Wednesday, December 30, 2009

Langkah TerCipta


Langkah Tercipta
Album : Langkah Tercipta
kumpulan: UNIC

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,

meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.
Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU..


Assalamualaikum..

bismillah..

*beginilah keadaan manusia. kita sering lemah dengan ujianNYA. mudah kecewa, terluka, hampa dan sedih dikala apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan. kadang2 takdir pula yang disalahkan. jika di fikir, di renung dan di singkap kembali, semua ni berpunca dari kelemahan diri kita sendiri.

sebagai hamba ALLAH,
kita perlu redha kerana "takkan terasa manisnya hidup andai tak dilamun gelora". itu tanda bahawa ALLAH sangat menyayangi kita hingga diberinya kita cubaan, ujian dan dugaan dalam hidup.
kerana itu, bangkitlah kita dengan 1001 cara sekali pun untuk merungkai kembali fitrah manusia diciptakan iaitu diciptakan semata-mata hanya untu beribadah kepadaNYA..
Janji manusia kpd ALLAH :
"Innasollati wannasuki wamaayahya wamamaati lillahi robbi 'allamin"
Mafhumnya:
" sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk ALLAH"

marilah kita bersama mencari Redha ALLAH...
moga Hidayah ALLAH milik kita.. ameen..

No comments: