Wednesday, December 30, 2009

Hiasan terindah

assalamualaikum...
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


"wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita SOLEHAH" molek sungguh rasanya lirik lagu impian kasih dari In Team ini andai dihayati dan difahami maksudnya.

kadang2 sering kita bertanya dalam hati kita bagaimana cara untuk kita menjadi wanita solehah? mampu ke kita?

Jawapan yang kita cari sebenarnya terletak di dalam hati kita. pepatah bi ada mengatakan 'there's will, there's way' dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Jika niat kita kerana ALLAH pasti ALLAH akan memudahkannya.sesuai dengan firman ALLAH SWT:-

"Fa'innamaal usri usro, inna'maal usri usro" -Asy Syarh:5-6

Mafhumnya: maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,

Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

seorang wanita solehah itu akan selalu redha kepada ketentuan ILAHI.

dirinya yakin bahawa setiap yang berlaku itu adalah yang terbaik buat dirinya adakalanya ALLAH menguji kita dengan keperitan dan kesusahan yang teramat. seringkali DIA menguji kita dengan pilihan yang hampir serupa. tapi hakikatnya itu cuma dugaan. beruntung bagi wanita yang memilih syurgaNYA meskipun terpaksa hidup dalam kesusahan.

oleh itu, renungilah duhai MUSLIMAH anda adalah di antara hati2 yang dipilih untuk mendekatkan diri padaNYA, mencari CINTA dan KASIH SAYANGNYA.

p/s: moga hidayah milik kita bersama. peringatan untuk diri ini kerana hamba hanya manusia biasa yang sentiasa terdedah kepada dosa. moga ALLAH melindungi kita dan menjauhi keindahan dunia yang bisa menjatuhkan kita ke lembah NERAKA.. INSYAALLAH.. AMEEN.. :)

No comments: