Saturday, December 14, 2013

menuntut ilmu itu WAJIB

Bismillahirrahmannirrahim…
Assalamualaikum wbt…

Kenapa perlu belajar ILMU agama?

Kewajipan ke atas setiap orang Islam.
“Menuntut ilmu adalah fardu ke atas setiap orang Islam.” (HR Ibnu Majah)
Berdasarkan kepada hadis di atas, jelas kepada kita sebagai umat Islam, perlu menuntut ilmu samada ilmu fardu ain atau ilmu fardu kifayah kerana ini adalah kewajipan kita. Namun begitu, harus di fahami bahawa menuntut ilmu fardu ain itu adalah wajib jika di bandingkan dengan ilmu fardu kifayah. Namun tidak bermaksud kita hanya menumpukan seluruhnya hanya kepada ilmu fardu ain, pandai-pandaila kita dalam membahagikan dan menuntutnya. J



Tahukah kalian apakah dia ilmu fardu ain?
Secara umumnya, ilmu fardu ain itu terbahagi kepada 3 bahagian utama :
1.       Ilmu akidah dan tauhid : ilmu ini berkaitan denga n perihal keimanan dan kepercayaan dalam Islam.
2.       Ilmu fiqah : ilmu ini berkaitan dengan hukum hakam dalam Islam seperti ibadat, perkahwinan, zakat dll.
3.       Ilmu akhlak : ilmu ini berkaitan dengan soal Qolbi (hati), sifat2 mahmudah (terpuji) dan mazmumah (terkeji).

Bagaimana pula dengan ilmu dunia? Mengapa kita perlu mempelajarinya?
Ilmu dunia merangkumi ilmu dalam bidang sains (kimia, fizik dan biologi), ilmu sejarah, matematik dll. Ilmu2 ini juga perlu kita pelajar untuk mengukuhkan iman kita kepada Allah. Melalui ilmu2 ini, kita boleh nampak kesenian ciptaan Allah dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia2 seperti yang diterangkan di dalam Al Quran. Dalam Al Quran sendiri terdapatnya ilmu sains, sejarah, astronomi dan sebagainya.
Sebagai contohnya, kita ambil dari surah Yunus ayat 5, maksud ayat :

“Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan itu melainkan dengan benar. Dia menjelaskan tanda-tanda kebesaranNya kepada orang-orang yang mengetahui.”

Melalui ayat tadi, ada 2 isi penting di dalamnya, pertama tentang ilmu sains iaitu ilmu astronomi yang mana Allah telah menjelaskan kepada kita bahawasanya semua planet2 yang ditemui oleh manusia telah pun Allah tetapkan orbit setiap planet tersebut seperti ayat di atas. Kemudian melalui peredaraan matahari, bulan dan planet2 lain telah menyebabkan berlakunya perubahan masa seperti tahun. Dan dalam peredaran bulan itu, manusia dapat mengenal pasti bulan2 dalam tahun. Melalui kajian yang telah di buat oleh manusia maka wujud la system kalender samada dalam system Hijrah mahupun dalam system Masihi. Seperti mana umat Islam mengetahui bila masuknya bulan Ramadhan adalah berdasarkan kepada perubahan bulan.
Namun begitu sahabat2 semua, cuba kita lihat firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 36, dalam ayat ini Allah telah memaklumkan kepada kita bahawasanya bulan itu terdiri daripada 12 bulan keseluruhannya. Jelas kepada kita bahawa, Al Quran telah mendahului kajian2 manusia dan Al- Quran bukan sahaja terdiri daripada ilmu akhirat, seperti ilmu2 fardu Ain malah di dalamnya mencakupi ilmu yang diperlukan oleh manusia di dunia. Memenuhi segala keperluan hidup manusia kerana itu Allah mengurniakan manusia itu akal untuk berfikir dan mencerap ilmu yang ada dan manusia dikurniakan hati untuk merenung ciptaan dan kebesaran Allah.

sistem solar.
nampak tak orbit setiap planet? maha suci Allah... Allah telah terangkan dalam al Quran tetapi kita manusia baru menemui kajian ini. sedangkan dalam Al Quran telah tercatat lama. 


Selain itu, bintang juga bersinar pada waktu malam menghiasi dada-dada langit dengan cahaya yang kemilau. Allah telah menciptakan bintang bukan sekadar hiasan malam malah ianya dicipta sebagai penunjuk jalan dalam kegelapan malam samada berjalan di darat mahupun di air. Boleh rujuk dalam surah Al-Anaam  ayat 97.

Menarik kn ilmu Allah ? J ana akui ana sendiri merasa bertuah kerana ditakdirkan sebagai pelajar Sains sedangkan dulu ana sangat tidak menyukai ilmu sains kerana bagi ana ianya susah dan membebankan sehingga ana pernah berfikir, “kenapa aku perlu belajar ilmu sains? Bukannya penting sangat pn. Paling2 pun yang di gunakan dalam kehidupan seharian hanyalah benda yang asas-asas sahaja.”
…tajdid niat yea shbt andai kalian juga pernah berfikir seperti ini…
Namun begitu sahabat-sahabat, bila ana semakin dalam menyelusuri bidang sains ini ana makin nampak KEHEBATAN CIPTAAN ALLAH. Kalo dulu ana hanya Nampak ikan itu sebagai ikan dan hanya untuk di makan shj, tetapi bila ana belajar ilmu sains dalam bidang biologi, fisiologi dan biokimia di sana ana temui banyak perkara yang menarik. Sebgai contohnya, ikan itu ada banyak spesisnya (yea I know semua orang pn tahu kan..) tapi dalam banyak spesis itu kita tidak tahu kenapa ada ikan air tawar dan kenapa ada ikan air masin. Dan orang tetua akan kata, makan ikan tu baik. Tapi kalo kita tidak belajar ilmu sains, mesti kita akan Tanya, kenapa baik? Apa khasiatnya? Nahh… melalui biokimia dan biologi kita dapat jawapnnya. Dan jawapannya adalah ikan itu tinggi dengan sumber protein. Pastu, tertanya pula, apa itu protein? Kita rujuk dalam biokimia, protein ini baik untuk baiki tisu-tisu dalam badan, baik untuk pembentukan sel , baik untuk otak dll. Nampak tak perkaitannya? Tanpa kajian tanpa mempelajari ilmu dunia dan akhirat secara seiring sudah pasti kita akan jd seperti katak di bawah tempurung. Buat tanpa mengetahui asbabnya. Sejujurnya, bgi ana, ilmu sains itu menarik! Tu belum masuk ilmu fizik yang ada berkaitan dengan masalah genetic ( ok, maslah genetic ada dalam biologi, adik2 pn ada belajar kn tentang mitosis dan miosis dan dlm fizik adik2 akan Nampak bagaiman fizik itu mampu membantu penyelidikn biologi tentang genetic yang berkaitan dengan mutasi. Ops! Harap2 takde reader yang pening dengan term2 yang ana gunakan hehe..assiff.. ) dan sebagainya.. waah.. kalo ana nak hurai nak kongsi cerita susah pula. Ni pn da cukup panjang ana coret. Tapi inshaAllah, kepada adik2 usrah ana yang baca post ni andai adik2 semua nak tahun inshaAllah ada masa lapang masa akak cuti sem nanti kita buat pencerahan dan huraian tentang ni yea.. inshaAllah J

Baikla, ana rasa cukup untuk kali ini ana huraikan asbab pertama kenapa kita perlu ilmu. Eh, dalam tajuk tantang ilmu agama tapi huraian ilmu dunia pula (sains) waaduuh, jangan pening dong… dalam ilmu dunia itu lah kita akan dapat ilmu akhirat dan ilmu agama andai kita celikan mata hati kita. Memandang ilmu dunia (sains) itu dengan pandangan iman. Setiap apa yang Allah cipta tidak sia-sia pasti ada asbabnya dan dengan penyelidikan dalam bidang sains lah kita Nampak kebesaran Allah. Melihat kekuasaan ciptaan Allah yang sangat hebat dan agung lagi indah. Secara tidak langsung kita akan dapat mengisi jiwa rohani dan iman kita terus menundukan nafsu kita serta segera menginsafi diri bahawa kita hanya hamba yang kerdil.

Segala salah dan silap ana mohon teguran. Kepada murobbi ana yang sudi membaca wadah ini ana mohon teguran dan nasihat di dalam ana memperbaiki isi dan penyampaian perkongsian ini. Juga kepada sahabt-shbt ana yang budiman, mohon juga tunjuk ajar dan teguran kalian. Tegur aku andai aku salah. Islah nafsika waa islah ghoiruka. Gitu juga kepada adik2 ku terutama adik2 di SMKB, andai akak ada terslah mohon teguran… shukran Jazilan kerana sudi menziarahi wadah ini. J andainya bermanfaat, sila la berkongsi kepada shbt2 lain..

Sumber :
-          Al Quran

-          Pesanan Buat Diri karya Suhaili Nain dengan huraian pengalaman ana sendiri. Cuma buku ini membantu ana dalam menghasilkan idea-idea yang ana kira bernas dan boleh di kongsi.