Saturday, May 5, 2012

Tips Efektif Belajar

Assalamualaikum…
Baiklah, di ruang yang kecil ini, sy akan berkongsi sedikit ilmu yang insyaALLAH bermanfaat kepada yang bergelar pelajar dan mahasiswa (sedikit sebanyak peringatan dan nasihat buat penulis blog ini… insyaALLAH)


Many of us sometime didn’t know how to study properly. Mang saya tak nafikan menuntut ilmu bukan sesuatu yang senang spt ABC mahupun 123… tapi menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap umat Nabi Muhammad SAW… dalam Al Quran juga ALLAH telah berfirman (rujuk surah al-Alaq). Namun begitu, terkadang kita terlupa tujuan asal kita menuntut ilmu. (iya tidak terketinggalan juga penulis blog ini). Kita menuntut ilmu bukan untuk dptkan 8A dalam PMR, 10A dalam SPM mahupun dapatkan pointer yang cemerlang semata-mata di dalam mana-mana exam. Saya teringat kata cikgu BIO saya sewaktu SPM dlu;
“kamu belajar bio ni bukan untuk kamu makin menjauh dariNYA tapi makin mendekatkan kmu kepadaNYA kerana mempelajar Bio ini, kmu seharusnya lebih memikirkan bertapa hebatnya ciptaan ALLAH swt…” (sedikt penambahan sebab saya tak berapa ingat totally bait2 kata cikgu tu Cuma apa yang saya faham itulah yang saya terjemahkan untuk di kongsi bersama… insyaALLAH… semoga ALLAH memberkati cikgu2 ku amiin..)

Apabila result diumumkan ada yang menangis kegembiraan kerana apa yang di usahakan sekian lama membuahkan hasil. Namun begitu ada juga yang menangisi kegagalan mungkin kerana kelalaiannya sewaktu ketika dahulu. Duhai sahabatku, mengapa kalian menangis perkara yang lalu, kenapa tidak kita refleksi hati dan niat kita dalam menuntut ilmu?
ALLAH ada berfirman, “Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dia yang mengubahnya sendiri…”
What u gave is what u get – bak kata orang puteh.
So bila kegagalan menyangahi kamar hidup kita dalam perjalanan menuntut ilmu ini, we must back to basic. Perhatikan apa yang mungkin menyebabkan kita gagal.
Tapi harus beringat, menuntut ilmu ini tiada batasnya samada ruang mahupun waktu…
insyaALLAH di bawah ini ada beberapa tips yang dapat di kongsikan bersama dari iluvislam (http://www.iluvislam.com/pendidikan/tips-belajar/4026-belajar-bagaimana-mendapatkan-keberkatan.html )



TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
                                                                              
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi,pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.

Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.


Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

No comments: