Tuesday, April 12, 2011

Panduan Memilih Isteri


"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." - Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a
Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?
Gadis itu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah.
Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita.
Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar 'sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'.
Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.
Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita.
Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil 'bergetah' jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno.
Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda.
Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita.
Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.
Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis.
Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian.
Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.
"Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim." (Hadis riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.)
Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis.
Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis itu teruk perangainya atau sudah ternoda.
Walaupun 'mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa.
Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.
Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:
Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:
'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. 
Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis.
Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri.
Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya.
Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.
Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi.
Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti.
Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.
Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua.
Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda.
Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu ibu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga.
Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak.
Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki.
lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.
Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah.
Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas.
Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.
Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.
Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam.
Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu.
Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya.
Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama.
Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu.
Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'.
Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!
source : iluvislam... semoga bermanfaat.. =)

Sunday, April 10, 2011

Sifat mulia yg kian terhakis!

Bismillahhirrahman nirrahim..
Baiklah, hari  ni Ms.Teddy baru ada idea nak update Layar Keinsafan ni.
Sekian lama ana menghilang diri, baru kini muncul dgn membawa point of view yg selama ini menjadi isu utama dalam layar minda ana.

Baiklah, isu yg ana maksud di atas ialah…
“Dimanakah hilangnya semangat kejiranan dan sikap tolong-menolong dalam kalangan umat kita? Baik, muslim ato tidak..” Rasanya kalo non muslim kita taklah berapa kesah kn, tp isu ini kebanyakkn yg berlaku dlm kalangan umat Islam yg mana di dlm Islam itu sendiri, kita digalakkan dan digesa utk bantu membantu dan tolong menolong tanpa mengira status, pangkat, agama, kaum dan budaya. Hal ini sudah jelas terang lagikan bersuluh krn Islam itu sentisa mendambakan kedamaian dan keamanan..

Ok, siap kita mengupas cket persoalan di atas, mari kita beralih kpd fenomena..
Hm, Ms.Teddy ni sbnrnya jarang sgt dpt  keluar rumah baik kenduri mahupn majlis perkahwinan.
Ni ana, nak kongsi ttg majlis perkahwinan.
Majlis perkahwinan kat mana tu ana tak nak mention k. sbb ini just my point of view. Maaf yer… Memandangkan ana tak p majlis tu so ana just dgr jer dari ibu dan makcik2 ana ttg majlis tu..
Apa yg ana agak terkejut cket,
Semua benda yg di perlukan dalam majlis perkahwinan tu semuanya meminta bayaran.. terutama bab memasak dan mencuci piring..
Aduh, kalo la nak harap payment baru nak buat kerje macamna nak kita nak satukan kaum kerabat kita dan jiran2 kita. Yg ana tak setuju lg, kaum kerabat keluarga tu pulak bukan nak bantu tp mengarah itu ini.. dressing cantik2.. make up tebal2.. utk apa la tu?? Terutama nak gadis.
Aduh, ana pn da tak tau nak kata apa. Ana tau dan ana faham la.. ana juga perempuan, tp bukan itu yg agama kita ajar pada kita..
Yg tuan rumah tu pn tak kesah..  janji majlis tu perfect. MasyaALLAH..
Saudara-saudari,
Knp mcmni keadaan kita skrg? Sakit sangat kiranya ana nak ketegorikan..
Tu bukan jer fiil tuan rumah, hangpa lum dgr lg desas desus tetamu yg hadir ato jiran yg datang.
Lagi bagai nak rak korang geram.. huh!
Hm, ok, skrg kita citer sal fiil org luar plak. Dorang ni pn satu, bukan nak bntu dgn rela hati tp juga mengharapkan payment. Kalo takde payment tak de la dorng turun tangan nak bantu. Rela  lg dorang tgok makcik2 tua tu buat semua kerja.. aduh! Apa kes ni???
Bg la peluang makcik2 tu rehat.. apa salahnya yg muda berbakti membantu.. takkan nak tgok jer tunggu giliran nak karaoke..
Ana pnh mengalami situasi ini. Masa tu ana dlm usia 16 thn. Majlis perkahwinan abg sepupu ana kat sblh rumah. 
Hm, ni ana tak nak ulas panjang. Cuma apa yg ana nak kata kat sini, yg muda2 ni especially yg bernama anak gadis la yer dorang btl2 jaga penampilan.. dressing cantik2 dan bermake up. Yang ana tak faham tu, knp la nak bermake up? Hm, kalo ana Tanya msti ana yg kna “bom hiroshima dan Nagasaki”tu. Pergh! Tp bg ana yg kira seusia mereka, tak perlu la itu semua… kecantika natural tu tnp sbrg make up adalah paling cantik jika di pandang.. lembut jer di pandang. Yer! I admit it! Ni pandangan dari seorang Akhi yg ana kenal. Dia kata wanita yg cantik menurutnya adalah wanita yg bersederhana dan tak dressing lbh and make up bagai nak rak.. just maintain the natural beauty…
Hm, ana admit, yg ana ni tak tau sangat make up semua ni.. yg ana tau setakat calak. Hm ni pn slps tau yg pemakaian calak adalah sunnah Nabi SAW jika dgn niat yg betul.  Kalo pelembap bibir tu besala kn utk mengelak bibir dari kering dan merekah. Sakit tau kalo merekah. Ana da puas kena hehe

So, buat Muslimah tu,
Jagalah diri anda yer..
Dan sentiasalah kita semua saling mendoa-doakan utk kebaikan..
Dan kalo bleh ringan2 kanlah tangan anda utk membantu di majlis2 kenduri dan sebagainya. Kita wujudkan kembali zaman Islam yg kian terhakis hari demi hari krn manusia kian d rasuk materialistic..
Allahu’alam..
Point of view from Ms.Teddy.
Seorang Hamba ALLAH yang sentiasa mencari NUR nya..


Tuesday, March 15, 2011

Krisis Keyakinan

article kali ni sy petik dari iluvislam.. semoga mampu mengembalikan keyakinan yg kian goyah..

 Selalunya apabila diuji kita akan melihat ujian itu sebagai satu seksaan atau malapelaka yang kadangkala menyebabkan kesedihan atau kegusaran yang melampau-lampau. Kita menangis semahu-mahunya, bercerita tidak henti-henti dan menyalahkan diri sendiri dan orang di sekeliling yang boleh disalahkan. Terlalu cepat kita melatah. Terlalu singkat sekali pemikiran kita yang pada dasarnya dilapisi ilmu agama. Tanpa kita sedari mungkin ini petanda rendahnya iman.
Di luar kotak musibah, boleh sahaja kita menasihati orang lain agar bersabar, supaya berserah kepada Allah SWT, bertawakkal dan redha dengan qada' dan qadar tetapi lihatlah saja berapa ramai antara kita yang akhirnya memakan kata-kata sendiri apabila dihembus angin musibah. Kata-kata nasihat yang bersemangat keluar daripada mulut kita sendiri kini pudar dan longlai dipukul ujian dunia. Mungkin ada yang berkata "Tak rasa mana tahu. Kena batang hidung sendiri baru tahu."
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ
"Wahai orang-orang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan?"
(Al-Shaf:2)
Mengapa ini terjadi?
Mengapa ada di antara orang-orang yang terlebih dulu 'makan garam' dan mereka yang dalam ilmu kefahamannya tentang hakikat dan takdir Allah SWT juga tidak terlepas dari berkelakuan demikian walaupun mereka mengetahui tentang ilmu agama? Mereka sepatutnya lebih arif bukan?
***
Ini kerana kita tidak bercakap soal ilmu. Kita bercakap berkenaan satu kuasa yang jauh lebih kuat daripada ilmu yang tersimpan di dalam akal fikiran. Kita bercakap tentang hati. Organ yang menjadi raja kepada tubuh kita dan jika baik hatinya maka baiklah keseluruhannya.
Hati yang membimbing kita untuk menjadi kuat dan tabah dalam menghadapi kesusahan atau ujian daripada Allah SWT. Kerana di hati tersimpannya keyakinan yang tidak mungkin muncul melalui ilmu pengetahuan yang kita perolehi semata-mata. Keyakinan daripada hati itu terbit tidak lain tidak bukan bersama iman . Iman yang datang daripada ilmu pengetahuan kita yang disertai amalan. Disebabkan itu, mengetahui tidak semestinya meyakini lantas boleh dizahirkan keyakinan itu dengan perbuatan.
Mengetahui itu berpangkalan di otak manakala meyakini berpangakalan di hati dan bersangkutan dengan perihal iman seseorang. Oleh yang demikian, boleh sahaja kita menyuruh seseorang bersabar menghadapi kematian ibu atau ayah tersayang atau difitnah rakan sekerja dan pasti orang yang ditimpa musibah itu juga tahu dia harus bersabar, tetapi setakat mana kemampuannya untuk bersabar. Kemampuan itu ditentukan oleh kekuatan hati dan keyakinan terhadap takdir, qada' dan qadar' dan janji-janji Allah SWT.
Tidak yakinkah kita perjuangan kita iaitu bersabar dan terus mentaati perintah Allah SWT ini akan di balas dengan balasan yang lebih baik?
Jika kita tidak berupaya untuk bersabar maka kitalah yang harus dipersalahkan kerana tidak yakin. Tidak yakin dengan janji Allah SWT dan lemahnya kita dalam mengenal sifat-sifat Allah SWT. Kita mungkin fasih melaungkan Asma-ul-husna tetapi mungkin juga gagal dalam meyakini kebenaran nama-nama agung yang basah di lidah kita. Apabila difikirkan kita mungkin rasa malu, terlalu daif dan kerdil hendak mencongak iman yang tidak tahu di mana tahapnya. Disebabkan itulah, kadangkala kita selalu gagal untuk bertenang apabila berhadapan dengan konflik di dalam kehidupan seharian.
Benarkah cinta kita kepada Allah SWT jika kita gagal untuk pecaya dan yakin akan sifat-sifat Allah SWT?
Keyakinan itu hakikatnya berada pada tahap yang asas dalam beragama. Rukun iman sendiri berkisar tentang kepercayaan yakni keyakinan kita kepada enam perkara utama. Enam perkara ini sememangnya adalah perkara-perkara ghaib yang tidak boleh kita lihat dengan mata kasar kecuali dengan petunjuk iaitu di dalam Al-Quran. Mengapa perkara ghaib? Kerana Allah SWT hendak menguji keyakinan kita. Yakni haqqul yakin, keyakinan sepenuh hati tanpa melibatkan bukti atau akal. Keyakinan yang diharapkan ini juga membawa maksud berserah kepada kepada Allah SWT tanpa bersebab atau bukti.
***
Sewaktu peristiwa Israk Mikraj, betapa ramainya insan yang tidak yakin dengan kenyataan Nabi SAW bahawa beliau telah dijalankan oleh Allah SWT di waktu malam ke Masjid Al-Aqsa daripada Masjidil Haram pada malam yang sama diangkat hingga ke Sidratul Muntaha. Menurut tafsiran Sya'rawi, ramai yang tidak percaya sehingga ada yang murtad sementara golongan kafir Mekah lebih ke arah memaksa Nabi SAW mengaku yang perjalanan itu cumanya perjalanan roh yakni mimpi dan bukan jasad kerana ianya lebih logik dan boleh diterima akal.
Namun di kala itu, Abu Bakar sahabat Nabi SAW menerima berita itu dengan penerimaan seorang mukmin yang membenarkan peristiwa itu.
"Jika Muhammad SAW berkata demikian maka dia benar." Kemudian dia berkata lagi,"Bahkan kita mempercayainya jika dia mengatakan yang lebih jauh dari itu, kita telah mempercayainya dalam hal berita langit (wahyu), lalu bagaimana kita tidak mempercayainya dalam hal ini?"
Sayu memikirkan betapa tingginya iman Abu Bakar yang diterjemahkan melalui keyakinannya yang penuh kepada Rasulullah SAW tanpa memerlukan bukti atau dalil. Begitukah kita? Hikmah kejadian Israk' Mikraj ini tidak lain tidak bukan adalah sebagai ujian keimanan dan permbersihan keyakinan manusia sehingga tidak menetap orang-orang disekeliling Rasulullah SAW melainkan mereka yang memiliki keimanan dan keyakinan yang kuat yang tidak dapat digoyahkan.
***
Kisah pemuda-pemuda Ashabul Kahfi sekali lagi mengajar kita tentang keimanan. Perjuangan mereka melarikan diri ke sebuah gua yang secara zahirnya adalah sempit bagi menyelamatkan akidah dan keimanan juga berdasarkan prinsip keyakinan.
Cuba kita bayangkan mereka semua berlindung di dalam gua dan meninggalkan semua harta, keluarga dan segala-galanya yang mereka miliki. Mereka hanya mempunyai agama yakni keimanan dan pergi ke tempat yang sempit yang di dalamnya tiada ada sesuatu yang boleh menjamin kehidupan mereka. Namun sedikit tidak terdetik di hati mereka untuk gusar dan risau ketika itu kerana mereka yakin mereka mempunyai Tuhan yang akan menguruskan semua urusan mereka dan mereka cuma berdoa sepenuh hati.
Kemudian Allah SWT menjawab doa mereka. Allah SWT menghadiahi keimanan mereka dan mencukupi keperluan mereka dengan sesuatu yang diluar logik akal.
فَضَرَبْنَا عَلَى آذَانِهِمْ فِي الْكَهْفِ سِنِينَ عَدَدًا
"Maka kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu."
(Al-Kahfi: 11)
Mengapa ditutup telinga? Kerana Allah SWT mahu membenarkan mereka tidur yang tidak akan diganggu dengan apa sekali pun kerana telinga merupakan organ yang masih berfungsi di kala kita masih tidur. Dengan tertutupnya telinga, Allah SWT menidurkan mereka selama kurang lebih 309 tahun sekaligus mencukupkan keperluan mereka untuk hidup sedangkan mereka tidak sedar langsung akan hal itu.
Mengapa mereka dibantu? Kerana keyakinan dan keteguhan hati dalam beriman kepada janji Allah SWT dan beramal untuknya.
وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لَنْ نَدْعُوَ مِنْ دُونِهِ إِلَهًا لَقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا
"Dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata, 'Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian, telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran."
(Al-Kahfi: 14)
***
Lalu apa yang menghalang kita daripada meyakini janji Allah SWT? Tidak cukupkah pengajaran di dalam Al-Quran mengenai janji-janji Allah SWT yang tepat. Kita terbiasa melihat medium atau alat yang digunakan untuk menguji kita sebagai penyebab utama dan bukanlah Allah SWT. Dalam ayat yang lebih ringkas kita mahu "someone to be blame". Lemah benar iman kita. Sedar tidak sedar kita sudah terlalu terbiasa menjadikan manusia, kejadian atau material sebagai sebab terjadi sesuatu. Kita gagal dalam meyakini semuanya datang dari Allah SWT dan ini semua hanyalah ujian. Hati ini terlalu keras untuk memahami yang semua ini berlaku hanya kerana Allah SWT mahu ianya berlaku kerana jika Allah SWT mentakdirkan sesuatu ke atasmu, nescaya seluruh cakerawala akan bekerjasama menjalankan 'kun' Allah SWT itu, tetapi seandainya tidak ditakdirkan berlaku, bekerjasamalah keseluruhan jin dan manusia tetap ianya tidak akan berlaku.
Takdir Allah SWT itu sudah tertulis. Apabila dikunjung kesempitan, masalah, konflik, ujian, kesedihan, musibah yang menggoncang keyakinan kita haruslah kembali kepada Allah SWT. Tidak usah berterus-terusan melawan takdir dan menyalahkan dunia sekeliling. Kita diuji kerana Allah SWT masih sayangkan kita dan masih mahu menunjukkan jalan yang lurus kepada kita agar tidak dibiar hanyut, leka dan alpa dalam keseronokan. Kegembiraan sementara yang belum tentu baik buruknya.
Yakinlah kepada sesuatu yang hilang. Sahabat, kepercayaan, harga diri, saudara, kegembiraan, kebiasaan, kemewahan, maruah, keyakinan diri atau anak akan digantikan dengan perkara yang lebih baik. Yang pasti yakinlah kita, seyakin-yakinnya barulah Allah SWT akan memberi yang terbaik kepada kita. Bukankah Allah SWT itu mengikut sangkaan kita terhadapNya?
Kesimpulan
Di dalam kisah Nabi Musa, Allah SWT memberi jaminan kepada bonda Nabi Musa apabila dia perlu menghanyutkan Nabi Musa ke sungai. Dalam jaminan Allah SWT telah menyebut Dia menguatkan hati bonda Nabi Musa supaya imannya menjadi kuat dan mampu bersabar serta percaya kepada janji Allah SWT kerana secara logiknya ibu mana yang sanggup menghanyutkan anaknya sendiri di dalam sungai. Sesungguhnya Allah SWT telah yang memberi ilham dan keyakinan itu.
وَأَصْبَحَ فُؤَادُ أُمِّ مُوسَى فَارِغًا إِنْ كَادَتْ لَتُبْدِي بِهِ لَوْلا أَنْ رَبَطْنَا عَلَى قَلْبِهَا لِتَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
"Dan hati ibu Musa menjadi kosong. Hampir saja dia menyatakan rahsia tentang Musa seandainya tidak Kami teguhkan hatinya, agar dia termasuk orang-orang yang beriman kepada janji Allah SWT. "
(Al-Qashash:10)
Syaratnya kita harus berada di dalam kategori orang beriman yakni yakin. Di dalam surah Al-Fath Allah SWT menyebut sekiranya Dia mengetahui keimanan ada di dalam hati salah seorang hambanya, pasti Dia akan menurunkan ketenangan ke dalam hati orang itu pada saat terjadinya musibah.
لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا
"Sesungguhnya Allah reda kepada orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya)."

(Al-Fath:18)
 Renungan
Ketika Nabi Ibrahim mahu meninggalka Siti Hajar di tanah gersang dan kontang yang mana tidak ada hidupan pun di situ, Siti Hajar bertanya, "Disinikah kami ditinggalkan? Apakah kamu meninggalkan kami di sini atas pilihanmu atau atas pilihan Tuhan?"
Ibrahim menjawab: "Ini adalah perintah Allah SWT."
Hajar membalas dengan yakin:  "Kalau begitu kami tidak akan ditelantarkanNya."

Tuesday, March 1, 2011

REMAJA ISLAM

assalamualaikum warahmatuallah... blog ini sy rasa sy nak b'kongsi ttg my point of view..
snlm tu, maf sekiranya blog ni lama tak up date article dlmnya.

baiklah, berbicara mengenai Remaja Islam, sy tak tau knp sy letak tajuk ni sbagai paparan utama tapi apa yg sy ingin sampaikan adalah ttg pergaulan llki dan wanita..

~ untuk pngetahuan semua, Remaja merupakan tiang bangsa dan negara serta Agama  bagi memajukan sesebuah komuniti. tanpa remaja yang matang dan berfikiran optimis kejayaan akan sukar untuk d capai apatah lagi utk memajukan sesuatu bidang. d sini, kita memerlukan para remaja yang berkualiti dari segi J.E.R.I.S iaitu, Jasmani, Emosi. Rohani, Intelek dan sosial. berbalik kpd pokok perbincangan kita iaitu REMAJA ISLAM. apa yang dapat sy saksikan tika ni terlalu banyak remaja Islam yg hanyut di buai dek arus kemodenan yang bersifat barat. mereka membudayakan budaya barat tanpa memikirkan adab mahupun tuntutan kita sbg org Islam. sy tidak sesekali menyalahkan mana2 pihak namun, di sini sy terfikir untuk mencari solusi bagi masalh ini. Jika masalah ini tidak di bendung dgn segera, maka akan lahirlah satu komuniti yang hitam dan gelap bak keruhnya air yang jernih. sy bukan sesiapa untuk menyuarakan permaslhan ini namun, sbg umat Islam yang mengambil berat soal Agama Islam, sy tidak terlepas sama utk memikirkan hal ini. mgkn ianya akan bermanfaat satu ketika nanti apabila kita bergerak ke suatu tempat yng tlh Allah takdirkan buat kita.

~ Remaja Islam, seharusnya memikirkan soal agama dari segi sikap, tingkahlaku, perwatakan mahupun penampilan. tidak menjadi 1 kesalahan jika kita ingin bergaya namun niat kita  dan caranya kita kna jaga. contohnya, muslimah = bg wanita kita bleh memperagakan baju apa sekali pn mengikut cita rasa kita. namun begitu niat kita kna jaga, niat bukan utk menjadi popular mahupun menjadi perhatian llki, jika itu berlaku maka akan hitam la hati kita krn ujub, takbur yg akan bertahta d hati. kedua, syarat bajunya hendaklah baju yang sopan yg tidak mendedahkan bntuk badan, menutup aurat dan tidak nipis kainya
tutur kata hendak lah tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut yg bisa menjadi racun kpd iman llki dan membangkit nafsu mereka.

~ ikhtilat juga kita kna jaga. iktilat bermaksud pergaulan antara llki dan wanita. (rujuk kembali adab2 dalam pergaulan antara llki dan wanita dalam Islam)
llki dan wanita muslim bertangjwb menjaga maruah masing2... biarpun si llki tersebut merupakan kawan lama kta dari sekolah rendah namun tak bermakna di boleh memperlakukan kita sesuka hati spt bercerita bertepuk tampar, berpegang2 tgn dll. kita hendaklah pandai mengawasi cara kita bergaul dgn llki dan wanita.
buat si llki, kalian hendaklah menghormati hak wanita. berkawan boleh tp bukan utk d pegang2 sesuka hati.
dab buat si wanita, anda juga msti tahu menjaba batas pergaulan dgn llki. jika anda yg memulakan dulu adegan yg negatif maka jgn heran jika si llki berani utk mbuat pkara yg lbh dari itu.

~ seusai, sy mengupas tajuk ni, kesimpulan yang dapat kita buat adalah Remaja Islam memerlukan didikan agama yang kukuh dan mantap supaya cara pergaulan mereka dapat d kawal seterusnya akan memberi kesan positif kpd negara, bangsa dan agama...

p/s : ini adalah hasil dari pemerhatian sy... maaf kiranya ada yg tak puas hati ato pn terasa...  sesungguhnya idea dan ilham ini dtg dari Allah sehingga ligatnya jari jemari ini menekan punat2 yg terdapat di papan kekunci ini.. sekian, Yang baik itu dtg dari Allah, yg buruk itu ats kelemahan sy sendiri... hakikatnya semuanya datang atas izin Allah... allahu'alam... 

Saturday, February 19, 2011

REDHA TERHADAP QADHA DAN QADAR ALLAH SWT.

Rela terhadap ketentuan, kehendak dan kekuasaan Allah adalah wajib hukumnya dan merupakan tanda adanya iman di hati seseorang. Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:
“Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-KU dan tidak bersabar atas bencana yang AKU timpakan atasnya, maka carilah Tuhan yang lain sekain daripada-KU.” –(HR.Thabrani)

Dalam al-Quran Allah berfirman:
Bermaksud:
“apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: “kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang dusta (dalam keimannya).” – surah Al- Ankabut:2-3

Dengan berdasarkan ayat di atas maka Rasulullah SAW bersabda:
Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu bencana (bala), sebagaimana seseorang kamu mencuba(menguji) emas dengan api. Maka di antara mereka akan keluar seperti emas asli, iaitu mereka yang dilindungi dan dipimpin oleh Allah dari perkara syubhat dan di antara mereka yang keluar sebagai emas hitam(palsu), iaitu bagi mereka yang mendapat fitnah.”-(HR.Thabrani)

Friday, February 11, 2011

Apa itu Valentine’s Day??

Assalamualaikum warahmatuallah…
Begitu lama rasanya saya da tak update blog Layar Keinsafan ini.. sy mintak maaf sgt2 sbb da lama tak tinjau blog ni.. cam berhabuk da plak.. hmm…

Hari ini sy akan berkongsi kpd semua ttg satu topic yg sangat famous pada bln February ini..
Kata bln February pasti tergambar di minda kalian ttg Valentine’s Day.. yea dak???
Persoalan yg saya ingin utarakan antaranya:
1. Apakah itu Valentine’s Day?
2. Adakah umat Islam perlu menyambutnya?
3. Apakah kesan kpd social umat Islam?

Baiklah, sy telah nyatakan 3 soalan yg bakal saya kupas pada layaran kali ini.
Pertama : Apakah itu Valentine’s Day dan sapa yang terlibat??
Secara umumnya, Valentine’s Day ini dirayakan kononnya sebagai hari utk berkasih sayang. Pada ketika inilah mereka kononnya akan merealisasikan CINTA SUCI yang lahir dalam hati mereka dan direalisasikan dgn perlakuan. Astagafiruallah…
Si gadis sanggup buat apa sahaja demi si lelaki tanpa memikirkan baik buruk, pahala dan dosa.
Mari kita telusuri dahulu sejarah Valentine’s Day ini.
Menurut sejarahnya, Valentine ini merupakan nama seorang paderi yang mana berusaha menghubungkan kasih sayang anatara lelaki dan wanita. Kononnya pada zaman itu, lelaki digalakkan untuk menjadi tentera dan di larang utk berkasih syg krn takut nanti focus mereka hilang.
Namun begitu, Valentine ini telah melanggar perintah Ratu Elizabeth tersebut lalu mengkahwinkan lelaki dan wanita secara senyap2.. akhirnya, sampai ke pengetahuan Ratu lalu Valentine di jatuhi hukuman mati. Maka dari situ, tercetuslah Hari Valentine bagi memperingati jasa beliau dalam kasih sayang. Sebenarnya kisah Valentine’s Day ini mempunyai pelbagai versi sehingga sukar utk memastikan kesahihan kpd Hari Valentine yang diraikan ini…
Kedua : Apakah perlu umat Islam menyambutnya hanya untuk menunjukkan kasih sayang??
mgkin ada yg brpendapat sedemikian..niat selalunya tidak menghalalkan cara…para remaja menggunakan alasan ini untuk memenuhi nafsu mereka. Secara peribadinya, kita selaku umat Islam mesti @ WAJIB menjauhi diri daripada terlibat dgn fenomena ini. Hal ini kerana, Valentine’s Day adalah budaya orang Kristian. Allah SWT berfirman dalam Al Quran yang bermaksud :
“Dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yg telah datang kpdmu dr kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yg dijadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama ( yg wajib diikuti oleh masing-masing ).” –surah Al-Maidah : ayat 48
Kita harus mengetahui bahawa Nasrani, Kristian dan Yahudi telah lama memusuhi Islam. Sejak dari Zaman Nabi Baginda SAW. Sejajar dgn itu, ALLAH SWT telah berfirman, maksudnya :
“dan org2 Yahudi dan Nasrani tidak rela kpdmu (Muhammad) sblm engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘sesungguhyan petunjuk ALLAH itulah petunjuk (yg sebenarnya).’ Dan jgn engkau mengikuti keingini mereka stlh ilmu (kebenaran) sampai kpdmu, tdk akan ada bagimu pelindung dan penolong dari ALLAH.”- Surah Al-Baqarah : ayat 120.
So sudah jelas bukan bahawa Valentine’s Day ini salah dari segi syariat ALLAH utk kita raikan. Jika nak sgt berkasih syg, knp tidak kita nyatakan 365 days.. but why should we wait for the 14 FEB ?? Dalam Islam kita disarankan untuk sentiasa berkasih sayang sesama manusia. Pesan Rasulullah SAW, “salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.” (al-Adab al-Mufrad, hadis no:594 dgn sanad yg hasan)
Ketiga : Kesan Valentine’s Day kpd kehidupan social umat Islam??
Kesannya sangat mudah. Ayuh kita putarkan kembali layar minda kita kpd scenario yang penah berlaku di Negara kita kitar tahun 2008-2010. Berapa banyak kes maksiat dan kes buang bayi yang berlaku ke atas diri remaja? Dan yang amat menyedihkan kebanyakkan mereka adalah remaja Islam.. Astagafiruallah… jika remaja Islam rosak skrg, siapakah yang akan menerajui pucuk pimpinan Islam dan yang lebih penting siapa lagi akan menerusikan khdpn yang suci dan indah? Ya Allah, peliharalah umat Nabi Muhammad, Umat KekasihMu ya Rabb…
Ini adalah petanda bahawa Islam skrg di ambang kemusnahan…
Selain itu, cara pergaulan para remaja juga sudah tidak terkawal lagi. Main hentam kromo sahaja. Bergurau senda, lepak-lepak tanpa mengendahkan norma susila adab ketimuran. Pahala dosa, syurga neraka sudah tdk diperlukan lagi.. ni la di antara kesan besar yang dapat kita saksikan. Namun begitu, terdapat banyak kesan lagi jika kita terus membuat pemerhatian.
Tapi hanya ini sahaja yg sy utarakan sbg muqadimmah..
Kesimpulannya:
Kita seharusnya menguatkan hati, iman dan taqwa kita utk menjaga diri dari terjebak kpd scenario ini. Ingatlah pesan ALLAH SWT : “dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak punyai pengetahuan mengenainya ; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya ttg apa yang di lakukannya.”

P/s : segala yg baik itu datangnya dari ALLAH SWT,
Dan segala yg kurang itu datangnya atas kelemahan diri ini.
Sesungguhnya segala yang datAng itu atas izinnanNYA…


ALLAHU’ALAM…