Friday, May 24, 2013

Jangan dilukai Sang Hati~


Cerpen Pendek ~Bismillahhirrahmannirrahim...

Suatu petang yang hening lagi mendamaikan. Hembusan angin di bawah bayu menyapa tubuh nyaman terasa membelai diri meskipun terik mentari kuat menyinari. Pemandangan hijau sajauna mata memandang. Oh Tuhan, betapa indahnya ciptaanMU! Allahuakbar! Sungguh Engkau menyukai kpd yang indah kerana itu ku yakin Syurga Mu itu jauh lebih indah dari dunia ini. Hati ku bermonolog sendiri mengagumi keindahan ciptaan Ilahi. Bukan selalu aku merasakan keindahan dan ketenangan seperti hari ini. Aku terpanggil untuk duduk di bilik Along. Ku singkap tingkap selebar mungkin bagi mengizinkan hembusan bayu masuk mendinginkan ruang di sekitar bilik ini. Sambil itu aku termenung di balik jendela sambil melontarkan pandangan ke luar. Alunan rentak pokok2 di luar sana seolah-olah girang menyanyi zikir memuji Ilahi kerana mereka adalah mahluk Allah yang sntiasa memuji Allah. Berbeza pula dgn manusia yang sentiasa sibuk dgn urusan sendiri. Allah... rindunya aku kepadaMu!

Tetiba handset ku berbunyi menghentikan lamunan ku. Ku intai siapakah gerangan yang menghubungi ku. Tertera nama seorang sahabatku di kampus yang lebih manja di gelar Ina.

Ina : assalamualaikum nurin, Ina sedih.
Aku : waalaikumsalam warahmatuallah, sedih? Knp Ina sedih? Ada mslh ke? Kalau ada kongsi la dgn nurin. Insha Allah kalau nurin dapat bantu, nurin bantu.
                                                                                 
Ku tunggu SMS seterusnya dari Ina. Aku yakin msti dia adalah maslh. Tapi masalah apa? Masalah dgn keluarga? Dgn sahabat? Dgn bofren? Allahu’alam. Hatiku makin liar membuat sperkulasi. Aku sabarkn hati dn terus berdoa semoga bukan mslh kritikal krn aku tidak bersamanya tika ini utk membantunya hanya mampu menjadi pendengar jarak jauh shj.

....10minit berlalu....

Ina : sebenarnya, Ina kecewa. Dia curang dgn Ina.

Allah.. betul tekaan ku td. Ina seorang gadis yang comel, pandai dan bagiku sangat menjaga batas. Tapi aku tidak pasti bagaimana hatinya tertarik kepada lelaki itu. mungkin lelaki itu pandai dalam bermuslihat kata. Argh! Aku ni da la tak reti bab lelaki ni. Bagi aku lelaki tu gentlemen bilamana dia pandai menjaga batas dalam pergaulan. Tahu menghormati wanita. Kalo kawan iya just kawan tak perlu nak lebih2. Dan yang penting, agama dan keluarga keutamaannya. Bukan lelaki yang hanya tahu nak belanja wanita walhal duit tu pn duit biasiswa atau duit mak bapak dia. Aduuii.... lelaki cam gni ni tolong la berubah. Cian mak bapak yang mengharap.

Nurin : astagafiruallah... Ina, nurin tak reti bab2 cam gni. Tapi apa yang nurin boleh bagi nasihat kat Ina, kalo lelaki tu betul2 lelaki yang baik, nurin yakin dia tdk akan membawa Ina kepada sesuatu yang Allah tidak sukai. Dan kalo betul  pun, dia putuskan Ina kerana dia nak berubah, Ina kena relakan. Ina kena yakin, kalau betul dia jodoh ina, sooner or later dia akan datang kembali pada Ina if dia da sedia nak lamar Ina. Ina tak usah jadikan hal ini sesuatu yang serius. Hilang kekasih tidak bermakna hidup kita berakhir. Tapi hilang kekasih adalah masa permulaan kita untuk mengenali dunia. Mengenali apa itu Cinta.

Sent!
Aku tidak yakin kata2 ku tadi mampu memujuk Ina. Aku berhasrat untuk menghantar SMS lagi tapi dgn lebih memujuk. Kembalikn dirinya ke alam sebenar berpijak d bumi yang nyata. Juga membuka fikirannya tentang erti Cinta (jodoh) itu sendiri tentang sayang Allah kpd hambaNya.

Nurin : Ina, Ina kena redha. Allah buat semua ini kerana DIA tahu apa yang terbaik buat kita. Ini ujian. Mungkin susah untuk kita terima skrg tapi yakinla Ina pasti akan bertemu dgn hikmahnya. Ina ingat lagi tak tentang firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 216? Maksudnya, sukaila apa yang kmu suka itu sekadar sahaja mungkin akan menjadi kebencianmu satu hari nanti dan bencilah apa kamu benci itu sekadar sahaja mungkin akan menjadi kesukaanmu suatu hari nanti. Ini la jihad kita. Allah telah sediakan yg terbaik buat kita. Ina, senyum yea J. Nurin taknak Ina habiskan airmata kerana benda yang tak pasti. Dia belum tentu lagi milik Ina. Jodoh itu masih rahsia Allah. Kita sebagai wanita perlu menyiapkan diri sebelum waktu itu tiba. Jodoh tu, mungkin sahaja mereka yang terdekat dgn kita mungkin shj yang jauh dari kita. Tapi kita seharusnya berusaha dari sekarang memohon dan teruskan berdoa. Di samping itu, siapkan diri dgn ilmu agama dengan tarbiah dan dakwah. Nurin tak kata kita belaja agama utuk berdakwah seperti aktivis dakwah yang lain tapi dakwah dan tarbiah ini perlu buat kita bilamana kita telah berumahtangga kelak. Kita perlu penuhi ilmu agama di dada supaya kita mempu menjadi bidadari yang indah buat lelaki pilihan Allah untuk kita.

Ina : Allah... nurin.. Ina tak tahu nak kata apa. Kata-kata nurin ada betulnya. Ina menyesal kerana Ina tidak berfikir panjang sewaktu menyambut salam perkenalan dari lelaki tu. Ina akui, ini salah Ina. Ina menyesal. Ina berazam untu berubah. Ina akan cuba menyakini hati Ina bahwa pilihan Allah itu adalah terbaik. Ina malu pada diri ini sendiri sebab kalah dgn nafsu muda. Ina sepatutnya bertindak dgn lebih bijak seiring dgn apa yang Allah suruh buat dan apa yang Allah larang. Allah... ampunkan Ina. Nurin, terima ksh di atas semua kata2 Nurin. Ina beruntung kerana ada shbt seperti Nurin. Ina doakan semoga kita bertemu dgn lelaki pilihan Allah dan bersama2 redha Allah. Aamiin.

Nurin : aamiin.. insha ALLAH.. Alhamdulillah. Ni semua ats ilham Allah. Nurin hanya menyampaikan apa yang Allah gerakan d hati nurin. Apapun, jgn berputus asa. Jgn lemah. Ini baru sedikit teguran drNya dan dalam masa yang sama DIA rindukan Ina. Musibah tidak datang melainkan kerana Allah merindui kita. DIA rindu untuk kita menyebut dan berharap padaNYA. Sweet kan ALLAH? J
                                                                                                                       
Ina : Allahuakbar! Kenapa Ina tdk terfikir semua ini? Astagafiruallah... terima ksh nurin.. terima ksh sesangat. Sayang awak kerana ALLAH! <3 o:p="">

Nurin : sayang awak juga kerana Allah shbt ku. J

Alhamdulillah, sahabatku kembali kpd fitriah sbg manusia iaitu kembali mencari redha Allah.
Aku kembali melontarkan pandangan ke luar tingkap. Subahanallah.. indahnya peraturan dan rancanganMu ya Allah. Begitu mudah untuk Kau lentur dan lembutkan hati hamba2Mu. Aku memohon kepadaMu agar Engkau berikan kebaikan buat kami dunia dan akhirat. Dan soal jodoh. Hmm.. aku hanya mampu tersenyum dan tersengih2. Aku sendiri tidak dapat membayangkan andai aku di khitbah. Sediakah aku? Allahu’alam... aku serahkan kpd Allah dan keluarga ku soal jodoh. Aku masih tertatih lagi dan aku msh ingin meneruskan langkah dan kajian ku. Apapun, dari Allah kita dtg dan kpd Allah juga kita kembali..

Cinta... indah bicaramu.
Cinta hadir tanpa di pinta dan d duga
Hembusannya bisa membuatkan jiwa yang gersang berbunga kembali
Subur dan mekar dlm keindahan.
Usaha di biarkan cinta itu tumbuh subur dalam keadaan terlarang
Usah dibiarkan ianya mekar
Cantasla semampu mungkin
Jgn hingga menjadi barah dalam hati...
Namun,
Suburkan cinta di hati yang bersih
Cinta itu cukup indah
Damai dan membahagiakan
Itula cinta kepda Allah, Rasulullah
Cinta kepada keluarga juga kepda sahabat.
Dgn itu cinta yang indah pasti akan bertemu dgn cinta yang indah
Cinta yang cukup terjaga kerana Allah
Cinta berpaggarkan syariat Allah`
Insha ALLAH bahagia milik mu dunai dan akhirat..
Semuanya kerana Cinta ALLAH....

cinta high class menjadi pilihan in sha ALLAH~


2:45 pm  22hb mei 2013
Bilik Along
#cerpen ni tidak ada kena mengena dengan mana2 individu2 ianya Cuma luahan dari dan gambaran dari minda ana. Tetiba “writer via thinking” seolah2 memberi ana ilham utk menghasilkan sebuah cerpen. Ana tahu, ramai anak muda seperti ana di luar sana yang keliru soal Cinta, Jodoh dan sebagainya. Begitu juga ana. Cuma pengalaman danpemerhatian itu mematang ana dalam berfikir. Tidak semua apa yg kita sangka baik itu baik buat diri kita kerana hanya Allah shj yang tahu apa yang terbaik buat kita. Soal Jodoh yakin shj dgn janji Allah. Lelaki yang baik buat wanita yang baik, wanita yg baik buat lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Selagi kita terdaya berusaha la utk menjadi yang terbaik. Dalam mencari jadila yang di cari. Semoga Allah mempertemukan dengan pasangan pilihanNYA. inshaAllah. J

Salam ukhuwah.

รจ Jika ada sebarang komen , teguran dan idea boleh la tinggalkan sebrang pesanan buat ana. Syukran jazilan J


Sunday, May 19, 2013

Puisi Indah buatmu Hawa

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum warahmatuallah... :) ana da lama tak update tentang perkara lain selain tentang Perubatan Islam since I like this issue too much. alhamdulillah untuk kesekian kalinya ana ingin berkongsi satu puisi yang da lama ana simpan dan kini masanya ana ingin berkongsi kepada semua. lebih2 lagi sekrang kerap betul ana jumpa post2 kat fb soal jodoh. nak cari imam. nak cari bidadari hidup. cuma, jaga la diri d alam maya. jangan kerana terdesak sangat smpai mahu menjatuhkan maruah diri mahu merendahkan nilai diri. jaga "Islam" dalam diri saudara dan saudari. do not too much upload ur own photo. nti "imam" kmu cemburu i mean imam yang bakal kamu terima akadnya. kesian kn imam kamu nanti kalo kmu da kerap dtatap oleh org lain. ana bicara bukan bererti ana baik, cuma sbg peringatan kita bersama. Jodoh tu dtg dgn izin Allah tapi kita jgn lupa, ajal juga datang dgn izin Allah takut2 nti kita tak sempat utk memadamnya. naauzubillah... utk muslimin pula, jaga akhlak d alam maya, kekadang tu nampak juga "terdesak" anda. puji memuji sebolehnya di elakkan. kita kena saling jaga dan menjaga. Allah pesan kepada Ar Rijjal utk menjaga pandangan. gtu juga dgn muslimah. sma2 tahu peranan masing2 kn... Allah... ana doakan kpd semua agar Allah sentiasa menjaga diri kita. bila kita menjaga Allah, Allah pasti menjaga kita. bermujahadah bukan sesuatu yg mudah. iya, ana akui. mujahadah adalah perjuangan yang sukar. tp inshaALLAH niat lillahi taa'ala. :) semoga semua dikurniakan jodoh yang baik2 seiring dgn iman di hati. Baraqamuallah fiq ya ukti ya akhi..  asif kalo ana tersilap bicara. ana juga masih dlm proses memperbaiki diri. islah nafsikah wa islah ghoiruka.. :)
(tegur dan perbetulkan ana andai ana salah. tiada bumi yang tidak penah di basihi hujan, tiada manusia yang lepas dari melakukan kesalahan cuma terpulang kpd diri utk kembali kpd fitrah.)

Dgn namaMU ya ALLAH.. ku kongsi rasa di hati. ku persembahkan bicara hati yang Engkau Ilhamkn kpd ku. khas buat yang bergelar muslimah.. ALLAH dan Rasulullah syg kpdmu wahai ukti. Jadila permata dicelahan kaca. Jadilah bidadari dunia buat yang halal. seindah hiasaan duniawi yang bisa menggegarkan dunia dgn lembut buaian tanganmu.... (nasihat buat diri yang salu alpa ini T__T ampuni aku ya Allah...)

Wahai ukti…
Jadila dirimu wanita yang di HORMATI,
Bukan yang di MINATI…

Apa la guna menjadi idaman dan di minati ramai lelaki
Sedangkan dirimu hanya menjadi milik seorang LELAKI yang bergelar SUAMI…
Dengarla bicara kalam ini,
Dirimu indah dan mempersona umpama sekuntum mawar yang mekar
Bentengila dirimu dengan al-haya yang ibaratnya seperti duri pada mawar…
Andai hilang al-haya itu dari dirimu,
Maka dirimu akan mudah dipetik dan dipergunakan sesuka hati…
Dan akhirnya…
Kelopakmu jatuh berguguran di bumi…
Hilang harga sebuah maruah…
Wahai ukti yang disayangi…
Usahala kau paranoid, merasa diri tidak cukup indah dan cantik.
Ketahuila olehmu sayang,
ALLAH menciptamu dengan 1001 kelebihan dan keindahan.
Cuma, biar akal dan iman mu mencari kelebihan itu.
Suka kah dirimu menjadi peragaan dan tatapan ramai lelaki?
Bahagiakah dirimu menjadi sebutan para ar rijjal?
Tenteramakah dirimu menjadi bahan yang boleh ditukar ganti?
Yang boleh di ‘touch and go’ ?
Wahai bidadari dunia,
Usah dikau berkelakuan demikian,
Ketahuilah olehmu…
ALLAH dan Rasulullah sangat mencintaimu..
Dirimu begitu mudah untuk masuk mana2 pintu syurga andai kau mengetahuinya...
Sedarla wahai yang bergelar ukti…
Didikla dirimu yang rapuh itu.
Kau asalnya dari rusuk kiri seorang lelaki.
Oleh itu, janganla kau gusar.
Yakinla engkau telah dimiliki oleh seseorang sejak dari azali lagi…
Cuma,
Peribadi si dia tidak akan jauh dari peribadimu tika ini.
Andai kau seorang ukti yang menjaga diri
In sha ALLAH sidia juga seorang lelaki yang menjaga diri
Kerana si dia juga tahu…
Pada akhirnya dia hanya milik mu seorang.
ALLAH ada berfirman dalam surah An Nur ayat 26,
“wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik,
Dan wanita-wanita yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji,
Dan begitu juga disebaliknya.”
Usaha kau ragu akan janji ALLAH ini sayang,
Yakinla yang kau akan dipertemukan dengan seseorang
Yang mana sesuai dengan iman di hatinya,
Hadirnya akan datang menjemput hatimu,
ALLAH ada berfirman dalam surah Ar-Rum ayat 21,
“ dan di antara tanda-tanda kebesaranNYA ialah
DIA menciptakan pasangan-pasangan untukmu
Dari kaum jenismu agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,
Dan DIA menjadikan antaramu rasa kasih dan sayang.
Sungguh, pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
kebesaranNYA bagi yang berfikir.”
Bila tiba saat dan ketikanya…
Yakinlah dengan seyakin yakinya..
Kau akan dipertemuakan dengan seseorang yang kau perlu
Bukan yang kau mahu…
Istikarah… istikarah… istikarah..
Yakinla dengan janjiNYA…


Nukilan.. bicara hati..
10hb april 2013
09:07 pm
near Bongawan.