Wednesday, August 10, 2011

Thursday, May 5, 2011

Part 2 :: Memilih PERSAHABATAN dari PERCINTAAN ::

subtopic :: Cinta Remaja hanya halusinasi semata atau Nafsu semata ::

Pada n3 sebelum ini ana da kemukakan tentang definisi cinta, so sekarang kita telusuri pula Cinta di zaman remaja. Mungkin ada yang akan bidas terus-menerusi bab kali ini terutama yang bergelar remaja. Mungkin mereka akan mempersoalkan, Salahkan bercinta??? dan kalau bercinta itu salah, kenapa Allah mengurniakan perasaan cinta???
saudara-saudari,
Cinta adalah satu fitrah dalam diri setiap manusia. Kalau ana kata ana tak perlukan cinta ana tipu diri sendiri.. Ana sendiri juga perlukan cinta. Perlukan seseorang untuk menyayangi dan memberi perhatian ke atas diri ana. Namun begitu,  harus di ingat matlamat cinta sebenarnya..
Iman Ibnu Qayyim berkata :
"Cinta yang terpuji ialah cinta yang mendatangkan kepada pemilik cinta itu hal-hal yang memberinya manfaat di dunia mahupun di akhirat. Maka cinta yang seperti ini merupakan muara sebuah kebahagiaan.
Adapun cinta tercela adalah cinta yang mendatangkan kepada pemiliknya hal-hal yang membawa kepada kerugian dunia dan akhirat. Dan cinta semacam ini adalah sumber penderitaan dan duka lara."

Figure : Bila seseorang itu kerap jatuh cinta, ertinya dia belum berjaya mencintai diri sendiri...

:: Cinta hakikatnya Suci dan Indah ::
Iye, cinta memang satu yang sangat membahagiakan. Namun begitu, yang mencorak cinta tersebut menjadi sesuatu yang tidak bermanfaat dan sia-sia adalah mereka-mereka yang terlibat. Padahal cinta itu adalah sesuatu anugerah dan hadiah Allah yang tidak ternilai. Tetapi, ada pihak yang selalu mengambil kesempatan di atas anugerah tersebut. Jika remaja menyatakan bahawa cinta mereka suci, buktikan bagaimana definisi mereka tentang cinta itu suci??  keluar berdua-duaan?? berpegang sana sini di khlayak itu tandanya cinta suci??
Jelas satu pembohongan!
Diakah yang di harap untuk melayari bahtera kehidupan untuk sama-sama mendarat di Pulau Impian?? kalau dia benar-benar mencintai pasangannya dia tidak akan mencemarkan kekasihnya WALAU sekadar bersentuhan sebagai bukti CINTA..
Jika tetap berdegil dan menyatakna bahawa cinta mereka suci, kenapa perhubungan tersebut tidak diteruskan kepada sebuah pertunangan dan pernikahan.? mesti remaja akan menjawab, "ala, lek la... kitaorang baru umo 17 tahun.. kapel la dulu, kenal-kenal.kalau da serasi dan da abes skolah. sabar dulu. cari kerja. Barula kenalkan pada ibubapa.."  Beginila kebanyakkan jawapan para remaja. Jika da tau bahawa diri masih ada kometmen lain iaitu belajar, tetapi kenapa masih perlu bercinta.? alasan, sebagai motivasi diri. aik??? motivasi??? abes tu bagaimana dgn harapan dan impian ibubapa??? Astagafiruallah.. kesian ibubapa di sisihkan oleh anak2 mereka padahal mereka yang berusaha mencari rezeki untuk memberi pelajaran dan pendidikan kepada kita, namun tidak pernah dihargai anak-anak. Ingatlah, pengorbanan ibubapa kita. Mereka mengharapkan kejayaan kita.. Setia menanti di muka pintu untuk melihat kejayaan anak-anak. Bayangkan wajah tua dan sayu ibubapa kita apabila kita kecundang dalam pelajaran kita. Tidakkah terguris hati mereka. Tidakkah kita merasa bersalah saudara saudari??? Tepuk dada tanya iman kita..
saudara Saudari,
Bukankahkah molek kirannya diteruskan dgn sebuah pertunangan dan di akhiri dengan sebuah pernikahan? Terhindar dari maksiat. Kalau kata masih nak sambung studi tapi gatal nak bercinta, tidak salah nikah dulu then sambung studi.. Menurut kajian, kebanyakan mereka yang berjaya di Universiti adalah mereka yang da mendirikan rumahtangga. Ni ana petik dari sebuah ceramah kat TV kalau ana tak silap penah jadi tajuk utama untuk rancanagn 'Semanis Kurma'

Remaja sekalian, jika anda benar-benar menyayangi seseorang dan berniat untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius, baik hubungan itu di beritahu dan dimaklumkan kepada ibubapa. Jika sekadar main-main nak bercinta, lupakan la. sebab Syaitan itu licik sifatnya. Jika saat ini anda hanya kata, cinta sebab suka, minat atau tertarik, tetapi bagaimana jika nafsu menguasai diri.. Ingatlah, jihad paling besar adalah jihad melawan nafsu.. ni pesanan dari Rasulullah SAW..
Anas Bin Malik berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga dia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana ALLAH; sehingga di dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran  setelah ALLAH selamatkan dirinya; dan sehingga ALLAH dan rasul-NYA lebih dicintainya daripada selainnya." (HR Imam al-Bukhari)

Pengajaran hadis di atas :
1. mencinta seseorang dalam mencari redha ALLAH, bukan cinta nafsu yang melanggar syariat Islam. Cinta yang di maksudkan boleh banyak maksud. Boleh jadi mencintai sahabat keranaNYA..
2. Dia benci untuk kembali kepada kekufuran setelah mendapat hidayahNYA.
3. Cinta ALLAH dan RasulNYA lebih dia utamakan berbanding cinta lain. Dia rela diri di hina asal dia tetap terus bermunajat dan berkhalwat dengan Khaliknya..

CINTA HAKIKATNYA SUCI DAN INDAH...
"Manusialah ynag mengotori dengan calitan nafsu dan syahwat. Islam sebagai agama yang indah tidak pernah memusuhi cinta, malah Islam sentiasa menyeru umatnya untuk saling mencintai dan menyayangi. Cinta bertambah indah dan suci apabila Islam memagarinya dengan perbatasan syariat."


Oleh itu remaja, jangan kita silau dengan kilau cinta yang bisa merosakkan diri. sedarla diri akan kepentingan tanggungjawab kepada kedua ibubapa kita. Burula cita-cita, mungkin kala itu engkau akan kehilangan cinta. tapi tidak perlu dirisaukan kerana jodoh setiap insan telah ALLAH tetapkan sejak azali lagi. Yakinlah satu saat dan bila tiba masanya engkau akan menjumpai cinta insan yang diredhai ALLAH, sebuah cinta akan lebih mendekatkan diri kita padaNYA. Apa yang pentinga saat ini, jagalah dirimu sebaiknya kerana sesuai dengan firman ALLAH dalan surah An-Nur : 26 
"wanita yang baik tu, adalah untuk lelaki yang baik, dan wanita yang tidak baik itu untuk lelaki yang tidak baik." so, kita renungakan seketika ayat di atas. Jika kita inginkan seseorang kekasih yang baik dan diredhaiNYA kita terlebih dahulu perlu menjadi seseorang yang baik. ALLAH itu Maha ADIL dan tidak pernah sedikit pun mezalimi hambaNYA mekainkan kita selalu menzalimi diri sendiri dengan memgetepikan semua syariat ISLAM yang cukup terjaga.

akhirul kalam, semoga bermanfaat...
sila tinggalakn komen anda jika article ini bermanfaat dan berikan cadangan anda =).. insyaALLAH..

Rujukan (rujukan artic sblm ini juga tapi lupa nak mention. asif jiddan) :
1. Tafsir Al-Quran,
2.Kerana Cinta harus memilih-Burhan Sodiq
3. Petua Jatuh cinta - Dato'Dr fadzilah kamsah
4. Cinta vs CINTA

:: Hasil kajian saya sejak dari tahun 2007 sehingga sekarang...::

Saturday, April 30, 2011

::Memilih PERSAHABATAN dari PERCINTAAN::

"Kata hati Saat memutuskan menolak BERKASIH dan memilih PERSAHABATAN."

Figure : Semua tulisan cinta akan mudah di fahami oleh orang yang pernah mengalaminya.

kali ini ana ingin berkongsi tentang kesinambungan n3 ana sebelum ini. Namun n3 yang lalu ana hanya menyatakan secara straight tanpa membuat huraian satu persatu.. Ana kira n3 sebelum ni prolog untuk n3 yang seterusnya yer.. Baiklah, semalam 29/04/2011 ana tgok Imam Muda mungkin anda ada tengok juga, kan? pengisian Imam Muda semalan tentang Anak. Bertapa sedihnya ana lihat ada baby yang baru lahir di buang begitu sahaja. Walhal baby tersebut takde pn salah kpd kedua ibubapanya. Ingatlah saudara saudari, bila di akhirat kelak baby tersebut pasti akn menuntut haknya semula. Kenapa harus baby tersebut diperlakukan umpama sampah yang takde nilainya.?? Tepuk dada tanya Iman anda..

Baiklah, Tajuk utama n3 di atas adalah tajuk besar. Manakala sub tajuk atau kira bab ialah :
:: Definisi Cinta::
suka kiranya ana nyatakan bahawa semua orang tahu apa itu Cinta, betul? namun begitu, tahukah kalian makna cinta tersebut?? kalau cinta menurut Barat rasanya semua orang tahu.. ye dak? tapi kalau menurut Islam berapa orang yang tahu?? cuba anda selidiki kepada mereka-mereka yang ada Kekasih ato Couple. Kalau mereka da Couple of course la mereka da expert makna Cinta ni kn..

Baiklah, Cinta menurut ana adalah sesuatu yang memerlukan tanggungjawab insan-insan yang terlibat. Bagi ana, couple ni hanya untuk mereka yang dah dewasa kerana hanya mereka yang dewasa dan matang sahaja mampu menggalas tanggungjawab ini. Jika masih belajar, Cinta hanyalah nafsu semata-mata. Abang ana pun cakap benda yang sama kepada ana sejak ana berusia 15tahun dan sehingga sekarang pesanan tersebut masih kukuh terkunci d hati dan minda ana, alhamdulillah...

Mari kita singkap kenapa sewaktu bergelar pelajar terutama pelajar sekolah kita di larang keras  untuk berCouple ni. Sehingga jika guru-guru tahu ada yang couple pasti akn di kenakan tindakan disiplin. (mungkin ada?? =.=" )
Sebagai seorang pelajar, cinta hanyalah nafsu semata-mata.. Takkanlah kita nak menggadai CITA-CITA demi cinta yang tak jelas asal usulnya yer tak?? Pendek kata, cinta adalah sesuatu yang serius dan bermatlamat. Ianya bukan keseronokan, kelalaian dan khayalan. Tetapi menuntut tanggungjawab. Ianya juga punya risiko dan harapan.

Cuba anda bayangkan, jika anda sekarang berusia 16 tahun, anda bercinta. Adakah anda akan kawin pada usia 17 tahun?? ato 18tahun?? mesti tidak, kan?? inilah yang selalu naqibah Usrah ana ingatkan. Kepada adik-adik usrah akak yang baca n3 ni akak harap kmu semua jgn sesekali libatkan diri dalam hal Couple ni. Kakak larang ada sebab dik.. CITA-CITA adalah matlamat utama kmu semua.. kakak tidak mahu adik-adik nanti kecewa dek cinta murahan.. sayang usia adik di sia-siakan begitu sahaja. Pelajaran entah hilang ke mana nanti ditinggalkan kekasih, punah harapan AyahBonda yang setia menanti kejayaan adik-adik. Ni satu peringatan buat diri akak juga,insyaALLAH..

Apabila dirasakan satu perasaan 'suka' tetiba hinggap di hati seseorang, maka sudah ditafsirkan sebagai cinta. Sedangkan hakikatnya itu dalah satu perasaan yang hanya bersifat sementara dan di bumbuni pula oleh khayalan yang kabur. Justeru, Kebayakan yang kita alami sekarang hanya perasaan 'tertarik'. Rasa tertarik ini bukannya cinta kerana ianya baru di 'permukaan' hati bukan di 'dalam' hati. Ianya juga belum bersifat kekal dan boleh berubah-ubah kalau ada cabaran yang mendatang.

Jika seseorang itu benar jatuh hati dan berniat sesuci dan ikhlas, tidak perlu untuk membudayakan couple ni. kerana Couple ni adalah budaya dan propaganda dari Barat untuk memusnahkan iman orang Islam. Tetapi dalam Islam jika seseorang itu benar-benar hatinya da berkenan kepada seseorang, dia pasti akn datang kepada keluarga seseorang tersebut bagi menyatakan hasrat hatinya. Namun jika dia mengajak kita untuk berCouple, itu bermakna dia tidak serius dan memiliki niat yang buruk disebaliknya.. "prevention is better than cure" Jika ini berlaku maka disitulah mulanya maksiat.. Zina dan akhrnya melahirkan anak luar nikah yang dibuang bak sampah yang hina. Astagafirullah.. Semoga ALLAH melindungi kita semua.. amiin..
: Jika dia benar-benar ada cinta, cinta itulah yang menggerakkannya untuk mencari harta, mencari kerja untuk membina kebahagian bersama dengan orang dicintainya.:

Bertapa murahnya harga cinta yang dilafazkan olehb remaja sekarang yang kononnya cinta suci dan mulia. Tetapi hakikatnya kosong matlamat,cemar perlaksanaan dan kabur jalan.
Cuba renungkan sejenak,
Jalan untuk mencapai "hasil akhir" cinta anda itu sungguh berliku dan panjang.

Ana rasa cukup setakat ini untuk n3 kali ini. InsyaALLAH ada masa ana kan kupas dengan lebih lagi kenapa "memilih PERSAHABATAN dari PERCINTAAN" insyaALLAH atas keizinanNYA..

salah silap ana harap di maafkan.. Ana asif Jiddan..
---> Jika anda rasa n3 ni bermanfaat dan sesuai ato ada yang tak kena, sila tinggalkan komen anda dari masa ke semasa supaya ana boleh  mengambil iktibar dalam meneruskan n3 ini selanjutnya.. insyaALLAH..
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda (6_6)v 

Tuesday, April 19, 2011

CiNtA..Kekasih ato SAHABAT ??

Entry kali ni ana nak citer cket sal satu fenomena ni..
Fenomena yang popular ana kira. Satu Fenomena yang hebat melanda diri yang sedang meningkat remaja. Tidak terkecuali ana sendiri.

Figure : "LOVE" inilah fenomena umpama virus yang akan mendatangkan pelbagai kesan dari segi negatif mahupun dari segi positif..

Ok, sebenarnya ana bukan nak sangat talk about LOVE ni.. Cuma ana nak kongsi kenapa mereka yang selalu terlibat dengan soal COUPLE ni akan menjauhkan diri dari sahabat sendiri? not exactly menjauhkan diri tapi menyisihkan sahabat sendiri.. Mereka seolah-olah lupa akan segala kebaikan yang pernah sahabat mereka hulurkan ketika mereka dalam keadaan sakit, sedih, sempit, susah hati, kecewa dan lain2 hal.  
Ok ni bukan hal nak mengungkit, tapi ana nak ajak anda semua untuk buka minda kalian.

Berikut adalah persoalan yang ana nak tanya kepada anda yang membaca :
1. Ketika anda sakit, siapakah insan2 yang akn cari kehadiran anda? Dan berusaha untuk mengetahui sakit anda?
2. ketika anda kecewa, siapakah insan yang anda perlukan untuk memberi anda semangat?
3. Ketika anda kealpaan, siapakah insan yang akan mengingatkan anda?
4. Kala anda, sedih di hina siapakah insan yang sudi mendengar keluh kesah anda?
5. kala anda menghadapi krisis dalam Famili siapakah insan yang anda cari untuk memnta pendapat?
6. Kala anda susah, siapakah yang akan datang menghulur bantuan?

baik, jika anda mengatakan bahawa Bofren ato Girlfriend saya yang salu caring pasal saya.
ok, Fine. Cuba renungakan persoalan ini :
Saat anda di hina, saat anda kehilangan kecantikan ato kehenseman anda, saat anda jatuh menjadi miskin atau di landa musibah, siapa yang akan datang pada anda? menyapu airmata anda? memberikan anda pelukan semangat? memberi anda semangat? memberi anda senyuman motivasi??
adakah BF ato pn GF anda? huh, boleh jatuh hukum haram jika mereka berani menyentuh anda. Jika ini berlaku jelas sekali bahawa dia TIDAK PERNAH memghormati anda. TIDAK BERPEGANG kepada ajaran agama.. Terlalu sedikit untuk menemui BF ato GF yang berniat untuk bernikah. Bayangkan, anda bercinta tahun 2010 masa tingkatan 3 misalnya, tak kan anda nak kawen ketika tahun 2011 masa tingkatan 4. Atau 5 tahun akan dtg? come on la, cinta sebegini akan pudar.. lebih2 lagi jika anda pergi ke suatu tempat dan begaul dengan yang lain. tak mustahil anda akan berubah hati..

Insan yang setia adalah yang bernama SAHABAT. 
SAHABAT yang akan lakukan semua itu. SAHABAT yang akan sangup menelefon berjam2 untuk memastikan kita tidak berputus asa, sentiasa mengingatkan kita tentang KEBESARAN ALLAH, sangup datang ke rumah untuk menjenguk kita ketika sakit dan sentiasa mendoakan kalian. Anda tidak perlukan apa2 dari mereka, tetapi jika mereka bersahabat dgn anda kerana ALLAH anda akan menyaksikan kehebatan kasih sayang tersebut. Anda akan menyaksikan betapa anda bersyukur memiliki sahabat sepertinya.

inilah perbezaan antara CINTA SAHABAT Dan CINTA Kekasih..

ketahuilah olehmu, 
bahawa sesungguhnya, bagi wanita tidak boleh memiliki sahabat rapat dari kalangan lelaki. Begitu jugala dgn lelaki. Kerana syaitan itu amat licik sifatnya. Tidak musthil jika satu hari nanti akan timbul perasaan Kasih dan sayang melebihi seorang sahabat atau kawan. Prevention is better than cure.
Berkawan dan bersahabatlah dgn mereka dengan keterbatasan IKHTILAT..

Semoga pandangan kali ini, mampu menjadi nasihat buat kita semua termasuk ana.. insyaALLAH..

Tuesday, April 12, 2011

Panduan Memilih Isteri


"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." - Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a
Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?
Gadis itu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah.
Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita.
Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar 'sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'.
Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.
Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita.
Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil 'bergetah' jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno.
Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda.
Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita.
Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.
Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis.
Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian.
Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.
"Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim." (Hadis riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.)
Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis.
Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis itu teruk perangainya atau sudah ternoda.
Walaupun 'mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa.
Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.
Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:
Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:
'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. 
Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis.
Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri.
Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya.
Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.
Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi.
Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti.
Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.
Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua.
Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda.
Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu ibu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga.
Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak.
Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki.
lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.
Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah.
Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas.
Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.
Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.
Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam.
Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu.
Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya.
Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama.
Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu.
Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'.
Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!
source : iluvislam... semoga bermanfaat.. =)

Sunday, April 10, 2011

Sifat mulia yg kian terhakis!

Bismillahhirrahman nirrahim..
Baiklah, hari  ni Ms.Teddy baru ada idea nak update Layar Keinsafan ni.
Sekian lama ana menghilang diri, baru kini muncul dgn membawa point of view yg selama ini menjadi isu utama dalam layar minda ana.

Baiklah, isu yg ana maksud di atas ialah…
“Dimanakah hilangnya semangat kejiranan dan sikap tolong-menolong dalam kalangan umat kita? Baik, muslim ato tidak..” Rasanya kalo non muslim kita taklah berapa kesah kn, tp isu ini kebanyakkn yg berlaku dlm kalangan umat Islam yg mana di dlm Islam itu sendiri, kita digalakkan dan digesa utk bantu membantu dan tolong menolong tanpa mengira status, pangkat, agama, kaum dan budaya. Hal ini sudah jelas terang lagikan bersuluh krn Islam itu sentisa mendambakan kedamaian dan keamanan..

Ok, siap kita mengupas cket persoalan di atas, mari kita beralih kpd fenomena..
Hm, Ms.Teddy ni sbnrnya jarang sgt dpt  keluar rumah baik kenduri mahupn majlis perkahwinan.
Ni ana, nak kongsi ttg majlis perkahwinan.
Majlis perkahwinan kat mana tu ana tak nak mention k. sbb ini just my point of view. Maaf yer… Memandangkan ana tak p majlis tu so ana just dgr jer dari ibu dan makcik2 ana ttg majlis tu..
Apa yg ana agak terkejut cket,
Semua benda yg di perlukan dalam majlis perkahwinan tu semuanya meminta bayaran.. terutama bab memasak dan mencuci piring..
Aduh, kalo la nak harap payment baru nak buat kerje macamna nak kita nak satukan kaum kerabat kita dan jiran2 kita. Yg ana tak setuju lg, kaum kerabat keluarga tu pulak bukan nak bantu tp mengarah itu ini.. dressing cantik2.. make up tebal2.. utk apa la tu?? Terutama nak gadis.
Aduh, ana pn da tak tau nak kata apa. Ana tau dan ana faham la.. ana juga perempuan, tp bukan itu yg agama kita ajar pada kita..
Yg tuan rumah tu pn tak kesah..  janji majlis tu perfect. MasyaALLAH..
Saudara-saudari,
Knp mcmni keadaan kita skrg? Sakit sangat kiranya ana nak ketegorikan..
Tu bukan jer fiil tuan rumah, hangpa lum dgr lg desas desus tetamu yg hadir ato jiran yg datang.
Lagi bagai nak rak korang geram.. huh!
Hm, ok, skrg kita citer sal fiil org luar plak. Dorang ni pn satu, bukan nak bntu dgn rela hati tp juga mengharapkan payment. Kalo takde payment tak de la dorng turun tangan nak bantu. Rela  lg dorang tgok makcik2 tua tu buat semua kerja.. aduh! Apa kes ni???
Bg la peluang makcik2 tu rehat.. apa salahnya yg muda berbakti membantu.. takkan nak tgok jer tunggu giliran nak karaoke..
Ana pnh mengalami situasi ini. Masa tu ana dlm usia 16 thn. Majlis perkahwinan abg sepupu ana kat sblh rumah. 
Hm, ni ana tak nak ulas panjang. Cuma apa yg ana nak kata kat sini, yg muda2 ni especially yg bernama anak gadis la yer dorang btl2 jaga penampilan.. dressing cantik2 dan bermake up. Yang ana tak faham tu, knp la nak bermake up? Hm, kalo ana Tanya msti ana yg kna “bom hiroshima dan Nagasaki”tu. Pergh! Tp bg ana yg kira seusia mereka, tak perlu la itu semua… kecantika natural tu tnp sbrg make up adalah paling cantik jika di pandang.. lembut jer di pandang. Yer! I admit it! Ni pandangan dari seorang Akhi yg ana kenal. Dia kata wanita yg cantik menurutnya adalah wanita yg bersederhana dan tak dressing lbh and make up bagai nak rak.. just maintain the natural beauty…
Hm, ana admit, yg ana ni tak tau sangat make up semua ni.. yg ana tau setakat calak. Hm ni pn slps tau yg pemakaian calak adalah sunnah Nabi SAW jika dgn niat yg betul.  Kalo pelembap bibir tu besala kn utk mengelak bibir dari kering dan merekah. Sakit tau kalo merekah. Ana da puas kena hehe

So, buat Muslimah tu,
Jagalah diri anda yer..
Dan sentiasalah kita semua saling mendoa-doakan utk kebaikan..
Dan kalo bleh ringan2 kanlah tangan anda utk membantu di majlis2 kenduri dan sebagainya. Kita wujudkan kembali zaman Islam yg kian terhakis hari demi hari krn manusia kian d rasuk materialistic..
Allahu’alam..
Point of view from Ms.Teddy.
Seorang Hamba ALLAH yang sentiasa mencari NUR nya..


Tuesday, March 15, 2011

Krisis Keyakinan

article kali ni sy petik dari iluvislam.. semoga mampu mengembalikan keyakinan yg kian goyah..

 Selalunya apabila diuji kita akan melihat ujian itu sebagai satu seksaan atau malapelaka yang kadangkala menyebabkan kesedihan atau kegusaran yang melampau-lampau. Kita menangis semahu-mahunya, bercerita tidak henti-henti dan menyalahkan diri sendiri dan orang di sekeliling yang boleh disalahkan. Terlalu cepat kita melatah. Terlalu singkat sekali pemikiran kita yang pada dasarnya dilapisi ilmu agama. Tanpa kita sedari mungkin ini petanda rendahnya iman.
Di luar kotak musibah, boleh sahaja kita menasihati orang lain agar bersabar, supaya berserah kepada Allah SWT, bertawakkal dan redha dengan qada' dan qadar tetapi lihatlah saja berapa ramai antara kita yang akhirnya memakan kata-kata sendiri apabila dihembus angin musibah. Kata-kata nasihat yang bersemangat keluar daripada mulut kita sendiri kini pudar dan longlai dipukul ujian dunia. Mungkin ada yang berkata "Tak rasa mana tahu. Kena batang hidung sendiri baru tahu."
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ
"Wahai orang-orang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan?"
(Al-Shaf:2)
Mengapa ini terjadi?
Mengapa ada di antara orang-orang yang terlebih dulu 'makan garam' dan mereka yang dalam ilmu kefahamannya tentang hakikat dan takdir Allah SWT juga tidak terlepas dari berkelakuan demikian walaupun mereka mengetahui tentang ilmu agama? Mereka sepatutnya lebih arif bukan?
***
Ini kerana kita tidak bercakap soal ilmu. Kita bercakap berkenaan satu kuasa yang jauh lebih kuat daripada ilmu yang tersimpan di dalam akal fikiran. Kita bercakap tentang hati. Organ yang menjadi raja kepada tubuh kita dan jika baik hatinya maka baiklah keseluruhannya.
Hati yang membimbing kita untuk menjadi kuat dan tabah dalam menghadapi kesusahan atau ujian daripada Allah SWT. Kerana di hati tersimpannya keyakinan yang tidak mungkin muncul melalui ilmu pengetahuan yang kita perolehi semata-mata. Keyakinan daripada hati itu terbit tidak lain tidak bukan bersama iman . Iman yang datang daripada ilmu pengetahuan kita yang disertai amalan. Disebabkan itu, mengetahui tidak semestinya meyakini lantas boleh dizahirkan keyakinan itu dengan perbuatan.
Mengetahui itu berpangkalan di otak manakala meyakini berpangakalan di hati dan bersangkutan dengan perihal iman seseorang. Oleh yang demikian, boleh sahaja kita menyuruh seseorang bersabar menghadapi kematian ibu atau ayah tersayang atau difitnah rakan sekerja dan pasti orang yang ditimpa musibah itu juga tahu dia harus bersabar, tetapi setakat mana kemampuannya untuk bersabar. Kemampuan itu ditentukan oleh kekuatan hati dan keyakinan terhadap takdir, qada' dan qadar' dan janji-janji Allah SWT.
Tidak yakinkah kita perjuangan kita iaitu bersabar dan terus mentaati perintah Allah SWT ini akan di balas dengan balasan yang lebih baik?
Jika kita tidak berupaya untuk bersabar maka kitalah yang harus dipersalahkan kerana tidak yakin. Tidak yakin dengan janji Allah SWT dan lemahnya kita dalam mengenal sifat-sifat Allah SWT. Kita mungkin fasih melaungkan Asma-ul-husna tetapi mungkin juga gagal dalam meyakini kebenaran nama-nama agung yang basah di lidah kita. Apabila difikirkan kita mungkin rasa malu, terlalu daif dan kerdil hendak mencongak iman yang tidak tahu di mana tahapnya. Disebabkan itulah, kadangkala kita selalu gagal untuk bertenang apabila berhadapan dengan konflik di dalam kehidupan seharian.
Benarkah cinta kita kepada Allah SWT jika kita gagal untuk pecaya dan yakin akan sifat-sifat Allah SWT?
Keyakinan itu hakikatnya berada pada tahap yang asas dalam beragama. Rukun iman sendiri berkisar tentang kepercayaan yakni keyakinan kita kepada enam perkara utama. Enam perkara ini sememangnya adalah perkara-perkara ghaib yang tidak boleh kita lihat dengan mata kasar kecuali dengan petunjuk iaitu di dalam Al-Quran. Mengapa perkara ghaib? Kerana Allah SWT hendak menguji keyakinan kita. Yakni haqqul yakin, keyakinan sepenuh hati tanpa melibatkan bukti atau akal. Keyakinan yang diharapkan ini juga membawa maksud berserah kepada kepada Allah SWT tanpa bersebab atau bukti.
***
Sewaktu peristiwa Israk Mikraj, betapa ramainya insan yang tidak yakin dengan kenyataan Nabi SAW bahawa beliau telah dijalankan oleh Allah SWT di waktu malam ke Masjid Al-Aqsa daripada Masjidil Haram pada malam yang sama diangkat hingga ke Sidratul Muntaha. Menurut tafsiran Sya'rawi, ramai yang tidak percaya sehingga ada yang murtad sementara golongan kafir Mekah lebih ke arah memaksa Nabi SAW mengaku yang perjalanan itu cumanya perjalanan roh yakni mimpi dan bukan jasad kerana ianya lebih logik dan boleh diterima akal.
Namun di kala itu, Abu Bakar sahabat Nabi SAW menerima berita itu dengan penerimaan seorang mukmin yang membenarkan peristiwa itu.
"Jika Muhammad SAW berkata demikian maka dia benar." Kemudian dia berkata lagi,"Bahkan kita mempercayainya jika dia mengatakan yang lebih jauh dari itu, kita telah mempercayainya dalam hal berita langit (wahyu), lalu bagaimana kita tidak mempercayainya dalam hal ini?"
Sayu memikirkan betapa tingginya iman Abu Bakar yang diterjemahkan melalui keyakinannya yang penuh kepada Rasulullah SAW tanpa memerlukan bukti atau dalil. Begitukah kita? Hikmah kejadian Israk' Mikraj ini tidak lain tidak bukan adalah sebagai ujian keimanan dan permbersihan keyakinan manusia sehingga tidak menetap orang-orang disekeliling Rasulullah SAW melainkan mereka yang memiliki keimanan dan keyakinan yang kuat yang tidak dapat digoyahkan.
***
Kisah pemuda-pemuda Ashabul Kahfi sekali lagi mengajar kita tentang keimanan. Perjuangan mereka melarikan diri ke sebuah gua yang secara zahirnya adalah sempit bagi menyelamatkan akidah dan keimanan juga berdasarkan prinsip keyakinan.
Cuba kita bayangkan mereka semua berlindung di dalam gua dan meninggalkan semua harta, keluarga dan segala-galanya yang mereka miliki. Mereka hanya mempunyai agama yakni keimanan dan pergi ke tempat yang sempit yang di dalamnya tiada ada sesuatu yang boleh menjamin kehidupan mereka. Namun sedikit tidak terdetik di hati mereka untuk gusar dan risau ketika itu kerana mereka yakin mereka mempunyai Tuhan yang akan menguruskan semua urusan mereka dan mereka cuma berdoa sepenuh hati.
Kemudian Allah SWT menjawab doa mereka. Allah SWT menghadiahi keimanan mereka dan mencukupi keperluan mereka dengan sesuatu yang diluar logik akal.
فَضَرَبْنَا عَلَى آذَانِهِمْ فِي الْكَهْفِ سِنِينَ عَدَدًا
"Maka kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu."
(Al-Kahfi: 11)
Mengapa ditutup telinga? Kerana Allah SWT mahu membenarkan mereka tidur yang tidak akan diganggu dengan apa sekali pun kerana telinga merupakan organ yang masih berfungsi di kala kita masih tidur. Dengan tertutupnya telinga, Allah SWT menidurkan mereka selama kurang lebih 309 tahun sekaligus mencukupkan keperluan mereka untuk hidup sedangkan mereka tidak sedar langsung akan hal itu.
Mengapa mereka dibantu? Kerana keyakinan dan keteguhan hati dalam beriman kepada janji Allah SWT dan beramal untuknya.
وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لَنْ نَدْعُوَ مِنْ دُونِهِ إِلَهًا لَقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا
"Dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata, 'Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian, telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran."
(Al-Kahfi: 14)
***
Lalu apa yang menghalang kita daripada meyakini janji Allah SWT? Tidak cukupkah pengajaran di dalam Al-Quran mengenai janji-janji Allah SWT yang tepat. Kita terbiasa melihat medium atau alat yang digunakan untuk menguji kita sebagai penyebab utama dan bukanlah Allah SWT. Dalam ayat yang lebih ringkas kita mahu "someone to be blame". Lemah benar iman kita. Sedar tidak sedar kita sudah terlalu terbiasa menjadikan manusia, kejadian atau material sebagai sebab terjadi sesuatu. Kita gagal dalam meyakini semuanya datang dari Allah SWT dan ini semua hanyalah ujian. Hati ini terlalu keras untuk memahami yang semua ini berlaku hanya kerana Allah SWT mahu ianya berlaku kerana jika Allah SWT mentakdirkan sesuatu ke atasmu, nescaya seluruh cakerawala akan bekerjasama menjalankan 'kun' Allah SWT itu, tetapi seandainya tidak ditakdirkan berlaku, bekerjasamalah keseluruhan jin dan manusia tetap ianya tidak akan berlaku.
Takdir Allah SWT itu sudah tertulis. Apabila dikunjung kesempitan, masalah, konflik, ujian, kesedihan, musibah yang menggoncang keyakinan kita haruslah kembali kepada Allah SWT. Tidak usah berterus-terusan melawan takdir dan menyalahkan dunia sekeliling. Kita diuji kerana Allah SWT masih sayangkan kita dan masih mahu menunjukkan jalan yang lurus kepada kita agar tidak dibiar hanyut, leka dan alpa dalam keseronokan. Kegembiraan sementara yang belum tentu baik buruknya.
Yakinlah kepada sesuatu yang hilang. Sahabat, kepercayaan, harga diri, saudara, kegembiraan, kebiasaan, kemewahan, maruah, keyakinan diri atau anak akan digantikan dengan perkara yang lebih baik. Yang pasti yakinlah kita, seyakin-yakinnya barulah Allah SWT akan memberi yang terbaik kepada kita. Bukankah Allah SWT itu mengikut sangkaan kita terhadapNya?
Kesimpulan
Di dalam kisah Nabi Musa, Allah SWT memberi jaminan kepada bonda Nabi Musa apabila dia perlu menghanyutkan Nabi Musa ke sungai. Dalam jaminan Allah SWT telah menyebut Dia menguatkan hati bonda Nabi Musa supaya imannya menjadi kuat dan mampu bersabar serta percaya kepada janji Allah SWT kerana secara logiknya ibu mana yang sanggup menghanyutkan anaknya sendiri di dalam sungai. Sesungguhnya Allah SWT telah yang memberi ilham dan keyakinan itu.
وَأَصْبَحَ فُؤَادُ أُمِّ مُوسَى فَارِغًا إِنْ كَادَتْ لَتُبْدِي بِهِ لَوْلا أَنْ رَبَطْنَا عَلَى قَلْبِهَا لِتَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
"Dan hati ibu Musa menjadi kosong. Hampir saja dia menyatakan rahsia tentang Musa seandainya tidak Kami teguhkan hatinya, agar dia termasuk orang-orang yang beriman kepada janji Allah SWT. "
(Al-Qashash:10)
Syaratnya kita harus berada di dalam kategori orang beriman yakni yakin. Di dalam surah Al-Fath Allah SWT menyebut sekiranya Dia mengetahui keimanan ada di dalam hati salah seorang hambanya, pasti Dia akan menurunkan ketenangan ke dalam hati orang itu pada saat terjadinya musibah.
لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا
"Sesungguhnya Allah reda kepada orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya)."

(Al-Fath:18)
 Renungan
Ketika Nabi Ibrahim mahu meninggalka Siti Hajar di tanah gersang dan kontang yang mana tidak ada hidupan pun di situ, Siti Hajar bertanya, "Disinikah kami ditinggalkan? Apakah kamu meninggalkan kami di sini atas pilihanmu atau atas pilihan Tuhan?"
Ibrahim menjawab: "Ini adalah perintah Allah SWT."
Hajar membalas dengan yakin:  "Kalau begitu kami tidak akan ditelantarkanNya."