahuwa sami'i ul alim.."
maksudnya : dengan nama Allah, yg dengan namaNYA akan terhalangla, segala sesuatu di bumi dan di langit untuk menimpakan bencana, dan Ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
(ayat ini anda akan jumpa dalam al mathurat, ianya juga dikenali sebagai ayat penggerak maksudnya dibaca sebelum pegi ke mana2 tujuan dan juga dikenali sebagi bismillah 5 yang digunakandalam perubatan Islam)
ana baca dengan sepenuh penghayatan dan kepasrahan. naqibah ana pesan kepada roomate ana untuk bantu ana dengan cara mlawan 'benda' tu dengan surah Yassin yang mana di setiap kalimah Mubbin akan di ulangi bacaan Yassin tersebut dari awal hinggala ke7 Mubin yang terakhir.
ana teruskan bacaan sehingga ana merasakan ada 'benda' yang beransur2 keluar dari badan ana. namun suhu tetap berubah tetapi ana da mula untuk berpeluh itu tanda bahwa ana berhasil melawan 'benda' atas izin Allah.t masa tu roomate ana belum mulakan pembacaan yassin 7 mubbin tersebut. setelah itu, ayah kol semula dan ayah menyatakan seperti ada gangguan. terus ayah suruh ana tngu panggilan dari pak Long untuk dirawat dari jauh lagi melalui kol.
(perubatan Islam ini dikenali sebgai Ilmu tarikat dan Ilmu ini sangat tinggi menurut naqibah ana kerana si perawat yang menggunakn ilmu ini akan mempunyai amalan zikir yang sangt tinggi setiap hari. kesahihhannya allahu 'alam. ana masih blum mengkaji smpai ke tahap itu. hanya ada tahu ini shj.)
bila pak Long ana rawat, pak long kata mahluk itu adalah mahluk yang terserempak dgn ana. pak long kata masa tu keadaan ana tidak stabil dan iya ana akui itu salah ana. masa itu emosi ana tidak stabil disebabkan beberapa tekanan persekitaran. naqibah ana pn cakap perkara yang sama. bilamana emosi kita tidak stabil mahluk itu akan senang datang menganggu dan menyerang. itulah di antara asbab kenapa orang boleh jadi hsiteria kerana jiwa tidak stabil!.
pada pkul 1stgh alhamdulillah keadaan ana beransur pulih dan ayah pesan supaya buat solat sunat syukur. selepas peristiwa ini, ana seminggu tidak lalu makan sebab kesannya masih ada tinggal dalam diri.
satu hari tu krn ana tidak betah keaadan begini hingga penghujung sem memandangkan banyak assignmnt yg ana kena buat ana amek keputusan untuk merawat diri. sungguh tiap kali pas ruqyah diri ana akan muntuh. kadang2 tak smpai abes bacaan hafazan ana, ana da rasa mual dan nak muntah. alhamdulillah 3hr pastu ana da kembali sembuh. namun sejak peristiwa itu, ana da makin sensetif kepada org yang sakit. bila ana sentuh orang yang sakit, ana akan pening dan muntah2. bilamana ana bertanya kan kepada naqibah ana simptom tadi, dia kata sbb benda tu masuk dlm badan ana dan keluar melalui badan ana. sehingga sekarang bagi ana ini adalah peristiwa yg sgt misteri dan terlalu banyak persoalannya yang ada di benak ana saat dan ketika ini. namun jawapan itu memerlukan masa yang lama untu diterokai.
ana rasa cukup smpai sini shj coretan dan perkongsian dari pengalaman ana sendiri. ana mohon doa sahabt2 smua supaya ana di beri kekuatan, di lindungi dan di jauhkan dari sebarang ganguan dan musibah sepanjang minggu exam pada mingu2 hadapn inshaALLAH. doakan yang terbaek buat ana :)
syukran jazilan. andai anda ada sebarng komen, cadangan, dan nasihat boleh la tinggalkan komen anda di sni semoga ana bermuhasabah smula. andai ingin di kongsi pengalaman ini bersama yang lain silakan :) semoga bermanfaat buat yg lain.
ana akhiri dengan lafaz baraqamuallah fiq
assalamualaikum warahmatuallah..