Monday, February 6, 2012

Tips Sihat Gaya Rasulullah

Alhamdulillah sempena maulidurrasul ni, suka citala saya berkongsi tips sihat gaya Rasulullah... especially kepada sesapa yang bercadang or azam baru utk diet tu better la guna tips dr baginda SAW sbb bukan sahaja mudah, halal, bermanfaat holistik tapi murah :D

tips ni saya olah serba cket dari buku yang saya baca sekrang iaitu "365 TIPS SIHAT RASULULLAH" dari Dr. MOHAMMAD ALI TOHA.

the main keys to be healthy is :

ISLAM : PENYERAHAN DIRI SECARA MUTLAK KEPADA ALLAH DAN MENGAKUI KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW... (kalimah syahadah).

IMAN : menyakini bahawa Tuhan yang menentukan segala-galanya.

IHSAN : Yakin bahawa Allah sentiasa melihat kita dn para malaikat mencatat segala perbuatan
kita.



Smart Behavior :

01) Firman Allah SWT dalam surah Muhammad: 38
maksudnya :
"ingatlah, kmu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit harta benda di jalan ALLAH. tetapi ada di antara kamu yang berlaku bakhil. Sesiapa yang berlaku bakhil, sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil terhadap dirinya sendiri. ingatlah ALLAH itu MAHA KAYA sedangkan kamu semua orang yang miskin. Apabila kamu berpaling daripada beriman, bertaqwa dan menderma, dia menggantikan kamu dengan kaum lain yang tdk lagi berkeadaan seperti kamu."


punca kebakhilan :
a) mencintai dunia secara berlebihan.
b) takut miskin.
c) hati yang selalu runsing dan tidak bahagia.
kesannya :
a) diri mudah diserang gangguan spt nyanyuk dan sukar tidur.
b) kesedihan yang berpanjangan akan menyebabkan penyakit paru-paru.


2) marah.
marah adalah terhasil dari sifat KESEDIHAN dan KESOMBONGAN.
yang mana tangan akan menggeletar, wajah memerah, jantung berdegup kencang.
kesannya :
otak akan terbeban, dan pembuluh darah serta jantung juga turut terbeban.
penyakit hati akan dideritai oleh mereka yang kerap dan selalu dalam kemarahan.
selain itu, mudah terdedah dengan risiko darah tinggi, angim akhmar, kemurungan, penyakit saraf pusat, sakit jantung dan vertigo(gayat).


3) perbezaan di antara pola pemikiran yang berasaskan perubatan nabi dan perubatan moden.
menurut As-Suyuthi antara faktor yang menyebabkan kita jatuh sakit ialah :
a) ganguan udara.
b) salah makan @ minum (common happens among us nowadays)
c) kekeliruan gerak.
d) rehat yg sedikit @ berlebihan.
e) respon emosi yang berlebihan.'
f) istirehat emosi yg berlebihan.
g) tidur @ jaga yang tdk seimbang.
h) adanya cecair yang berlebihan serta gangguan pengeluaran cecair tubuh.

4)Rehat yg berlebihan akan melemahkan jiwa dan jasmani yang menyebabkan terkumpulnya
tenaga ato chi di dalam tubuh. kesannya, nutrien makanan tdk dapat diserap dengan baik. peredaran darah juga akan menjadi perlahan dan menyebabkan gangguan pada jantung dan otak.

5) sabar pada segala ujian yang dihadapi, bersyukur segala kurnianNYA dan ikhlas flm ketentuanNYA. pengembangan rohani yang baik dapat menyihatkan diri kerana jiwa terasa tenangan dengan yakian akan Qada'dan QadarNYA.



insyaALLAH to be continued....
wassalam...

::semoga bermanfaat::

No comments: