Saturday, February 19, 2011

REDHA TERHADAP QADHA DAN QADAR ALLAH SWT.

Rela terhadap ketentuan, kehendak dan kekuasaan Allah adalah wajib hukumnya dan merupakan tanda adanya iman di hati seseorang. Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:
“Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-KU dan tidak bersabar atas bencana yang AKU timpakan atasnya, maka carilah Tuhan yang lain sekain daripada-KU.” –(HR.Thabrani)

Dalam al-Quran Allah berfirman:
Bermaksud:
“apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: “kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang dusta (dalam keimannya).” – surah Al- Ankabut:2-3

Dengan berdasarkan ayat di atas maka Rasulullah SAW bersabda:
Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu bencana (bala), sebagaimana seseorang kamu mencuba(menguji) emas dengan api. Maka di antara mereka akan keluar seperti emas asli, iaitu mereka yang dilindungi dan dipimpin oleh Allah dari perkara syubhat dan di antara mereka yang keluar sebagai emas hitam(palsu), iaitu bagi mereka yang mendapat fitnah.”-(HR.Thabrani)

No comments: