alhamdulillah diberi kesempatan utuk ana update n3 blog ni. asaif.. ana bz dgn tugasan dan assigmnts. dan alhamdulillah skrg da minggu ke-14. minggu terakhir untuk sem4 ni. byk perkara yang ana belajar sepanjang pengajian ana dalam sem4 ni terutama ujian ttg SAHABAT. dan alhamdulillah ujian ini memberikan ana 1001 pengajaran. ujian ini juga merupakan refleksi bt ana. dalam ujian ini juga, ana dapat membezakan shbt yang ikhlas kerana Allah atau shbt yang hanya untuk kepentingan diri. :) hebat perancangan Dia buat ana. alhamdulillah syukran ya Allah.. syukur alhamdulillah ana panjatkan ke hadrat Ilahi di atas rezeki yang diberikanNya buat ana. alhamdulillah.. pemohonan ana lulus. ana harap ana mampu mengawal ekonomi ana tanpa membebankan abg-abg ana yang lain. inshaAllah.. doakan ana yea shbt2.. salah satu proses dalam mematangkan diri dari segi perbelanjaan yang mana keperluan dan yang mana kemahuan. ^_^
oh yea, dan hari ini ulang tahun sahabat ana yg ke-20, sannah helwah shbt (fauzan) semoga Allah memberkatimu dgn kakak kembar kamu sekali. smeoga sentiasa berada pada jalanNya. ana mohon maaf sepanjang ukhuwah ini andai ada tersalahnya yang berpunca dari ana. mohon teguran shbt. :)
n3 kali ana ingin berbicara tentang kerinduan ana kepda kekasih Allah iaitu Nabi Muhamammad SAW. mungkin akan ada yang mempersoalkan, betul ke? atau adaka saudari hanya bergimik?
allahu.. andai kalian tidak mempercayainya itu terpulang pada kalian.
sungguh.. ana merindui kekasih Allah.. setiap pagi hati kecil ana akan menyanyikan lagu Binnabil Huda. sahabt-sahabt tau lagu ni? lagu ni sangat syahdu. walo ana kerap kali ana dengar namun tiap kali ana hayati airmata ana pasti mengalir. ana rasa terlalu rindu. andaikan baginda SAW masih ada, ana ingin berada bersama-sama baginda SAW. :'(
hidup ini penuh ujian dan dugaan. kekadang ana akui kita akan tewas dalam perjalanan yang panjang dan hanya mereka2 yang tertentu sahaja akan berjaya mengharungi perit getar perjuangan menuju redha Allah. ana hanya mampu bertahan dengan adanya bulatan gembira di sni. ana diberi amanah untuk memegang group kecil bulatan gembira ini. namun, bila ana sibuk, ana sendiri akan merasa kekurangan.
satu hari di petang jumaat, salah seorang adik bulatan gembira ana kol,
"assalamualaikum kak, akak buat apa skrg? maaf la ye kalo adk gngu akak."
"waalaikumsalam dik, akak baru nak solat asar. kenapa yea? rindu akak eh?"
"ooh.. eh sori kak gangu. adik shj je nak kol akak, da lama kan kita tak jumpa. mesti la adik rindu."
ayat adik ni mbuatkan ana tersentap...
"iye.. da 2 minggu kn kita tak berbulatan gembira. maaf la dik, akak bz mingu2 akhir ni. banyak field trips akak hujung minggu."
"ooh, takpe la kak. adik paham. nati kalo ada pjumpaan bulatan gembira gtau adik yea. adik rindu nak bbulatan gembira dgn akak."
"ook, inshaAllah. nti akak free akak akan msg yea.. nti kita jumpa. inshaAllah."
seusai ana solat asar ana menangis sbb ana merasa ana terlalu lemah. kerana kesibukan dunia (assignmts, repot) ana gagal membahagi masa dengan adik2 yang memerlukan pengisian rohani. di saat itu, ana akui ana da tersungkur dengan kesibukan dunia. T.T ana merasa sedih terlalu sedih. hanya istighfar sahaja yang mampu ana ungkapkan. tetiba sahabat ana msg.
" assalamualaikum ukt, da buat pejumpaan ke ngan adik2 minggu ni?"
"waalaikumsalam wbt, tak lagi. knp? ukt buat bila? nak gabung tak?"
"haaa.. tu la yg ana nak ckp. jom gabung grop. sbb adik2 ana banyak balik kampung."
"owhh ok la camtu.. tapi nak buat bila? pkul 9 malam nanti ana ada meeting cohort. pkul 10 ada meeting untuk program ana."
"oh ye ke? kalo camtu kita buat kul 8. boleh tak?"
"emm ok jg. pastu ana mintak tlg ukt sambung yea. ana kena keluar awal pjumpaan tu nanti."
"ok, inshaAllah.."
alhamdulillah.. Allah memberi ana peluang sekaligus meleraikan kerinduan adik tadi.
moral cerita ni,
bagi ana,bila hati da terikat dengan tarbiah hati itu akan mudah untuk merindui bulatan gembira. rindu untuk berjumpa dgn shbt2 yang ada di dalm tu. ana sendiri akui. ana merindui naqibah ana di zaman sekola dlu. ana akui ana rindu sahabt2 seusrah ana di zaman sekola dlu. kerana ana tahu di tahap ana sekarang, ana sukar untuk menemui sahabat2 yang sefikrah kita. yang kita akan temui adalah sahabat2 yang hanya suka mengambil kesempatan di atas kelebihan kita. bagi seorang sahabat yang betul2 boleh di katakan SAHABAT adalah mereka yang menyayangi dn menerima kita apa adanya. bersusah payah bersama. bangkit bersama mengapai sebuah harapan dan impian. dan sahabat yang akan menjaga kita perkara dunia dan akhirat. dan alhamdulillah.. d sni ana menemuai seorang shbt, dan ana perlu bimbing shbt tu untuk membahagikan masa dengan studi. ana respek dengan sahabt tu dari sisi yang lain dan dia inshaAllah andai dia mampu membahagia masa ana yakin dia hebat orangnya. :) (semoga Allah mempermudahkan segala urusanmu shbt.. )
Video : Binnabil Huda.. kerinduan ku pada Rasulullah dan kerindukan kepada nilai Ukhuwah
Ya Allah ya Rabbul Izzati,
andai Engkau menetapkan aku pada jalan ini
kukuhkan hati dan pendirianku
jangan dibiarkan goyah kerana ujianMU..
Ya Allah ya Rahman,
sayangi la aku dan bimbinglah agar tetap pada jalan tarbiahMu,
andai Engkau mengkehendaki aku pada jalan ini
redhai la perjuanganku
hadirkan insan2 yang bisa membantuku pada jalan ini..
sungguh,
ku rindukan teguran dan nasihat yang membina iman
teguran yang bisa membuatkan diri ini merasa dekatnya Engkau
nsihat yang membuatkan aku sentiasa berasa akan hadirMU...
ya Allah..
Engkau permudahkan segala urusan ku dan shabat2 ku
urusan dunia dan akhirat
jangan Engkau bebankan aku dengan bebanan yang tidak mampu
aku pikul..
redhai aku dan rahmati aku bersama sahabt-sahabtku
dalam membela agamaMu..
jadikan hati2 ini sentisa takut akan kemurkaanMu
tetapi sntisa mengharap akan pertolonganMu..
sungguh..
Engkau Tuhan yang Maha Berkuasa
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
9 : 45 am
bumi Jihad fissabilliah...
1 comment:
Syukran Sahabat ^_^ semoga Ukhwah kita abadan abada Lillahi Ta'ala ^_^
Semoga bersama-sama dalam perjuangan mencari Mardhatillah, in syaa Allah^_^
Post a Comment