Thursday, December 31, 2009

Iktibar Gempa Dari Sumatra



IKTIBAR GEMPA DARI SUMaTRA

* Gempa bumi di Padang 30 sept tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ]

* gegaran ke2 jam 5. 58 pm [ atau jam 17: 58 ]

*esoknya [1 Okt] jam 8.52 am gegaran susulan di Jambi

kebetulan??

* [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat 16 ]

* [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat 58 ]

* [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat 52 ]

- surah ke 17-al Israa‘

- surah ke 8-al Anfaal

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها

فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, Kami perintahkan kpd org yg hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” al-Isra:16

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا


“Tiada suatu negeri pun (yg derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dgn azab yg sgt keras. Yg demikian itu telah tertulis di dlm kitab (Lauh Mahfuz).” Al Isra’: 58

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب

“(Keadaan mereka) serupa dgn keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta org sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.” Al Anfaal: 52

BINASA DENGAN SEBAB JAHATNYA MANUSIA

* Telah timbul kerosakan di daratan dan di lautan kerana perkara yg dikerjakan oleh tgn manusia, supaya dirasakan oleh mereka itu sebahagian dari akibat apa yg mereka kerjakan, semoga dgn itu mereka kembali (patuh kpd Allah)~ Rum: 41

* "Adakah kamu merasa aman dari Allah yg (kekuasaan-Nya) di langit dari menenggelamkan bumi bersama kamu,sehingga tiba-tiba bumi bergoncang atau adakah kamu merasa aman dari Allah yg (kekuasaan-Nya) di langit menghantarkan ke atas kamu angin kencang yg mengandungi batu, maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana peringatan (Azab)-Ku?

al-Mulk 16-17

* "Sesungguhnya ada sebahagian dari umatku yg akan meminum arak dan mereka menamakannya dgn nama lain (bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dgn bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah akan menenggelamkan mrk ke dlm bumi (dgn gempa bumi) dan akan menjadikan mereka spt kera dan babi’ (Hadis riwayat Ibnu Majah)


Taubatlah sementara ada waktu...

Andainya Cinta Itu Hendak diberi

Assalamualaikum..

Dgn Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Andainya Cinta Itu Hendak Diberi



Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;

1.Kuat Pengamalan Agamanya

Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.

Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.

Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

2. Baik Akhlaknya

Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."



3. Tegas Mempertahankan Maruah
Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.

4. Amanah
Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.

5. Tidak Boros

Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.

6. Tidak Mengelingas Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.

7. Terbatas Pergaulan

Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.

8. Siapakah Rakan Pergaulannya

Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.

9. Bertanggungjawab
Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.

10. Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.


  • Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.
  • Cinta seorang wanita bukan untuk 'buaya-fren' tetapi untuk suaminya yang sah.



p/s:ini la impian kasihku.. bia la ‘dia’ pilihan keluarga ku… kerna aku tahu pilihn mereka adalah yg terbaik buat diriku… -nurin


Sumber:

www.iLuvislam.com
dihantar oleh: yayah
editor : kasihsayang

Wednesday, December 30, 2009

Langkah TerCipta


Langkah Tercipta
Album : Langkah Tercipta
kumpulan: UNIC

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,

meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.
Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU..


Assalamualaikum..

bismillah..

*beginilah keadaan manusia. kita sering lemah dengan ujianNYA. mudah kecewa, terluka, hampa dan sedih dikala apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan. kadang2 takdir pula yang disalahkan. jika di fikir, di renung dan di singkap kembali, semua ni berpunca dari kelemahan diri kita sendiri.

sebagai hamba ALLAH,
kita perlu redha kerana "takkan terasa manisnya hidup andai tak dilamun gelora". itu tanda bahawa ALLAH sangat menyayangi kita hingga diberinya kita cubaan, ujian dan dugaan dalam hidup.
kerana itu, bangkitlah kita dengan 1001 cara sekali pun untuk merungkai kembali fitrah manusia diciptakan iaitu diciptakan semata-mata hanya untu beribadah kepadaNYA..
Janji manusia kpd ALLAH :
"Innasollati wannasuki wamaayahya wamamaati lillahi robbi 'allamin"
Mafhumnya:
" sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk ALLAH"

marilah kita bersama mencari Redha ALLAH...
moga Hidayah ALLAH milik kita.. ameen..