Friday, January 13, 2012

Putri Solehah

~Putri SOLEHAH~

"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula) sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. mereka itu bersih dari apa yg dituduhkan orang. mereka memperoleh ampunan dan rezeki yg mulia (syurga)."-An Nur : 26







"didiklah wanita dengan keimanan...
bukannya harta
atau pun pujian 
kelak tiada derita


"4 perkara jika ditemui ,maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan dunia dan kebaikan akhirat; hati yang bersyukur,lidah yang berzikir,tubuh badan yang sabar apabila ditimpa musibah dan isteri yang tidak menyebabkan dosa atas dirinya dan hartanya .Riwayat al-Tabari

 "Dunia adalah perhiasan.Sebaik-baik perhiasannya adalah wanita solehah." Riwayat Muslim.

"Tidaklah ada yang lebih baik mengharap pada yang binasa..."

selepas taqwa kepada Allah s.w.t.-bagi seseorang itu daripada isteri yang solehah :Sekiranya diperintah dia menta'atinya,sekiranya dipandang dia menggembirakan,sekiranya dia bersumpah atasnya maka dia akan membenarkannya dan sekiranya dia tiada maka isternya itu akan menjaga dirinya dan juga hartanya. " -Riwayat Ibn Majah


" 3 perkara kebahagiaan dan kecelakaan bagi anak Adam ; 
Kebahagiaan anak Adam adalah wanita yang solehah,tempat tinggal yang soleh dan kenderaan yang soleh.(Manakala) kecelakaan anak Adam adalah wanita yang jahat ,tempat tinggal yang jahat dan kenderaan yang jahat." -Riwayat Ahmad. 

"3 kebahagiaan : Wanita solehah,(ketika) kamu melihatnya dia menggembirakanmu,
(ketika) kamu tiada dia menjaga dirinya dan hartamu... 
3 kecelakaan :Wanita apabila kamu melihatnya tidak menyenangkan hati dan membantahmu dengan lidahnya serta sekiranya engkau tiada dia tidak menjaga dirinya dan hartamu... " -Riwayat al-Tabrani,al-Barraz & al-Hakim.

wahai Putri solehah... jagalah dirimu... kerana... dirimu begitu berharga... 
pesanan buat diriku juga... :) insyaALLAH..

Sunday, January 8, 2012

~~ketika bayi berbicara kepada TuhanNYA

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu





perkongsian dr seorg ukti via FB... semoga bermanfaat buat kita semua.. insyaALLAH...

Friday, January 6, 2012

~~Islam Adalah CARA HIDUP

Islam adalah CARA HIDUP

1.     Jika kita marah – TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa.
2.    Jika kita binggung – KLIK doa agar tenang hati.
3.    Jika kita dipuji – RELOAD syukur supaya tidak alpha.
4.    Jika kita gagal – DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.
5.    Jika kita kecewa – RESTART tenaga agar sentiasa sedar.
6.    Jika kita bersedih – SELECT ibubapa / sahabat-sahabat sejati untuk meluahkan perasaan.
7.    Jika kita berdosa – UNDO perangai itu dan bersolat taubat.
8.    Jika kita berdendam – DELETE buruk sangka supaya bersih hati.
9.    Jika kita berbohong – BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan.
10. Jika kita buat maksiat – REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha.



Edit, copy and paste dr KONSEP TiP majalah Gen-Q isu no.4
Semoga bermanfaat bersama.. insyaALLAH J

~~Tinta hatiku berbicara....

Assalamualaikum warahmatuallah...

Tlalu lama rasanya "layar keinsafan" tingl tanpa sebarang khabar...
Ingin skali aku bmadah berbicara tentang keadaan hati ku saat dan ketika ni...
Tlalu lemah..
Ya hati aku tlalu lemah...
Aku gagal dalam mbawa hati ni kepadaNya..
Ya Allah.. Aku tlalu lemah..
Tlalu lemah untuk bertahan dgn ujianMu..
Aku jahil ya Allah..
Aku gagal mendidik hati ini utk trus menyintaiMu walau dlm keadaan apa skali pun...
Ampunkan aku wahai Tuhanku..
Bantu aku bangkit kembali dalam jurang keperitan jauh drMu..
Terasa hati ni terseksa tatkala bjauhan drMu..
Ya Allah...
Aku merindui rhodatul jannahMu..
Aku merindui kalamMu..
Sungguh aku cemburu melihat mereka yg mendekatiMu..
Cemburu aku melihat mereka berhimpun dalam mengingatiMu..
Cemburu aku melihat mereka menyulam ukhwah krnMu...
Ya Allah..
Sungguh aku merindui saat dan detik yg indah dlm mengingatiMu bersama2 shbt2ku yg lain...
Ampuni kami ya Allah…
Semoga waktu saat dan ketikanya hati-hati kmi disimpul kembali
Dalam menyulam bait-bait cinta kepadaMU…
insyaALLAH…




ikhlas dr ku;
hambaMU yg daif….

Monday, October 24, 2011

kisah benar tentang seorang NON MUSLIM mengenai ISLAM

Assalamualaikum..
Hm, terlalu lama senye tak up date blog ni…
Alhamdulillah, kali ini ana nak kongsi satu pengalaman yang cukup menginsafkan dan cukup bermakna.

Sebelum tu, msti ada d antara anda yang mempunyai kawan non muslim and he/she interest in  Islam, right? So ini la yang ana nak kongsi dgn anda semua. Ana betul2 tak sngka Allah akan bg ana peluang ini. Sebelum ini ana hanya mendengar pengalaman orang sahaja.

21-23hb oct 2011 lalu, pihak Universiti ana ada mengadakan program BTN (Biro Tatanegara) yang diwajibkan ke atas btch ana. Masa LDK dijalankan kmi yang seramai 60orang telah dibagi2kan group. 1 group ada dlm 8-9 orang. Dalam kumpulan ana ada 8orang. 5perempuan dan 3 lelaki. Antara kmi 8orang, sorang sahaja yang non muslim, Jim (bukan nama sebenar). Then sesi LDK 1 pun bermula. LDK 1 tentang biodata diri. Aktiviti dimulakan dgn dia dahulu. Tetiba dia kata idola dia adalah NABI MUHAMMAD SAW.. subahanallah, sgt2 la ana terkejut. Then fisi kmi tnya knp dia begitu mengagumi NABI SAW. Dia kata, dia kagum kepada baginda SAW kerana baginda SAW adalah seorang pemimpin yang hebat dalam menyebarkan Islam, seorang Ayah yang baik, seorang Suami yang baik dan macam2 lagi. Dia kata dia mula minat sejak dari berusia 10tahun. Dia pernah Tanya kepada abangnya apa bezanya di antara Nabi ISA dan tuhan Jesus mereka. Then abg dia kata dia pn tak tau. So, dari sana la niat dia untuk mengetahui Islam sangat mendalam. Masuk di sekolah menengah dia mula serius untk mengetahui Islam. Dia kata di sekolah dulu dia rapat dgn seorang ustazah dan berberapa kawan muslim.
…………………………………………………………………………………………………………………………………….
Sesi LDK.
Masa tu ada LDK ttg bentuk. Bntuk yang di beri adalah bntuk bulat, segi 4, segi 3 dan ombak. Bntuk yang paling ana tak suka adalah segi 3, ana terlalu sensetif dgn symbol ini kerana bagi ana ianya berkaitan dgn YAHUDI. Ana tak sangka ada seorang ahli kump tersebut yang sealiran pemikirannya dgn ana, Azim (bukan nama sebenar). Ana kagum dgn ilmu dan pengetahuan yang Azim miliki. Dia juga banyak mengkaji tentang ini. So ana pn banyak bertnya kepada dia. Ketika kmi tengah berdiskusi ttg Agenda Yahudi ketika abes waktu LDK tetiba Jim datang dan sertai diskusi kmi. Tetiba dia tanya soalan tentang Yahudi dan pasal kitab Injil. Ana dan Azim cuba menerangkan secara ringkas. Tak lama pastu dia tanya tentang Islam. Sekali lagi ana dan Azim cuba menjelaskan dan menjawab pertanyaan Jim semampu yang kami tahu, selainnya kmi mintak di rujuk kepada Ustaz. Disitu la dia meluahkan hasrat di hatinya tentang Islam. Alhamdulillah dia kata dia da hafal surah Al-Fatehah, surah Al-Ikhlas dan surah Al-Falaq. Dia baca surah al Fatehah depan kmi. Alhamdulillah sgt… dia kata dia percaya sgt pada kalimah “tiada TUHAN selain ALLAH” dan dia kata dia juga percaya kepada 2 kalimah syahadah. Alhamdulillah…
Dia kata dia juga selalui mengamalkan surah2 di atas.
Apa yang mbuatkan ana kagum, parents dia tak halang pun jika dia ingin menukar agama tapi tungu abes ASASI ataupun lepas Degree.. Ana betul2 berharap agar hidayah berkekalan dan utuh di hatinya.. insyaALLAH…
Masa take breakfast last day, dia lambat, so kmi sebagai ahli grop tungu dia makan dulu. Then tetiba dia mintak ana baca doa makan. Ana kata ana da makan. Then dia senyum lalu menedah tangan n membaca doa makan sendiri di depan ana. MAHA SUCI ALLAH.. terkesima ana seketika.  Inilah yang dinamakan hidayah…

