assalamualaikum warahmatuallah... blog ini sy rasa sy nak b'kongsi ttg my point of view..
snlm tu, maf sekiranya blog ni lama tak up date article dlmnya.
baiklah, berbicara mengenai Remaja Islam, sy tak tau knp sy letak tajuk ni sbagai paparan utama tapi apa yg sy ingin sampaikan adalah ttg pergaulan llki dan wanita..
~ untuk pngetahuan semua, Remaja merupakan tiang bangsa dan negara serta Agama bagi memajukan sesebuah komuniti. tanpa remaja yang matang dan berfikiran optimis kejayaan akan sukar untuk d capai apatah lagi utk memajukan sesuatu bidang. d sini, kita memerlukan para remaja yang berkualiti dari segi J.E.R.I.S iaitu, Jasmani, Emosi. Rohani, Intelek dan sosial. berbalik kpd pokok perbincangan kita iaitu REMAJA ISLAM. apa yang dapat sy saksikan tika ni terlalu banyak remaja Islam yg hanyut di buai dek arus kemodenan yang bersifat barat. mereka membudayakan budaya barat tanpa memikirkan adab mahupun tuntutan kita sbg org Islam. sy tidak sesekali menyalahkan mana2 pihak namun, di sini sy terfikir untuk mencari solusi bagi masalh ini. Jika masalah ini tidak di bendung dgn segera, maka akan lahirlah satu komuniti yang hitam dan gelap bak keruhnya air yang jernih. sy bukan sesiapa untuk menyuarakan permaslhan ini namun, sbg umat Islam yang mengambil berat soal Agama Islam, sy tidak terlepas sama utk memikirkan hal ini. mgkn ianya akan bermanfaat satu ketika nanti apabila kita bergerak ke suatu tempat yng tlh Allah takdirkan buat kita.
~ Remaja Islam, seharusnya memikirkan soal agama dari segi sikap, tingkahlaku, perwatakan mahupun penampilan. tidak menjadi 1 kesalahan jika kita ingin bergaya namun niat kita dan caranya kita kna jaga. contohnya, muslimah = bg wanita kita bleh memperagakan baju apa sekali pn mengikut cita rasa kita. namun begitu niat kita kna jaga, niat bukan utk menjadi popular mahupun menjadi perhatian llki, jika itu berlaku maka akan hitam la hati kita krn ujub, takbur yg akan bertahta d hati. kedua, syarat bajunya hendaklah baju yang sopan yg tidak mendedahkan bntuk badan, menutup aurat dan tidak nipis kainya
tutur kata hendak lah tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut yg bisa menjadi racun kpd iman llki dan membangkit nafsu mereka.
~ ikhtilat juga kita kna jaga. iktilat bermaksud pergaulan antara llki dan wanita. (rujuk kembali adab2 dalam pergaulan antara llki dan wanita dalam Islam)
llki dan wanita muslim bertangjwb menjaga maruah masing2... biarpun si llki tersebut merupakan kawan lama kta dari sekolah rendah namun tak bermakna di boleh memperlakukan kita sesuka hati spt bercerita bertepuk tampar, berpegang2 tgn dll. kita hendaklah pandai mengawasi cara kita bergaul dgn llki dan wanita.
buat si llki, kalian hendaklah menghormati hak wanita. berkawan boleh tp bukan utk d pegang2 sesuka hati.
dab buat si wanita, anda juga msti tahu menjaba batas pergaulan dgn llki. jika anda yg memulakan dulu adegan yg negatif maka jgn heran jika si llki berani utk mbuat pkara yg lbh dari itu.
~ seusai, sy mengupas tajuk ni, kesimpulan yang dapat kita buat adalah Remaja Islam memerlukan didikan agama yang kukuh dan mantap supaya cara pergaulan mereka dapat d kawal seterusnya akan memberi kesan positif kpd negara, bangsa dan agama...
p/s : ini adalah hasil dari pemerhatian sy... maaf kiranya ada yg tak puas hati ato pn terasa... sesungguhnya idea dan ilham ini dtg dari Allah sehingga ligatnya jari jemari ini menekan punat2 yg terdapat di papan kekunci ini.. sekian, Yang baik itu dtg dari Allah, yg buruk itu ats kelemahan sy sendiri... hakikatnya semuanya datang atas izin Allah... allahu'alam...
No comments:
Post a Comment