Jika engkau sdg sendiri, jgnlah berkata: aku sdg sendiri, tp katakanlah: aku selalu di bawah pengawasanNya(Allah). (Imam Ahmad)
contents :
- CERPEN PENDEK (2)
- cinta dan sahabat (4)
- Hawa (5)
- Hijrah Saudara( kisah benar) (4)
- Mahluk ALLAH (3)
- Motivasi (21)
- Perubatan ISLAM (5)
Saturday, June 19, 2010
Basic knowledge Of RELIGION
10.04.2009(JUMAAT) -ustaz Hj.Mohd Akmal from J.A.I.N.S
Bismillahhirrahmannirrahim...
ISLAM dan AL QURAN.
1) Al Quran adalah dasar atau asas agama kita.
2) asal perkataan Islam ialah patuh dan menyerah diri.
lebih ringkas : patuh dan tunduk.
3) Islam juga bererti : damai, sejahtera dan aman.
oleh kerana itu, kita digalakakn untuk memberi salam ketika bertemu.
memandai hanya dgn ucapan salam.. bukan mekum atau asamekum.. ni teda makna..
4) seorang muslim : seorang yg taat dan patuh kpd Allah dan Rasul dan juga
pembawa keamaan dan kedamaian...
5) pada hakikatnya, semua Nabi dan Rasul adalah beragama ISLAM.
hal ni terbukti, bilamana mereka menyeru umat atau kaum mereka untuk sujud dan
patuh kepada ALLAH. events ini telah tercatat di dalam Al Quran.
cthnya: kisah Nabi Ibrahim, kisah Nabi Musa.. hatta kisah Nabi Muhammad..
tak caye rujuk al Quran semula...
Antaranya cuba buka dan fahami betul2 ayat2 lam surah2 berikut:
a) Ali Imran : 19 dan 52.
b) Al Haj : 78.
c) Al A'raf : 126.
d) Al Baqarah : 132.
6) Umat Islam ialah mereka yang beramal dgn:
1. Syahadah
2. solat 5 waktu.
3. puasa di bulan Ramadhan.
4. zakat.
5. menunaikan Haji.
dan mereka juga percaya serta yakin dgn :
1. ALLAH.
2. malaikat.
3. kitab yg terdahulu dn Al Quran.
4. Rasul-rasul.
5. Hari Kiamat.
6. Qada' dan Qadar.
ASAS AL QURAN :
- kalo baca Al Quran mesti faham..
- 114 surah dan 30 juzuk..
PENULIS WAHYU :
Secara umumnya, penulis wahyu di zaman Rasulullah adalah ramai. Mereka semua tergolong dari sahabat2 baginda. Antara sahabat2 yang terkenal ialah :
1-Saidina Abu Bakar As Siddiq.
2-Saidina Umar Bin Al Khattab.
3-Saidina Ali Bin Abi Talib.
4-Saidina Usman Bin Affan.
5-Saidina Zubair Bin Awwam.
6-Saidina Zaid Bin Thabit.
7-Saidina Muawiyah Bin Abi Sufian.
8-Saidina Ubay Bin Kaab.
9-Saidina Muaz Bin Jabal.
10-Saidina Thabit Bin Qaid.
Sumber: kitab Al Bidayah Wannihayah hasil karangan Ibnu Kathir.
2. Al Quran di turunkan dalam BAHASA ARAB.
Buktinya : surah Yusof ayat 2.
Maksudnya: “sesungguhnya Kami menurunkan Al Quran dalam Bahasa Arab agar kamu mengerti.”
p/S : part A InsyaALLAH ade sambungan...
Friday, June 18, 2010
Perancangan..-cos medic dan kupasan kitab karangan IMAM SYAFIE..
Assalamualaikum..
Wednesday, June 16, 2010
Siapakah Ainul Mardhiah yang sebenar??
Ainul Mardhiah- bidadari tercantik di SYURGA
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang
memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isterisolehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan
ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Kisah... ... :
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan
bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang
di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib
(berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama
Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid,
maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan
bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat
muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut... . tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama. .. .
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sngguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah di lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai... . lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab... eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,... .. lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan. .. lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yaNg pertama dan berganda-ganda caNtiknya dari yang kedua... . dan tak pernah dia lihat di dunia... . lalu wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku... . bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii... ... tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga... . subhanallah. ..
Kesimpulan cerita ini... . tiada rehat atau terputusnya kehidupan selepas hidup di dunia... . selepas seseorang mati maka kehidupanya terus bersambung dengan kehidupan barzakh, akhirat etc... . Kehidupan akhirat adalah satu perjalanan yang cukup jauh dan cepat untuk tiba... . kalaulah suatu perjalanan kita dari Malaysia ke Amerika yang mana kehidupan disana menjanjikan kehidupan yang lebih baik maka sudah pastilah bekalan yang banyak telah kita buat... . jual tanah, jual lembu kerbau, jual kereta untuk membuat bekalan ke sana kerana kehidupan disana akan menjaminkan kebahagiaan dan segala yang tergadai ini dapat kita kecapi semua... . maka apatah lagi kehidupan akhirat lebih-lebih perjalanannya nun jauh di sana dan tiada sebarang perjanjian untuk hidup bahagia melainkan bekalan taqwA dan iman yang sempurna serta amal yang soleh... semoga kita semua dapat amal dan sampaikan... .
Kajian bagaimana arak boleh memabukan...
Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan Negara ke-10 terbesar dalam pengambilan arak di dunia. Malah, pada tahun 1996 (iaitu lebih sepuluh tahun yang lalu) , cukai penjualan arak sahaja mencecah sekurang-kurangnya RM 817 million. Menurut majalah The Globe Magazine, Syarikat Carlsberg AS of Denmark telah memahkotakan Malaysia sebagai “very important and attractive market” dengan melabur sebanyak US$ 20 million bagi menghasilkan sekurang-kurangnya 125 million liter arak setahun.
Mari kita tinjau makhluk ciptaan Allah yang tak berdosa ini ketika kehidupannya di peringkat zarah. Arak atau nama popularnya alkohol terdiri daripada unit-unit kecil karbon , hidrogen dan oksigen yang dipanggil ethyl alkohol ataupun ethanol. Maha Suci Allah, manusia juga mempunyai unsur karbon, oksigen dan hidrogen tapi mengapa seorang manusia tu tidak dipanggil seorang alkohol, walaupun terdiri daripada unsur yang sama? Kerana masing-masing mempunya ikatan (bond) yang berbeza.Selain itu, manusia juga mempunyai gabungan unsur-unsur lain (bukan hanya karbon,oksigen &hidrogen) dan semestinya, manusia mempunyai ruh yang tak dapat diterangkan dengan huruf-huruf.
Arak yang berada di pasaran selalunya mempunyai harga yang berbeza-beza, mengapa ya? Pertama, bergantung kepada tarikh arak tersebut dihasilkan. Kebiasaannya, semakin lama arak tersebut diperam, semakin melambung harganya. Keduanya, bergantung kepada komposisi peratusan alkohol dalam arak tersebut. Secara puratanya, beer mengandungi 4.5% alkohol, wine 11%, champagne 12%, manakala distilled spirits seperti rum, gin, vodka, dan whiskey mengandungi 45-95% alkohol.
Perbuatan minum arak secara “tipu-tipu” dan olok-olok seperti merapatkan gelas ke mulut tetapi mengetap bibir sekuat hati supaya cecair tersebut tidak masuk ke dalam mulut adalah perbuatan yang amat membahayakan. Apatah lagi meminumya. Hal ini kerana, saat pertama alkohol diserap masuk kedalam badan adalah ketika titisan cecair laknat tersebut menyentuh permukaan bibir pelaku. ….dan Gulp. Apabila seseorang menelan alkohol sama ada sengaja atau tidak, ia mula diserap melalui dinding mulut, esofagus, dinding perut dan paling banyak sekali pada permukaan usus. Permukaan yang bersentuhan dengan alkohol seringkali mengalami hakisan.
Molekul-molekul alkohol tersebut akan mengembara merentasi bukaan dinding kapilari kerana sifat semulajadinya yang “melarut”. Sekiranya terdapat anugerah “Paling Terlarut” antara unsure-unsur di bumi, pasti keluarga alkohol bakal menjuarainya kerana kebolehan mereka untuk larut dalam lemak dan air.Bersama dengan teman-teman komponen darah yang lain, mereka akan berhijrah bersama mengelilingi seluruh badan manusia (circulation), mengintai-intai peluang menyelinap masuk ke dalam sel-sel badan.
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, molekul alkohol berjaya melawan tarikan graviti, meletakkan mereka ditempat yang terpuji lagi tinggi, dalam erti kata lain mereka berjaya sampai di bahagian kepala, lalu berkenalan dengan suatu struktur luar biasa (subhanallah) iaitu..”Pemisah Darah dari Otak”, atau lebih senang dengan panggilan Blood Brain Barrier (BBB).
Hal ini merupakan fakta yang sangat penting. Kebolehan alkohol merentasi Blood Brain Barrier memisahkannya dengan makhluk Allah yang lain. Contohnya, jus anggur dan tapai yang mampu menghasilkan arak sekiranya diperam dengan lebih lama , tidak termasuk dalam kategori “boleh merentasi Blood Brain Barrier”, seterusnya halal dimakan.
Mengapa demikian? Kerana apa-apa unsur (bukan semua, terdapat pengecualian) yang boleh merentasi Blood Brain Barrier mampu menjejaskan struktur dalaman otak seperti cerebral cortex, limbic system, cerebellum, hypothalamus serta medulla. Kombinasi kerosakan pada bahagian-bahagian otak yang berbeza inilah yang dipanggil “mabuk”.
Cerebral cortex yang terjejas akan menyebabkan pusat pemikiran menjadi luar kawal. Keupayaan deria juga akan berkurangan.Hal ini menerangkan mengapa orang yang mabuk seringkali mengambil tindakan di luar jangkaan yang mengakibatkan kemudaratan diri sendiri dan orang lain seperti terjun bangunan, berguling-guling di jalan raya mahupun terhuyung-hayag tidak tentu arah. Kebiasaannya apabila ditanya kembali aktiviti yang dilakukan ketika sedang mabuk, mereka pasti tidak mengingatinya kerana ketika itu kerosakan cerebral cortex berlaku
Terjejasnya limbic system pula menyebabkan seseorang terlampau emosi. Pemabuk yang marah akan menjadi bertambah tambah tambah marah manakala pemabuk yang gembira akan menjadi terlampau lampau lampau gembira diluar kebiasaan fitrah manusia. Hal ini menerangkan kebiasaan pemabuk senyum-senyum sendiri, murung yang teramat dan kadang-kadang “tiada ekspresi”.
Cerebellum pula pada asalnya bertugas mengawal pergerakan-pergerakan badan yang memerlukan fokus dan teliti. Contohnya seperti menulis dan melukis. Terjejasnya cerebellum seseorang akan menyebabkan pergerakan menjadi tidak tepat. Sekiranya anda terserempak dengan pemabuk, cubalah anda suruh mereka meletakkan jari telunjuk di hidung mereka sendiri.Pasti mereka tidak mampu melakukannya, kerana perlakuan tersebut memerlukan konsentrasi dan ketelitian yang tinggi.
Medulla pula mengawal aktiviti luar kawal seperti pernafasan, degupan jantung dan kerdipan mata. Terdapat risiko pernafasan akan berhenti secara tiba-tiba, degupan jantung terlampau cepat atau terlampau lambat berkerja, selalunya dipanggil sebagai “jantung yang bercuti selepas berparti” (Holiday Heart).Boleh jadi mata pemabuk akan berkedip tidak henti-henti ataupun langsung tidak berkedip.
Selain daripada terjejasnya pusat kawalan otak, bahagian-bahagian badan lain yang akan terjejas adalah terlampau banyak sehingga tidak mampu disenaraikan disni. Antaranya kanser mulut, lidah, dan esofagus. Kanser hati, cirrhosis, dan hepatitis. Penyakit jantung, darah tinggi dan strok. Untuk wanita yang mengandung, kemungkinan besar akan mengalami penyakit “Fetal Alcohol Syndrome” . Antara ciri-ciri bayi dengan Fetal Alcohol Syndrome adalah kepala dan otak yang kecil, terlampau aktif, koordinasi yang lemah dan kurang akal.(mentally retarded)
Indahnya Islam bukan sahaja melarang orang-orang beriman minum arak, malah melarang umat Islam mendekatinya.Larangsn tersebut lengkap ditujukan daripada penanam anggur untuk dibuat arak, penuai, pembawa, pekerja lori, pekerja kilang, pekerja kedai, bos kedai, pelayan, pemesan dan peminum. Berlainan dengan Amerika Syarikat yang mengambil “langkah berjaga-jaga” dengan menetapkan bahawa pembelian arak yang “halal” di sisi undang-undang adalah apabila telah berumur 21 tahun dan ke atas. “Langkah berjaga-jaga” ini bukan sahaja menggalakkan aktiviti peminum arak malah mendatangkan kerugian kepada negara sehingga terpaksa menubuhkan National Institute On Alcohol Abuse and Alcoholism (NIAAA).
Secara umumnya, agama Islam dan kepercayaan-kepercayaan lain mempunyai pandangan yang sama dalam hal pelarangan arak. Al-Quran jelas menyatakan pengharamannya (antaranya) melalui surah Al-Maidah ayat 90 & 91 .
Kepercayaan Buddha juga menolak arak dalam salah satu daripada lapan Precepts of Buddhism , dengan menyatakan “Orang-orang Buddha perlu menahan diri daripada liquor”. Pengamal Buddha juga dilarang untuk menjual liqour sebagai sumber perncarian.
Dalam bible, the Book of Proverbs Chapter 23:29-33 ada “menasihatkan”, “Do not look at
wine when it is red, when it sparkles in the cup and goes down smoothly.At the last it bites like a serpent, and stings like an adder. Your eyes will see strange things, and your mind utter perverse things” ..
Manakala tokoh Hindu, Thiruvalluvar ada “berpesan”, “they that drink liqour are no other than poison drinkers and therefore do not differ from dead man.”
Alhamdulillah sebagai muslim yang faham, sebab yang paling utama untuk kita jauhi arak adalah kerana ia adalah larangan daripada Allah, dan bukannya kerana terbukti oleh kajian intelektual bahawa arak tersebut memudaratkan. Sekiranya pada suatu hari nanti akan terciptanya arak yang memabukkan tetapi tidak memudaratkan adakah kita akan meminumya?
Persoalan yang lebih penting adalah bagaimana mengajak masyarakat sekeliling kearah penjauhan arak menggunakan ilmu yang kita ketahui? Dan tidaklah sesuatu ilmu itu dipelajari melainkan untuk diamalkan. Semoga dengan adannya pengetahuan mengenai arak ini dapat merealisasikan “masyarakat yang jauh dari larangan-larangan Allah”..Amin