Thursday, June 13, 2013

Cinta Di Taman Larangan

Bismillahhirrahmannirrahim...

“Jangan mudah melafaz kasih, kasih itu pada siapa,
Jangan mudah melafaz sayang, sayang itu pada siapa,
Jangan mudah melafaz cinta, cinta itu pada Yang Esa,
Cintakan Bunga, Bunga kan layu.
Cintakan manusia, manusia kan pergi...”
                                                                 
Ni ana petik dari lagu keroncong Kasih Sayang dari UNIC.

Cinta di Taman Larang?
Apa yea?
Bagi ana, cinta tu umpama meneguk sesuatu yang memabukan. Bila da diteguk, otak da jadi tak waras. Semuanya di pandang baik. (maafla kalo ada yang terasa) tapi secara jujurnya, apa yang ana katakana ini adalah satu reality lagi fakta. Cuba anda tegok kangkawan anda yang tengah hot couple, bila dorg putus, tetiba 1 minggu, 1 bulan da ada pengganti. Betul?
Baikla, 1 situasi ana... sorang hamba Allah ini penah kata,
“aku tak bolehla takde kapel ni..”
uits, sampai cam gtu sekali. Apa jg erti cinta tu? berSMS bersayang2?? Calling2?? Jumpa2?? Dating2??
Haih... kalo ana sendiri, ana pn tak tahu. Speechless!
1 bulan .. 1 tahun.. 2 tahun.. tup tup tup! Putus! Pastu cari pengganti. Masa tu adala yang frust tertongeng. Berendam air mata. Berdendam.
Ni la bahana Cinta di Taman Larangan.

Ana Cuma nak bagi kita semua berfikir shj, ana tak mention kepada mana2 individu mahupun pihak. Ana tak menyalahkan sesiapa Cuma, nak ajak berfikir. Nak kapel ke tak tu terpulang dgn anda. Ana Cuma nak berkongsi sahaja. Sbb ana yakin, Allah da bagi anda semua hati dan akal fikiran utk berfikir. Cuma dari kita sahaja samada nak selaraskan dgn fikrah Islam, ikut syariat Islam atau tidak. Buka al Quran dalam tu Allah da bagi banyak panduan. Allah da isi dan jawab semua apa yang ada di hati kita soal cinta. Sebagai contohnya :

“dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia jadikan antaramu kasih sayang. Sungguh, pada yg demikian terdapat tanda2 kebesaran Allah bg kaum yang berfikir.” (QS Ar-Rum : 21)
                    
Ana fokuskan di sini tentang ‘kasih sayang’. Dalam ayat ni Allah da jelas terangkan, dari diri kita ni telah ditentukan jodoh dan pasangan masing2 yang mana antara keduanya Allah campakan perasaan kasih. Tapi bukan cinta pandangan pertama maksud ana. Maksud ana, bila da akad. Ni tak, ikut reality skrg, tukar2 pasangan ‘berkasih syg’ siap buat till Jannah lagi. -_-“ pelik ana. Nak till Jannah pegi akad nikah dulu, baru dapat pahala berkasih sayang. So, kenapa terburu2? Apa motif tukar2 pasangan? Kn bagus kalo da berkenan tu buat istikarah, kalo da dapat petunjuk teruskan dgn akad. Tak payah susah2 abeskan duit, masa nak kapel2. Focus kepada diri. Betulkan agama dalam diri. Top up dan up date diri dengan agama. Baru la kelak da berumahtangga nanti till Jannah. Sama2 mencari redha Allah. Kan sweet?


Manakala firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 26,
“wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik dan begitu juga disebaliknya, wanita yang keji untuk lelaki yang keji, lelaki keji untuk wanita yang keji.”

Dalam ayat di atas Allah da bagitau kita, kalo kita nak dapat pasangan dan jodoh a.k.a cinta sejati yang tidak ada curang2 tidak ada kecewa tu, kita MESTI jadikan diri kita yang terbaik. supaya Allah kurniakan kita seseorang yang terbaik juga. Kenapa kita nak rebut cinta murahan yang berkeliaran sekarang kalo pada akhirnya kita sendiri yang sakit. Kita sendiri yang kecewa. Tdk kasian ke dgn hati anda? Berapa kali hati anda nak terluka dan kecewa. Apatah g sok lusa kalo da kahwin. Mesti da tak best kalo tak usaha dari sekarang bermujahadah. Tak kesahla seteruk mana masa lalu kita. Tapi Nabi Muhammad SAW tidak penah mengajar umatnya untuk berkata ‘da terlambat’. Selagi ada hayat, berusahala. Mang la tak best, tapi cuba buat Cket2 dlu. Mula dari bawah.  ana yakin anda pasti menyukainya sbb dalam kita merancang, Allah juga merancang. Nak tunggu Hidayah? Sampai bila?? Hidayah perlu di cari. Macam juga kalo anda lapar, kalo anda tak masak atau bli makanan anda akan berterusan lapar dan boleh mati. Betul tdk? Sama la juga seperti ini, hidayah itu sesuatu yang kita perlu cari. Kita kena bersusah2 dahulu. Tak kesah apa yang jadi tapi, hidup dan keutamaan kita adalah ALLAH.

So masih nak  cinta di Taman Larangan ke? Masih nak rebut cinta yang berkeliaran ke? Tepuk dada Tanya iman anda. Ana mohon maaf kalo n3 kali ni agak bunyinya kasar dan direct. Tapi ni apa yang ada di sekeliling ana. Ana kesian tegok yang nangis sbb kapel curang. Ana kasian tegok mereka merayau2 nak kapel apatah lagi yang sampai bergaduh dan berdendam. .
 Allah... semoga Allah bg kita petunjuk untuk mencari apa itu erti cinta.



Saudara dan saudari semua,
Toksah risau, jodoh telah Allah tetapkan bt kita.(pujukan dan nasihat buat empunya diri ini yang masih belaja ini) Lebih elok kirannya sekarang kita focus pada diri sndiri supaya kita dapat jodoh yang elok dan setia. Dalam mencari jadi diri yang dicari. Nak cari yang soleh, usaha dlu untuk jadikan diri sendiri solehah dan gtu jg disebaliknya. Kalo tidak d dunia jodoh kita, inshaALLAh di akhirat di sedang menunggu. Focus hidup kita mencari redha Allah. Siapkan bekalan utk akhirat sana. Soal jodoh Allah tentukan, soal mati jg Allah yang tetapkan. Kita sibuk nak cari pasangan tapi kita lupa, yang kita jg tdk tahu bila kita mati. Cukup atau tdk amalan kita? Tak tahu smpt atau tak kita bertemu jodoh atau, mati dlu menjemput kita. Allahu’alam. Oleh sbb itu la, biar kita bersederhana. Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Istikarah dan berusaha. Itu jalan yang terbaik.

Akhirul kalam... semoga Allah rahmati hidup kita memperoleh cinta yang sebenranya. J inshaALLAH..
Ana asiff jiddan ya ukt ya akh..

Wassalam

11:18 pm
11 Jun 2013
Kolej Harun Aminurrashid.

#Cuma sekadar pandangan dan perkongisan dari ana, hamba Allah yang masih tertatih meraba sinar iman dan Islam dalam diri# semoga bermanfaat... inshaALLAH