assalamualaikum warahmatuallah..
Dalam lembaran
dan bicara kali ini ana ingin berkongsi tentang sebuah kisah nabi ALLAH yang
sangat menarik.
Kepada perawat
Islam di luar sana mungkin antum semua cukup serasi dengan surah Yunus ayat ke
81-82, maksudnya :
“Maka ketika para pesihir itu datang Musa
berkata ; apa yg kamu lakukan itu, itulah sihir, sesungguhnya, Allah akan
menampakkan kepalsuan sihir itu. Sungguh Allah tidak akan membiarkan terus
berlangsungnya pekerjaan orang yg berbuat kerosakan.” QS Yunus :81
“Dan Allah akan mengukuhkan yg benar ketetapanNya
walaupun org2 yg berbuat dosa tdk menyukainya.” QS Yunus : 82
Dalam ayat
di atas jika kita kaji sirahnya di dalam
al Quran cukup menarik. Dan ustaz Sharhan penah pesan, jika kita mengetahui sirah tesirat dalam amalkan itu nescaya akan
timbul satu kekuatan keyakinan untuk terus mengamalknnya.. Ayat di atas
menerangkan tentang Kisah Nabi Musa dan Nabi Harun dalam menetang kekafiran
Firaun yang pada mana masa tu Firaun bersama konco2 nya menggunakan sihir .
namun begitu, dgn Izin ALLAH, tongkat yang dilemparkan oleh Nabi Musa itu
bertukar menjadi ular yang menelan ular2 penyihir tadi. Sehingga pesihir2 itu
sujud dan mengakui keagungan dan kekuasaan Allah setelah peristiwa itu. (boleh
rujuk surah Toha ayat 70-72)
Pabila ana
mengetahui sirah ini, ana semakin teruja untuk terus mengamalkannya, dari situ
timbul satu perasaan yang sukar terluah. Bukan hanya ayat2 ini shj, tapi ada
banyak kisah yang ingin ana kongsikan tentang kisah Nabi Musa di lembaran kali
ini. Kisah Nabi Musa a.s sangat melekat di hati ana.
Ketika Nabi
Musa masih bayi lagi, Nabi Musa telah di uji oleh Firaun yang mana pada ketika
itu Musa merupakan anak angkat Firaun dan Siti Asyiah. Siti Asyiah menjumpai
Nabi Musa di hanyut di sungai Nil. Dengan kelembutan Siti Asiyah akhirnya
Firaun mahu menerima Musa sebagai anak angatnya. (surah Toha ayat 38-39)
Suatu hari,
Firaun telah menguji Nabi Musa yang pada itu masih kecik merangkak lgi. Firaun
telah meletakan susu, bara api dan emas di hadapan Nabi Musa. Dan Nabi Musa
dilepaskan untuk memilih samada susu, bara api atau emas. Pada mulanya nabi
Musa merangkak menghala ke emas yang mana kilauan emas itu menarik
perhatiannya, Siti Asiyah merasa debaran yang sangat kuat kerana, andai Nabi
Musa memilih emas nescaya Nabi Musa akan dibunuh oleh Firaun. Namun, malaikat
Jibrail dengan izin Allah telah mengalihkan arah rangkak an Nabi Musa menuju ke
bara api dan akhirnya nabi Musa makan bara tersebut menyebabkan Nabi Musa cacat
lidah. Sejak itu, baginda tidak mampu untuk berbicara dengan fasih seperti
saudaranya Nabi Harun yg merupakan pembantunya. (surah Toha ayat 29-32).
Namun Nabi
Musa tetap membesar menjadi seorang ilmu yang terkenal sehingga baginda ramai
pengikut dan Firaun merasa marah dan terancam.
Pabila Allah
memerintahkan Nabi Musa untuk menghadap Firaun, lalu baginda berdoa dalam surah
Toha ayat 25-28. Dan dalam ayat2 ini nabi Musa memohon supaya di lapangkan
hati, dipemudahkan urusan, dan di pahami kata bicara. Kalau kalian semua
perasan, ayat Toha :25-28 adalah ayat
yang selalu kita lafazkan sebelum kita memulakan apa-apa program dengan harapan
agar Allah memudahkan urusan kita dan orang yang mendengar memahami lisan kita.
See, rupanya di balik ayat2 ini ada peristiwa yang sangat menarik. Andai kita
mengamalkannya dengan mengetahui sirah ini In sha Allah pahalanya dan keyakinan
kita makin mantap dan langkah kita dalam menyeru orang kepada kebaikan in sha
Allah dipermudahkan.
*****
*****
Bila ana
ingat balik cermah ustaz Sharhan di TV9 dalam program “Tanyala Ustaz” yang berlangsung selama 3hari tu (mungkin
sape nak tengok ulangan boleh cek d www.tonton.com).
Hati ana
rasa tersentap.. terus bermolog dalam hati,
“haih, selama ni aku amal tanpa tahu pn sirah
dibaliknya. Mak ayah suruh hafaz dan amalkan tapi tak tau pun mutiara di balik
ayat ni. Alhamdulillah hari ini Allah dengan Kasih SayangNya mendetikkan aku
untuk mendengar ceramah ini. ”
keistimewaan ayat-ayat tadi antaranya:
1. surah Yunus : 81-82
a) amalkan sebagai ayat pendinding diri terutama dari gangguan sihir.
b) hijab akan terbuka cth mcm orang maen silap mata.
c)boleh membatalkan sihir. in sha Allah dgn izin Allah.
d) kalo orang yang paham peristiwa ayat ini dan menyakininya in sha Allah jika kena sihir akan muntah.
2) surah Toha: 25-28
a) dilapangkan hati dalam berurusan.
b)dipermudahkan urusan.
c) in sha Allah yang mendengari bicara kita akan di paham.
yang penting kita tahu jalan ceritanya peristiwa ini dan amalkan. J
keistimewaan ayat-ayat tadi antaranya:
1. surah Yunus : 81-82
a) amalkan sebagai ayat pendinding diri terutama dari gangguan sihir.
b) hijab akan terbuka cth mcm orang maen silap mata.
c)boleh membatalkan sihir. in sha Allah dgn izin Allah.
d) kalo orang yang paham peristiwa ayat ini dan menyakininya in sha Allah jika kena sihir akan muntah.
2) surah Toha: 25-28
a) dilapangkan hati dalam berurusan.
b)dipermudahkan urusan.
c) in sha Allah yang mendengari bicara kita akan di paham.
yang penting kita tahu jalan ceritanya peristiwa ini dan amalkan. J
Semoga bicara
kali ini bermanfaat buat semua.
Akhirul kalam…
Assalamualaikumwarahmatuallah..
Jika ada
salah silap, mohon tegur ana.
Syukran jazilan..
6 : 36 pm
(14hb April 2013)
Bongawan. (ukti Nurin)
#maafla kesah Nabi Musa ini tidak dari A-Z ana gerap buat tatapan dan sentap minda semua. ana cuma petik beberapa peristiwa dalm al Quran shj yang ana tahu dan paham dari mutiara bicara ustaz Sharhan. ana Asif jiddan, jika antum ingin tahu lebih lanjut lagi kisah Nabi Musa elokla di taddabur al Quran. J
salam ukhuwah.. J