Sunday, January 15, 2012

AKU dan KEKASIHKU

THINGKING OF YOU!!
kali ni aku nak share ttg KEKASIHKU aku? ( aku type huruf besar tu sbb aku terlampau sayang kat DIA!) penyayang sifatnya. Betul ni.. tak tipu punya! pure cinta la nak dikategorikan tu.. apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. sure datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat Dia-> direct! pergh!

MISS U!!!
yg bestnya tu, bila aku ngadu kat DIA, terasa peace aje. for surela... KEKASIH, kan?! Ish! beruntung betul dapat KEKASIH camni.. tak pernah sakitkan hati aku. bila2 masa aje aku boleh contact DIA. yg seronok tu, sbb mmg betul2 rasa DIA tu dekat kat hati ini! yela cinta punya pasal, kan..?

Dia tak kisah pn kalo aku tak ingat DIA. Tapi rugilah aku. sbb kalo aku ingat dan contact je DIA, sure mcm2 la yg aku dpt. Tak kira lah, material ke...spiritual ke... emm mmg kekasih sejatilah tu!! bila aku rindu kat DIA, baca he surat2 yang DIA bg tu. mcm2 nasihat ada dalam tu. siap bagi example lag nk suruh aku fhm.

sblm ni aku penah frust. mmg sedih giler la masa tu.. tapi KEKASIH aku yg ini lain, DIA tak kisah pn dgr cerita aku frust tu. siap bagi semangat lagi.. DIA takde jelez pn. cuma aku je yg jelez ngn DIA. mmg ramai yg jatuh cinta dgn DIA. so, aku pn kenalah usaha btl2. kata org putih~what u give, u get back~ so, kalo aku usaha lebih ckit, aku dpt lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sgt2...

Perfect!! tu yg kdg2 aku tgh2 malam... area pukul 3-4 pg tu pn, kalo aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa! sbnrnya, KEKASIH aku ni kaya... millionaire.. billionaire... dan ntah apa2 naire lagi.. tu yg pemurah sgt tu. semua keperluan hidup aku DIA yang support... caya tak??

Free of charge... tp aku tak sedap ht la.. mestilah kena hargai apa yang DIA bg tu, kan? mak aku kata, kalo org dah bg, suka ato tdk suka, amek aje la.. pastu pandai2 la membalas budi.. tu yang aku sanggup berkorban apa saja... ceeewah!!

DIA suruh aku belajar sungguh2. kalo bleh semua ilmu. sbb, KEKASIH aku ni mmg cerdik+bijak+pandai etc.. DIA kata, tanpa ilmu, stp amal yg aku buat semua sia2.. DIA pn tambah syg kat aku kalo rajin belajar. malu la sbnrnya nak cakap ni... ermm..
aku sbnrnya blm penah jumpa DIA lagi pun... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hr nti, mesti jumpa.
sekarang ni menghitung hr la aku ni.. tp kecut perut gak! takuut! aku mesti prepare awal2.

drp surat2 DIA yg ada tu, aku tahula apa yg DIA suka dan tidak suka. mesti la aku nak buat apa yg DIA suka, so that DIA tambah2 sayang la kt aku, kan? takpela, berkorban sekarang, sbb DIA da jnji, sapa2 yg DIA syg, DIA bg hadiah yg special yg aku tdk terfikir pn!

Ish! Rindu sgt dah ni!

THANK YOU!

KEKASIH... AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI...
WALAU NYAWA DIGALANG GANTI, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI..
TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH JUMPA AKU TETAP BAHAGIA..
ITULAH KEKASIH AKU.. ALLAH S.W.T... CINTA TERAGUNGKU!!

Friday, January 13, 2012

Putri Solehah

~Putri SOLEHAH~

"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula) sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. mereka itu bersih dari apa yg dituduhkan orang. mereka memperoleh ampunan dan rezeki yg mulia (syurga)."-An Nur : 26







"didiklah wanita dengan keimanan...
bukannya harta
atau pun pujian 
kelak tiada derita


"4 perkara jika ditemui ,maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan dunia dan kebaikan akhirat; hati yang bersyukur,lidah yang berzikir,tubuh badan yang sabar apabila ditimpa musibah dan isteri yang tidak menyebabkan dosa atas dirinya dan hartanya .Riwayat al-Tabari

 "Dunia adalah perhiasan.Sebaik-baik perhiasannya adalah wanita solehah." Riwayat Muslim.

"Tidaklah ada yang lebih baik mengharap pada yang binasa..."

selepas taqwa kepada Allah s.w.t.-bagi seseorang itu daripada isteri yang solehah :Sekiranya diperintah dia menta'atinya,sekiranya dipandang dia menggembirakan,sekiranya dia bersumpah atasnya maka dia akan membenarkannya dan sekiranya dia tiada maka isternya itu akan menjaga dirinya dan juga hartanya. " -Riwayat Ibn Majah


" 3 perkara kebahagiaan dan kecelakaan bagi anak Adam ; 
Kebahagiaan anak Adam adalah wanita yang solehah,tempat tinggal yang soleh dan kenderaan yang soleh.(Manakala) kecelakaan anak Adam adalah wanita yang jahat ,tempat tinggal yang jahat dan kenderaan yang jahat." -Riwayat Ahmad. 

