Saturday, May 12, 2012

Jutawan Muda Iluvislam.com

Bismillahirrahmannirrahim... In the name Of ALLAH Most Gracious and Most Merciful... J
Selawat buat junjungan Besar Nabi MUHAMMAD SAW serta kaum kerabat dan para sahabat baginda... salam sejahtera buat para tabiin, alim ulama’. Semoga mendapat rahmat disisiNYA insyaALLAH.. J
Al fatehah buat kedua ayahanda dan bonda yang di sayangi dan di cintai... semoga ALLAH memberkati dan mengampuni dosa kalian... J insyaALLAH...
(sedakahila al fatehah buat kedua orang tua mu setiap hari insyaALLAH ALLAH akn membuka rezeki buat kita tidak kirala mereka masih ada atau tiada...)


Assalamualaikum...
“Dan telah sempurna firman Tuhanmu (Al Quran) dengan benar dan adil. Tidak yang dapat mengubah firmanNya. Dan DIA Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” Al-An’am : 115

“Shin, what is the best book that you will suggest to me?” kata Aiman (bukan nama sebenar).
“The Quran. Quran is the best book...” balas Shin.
Shin(bukan nama sebenar) bukan beragama Islam. Tetapi tetap mempercayai bahawa Quran adalah THE BEST BOOK in the WORLD sejak berkurun lama dahulu.
“why?” Aiman bertanya kerana terperanjat. Tak sangka non muslim akan berkata sedemikian rupa.
“Because Quran will inspiring you and motivated you. Quran also teach human how to live well.” Balas Shin.

Iya memang betul Al Quran adalah sebaik-baik buku dan kitab yang Rasulullah SAW tinggalkan buat kita umatnya. Kasih Allah buat umat Nabi Muhammad SAW teramat hebat. Baca AL Quran 1 huruf 1 pahala.. J allahuakbar! Yuk, kita generate pahala banyak-banyak... insyaALLAH.

Baiklah, sahabat-sahabat kenal tak siapa di balik pengasas Iluvislam.com?  kalian suka tak dengan portal tersebut?
Saya pasti ramai yang sangat menyukai portal tersebut.
Pada lembaran n3 kali ini, insyaALLAH saya akn berkongsi tentang salah seorang CO iluvislam.com yang mana telah menjadi Jutawan Muda ketika berusia 24tahun... MasyaALLAH. (semoga usaha mereka diberkati... J)
CEO Iluvislam ialah saudara En Mohd Nurul Imran Kuyube. Beliau merupakan pelajar kelulusan  Medic yang menuntut di UK.
Al kisah penubuhan Iluvislam.com ni apabila beliau dan 4 CO yang lain bersetuju untuk membuka portal soal jawab agama. Ini kerana sahabat-sahabat mereka yang berada di Negara lain tidak mempunyai tempat untuk bersoal jawab tentang agama. Maka dengan itu meraka pun membuat portal tersebut dengan menjemput ustaz dan ustazh untuk join sama. Tidak sangka rupanya portal tersebut mendapat sambutan hangat. Oleh yang demikian, tertubuhlah syarikat iluvislam.com. meskipun beliau merupakan kelulusan medic oversea namun beliau kembali dengan mengusahakan syarikat ini.
Sehigga ke hari ini pengunjung dan peminat Iluvislam.com mencecah 60bilion orang.

Dibalik itu, En Imran menceritakan tentang kebesaran al QURAN.
Menurut beliau, Yahudi berusaha untuk menjauhi umat Muhammad dari al Quran kerana mereka mengetahui akan kelebihan al Quran ini. Maka dengan itu mereka telah merangka pelbagai strategi supaya umat Islam tidak mendekati Quran. Brainwash otak orang Islam.
Yang lebih malang, ada sesetengah umat Islam yang berdebat dengan saudara seIslam sndiri demi mempertahankan hujah mereka. Sebagai contohnya, rokok.  Saya yakin para pelajar jurusan Sains percaya bahawa rokok sejenis tembakau yang sangat merbahaya kepada kesihatan namun begitu ramai yang menidakkan fakta tersebut. Sedangkan dalam al Quran kita di larang untuk menzalimi diri sendiri. Tetapi apabila kita merokok ini bermakna kita telah menghantar diri kita ke lembah maut.
Yahudi telah menyogok kita dengan hiburan yang melalaikan diri. Menyagikan kita dengan hiburan yang menggairahkan dan keganasan sehingga ramai hati umat Islam telah rosak.
Hidayah itu cahaya. Hati yang  jauh dari ILAHI adalah hati yang sakit. Hidup penuh keluh kesah tidak bersyukur dan berpuas hati dengan nikmat kurniaanNYA. (semoga kita dijauhi dari perkara tersebut. Amiin... insyaALLAH)

“Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan ALLAH. Yang mereka ikuti hanyalah persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan. “ Al-An’am : 116

Back to Quran.
“kekuatan Umat Islam terletak pada solat Subuh yang dibangunkan...” akuan musuh-musuh Islam. Tetapi hanya segelinter sahaja yang mengambil serius penyataan di atas.  Ayuh, bersamalah kita bermuhasabah diri... siapa kita...
Ajal maut di tangan ALLAH. Berdoa dan bermohonlah kita walau bila kita dan di mana kita di takdirkan mati semoga kita mati dalam keadaan yang diredhaiNYA... amiin.. insyaALLAH..

Element kedua, USRAH.
Melalui usrah akan terbinanya keyakinan diri. Tidak kira apa orang kata tentang diri kita. Kita tidak akan mampu memuaskan hati mereka semua. Tapi, ingatlah ALLAH...
Andai kita Berjaya mengadakan hubungan baik dengan ALLAH dan ALLAH meredhai kita, insyaALLAH yang di langit dan di bumi juga akan menyayangi kita. Cara mendapatkan redha ALLAH ialah melalui redha kedua ibubapa.
Jika kita tiada ibubapa, takpa, jadilah kita anak yang soleh dan solehah buat keduanya semoga kita mampu menjadi saham mereka di kubur dan akhirat sana.
3 amalan yang tidak akan terputus walo jasad telah bernisan ialah :
1.       Doa anak yang soleh.
2.       Ilmu yang bermanfaat dan berguna.
3.       Amalan sedekah jahiriah.

Akhir kata.
ALLAH akan memberi kita ;
-          Apa yang terbaik buat kita
-          Apa yang layak kita terima sesuai dengan usaha kita
-          Apa yang kita perlukan
So kita tidak perlu meragui kurniaanNYA... J bersyukurlah!

Nota cerminan :
~mohon maaf jika ada yang salah. Komen anda sangat di harapkan untuk penulis memperbaiki kesalahan yang nyata yang penulis lakukan.
~jika sekiranya anda merasa penulisan ni bermanfaat jemputlah sahabt-sahabt lain utk berkongsi.
~sebarang perkongsian di benarkan oleh penulis. Semoga bermanfaat.. insyaALLAH.. J
SOURCE :
~generate idea dari rancangan ASSALAMUALAIKUM di TV ALHIJRAH (11 mei 2012).
~rujukan AL QURAN Nur KARIM...