Akhir kata,
Kita doakan bersama semoga hidayah itu kekal di hatinya insyaALLAH..
Semoga dia akn menjadi “saudara baru”kita satu hari nanti… insyaALLAH..
Moralnya :
Tanya dgn diri kita,
“dia yang non muslim mampu menghafal surah2 al quran, mampu mengamalkannya, percaya kepada kalimah “Tiada TUHAN selain ALLAH”, percaya kepada dua kalimah syahadah, percaya kepada Rukun Iman dan Rukun Islam tapi kita yang bergelar MUSLIM ini mampukah sptnya??? Percayakah kita kepada ALLAH sebenar2nya??? Lengkap tak solat kita lakukan???”
Dia yang non muslim berminat belajar Islam, pernah mengerjakan solat mengikut kawan muslimnya, tahu da cara mengambil air wuduk. Tapi kita??? Solat selalu tinggal dan yang sangat menyedihkan ada juga Muslim yang meninggalkan solat. Astagafiruallah, semoga kita dilindungi dari berbuat demikian. insyaALLAH..
Sekarang dia tinggal waktu dan masa yang sesuai utk menjadi seorang MUSLIM.. kerana masih di bawah umur. Tapi InsyaALLAH… dia akan jadi “saudara baru” semoga ALLAH memberinya hidayah.

insyaALLAH, amiin.. J

Thursday, October 13, 2011

9 SITI :)

‎9 Siti patut dijadikan contoh:

⒈ Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah ﷺ yg melahirkan anak² Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

⒉ Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali k.w.h walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg² berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

⒊ Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi ﷺ minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

⒋ Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim a.s yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

⒌ Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah SWT utk mengandungkan Nabi Isa a.s.

⒍ Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

⒎ Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah ﷺ. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

⒏ Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

⒐ Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah SWT.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata² Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti² ini?

p/s: BUKAN Siti Nurhaliza.. Dia APTB.. =)

Thursday, September 29, 2011

Ustazah pilihan

Assalamualaikum...
apa habaq sume?? maaf la ya ana lama da tak up date any n3 dalam blog ni..
Alhamdulillah hari ni ana nak kongsi tentang "USTAZAH PILIHAN" yang hangat di media dan rancangan "SOLEHAH".


Gambar hiasan semata-mata... 


Apa pandangan saudara dan saudari ttg rancangan program realiti ni?
Sejujurnya, first time ana lihat rancangan ni byk persoalan yang bermain di benak fikiran ana.
Ana kebetulan baru menghabiskan buku "SESUNGGUHNYA TUHANMU TIDAK BERMATA SATU" di sini di rungkai beberapa konspirasi Yahudi berserta goyim2nya...


Dan tetiba  ana teringat tentang program realiti ni.. bila ana cuba kaitankan, ana rasa macam ada yg something wrong. So, ana tergerak hati untuk mencari jawapan kepada persoalan ni.
Dan akhirnya, ana bertanya soalan tersebut kepada Naqibah Usrah ana, yang mana Naqibah Usrah ana tersebut bertanya kepada tok Guru beliau...


Berikut merupakan hasil pertanyaan ana :


Ana : assalamualaikum kak...
nak tnya akak cket la..
erm, apa pndpt akak ya ttg "ustazah pilihan" yang hangat d media skrg ni kak??


Naqibah Usrah :
 ni jawapan tok guru saya: Program seperti itu BUKAN dr penyelesaian Islam, malah ia MENIRU BUDAYA BARAT yg mensetarakan wanita & lelaki dari segala sudut termasuk dlm pendekatan program realiti. Wanita MESTI KHUSUS dgn wanita sahaja bagi ELAKKAN FITNAH. Memang program itu utk wanita tapi yg terlibat dlm produksi & menonton termasuk juga seluruh PENONTON LELAKI. Jadi program itu, mengundang FITNAH. Kaedah Islam menolak fasad diutamakan atas mencari manfaat. Jadi program itu SEPATUTNYA DITOLAK sama seperti kumpulan nasyid wanita @ filem dakwah yg dilakonkan oleh wanita. Sekian"

Tok Guru 
 Al-mua'llim Tn.Guru.Hj.Zulkifli Hj Ismail

Namun begitu, ana percaya pasti ramai yang akan menyangkal tentang hal ini. 

Apapun dari ana, semoga n3 kali ini dapat membuka minda semua untuk mencari maksud disebaliknya... ingatlah kita bahawa, "niat tidak pernah menghalalkan cara.." allahualam... 

p/s : ana mohon maaf jika ada bahasa yang terkasar atau menguris hati. ini hnyalah satu perkongsian untuk kita bersama muhasabah... insyALLAH.. sesungguhnya semua kebaikan tersebut datangnya dariNYA dan segala kekurangan tersebut datangnya dari kelemahan diri ini.. allahuálam...