"3 kebahagiaan : Wanita solehah,(ketika) kamu melihatnya dia menggembirakanmu,
(ketika) kamu tiada dia menjaga dirinya dan hartamu... 
3 kecelakaan :Wanita apabila kamu melihatnya tidak menyenangkan hati dan membantahmu dengan lidahnya serta sekiranya engkau tiada dia tidak menjaga dirinya dan hartamu... " -Riwayat al-Tabrani,al-Barraz & al-Hakim.

wahai Putri solehah... jagalah dirimu... kerana... dirimu begitu berharga... 
pesanan buat diriku juga... :) insyaALLAH..

Sunday, January 8, 2012

~~ketika bayi berbicara kepada TuhanNYA

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu





perkongsian dr seorg ukti via FB... semoga bermanfaat buat kita semua.. insyaALLAH...

Friday, January 6, 2012

~~Islam Adalah CARA HIDUP

Islam adalah CARA HIDUP

1.     Jika kita marah – TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa.
2.    Jika kita binggung – KLIK doa agar tenang hati.
3.    Jika kita dipuji – RELOAD syukur supaya tidak alpha.
4.    Jika kita gagal – DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.
5.    Jika kita kecewa – RESTART tenaga agar sentiasa sedar.
6.    Jika kita bersedih – SELECT ibubapa / sahabat-sahabat sejati untuk meluahkan perasaan.
7.    Jika kita berdosa – UNDO perangai itu dan bersolat taubat.
8.    Jika kita berdendam – DELETE buruk sangka supaya bersih hati.
9.    Jika kita berbohong – BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan.
10. Jika kita buat maksiat – REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha.



Edit, copy and paste dr KONSEP TiP majalah Gen-Q isu no.4
Semoga bermanfaat bersama.. insyaALLAH J

~~Tinta hatiku berbicara....

Assalamualaikum warahmatuallah...

Tlalu lama rasanya "layar keinsafan" tingl tanpa sebarang khabar...
Ingin skali aku bmadah berbicara tentang keadaan hati ku saat dan ketika ni...
Tlalu lemah..
Ya hati aku tlalu lemah...
Aku gagal dalam mbawa hati ni kepadaNya..
Ya Allah.. Aku tlalu lemah..
Tlalu lemah untuk bertahan dgn ujianMu..
Aku jahil ya Allah..
Aku gagal mendidik hati ini utk trus menyintaiMu walau dlm keadaan apa skali pun...
Ampunkan aku wahai Tuhanku..
Bantu aku bangkit kembali dalam jurang keperitan jauh drMu..
Terasa hati ni terseksa tatkala bjauhan drMu..
Ya Allah...
Aku merindui rhodatul jannahMu..
Aku merindui kalamMu..
Sungguh aku cemburu melihat mereka yg mendekatiMu..
Cemburu aku melihat mereka berhimpun dalam mengingatiMu..
Cemburu aku melihat mereka menyulam ukhwah krnMu...
Ya Allah..
Sungguh aku merindui saat dan detik yg indah dlm mengingatiMu bersama2 shbt2ku yg lain...
Ampuni kami ya Allah…
Semoga waktu saat dan ketikanya hati-hati kmi disimpul kembali
Dalam menyulam bait-bait cinta kepadaMU…
insyaALLAH…




ikhlas dr ku;
hambaMU yg daif….

Monday, October 24, 2011

kisah benar tentang seorang NON MUSLIM mengenai ISLAM

Assalamualaikum..
Hm, terlalu lama senye tak up date blog ni…
Alhamdulillah, kali ini ana nak kongsi satu pengalaman yang cukup menginsafkan dan cukup bermakna.

Sebelum tu, msti ada d antara anda yang mempunyai kawan non muslim and he/she interest in  Islam, right? So ini la yang ana nak kongsi dgn anda semua. Ana betul2 tak sngka Allah akan bg ana peluang ini. Sebelum ini ana hanya mendengar pengalaman orang sahaja.

21-23hb oct 2011 lalu, pihak Universiti ana ada mengadakan program BTN (Biro Tatanegara) yang diwajibkan ke atas btch ana. Masa LDK dijalankan kmi yang seramai 60orang telah dibagi2kan group. 1 group ada dlm 8-9 orang. Dalam kumpulan ana ada 8orang. 5perempuan dan 3 lelaki. Antara kmi 8orang, sorang sahaja yang non muslim, Jim (bukan nama sebenar). Then sesi LDK 1 pun bermula. LDK 1 tentang biodata diri. Aktiviti dimulakan dgn dia dahulu. Tetiba dia kata idola dia adalah NABI MUHAMMAD SAW.. subahanallah, sgt2 la ana terkejut. Then fisi kmi tnya knp dia begitu mengagumi NABI SAW. Dia kata, dia kagum kepada baginda SAW kerana baginda SAW adalah seorang pemimpin yang hebat dalam menyebarkan Islam, seorang Ayah yang baik, seorang Suami yang baik dan macam2 lagi. Dia kata dia mula minat sejak dari berusia 10tahun. Dia pernah Tanya kepada abangnya apa bezanya di antara Nabi ISA dan tuhan Jesus mereka. Then abg dia kata dia pn tak tau. So, dari sana la niat dia untuk mengetahui Islam sangat mendalam. Masuk di sekolah menengah dia mula serius untk mengetahui Islam. Dia kata di sekolah dulu dia rapat dgn seorang ustazah dan berberapa kawan muslim.
…………………………………………………………………………………………………………………………………….
Sesi LDK.
Masa tu ada LDK ttg bentuk. Bntuk yang di beri adalah bntuk bulat, segi 4, segi 3 dan ombak. Bntuk yang paling ana tak suka adalah segi 3, ana terlalu sensetif dgn symbol ini kerana bagi ana ianya berkaitan dgn YAHUDI. Ana tak sangka ada seorang ahli kump tersebut yang sealiran pemikirannya dgn ana, Azim (bukan nama sebenar). Ana kagum dgn ilmu dan pengetahuan yang Azim miliki. Dia juga banyak mengkaji tentang ini. So ana pn banyak bertnya kepada dia. Ketika kmi tengah berdiskusi ttg Agenda Yahudi ketika abes waktu LDK tetiba Jim datang dan sertai diskusi kmi. Tetiba dia tanya soalan tentang Yahudi dan pasal kitab Injil. Ana dan Azim cuba menerangkan secara ringkas. Tak lama pastu dia tanya tentang Islam. Sekali lagi ana dan Azim cuba menjelaskan dan menjawab pertanyaan Jim semampu yang kami tahu, selainnya kmi mintak di rujuk kepada Ustaz. Disitu la dia meluahkan hasrat di hatinya tentang Islam. Alhamdulillah dia kata dia da hafal surah Al-Fatehah, surah Al-Ikhlas dan surah Al-Falaq. Dia baca surah al Fatehah depan kmi. Alhamdulillah sgt… dia kata dia percaya sgt pada kalimah “tiada TUHAN selain ALLAH” dan dia kata dia juga percaya kepada 2 kalimah syahadah. Alhamdulillah…
Dia kata dia juga selalui mengamalkan surah2 di atas.
Apa yang mbuatkan ana kagum, parents dia tak halang pun jika dia ingin menukar agama tapi tungu abes ASASI ataupun lepas Degree.. Ana betul2 berharap agar hidayah berkekalan dan utuh di hatinya.. insyaALLAH…
Masa take breakfast last day, dia lambat, so kmi sebagai ahli grop tungu dia makan dulu. Then tetiba dia mintak ana baca doa makan. Ana kata ana da makan. Then dia senyum lalu menedah tangan n membaca doa makan sendiri di depan ana. MAHA SUCI ALLAH.. terkesima ana seketika.  Inilah yang dinamakan hidayah…

Akhir kata,
Kita doakan bersama semoga hidayah itu kekal di hatinya insyaALLAH..
Semoga dia akn menjadi “saudara baru”kita satu hari nanti… insyaALLAH..
Moralnya :
Tanya dgn diri kita,
“dia yang non muslim mampu menghafal surah2 al quran, mampu mengamalkannya, percaya kepada kalimah “Tiada TUHAN selain ALLAH”, percaya kepada dua kalimah syahadah, percaya kepada Rukun Iman dan Rukun Islam tapi kita yang bergelar MUSLIM ini mampukah sptnya??? Percayakah kita kepada ALLAH sebenar2nya??? Lengkap tak solat kita lakukan???”
Dia yang non muslim berminat belajar Islam, pernah mengerjakan solat mengikut kawan muslimnya, tahu da cara mengambil air wuduk. Tapi kita??? Solat selalu tinggal dan yang sangat menyedihkan ada juga Muslim yang meninggalkan solat. Astagafiruallah, semoga kita dilindungi dari berbuat demikian. insyaALLAH..
Sekarang dia tinggal waktu dan masa yang sesuai utk menjadi seorang MUSLIM.. kerana masih di bawah umur. Tapi InsyaALLAH… dia akan jadi “saudara baru” semoga ALLAH memberinya hidayah.

insyaALLAH, amiin.. J

Thursday, October 13, 2011

9 SITI :)

‎9 Siti patut dijadikan contoh:

⒈ Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah ﷺ yg melahirkan anak² Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

⒉ Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali k.w.h walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg² berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

⒊ Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi ﷺ minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

⒋ Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim a.s yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

⒌ Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah SWT utk mengandungkan Nabi Isa a.s.

⒍ Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

⒎ Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah ﷺ. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

⒏ Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

⒐ Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah SWT.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata² Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti² ini?

p/s: BUKAN Siti Nurhaliza.. Dia APTB.. =)