Friday, December 17, 2010

santapan minda dan rohani..

JoDOH DAN PERTEMUAN…
-ku yakin berlaku-

Yang ku panggil kasih,
Ku kenang selalu,
Hidup atau sepi,
Rindu padamu…
Dalam kesibukan, dalam kelapangan
Tiada ku ingkar ingatan yang suci,
Tertumpu mendambakan di satukan denganmu..
Di hari yang indah ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama…
Di hari yang indah tiada sedetik akan terlewat mahupun tercepat
Ku tatap wajahmu duhai kekasihku…
Garisan permula jauh ku tinggalkan
Semangatku sama mencapai impian..
Di hari yang indah ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama…
Di hari yang indah tiada sedetik akan terlewat mahupun tercepat
Ku tatap wajahmu duhai kekasihku…
Kau ku panggil kasih,
Dulu dan selamanya,
Tidak akan berubah perasaan ini…
Di hari yang indah ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama…
Di hari yang indah tiada sedetik akan terlewat mahupun tercepat
Ku tatap wajahmu duhai kekasihku…

Buat semua, saudara saudari, akhi dan ukti yang mencari CINTA YANG SEJATI…

Cinta itu adalah fitrah buat semua yang bergelar manusia. Kerana cinta manusia masuk syurga, dan kerana cinta juga manusia masuk neraka hidup merana di dunia apatah lagi derita kelak di akhirat.. mengapa tidak kita pandu cinta kita ke arah kebaikan?
Sejujurnya, kita tidak akan terlepas daripada memiliki perasaan seperti ini terutama yang masih bergelar remaja dan pelajar seperti saya. Namun, cinta dalam konteks usia remaja atau dunia pelajar cukup mencabar. Tersalah langkah buruk padahnya. Cinta yang abadi dan suci adalah cinta yang mendekatkan diri kita kepada PENCIPTA kita iaitu ALLAH SWT. Cinta yang palsu dn hina adalah cinta yang melalaikan kita daripada mendekatiNYA dan melanggar segala laranganNYA. Secara holistiknya, tidak salah jika kita ingin bercinta kerana perasaan untuk menyayangi dan di sayangi adalah fitrah manusia. Namun, cuba kita perhatikan kembali cinta yang kita bina itu, kita nilai dan kaji dengan teliti. Fikirkan, adakah waktu solat kita terjaga sepertimana kita menjaga perasaan si kekasih?? Adakah kita selalu bertanyakan khabar ibubapa kita sepertimana kita bertanyakan khabar si dia?? Dan yang paling utama, apakah kita selalu mengingati ALLAH sepertimana kita mengingatinya?? Andai anda dapat menjawab soalan ini dengan positif, maka teruskan percintaan anda tapi ingat ikhtilat lelaki dan perempuan. Namun, andai jawapannya adalah negetif maka tanyalah iman dan taqwa mu. Mana yang lebih anda utamakan antara CINTA ALLAH dan CINTA MANUSIA.
Bagi yang masih single, teruskan… kerana yakinlah bahawa Allah telah menciptakan seseorang buatmu sejek azali lagi. Telah terungkap nama sesesorang buatmu di Luh Mahfuz. Cuma ketika ini peribadinya di tentukan oleh sejauhmana ketinggian keperibadianmu. Andai anda, memiliki akhlak dan keperibadian yang baik, maka si dia juga memiliki akhlak dan peribadi yang baik kerana Allah itu Maha Adil. Janji Allah di dalam Al Quran, surah An Nur : 26 maksudnya, “wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik, begitu juga disebaliknya.” Maka apa yang meragukan kita jika ini adalah janji Allah buat hamba-hambaNYA?...
Ingatlah teman-teman semua, cinta abadi, suci dan tulus lahir daripada keredhaan ibubapa dan mendapat keredhaan ALLAH. Namun, di usia remaja dan masih bergelar seorang pelajar, seelok-eloknya kita cuba hindari kepada cinta yang sia-sia dan melalaikan. Kita seharusnya, focus kepada masa depan kita untuk ibubapa dan agama kita. Berbakti kepada keluarga dan agama kita. Kerana dengan itu anda pasti akan memperolehi cinta yang di cari, pendamping hidup yang sejati pasti akan hadir seiring dengan kejayaanmu kelak.
Mari kita bersama mencintai mereka yang mencintai kita iaitu ALLAH SWT. DIA mencintai kita tidak mengira waktu dan siapa kita. DIA sangat2 menyayangi kita meski kita selalu melupakanNYA tetapi DIA tidak pernah melupakan kita. Setiap hari DIA menunjukkan kasih sayangNYA dengan memberi kita nikmat tubuh badan yang sihat, makanan yang sedap-sedap dan rezeki tanpa mengira sama ada kita hamba yang taat padaNYA atau tidak. Bukankan telah terbukti kepada kita akan kasihNYA??...
Seterusnya, cintailah AYAH DAN IBU. Mereka selalu ada di saat engkau merasa lemah. Mereka membelaimu dengan penuh kasih dan sayang. Tiap hari mereka mendoakan kesejahteraanmu dan kejayaanmu. Namun apakah kita selalu mendoakan mereka pagi, petang, siang dan malam?.. Tanya imanmu..
Tidak lupa juga cinta SAUDARA-SAUDARAmu… CINTA SAHABAT… sungguh banyak cinta sejati dan abadi di depan dan di sekeliling kita Cuma hati dan iman kita sahaja yang menentukannya…
Oleh itu, ayuh kita anjakkan paradigma kita untuk memikirkan kembali soal CINTA ini.
Yakin la satu hari nanti anda pasti akan bertemu dengan pasangan anda. Doakan dirinya meskipun anda tidak tahu siapa dan di mana dia berada tika ini. Kita serahkan dirinya dan cinta kita padanya kepada ALLAH. Biar ALLAH yang menjaganya buat kita. Yang kita perlu laksanakan sekarang adalah capai kejayaan dan balas jasa ibubapa kita serta berikan sesuatu yang bermanfaat buat agama kita.. allahu’alam.. ayuh kita hayati lagu “ku yakin berlaku” semoga kita mendapatkan kekuatan untuk mencari CINTA ABADI DAN SEJATI… insyaALLAH…
7:28 am
06 muharram 1432H
12 December 2010M

No comments: