Bismillahhirrahmannirrahim...
Assalamualaikum warahmatuallah..
"salam mahabbah Ramadhan.."
alhamdulillah sampai juga kita ke bulan yang penuh barakah ini. segala pujian bagi Allah di ats kesempatan ini. semoga kita dapat melalui bulan ini dengan penuh perjuangan dan keinsafan. :)
"aku bukan seorang yang baik. namun aku berusaha untuk menjadi baik. aku bukan alim tapi aku cuba untuk belaja supaya aku tidak jahil. aku nasihat, bukan bermakna aku ini sempurna. aku nasihat kerana aku sayang kepada insan2 yang ku beri nasihat dengan harapan agar mereka juga menasihati ku tika ku alpa dan lalai. aku bukan penghukum, kerana hukuman itu bidang kuasa Allah. DIA yang Maha Kuasa ke atas hamba2Nya dan aku hanya mampu memberikan teguran, dan pilihan itu di tangan anda. sebab fitrah manusia dan diri itu harus di pahami. Benar, mujahadah itu bukan sesuatu yang senang. ianya perlukan kekuatan dalaman yang mesti di bina atas nilai Islam dan Iman itu sendiri. aku juga seperti kalian, berusaha dalam mencari SIAPA diri ini... mujahdah itu satu proses terbiah yang kita perlu istiqamah. biar lambat asal berterusan. kita berubah dan berhijarh bukan kerana manusia tapi kita berubah kerana kita tahu tujuan hidup ini. bersama kita untuk kembali kepada fitrah kejadian kita. kita bukan sesiapa tapi kita cuba menjadi siapa kita kepada agama. siapa kita tanpa agama? siapa kita tanpa Allah? .. aku penah terhakis nilai kekuatan yang telah ku bina satu ketika dahulu. banyak ajakan yang aku tolak kerana kurang keyakinan dalam diri. kerana malu. ku tinggalkan perjuangan yang telah memberi aku 1001 kenangan bermakna dan terindah dalam hidup ku. itu la USRAH. bulatan gembira yang mempertemukan hati2 yang sama menagih kasih Ilahi, mempertemukan hati2 yang berukhuwah dan bersahabat kerana Allah. alhamdulillah kini aku diberi kekuatan lagi untuk kembali kepada fitrah ku. alhamdulillah ya Allah.. ujianMu cukup membuat ku terjaga dari lena yang panjang. teguranMU telah membuka mata aku untuk kembali menilai diri. kasihMu telah mempertemukan aku dengan sahabat2 yang hebat dalam perjuangan mencari redhaMu.
fikirkan bersama... aku, bukan geng tudung labuh. tapi itu semua bukan halangan dalam mencari redha Allah. aku ingin bersuara yang mana tarbiah ini kita tidak seharusnya fokus kpd si tudung labuh tapi seharusnya fokus kepada mereka yang memerlukan pengisian. kenapa kita perlu wujudkan jurang hanya kerana ini? kenapa tidak kita ajak mereka2 ini bersma wujudkan silaturrahim sambil pengisan seperti mereka yang bertudung labuh.? maaf tinta ini bukan ingin ku tujukan kepada sesiapa cuma aku sebagai si pemerhati agak kecewa dengan sesentgh sikap individu seperti ini. bagiku, individu seperti ini tidak mampu untuk mendidik diri supaya berbaik sangka kepada mereka yang tdk seperti mereka. ingat, hidayah Allah itu tidak semua yang dapat. kita tidak tahu kemungkin akan datang dia si tudung biasa itu la yang lebih hebat perjuangannya di jalan Allah. justeru kita harus berfikir, siapa kita untuk menghukum? bukan kah kita sepatutnya menjadi si pendidik kepada yang perlukan bimbingan. bukan menjadi si pengejek dalam diam. kita kata kita akui kita penerus perjuangan nabi SAW tapi telah kah kita teladani sifat baginda? baginda penuh kelembutan juga ketegasan. kenapa kita perlu marah dan memandang serong kepada mereka yang tidak tahu? bukankah kita yang tahu ini sepatutnya menghulurkan bantuan kepada mereka? ... dalam tinta ini mari kita bersama muhasabah diri. usah risau siapa kita pada pandangan manusia. cukup kita utamakan pandangan Allah. Allah itu maha Kuasa. dan tempat kembali kita di Sana"
mungkin apa yang ana rasa seperti ini. tapi jauh di lubuk hati setiap insan itu memiliki naluri untuk berubah dan alhamdulillah Allah memberi ana kesempatan untuk menyaksikan ini. mungkin ianya sebagai sumber ana untuk ana terus dalam bermujahadah. setiap apa yang berlaku, pasti bersebab. Allah tidak penah menjadikan sesuatu itu secara sia2.
kita walau di campak di mana sekali pun biarla membawa image yang positif kepada yang lain. berdakwah melalui perbuatan dan akhlak serta peribadi diri. biar kita dikenali sebagai insan biasa tapi memiliki dalaman yang kuat dan teguh yang tak mudah di gugat. sentiasa bermuraqabbah. inshaAllah.... kita berdakwah secara perlahan2 dan berperingkat. biar perubahan insan2 di sekeliling lahir dari kefahamn mereka bukan kerana paksaan. kerana kita ingin mereka2 berubah kerana Allah bukan pujian manusia..
doakan ana kuat dalam perjuangan ana... inshaAllah bermula ramdhan ini, akan di aktifkan slot mentor mante bersama adik2 junior inshaAllah.. doakan semuanya berjalan lancar.. :)
salam imtihan.. salam perjuangan... salam ramdhan...
maafkn ana jika ada keterlanjuran bahasa..
12:20 am
kolej harun aminnurrashid.
Jika engkau sdg sendiri, jgnlah berkata: aku sdg sendiri, tp katakanlah: aku selalu di bawah pengawasanNya(Allah). (Imam Ahmad)
contents :
- CERPEN PENDEK (2)
- cinta dan sahabat (4)
- Hawa (5)
- Hijrah Saudara( kisah benar) (4)
- Mahluk ALLAH (3)
- Motivasi (21)
- Perubatan ISLAM (5)
Thursday, July 11, 2013
Thursday, July 4, 2013
Cebisan tinta buat Mesir
Bismillahirrahmannirrahim...
alhamdulillah, ana masih di izinkan bernafas sehingga hari ini. tak sabar rasanya ingin bertemu dengan bulan yang penuh barakah.. Ramadhan al Mubarak. ahlan wasahlan ya Ramadhan..
hari ini kita lihat kejatuhan pemerintahan Islam di Mesir. ana merasa terlalu sedih. meskipun ana bukan berada d sana tetapi kerana aura Islam yang diperjuangkan beliau, ana tertarik untuk follow up issue ini. terima kasih buat sahabt2 ana d FB yang sentiasa up date issue ini d wall masing2..
mang benar, jika kita ingin memperjuangankan kebenaran terlalu payah kerana halangan dan onak duri itu sentiasa menerjah dari pelbagai sudut. namun, setiap kepayahan dan kesusahan ini tidak akan berlaku secara sia2 kerana nikmat dan Syurga Allah itu terlalu hebat.
ana bermonolog sendirian terbelanggu dengan pelbagai persoalan. menimbang baek dan buruknya.
"apa yang aku sumbangkan untuk agama?"
"amanahkah aku dengan masa?"
"jujur dan ikhlas kah aku dalam perjalanan ini?"
"apa keutamaan ku?"
Allah... soalan2 ini terlalu menikam jantung ana. meskipun soalan2 ini tercetus dari minda ana sendiri namun untuk menjawabnya, hanya hati yang berhak menjawabnya. hati jika ia bersih maka bersih la jawapannya. tapi andai hati kotor, maka buruk la jawabnya.
ana petik kata2 dr Dr Morsi... kata2 ini menyebabkan airmata ana tak berhenti mengalir. terlupa seketika ana dengan assignmnets yang menimbun..
ucapan beliau : (copy paste dr page Pakar Diari Hati)
Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.
Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.
Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.
Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku.
Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!
alhamdulillah, ana masih di izinkan bernafas sehingga hari ini. tak sabar rasanya ingin bertemu dengan bulan yang penuh barakah.. Ramadhan al Mubarak. ahlan wasahlan ya Ramadhan..
hari ini kita lihat kejatuhan pemerintahan Islam di Mesir. ana merasa terlalu sedih. meskipun ana bukan berada d sana tetapi kerana aura Islam yang diperjuangkan beliau, ana tertarik untuk follow up issue ini. terima kasih buat sahabt2 ana d FB yang sentiasa up date issue ini d wall masing2..
mang benar, jika kita ingin memperjuangankan kebenaran terlalu payah kerana halangan dan onak duri itu sentiasa menerjah dari pelbagai sudut. namun, setiap kepayahan dan kesusahan ini tidak akan berlaku secara sia2 kerana nikmat dan Syurga Allah itu terlalu hebat.
ana bermonolog sendirian terbelanggu dengan pelbagai persoalan. menimbang baek dan buruknya.
"apa yang aku sumbangkan untuk agama?"
"amanahkah aku dengan masa?"
"jujur dan ikhlas kah aku dalam perjalanan ini?"
"apa keutamaan ku?"
Allah... soalan2 ini terlalu menikam jantung ana. meskipun soalan2 ini tercetus dari minda ana sendiri namun untuk menjawabnya, hanya hati yang berhak menjawabnya. hati jika ia bersih maka bersih la jawapannya. tapi andai hati kotor, maka buruk la jawabnya.
ana petik kata2 dr Dr Morsi... kata2 ini menyebabkan airmata ana tak berhenti mengalir. terlupa seketika ana dengan assignmnets yang menimbun..
ucapan beliau : (copy paste dr page Pakar Diari Hati)
Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.
Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.
Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.
Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku.
Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!
kita bersama2 refleksi dan muhasabah diri. Ramadhan bulan yang penuh barakah tidak lama lagi akan mengunjungi kita. hati ini sayu. terlalu sayu.. semoga kita semua diteguhkan hati dan iman dalam perjuangan Islam. walau tidak dengan tenanga inshaAllah dengan doa. Allah lebih mengetahui segalanya..
ya Allah,
dalam perjalanan panjang ini
kekadang langkah ku pincang
aku mencari 1 sinar dalam meneruskan langkah
sesekali aku terjatuh
aku meraba-raba mencari tongkat untuk berdiri
jatuh ku adalah tarbiah dariMu
jatuh ku mengajar aku erti hidup sebenar
jatuh ku mengambalikan aku padaMu...
ya Allah,
andai jalan yang aku pilih adalah pilihanMu,
tetapkan aku dalam perjuangan ini
andai ianya bukan pilihanMu
peliharala diriku
jangan biarkan aku jauh dariMu...
Di saat aku kehilangan sahabat,
sabarkan hati ku
kerana ukhuwah kerana kasih Mu
tidak akan penah luput dek zaman
tak akan penah luntur dek masa
tidak mengira usia dan bangsa...
aku mohon padaMu ya Rabb...
hadirkan aku sahabat yang sentisa mengingatkan aku akan ada Mu,
sahabat yang mengajar aku erti tarbiah
sahabat yang sentisa menegur tika ku alpa...
teguh dan satukan hati2 kami dalam perjuangan agamaMu.
jadikan uhkuwah itu asbab untuk kami meraih
kasih, sayang dan redhaMu...
semoga ukhuwah itu terjalin seperti
Rasulullah dan para sahabat..
selawat salam buat baginda Rasulullah SAW..
ya Allah,
ampuni dosa2 ku, ibubapa dan kaum keluarga ku, guru2 ku serta sahabat2 ku..
tidak lupa juga buat saudara saudari seislam ku. berila kami petunjukMu dan murahkanla rezeki kami.
andai kami mati, matikan kami dalam keadaan iman..
aamiin..
11:49 am (khamis)
kolej Harun Aminurrashid
mohon maaf andai ada salah ana dalam semua entri ana..
Thursday, June 13, 2013
Cinta Di Taman Larangan
Bismillahhirrahmannirrahim...
“Jangan
mudah melafaz kasih, kasih itu pada siapa,
Jangan
mudah melafaz sayang, sayang itu pada siapa,
Jangan
mudah melafaz cinta, cinta itu pada Yang Esa,
Cintakan
Bunga, Bunga kan layu.
Cintakan
manusia, manusia kan pergi...”
Ni ana petik
dari lagu keroncong Kasih Sayang dari UNIC.
Cinta di Taman Larang?
Apa yea?
Bagi ana,
cinta tu umpama meneguk sesuatu yang memabukan. Bila da diteguk, otak da jadi tak waras. Semuanya di
pandang baik. (maafla kalo ada yang terasa) tapi secara jujurnya, apa yang ana
katakana ini adalah satu reality lagi fakta. Cuba anda tegok kangkawan anda
yang tengah hot couple, bila dorg putus, tetiba 1 minggu, 1 bulan da ada
pengganti. Betul?
Baikla, 1
situasi ana... sorang hamba Allah ini penah kata,
“aku tak bolehla takde kapel ni..”
uits, sampai
cam gtu sekali. Apa jg erti cinta tu? berSMS bersayang2?? Calling2?? Jumpa2??
Dating2??
Haih... kalo
ana sendiri, ana pn tak tahu. Speechless!
1 bulan .. 1
tahun.. 2 tahun.. tup tup tup! Putus! Pastu cari pengganti. Masa tu adala yang
frust tertongeng. Berendam air mata. Berdendam.
Ni la bahana
Cinta di Taman Larangan.
Ana Cuma nak
bagi kita semua berfikir shj, ana tak mention kepada mana2 individu mahupun
pihak. Ana tak menyalahkan sesiapa Cuma, nak ajak berfikir. Nak kapel ke tak tu
terpulang dgn anda. Ana Cuma nak berkongsi sahaja. Sbb ana yakin, Allah da bagi
anda semua hati dan akal fikiran utk berfikir. Cuma dari kita sahaja samada nak
selaraskan dgn fikrah Islam, ikut syariat Islam atau tidak. Buka al Quran dalam
tu Allah da bagi banyak panduan. Allah da isi dan jawab semua apa yang ada di
hati kita soal cinta. Sebagai contohnya :
“dan
di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan
untukmu dari jenismu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya
dan Dia jadikan antaramu kasih sayang. Sungguh, pada yg demikian terdapat
tanda2 kebesaran Allah bg kaum yang berfikir.” (QS Ar-Rum : 21)
Ana fokuskan
di sini tentang ‘kasih sayang’. Dalam
ayat ni Allah da jelas terangkan, dari diri kita ni telah ditentukan jodoh dan
pasangan masing2 yang mana antara keduanya Allah campakan perasaan kasih. Tapi
bukan cinta pandangan pertama maksud ana. Maksud ana, bila da akad. Ni tak,
ikut reality skrg, tukar2 pasangan ‘berkasih syg’ siap buat till Jannah lagi.
-_-“ pelik ana. Nak till Jannah pegi akad nikah dulu, baru dapat pahala
berkasih sayang. So, kenapa terburu2? Apa motif tukar2 pasangan? Kn bagus kalo
da berkenan tu buat istikarah, kalo da dapat petunjuk teruskan dgn akad. Tak
payah susah2 abeskan duit, masa nak kapel2. Focus kepada diri. Betulkan agama
dalam diri. Top up dan up date diri dengan agama. Baru la kelak da
berumahtangga nanti till Jannah. Sama2 mencari redha Allah. Kan sweet?
Manakala
firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 26,
“wanita
yang baik itu untuk lelaki yang baik, lelaki yang baik itu untuk wanita yang
baik dan begitu juga disebaliknya, wanita yang keji untuk lelaki yang keji,
lelaki keji untuk wanita yang keji.”
Dalam ayat
di atas Allah da bagitau kita, kalo kita nak dapat pasangan dan jodoh a.k.a
cinta sejati yang tidak ada curang2 tidak ada kecewa tu, kita MESTI jadikan
diri kita yang terbaik. supaya Allah kurniakan kita seseorang yang terbaik
juga. Kenapa kita nak rebut cinta murahan yang berkeliaran sekarang kalo pada
akhirnya kita sendiri yang sakit. Kita sendiri yang kecewa. Tdk kasian ke dgn
hati anda? Berapa kali hati anda nak terluka dan kecewa. Apatah g sok lusa kalo
da kahwin. Mesti da tak best kalo tak usaha dari sekarang bermujahadah. Tak
kesahla seteruk mana masa lalu kita. Tapi Nabi Muhammad SAW tidak penah
mengajar umatnya untuk berkata ‘da terlambat’. Selagi ada hayat, berusahala.
Mang la tak best, tapi cuba buat Cket2 dlu. Mula dari bawah. ana yakin anda pasti menyukainya sbb dalam
kita merancang, Allah juga merancang. Nak tunggu Hidayah? Sampai bila?? Hidayah
perlu di cari. Macam juga kalo anda lapar, kalo anda tak masak atau bli makanan
anda akan berterusan lapar dan boleh mati. Betul tdk? Sama la juga seperti ini,
hidayah itu sesuatu yang kita perlu cari. Kita kena bersusah2 dahulu. Tak kesah
apa yang jadi tapi, hidup dan keutamaan kita adalah ALLAH.
So masih nak
cinta di Taman Larangan ke? Masih nak
rebut cinta yang berkeliaran ke? Tepuk dada Tanya iman anda. Ana mohon maaf
kalo n3 kali ni agak bunyinya kasar dan direct. Tapi ni apa yang ada di
sekeliling ana. Ana kesian tegok yang nangis sbb kapel curang. Ana kasian tegok
mereka merayau2 nak kapel apatah lagi yang sampai bergaduh dan berdendam. .
Allah... semoga Allah bg kita petunjuk untuk
mencari apa itu erti cinta.
Saudara dan
saudari semua,
Toksah
risau, jodoh telah Allah tetapkan bt kita.(pujukan dan nasihat buat empunya
diri ini yang masih belaja ini) Lebih elok kirannya sekarang kita focus pada
diri sndiri supaya kita dapat jodoh yang elok dan setia. Dalam mencari jadi diri
yang dicari. Nak cari yang soleh, usaha dlu untuk jadikan diri
sendiri solehah dan gtu jg disebaliknya. Kalo tidak d dunia jodoh kita,
inshaALLAh di akhirat di sedang menunggu. Focus hidup kita mencari redha Allah.
Siapkan bekalan utk akhirat sana. Soal jodoh Allah tentukan, soal mati jg Allah
yang tetapkan. Kita sibuk nak cari pasangan tapi kita lupa, yang kita jg tdk
tahu bila kita mati. Cukup atau tdk amalan kita? Tak tahu smpt atau tak kita
bertemu jodoh atau, mati dlu menjemput kita. Allahu’alam. Oleh sbb itu la, biar
kita bersederhana. Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Istikarah dan
berusaha. Itu jalan yang terbaik.
Akhirul
kalam... semoga Allah rahmati hidup kita memperoleh cinta yang sebenranya. J inshaALLAH..
Ana asiff
jiddan ya ukt ya akh..
Wassalam
11:18 pm
11 Jun 2013
Kolej Harun
Aminurrashid.
Friday, May 24, 2013
Jangan dilukai Sang Hati~
Cerpen Pendek ~Bismillahhirrahmannirrahim...
Suatu petang
yang hening lagi mendamaikan. Hembusan angin di bawah bayu menyapa tubuh nyaman
terasa membelai diri meskipun terik mentari kuat menyinari. Pemandangan hijau
sajauna mata memandang. Oh Tuhan, betapa indahnya ciptaanMU! Allahuakbar!
Sungguh Engkau menyukai kpd yang indah kerana itu ku yakin Syurga Mu itu jauh
lebih indah dari dunia ini. Hati ku bermonolog sendiri mengagumi keindahan
ciptaan Ilahi. Bukan selalu aku merasakan keindahan dan ketenangan seperti hari
ini. Aku terpanggil untuk duduk di bilik Along. Ku singkap tingkap selebar
mungkin bagi mengizinkan hembusan bayu masuk mendinginkan ruang di sekitar
bilik ini. Sambil itu aku termenung di balik jendela sambil melontarkan pandangan
ke luar. Alunan rentak pokok2 di luar sana seolah-olah girang menyanyi zikir
memuji Ilahi kerana mereka adalah mahluk Allah yang sntiasa memuji Allah.
Berbeza pula dgn manusia yang sentiasa sibuk dgn urusan sendiri. Allah...
rindunya aku kepadaMu!
Tetiba
handset ku berbunyi menghentikan lamunan ku. Ku intai siapakah gerangan yang
menghubungi ku. Tertera nama seorang sahabatku di kampus yang lebih manja di
gelar Ina.
Ina : assalamualaikum nurin, Ina sedih.
Aku : waalaikumsalam warahmatuallah, sedih? Knp Ina sedih? Ada mslh ke? Kalau
ada kongsi la dgn nurin. Insha Allah kalau nurin dapat bantu, nurin bantu.
Ku tunggu
SMS seterusnya dari Ina. Aku yakin msti dia adalah maslh. Tapi masalah apa?
Masalah dgn keluarga? Dgn sahabat? Dgn bofren? Allahu’alam. Hatiku makin liar
membuat sperkulasi. Aku sabarkn hati dn terus berdoa semoga bukan mslh kritikal
krn aku tidak bersamanya tika ini utk membantunya hanya mampu menjadi pendengar
jarak jauh shj.
....10minit
berlalu....
Ina : sebenarnya, Ina kecewa. Dia curang dgn Ina.
Allah..
betul tekaan ku td. Ina seorang gadis yang comel, pandai dan bagiku sangat
menjaga batas. Tapi aku tidak pasti bagaimana hatinya tertarik kepada lelaki
itu. mungkin lelaki itu pandai dalam bermuslihat kata. Argh! Aku ni da la tak
reti bab lelaki ni. Bagi aku lelaki tu gentlemen bilamana dia pandai menjaga
batas dalam pergaulan. Tahu menghormati wanita. Kalo kawan iya just kawan tak
perlu nak lebih2. Dan yang penting, agama dan keluarga keutamaannya. Bukan
lelaki yang hanya tahu nak belanja wanita walhal duit tu pn duit biasiswa atau
duit mak bapak dia. Aduuii.... lelaki cam gni ni tolong la berubah. Cian mak
bapak yang mengharap.
Nurin : astagafiruallah... Ina, nurin tak reti bab2 cam gni. Tapi apa yang
nurin boleh bagi nasihat kat Ina, kalo lelaki tu betul2 lelaki yang baik, nurin
yakin dia tdk akan membawa Ina kepada sesuatu yang Allah tidak sukai. Dan kalo
betul pun, dia putuskan Ina kerana dia
nak berubah, Ina kena relakan. Ina kena yakin, kalau betul dia jodoh ina,
sooner or later dia akan datang kembali pada Ina if dia da sedia nak lamar Ina.
Ina tak usah jadikan hal ini sesuatu yang serius. Hilang kekasih tidak bermakna
hidup kita berakhir. Tapi hilang kekasih adalah masa permulaan kita untuk
mengenali dunia. Mengenali apa itu Cinta.
Sent!
Aku tidak
yakin kata2 ku tadi mampu memujuk Ina. Aku berhasrat untuk menghantar SMS lagi
tapi dgn lebih memujuk. Kembalikn dirinya ke alam sebenar berpijak d bumi yang
nyata. Juga membuka fikirannya tentang erti Cinta (jodoh) itu sendiri tentang
sayang Allah kpd hambaNya.
Nurin : Ina, Ina kena redha. Allah buat semua ini kerana DIA tahu apa yang
terbaik buat kita. Ini ujian. Mungkin susah untuk kita terima skrg tapi yakinla
Ina pasti akan bertemu dgn hikmahnya. Ina ingat lagi tak tentang firman Allah
dalam surah al Baqarah ayat 216? Maksudnya, sukaila apa yang kmu suka itu
sekadar sahaja mungkin akan menjadi kebencianmu satu hari nanti dan bencilah
apa kamu benci itu sekadar sahaja mungkin akan menjadi kesukaanmu suatu hari
nanti. Ini la jihad kita. Allah telah sediakan yg terbaik buat kita. Ina,
senyum yea J. Nurin taknak Ina habiskan airmata kerana
benda yang tak pasti. Dia belum tentu lagi milik Ina. Jodoh itu masih rahsia
Allah. Kita sebagai wanita perlu menyiapkan diri sebelum waktu itu tiba. Jodoh
tu, mungkin sahaja mereka yang terdekat dgn kita mungkin shj yang jauh dari
kita. Tapi kita seharusnya berusaha dari sekarang memohon dan teruskan berdoa.
Di samping itu, siapkan diri dgn ilmu agama dengan tarbiah dan dakwah. Nurin
tak kata kita belaja agama utuk berdakwah seperti aktivis dakwah yang lain tapi
dakwah dan tarbiah ini perlu buat kita bilamana kita telah berumahtangga kelak.
Kita perlu penuhi ilmu agama di dada supaya kita mempu menjadi bidadari yang
indah buat lelaki pilihan Allah untuk kita.
Ina : Allah... nurin.. Ina tak tahu nak kata apa. Kata-kata nurin ada
betulnya. Ina menyesal kerana Ina tidak berfikir panjang sewaktu menyambut
salam perkenalan dari lelaki tu. Ina akui, ini salah Ina. Ina menyesal. Ina
berazam untu berubah. Ina akan cuba menyakini hati Ina bahwa pilihan Allah itu
adalah terbaik. Ina malu pada diri ini sendiri sebab kalah dgn nafsu muda. Ina
sepatutnya bertindak dgn lebih bijak seiring dgn apa yang Allah suruh buat dan
apa yang Allah larang. Allah... ampunkan Ina. Nurin, terima ksh di atas semua
kata2 Nurin. Ina beruntung kerana ada shbt seperti Nurin. Ina doakan semoga
kita bertemu dgn lelaki pilihan Allah dan bersama2 redha Allah. Aamiin.
Nurin : aamiin.. insha ALLAH.. Alhamdulillah. Ni semua ats ilham Allah. Nurin
hanya menyampaikan apa yang Allah gerakan d hati nurin. Apapun, jgn berputus
asa. Jgn lemah. Ini baru sedikit teguran drNya dan dalam masa yang sama DIA
rindukan Ina. Musibah tidak datang melainkan kerana Allah merindui kita. DIA
rindu untuk kita menyebut dan berharap padaNYA. Sweet kan ALLAH? J
Ina : Allahuakbar! Kenapa Ina tdk terfikir semua ini? Astagafiruallah...
terima ksh nurin.. terima ksh sesangat. Sayang awak kerana ALLAH! <3 o:p="">3>
Nurin : sayang awak juga kerana Allah shbt ku. J
Alhamdulillah,
sahabatku kembali kpd fitriah sbg manusia iaitu kembali mencari redha Allah.
Aku kembali
melontarkan pandangan ke luar tingkap. Subahanallah.. indahnya peraturan dan
rancanganMu ya Allah. Begitu mudah untuk Kau lentur dan lembutkan hati
hamba2Mu. Aku memohon kepadaMu agar Engkau berikan kebaikan buat kami dunia dan
akhirat. Dan soal jodoh. Hmm.. aku hanya mampu tersenyum dan tersengih2. Aku
sendiri tidak dapat membayangkan andai aku di khitbah. Sediakah aku?
Allahu’alam... aku serahkan kpd Allah dan keluarga ku soal jodoh. Aku masih
tertatih lagi dan aku msh ingin meneruskan langkah dan kajian ku. Apapun, dari
Allah kita dtg dan kpd Allah juga kita kembali..
Cinta... indah bicaramu.
Cinta hadir tanpa di pinta dan d duga
Hembusannya bisa membuatkan jiwa yang gersang berbunga
kembali
Subur dan mekar dlm keindahan.
Usaha di biarkan cinta itu tumbuh subur dalam keadaan
terlarang
Usah dibiarkan ianya mekar
Cantasla semampu mungkin
Jgn hingga menjadi barah dalam hati...
Namun,
Suburkan cinta di hati yang bersih
Cinta itu cukup indah
Damai dan membahagiakan
Itula cinta kepda Allah, Rasulullah
Cinta kepada keluarga juga kepda sahabat.
Dgn itu cinta yang indah pasti akan bertemu dgn cinta yang
indah
Cinta yang cukup terjaga kerana Allah
Cinta berpaggarkan syariat Allah`
Insha ALLAH bahagia milik mu dunai dan akhirat..
Semuanya kerana Cinta ALLAH....
![]() |
| cinta high class menjadi pilihan in sha ALLAH~ |
2:45 pm
22hb mei 2013
Bilik Along
#cerpen ni
tidak ada kena mengena dengan mana2 individu2 ianya Cuma luahan dari dan
gambaran dari minda ana. Tetiba “writer via thinking” seolah2 memberi ana ilham
utk menghasilkan sebuah cerpen. Ana tahu, ramai anak muda seperti ana di luar
sana yang keliru soal Cinta, Jodoh dan sebagainya. Begitu juga ana. Cuma
pengalaman danpemerhatian itu mematang ana dalam berfikir. Tidak semua apa yg
kita sangka baik itu baik buat diri kita kerana hanya Allah shj yang tahu apa
yang terbaik buat kita. Soal Jodoh yakin shj dgn janji Allah. Lelaki yang baik
buat wanita yang baik, wanita yg baik buat lelaki yang baik dan begitu juga
sebaliknya. Selagi kita terdaya berusaha la utk menjadi yang terbaik. Dalam
mencari jadila yang di cari. Semoga Allah mempertemukan dengan pasangan
pilihanNYA. inshaAllah. J
Salam
ukhuwah.
è
Jika ada sebarang komen , teguran dan idea boleh
la tinggalkan sebrang pesanan buat ana. Syukran jazilan J
Sunday, May 19, 2013
Puisi Indah buatmu Hawa
Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum warahmatuallah... :) ana da lama tak update tentang perkara lain selain tentang Perubatan Islam since I like this issue too much. alhamdulillah untuk kesekian kalinya ana ingin berkongsi satu puisi yang da lama ana simpan dan kini masanya ana ingin berkongsi kepada semua. lebih2 lagi sekrang kerap betul ana jumpa post2 kat fb soal jodoh. nak cari imam. nak cari bidadari hidup. cuma, jaga la diri d alam maya. jangan kerana terdesak sangat smpai mahu menjatuhkan maruah diri mahu merendahkan nilai diri. jaga "Islam" dalam diri saudara dan saudari. do not too much upload ur own photo. nti "imam" kmu cemburu i mean imam yang bakal kamu terima akadnya. kesian kn imam kamu nanti kalo kmu da kerap dtatap oleh org lain. ana bicara bukan bererti ana baik, cuma sbg peringatan kita bersama. Jodoh tu dtg dgn izin Allah tapi kita jgn lupa, ajal juga datang dgn izin Allah takut2 nti kita tak sempat utk memadamnya. naauzubillah... utk muslimin pula, jaga akhlak d alam maya, kekadang tu nampak juga "terdesak" anda. puji memuji sebolehnya di elakkan. kita kena saling jaga dan menjaga. Allah pesan kepada Ar Rijjal utk menjaga pandangan. gtu juga dgn muslimah. sma2 tahu peranan masing2 kn... Allah... ana doakan kpd semua agar Allah sentiasa menjaga diri kita. bila kita menjaga Allah, Allah pasti menjaga kita. bermujahadah bukan sesuatu yg mudah. iya, ana akui. mujahadah adalah perjuangan yang sukar. tp inshaALLAH niat lillahi taa'ala. :) semoga semua dikurniakan jodoh yang baik2 seiring dgn iman di hati. Baraqamuallah fiq ya ukti ya akhi.. asif kalo ana tersilap bicara. ana juga masih dlm proses memperbaiki diri. islah nafsikah wa islah ghoiruka.. :)
(tegur dan perbetulkan ana andai ana salah. tiada bumi yang tidak penah di basihi hujan, tiada manusia yang lepas dari melakukan kesalahan cuma terpulang kpd diri utk kembali kpd fitrah.)
(tegur dan perbetulkan ana andai ana salah. tiada bumi yang tidak penah di basihi hujan, tiada manusia yang lepas dari melakukan kesalahan cuma terpulang kpd diri utk kembali kpd fitrah.)
Dgn namaMU ya ALLAH.. ku kongsi rasa di hati. ku persembahkan bicara hati yang Engkau Ilhamkn kpd ku. khas buat yang bergelar muslimah.. ALLAH dan Rasulullah syg kpdmu wahai ukti. Jadila permata dicelahan kaca. Jadilah bidadari dunia buat yang halal. seindah hiasaan duniawi yang bisa menggegarkan dunia dgn lembut buaian tanganmu.... (nasihat buat diri yang salu alpa ini T__T ampuni aku ya Allah...)
Wahai ukti…
Jadila dirimu wanita yang di HORMATI,
Bukan yang di MINATI…
Apa la guna menjadi idaman dan di minati ramai lelaki
Sedangkan dirimu hanya menjadi milik seorang LELAKI yang bergelar SUAMI…
Jadila dirimu wanita yang di HORMATI,
Bukan yang di MINATI…
Apa la guna menjadi idaman dan di minati ramai lelaki
Sedangkan dirimu hanya menjadi milik seorang LELAKI yang bergelar SUAMI…
Dengarla bicara kalam ini,
Dirimu indah dan mempersona umpama sekuntum mawar yang mekar
Bentengila dirimu dengan al-haya yang ibaratnya seperti duri pada mawar…
Andai hilang al-haya itu dari dirimu,
Maka dirimu akan mudah dipetik dan dipergunakan sesuka hati…
Dan akhirnya…
Kelopakmu jatuh berguguran di bumi…
Hilang harga sebuah maruah…
Dirimu indah dan mempersona umpama sekuntum mawar yang mekar
Bentengila dirimu dengan al-haya yang ibaratnya seperti duri pada mawar…
Andai hilang al-haya itu dari dirimu,
Maka dirimu akan mudah dipetik dan dipergunakan sesuka hati…
Dan akhirnya…
Kelopakmu jatuh berguguran di bumi…
Hilang harga sebuah maruah…
Wahai ukti yang disayangi…
Usahala kau paranoid, merasa diri tidak cukup indah dan cantik.
Ketahuila olehmu sayang,
ALLAH menciptamu dengan 1001 kelebihan dan keindahan.
Cuma, biar akal dan iman mu mencari kelebihan itu.
Usahala kau paranoid, merasa diri tidak cukup indah dan cantik.
Ketahuila olehmu sayang,
ALLAH menciptamu dengan 1001 kelebihan dan keindahan.
Cuma, biar akal dan iman mu mencari kelebihan itu.
Suka kah dirimu menjadi peragaan dan tatapan ramai lelaki?
Bahagiakah dirimu menjadi sebutan para ar rijjal?
Tenteramakah dirimu menjadi bahan yang boleh ditukar ganti?
Yang boleh di ‘touch and go’ ?
Bahagiakah dirimu menjadi sebutan para ar rijjal?
Tenteramakah dirimu menjadi bahan yang boleh ditukar ganti?
Yang boleh di ‘touch and go’ ?
Wahai bidadari dunia,
Usah dikau berkelakuan demikian,
Ketahuilah olehmu…
ALLAH dan Rasulullah sangat mencintaimu..
Dirimu begitu mudah untuk masuk mana2 pintu syurga andai kau mengetahuinya...
Usah dikau berkelakuan demikian,
Ketahuilah olehmu…
ALLAH dan Rasulullah sangat mencintaimu..
Dirimu begitu mudah untuk masuk mana2 pintu syurga andai kau mengetahuinya...
Sedarla wahai yang bergelar ukti…
Didikla dirimu yang rapuh itu.
Kau asalnya dari rusuk kiri seorang lelaki.
Oleh itu, janganla kau gusar.
Yakinla engkau telah dimiliki oleh seseorang sejak dari azali lagi…
Cuma,
Peribadi si dia tidak akan jauh dari peribadimu tika ini.
Andai kau seorang ukti yang menjaga diri
In sha ALLAH sidia juga seorang lelaki yang menjaga diri
Didikla dirimu yang rapuh itu.
Kau asalnya dari rusuk kiri seorang lelaki.
Oleh itu, janganla kau gusar.
Yakinla engkau telah dimiliki oleh seseorang sejak dari azali lagi…
Cuma,
Peribadi si dia tidak akan jauh dari peribadimu tika ini.
Andai kau seorang ukti yang menjaga diri
In sha ALLAH sidia juga seorang lelaki yang menjaga diri
Kerana si dia juga tahu…
Pada akhirnya dia hanya milik mu seorang.
ALLAH ada berfirman dalam surah An Nur ayat 26,
“wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik,
Dan wanita-wanita yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji,
Dan begitu juga disebaliknya.”
Pada akhirnya dia hanya milik mu seorang.
ALLAH ada berfirman dalam surah An Nur ayat 26,
“wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik,
Dan wanita-wanita yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji,
Dan begitu juga disebaliknya.”
Usaha kau ragu akan janji ALLAH ini sayang,
Yakinla yang kau akan dipertemukan dengan seseorang
Yang mana sesuai dengan iman di hatinya,
Hadirnya akan datang menjemput hatimu,
ALLAH ada berfirman dalam surah Ar-Rum ayat 21,
“ dan di antara tanda-tanda kebesaranNYA ialah
DIA menciptakan pasangan-pasangan untukmu
Dari kaum jenismu agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,
Dan DIA menjadikan antaramu rasa kasih dan sayang.
Sungguh, pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
kebesaranNYA bagi yang berfikir.”
Yakinla yang kau akan dipertemukan dengan seseorang
Yang mana sesuai dengan iman di hatinya,
Hadirnya akan datang menjemput hatimu,
ALLAH ada berfirman dalam surah Ar-Rum ayat 21,
“ dan di antara tanda-tanda kebesaranNYA ialah
DIA menciptakan pasangan-pasangan untukmu
Dari kaum jenismu agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,
Dan DIA menjadikan antaramu rasa kasih dan sayang.
Sungguh, pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
kebesaranNYA bagi yang berfikir.”
Bila tiba saat dan ketikanya…
Yakinlah dengan seyakin yakinya..
Kau akan dipertemuakan dengan seseorang yang kau perlu
Bukan yang kau mahu…
Istikarah… istikarah… istikarah..
Yakinla dengan janjiNYA…
Yakinlah dengan seyakin yakinya..
Kau akan dipertemuakan dengan seseorang yang kau perlu
Bukan yang kau mahu…
Istikarah… istikarah… istikarah..
Yakinla dengan janjiNYA…
Nukilan.. bicara hati..
10hb april 2013
09:07 pm
near Bongawan.
10hb april 2013
09:07 pm
near Bongawan.
Sunday, April 14, 2013
Di balik bebrapa peristiwa kisah Nabi Musa
Bismillahirrahmannirrahim...
assalamualaikum warahmatuallah..
assalamualaikum warahmatuallah..
Dalam lembaran
dan bicara kali ini ana ingin berkongsi tentang sebuah kisah nabi ALLAH yang
sangat menarik.
Kepada perawat
Islam di luar sana mungkin antum semua cukup serasi dengan surah Yunus ayat ke
81-82, maksudnya :
“Maka ketika para pesihir itu datang Musa
berkata ; apa yg kamu lakukan itu, itulah sihir, sesungguhnya, Allah akan
menampakkan kepalsuan sihir itu. Sungguh Allah tidak akan membiarkan terus
berlangsungnya pekerjaan orang yg berbuat kerosakan.” QS Yunus :81
“Dan Allah akan mengukuhkan yg benar ketetapanNya
walaupun org2 yg berbuat dosa tdk menyukainya.” QS Yunus : 82
Dalam ayat
di atas jika kita kaji sirahnya di dalam
al Quran cukup menarik. Dan ustaz Sharhan penah pesan, jika kita mengetahui sirah tesirat dalam amalkan itu nescaya akan
timbul satu kekuatan keyakinan untuk terus mengamalknnya.. Ayat di atas
menerangkan tentang Kisah Nabi Musa dan Nabi Harun dalam menetang kekafiran
Firaun yang pada mana masa tu Firaun bersama konco2 nya menggunakan sihir .
namun begitu, dgn Izin ALLAH, tongkat yang dilemparkan oleh Nabi Musa itu
bertukar menjadi ular yang menelan ular2 penyihir tadi. Sehingga pesihir2 itu
sujud dan mengakui keagungan dan kekuasaan Allah setelah peristiwa itu. (boleh
rujuk surah Toha ayat 70-72)
Pabila ana
mengetahui sirah ini, ana semakin teruja untuk terus mengamalkannya, dari situ
timbul satu perasaan yang sukar terluah. Bukan hanya ayat2 ini shj, tapi ada
banyak kisah yang ingin ana kongsikan tentang kisah Nabi Musa di lembaran kali
ini. Kisah Nabi Musa a.s sangat melekat di hati ana.
Ketika Nabi
Musa masih bayi lagi, Nabi Musa telah di uji oleh Firaun yang mana pada ketika
itu Musa merupakan anak angkat Firaun dan Siti Asyiah. Siti Asyiah menjumpai
Nabi Musa di hanyut di sungai Nil. Dengan kelembutan Siti Asiyah akhirnya
Firaun mahu menerima Musa sebagai anak angatnya. (surah Toha ayat 38-39)
Suatu hari,
Firaun telah menguji Nabi Musa yang pada itu masih kecik merangkak lgi. Firaun
telah meletakan susu, bara api dan emas di hadapan Nabi Musa. Dan Nabi Musa
dilepaskan untuk memilih samada susu, bara api atau emas. Pada mulanya nabi
Musa merangkak menghala ke emas yang mana kilauan emas itu menarik
perhatiannya, Siti Asiyah merasa debaran yang sangat kuat kerana, andai Nabi
Musa memilih emas nescaya Nabi Musa akan dibunuh oleh Firaun. Namun, malaikat
Jibrail dengan izin Allah telah mengalihkan arah rangkak an Nabi Musa menuju ke
bara api dan akhirnya nabi Musa makan bara tersebut menyebabkan Nabi Musa cacat
lidah. Sejak itu, baginda tidak mampu untuk berbicara dengan fasih seperti
saudaranya Nabi Harun yg merupakan pembantunya. (surah Toha ayat 29-32).
Namun Nabi
Musa tetap membesar menjadi seorang ilmu yang terkenal sehingga baginda ramai
pengikut dan Firaun merasa marah dan terancam.
Pabila Allah
memerintahkan Nabi Musa untuk menghadap Firaun, lalu baginda berdoa dalam surah
Toha ayat 25-28. Dan dalam ayat2 ini nabi Musa memohon supaya di lapangkan
hati, dipemudahkan urusan, dan di pahami kata bicara. Kalau kalian semua
perasan, ayat Toha :25-28 adalah ayat
yang selalu kita lafazkan sebelum kita memulakan apa-apa program dengan harapan
agar Allah memudahkan urusan kita dan orang yang mendengar memahami lisan kita.
See, rupanya di balik ayat2 ini ada peristiwa yang sangat menarik. Andai kita
mengamalkannya dengan mengetahui sirah ini In sha Allah pahalanya dan keyakinan
kita makin mantap dan langkah kita dalam menyeru orang kepada kebaikan in sha
Allah dipermudahkan.
*****
*****
Bila ana
ingat balik cermah ustaz Sharhan di TV9 dalam program “Tanyala Ustaz” yang berlangsung selama 3hari tu (mungkin
sape nak tengok ulangan boleh cek d www.tonton.com).
Hati ana
rasa tersentap.. terus bermolog dalam hati,
“haih, selama ni aku amal tanpa tahu pn sirah
dibaliknya. Mak ayah suruh hafaz dan amalkan tapi tak tau pun mutiara di balik
ayat ni. Alhamdulillah hari ini Allah dengan Kasih SayangNya mendetikkan aku
untuk mendengar ceramah ini. ”
keistimewaan ayat-ayat tadi antaranya:
1. surah Yunus : 81-82
a) amalkan sebagai ayat pendinding diri terutama dari gangguan sihir.
b) hijab akan terbuka cth mcm orang maen silap mata.
c)boleh membatalkan sihir. in sha Allah dgn izin Allah.
d) kalo orang yang paham peristiwa ayat ini dan menyakininya in sha Allah jika kena sihir akan muntah.
2) surah Toha: 25-28
a) dilapangkan hati dalam berurusan.
b)dipermudahkan urusan.
c) in sha Allah yang mendengari bicara kita akan di paham.
yang penting kita tahu jalan ceritanya peristiwa ini dan amalkan. J
keistimewaan ayat-ayat tadi antaranya:
1. surah Yunus : 81-82
a) amalkan sebagai ayat pendinding diri terutama dari gangguan sihir.
b) hijab akan terbuka cth mcm orang maen silap mata.
c)boleh membatalkan sihir. in sha Allah dgn izin Allah.
d) kalo orang yang paham peristiwa ayat ini dan menyakininya in sha Allah jika kena sihir akan muntah.
2) surah Toha: 25-28
a) dilapangkan hati dalam berurusan.
b)dipermudahkan urusan.
c) in sha Allah yang mendengari bicara kita akan di paham.
yang penting kita tahu jalan ceritanya peristiwa ini dan amalkan. J
Semoga bicara
kali ini bermanfaat buat semua.
Akhirul kalam…
Assalamualaikumwarahmatuallah..
Jika ada
salah silap, mohon tegur ana.
Syukran jazilan..
6 : 36 pm
(14hb April 2013)
Bongawan. (ukti Nurin)
#maafla kesah Nabi Musa ini tidak dari A-Z ana gerap buat tatapan dan sentap minda semua. ana cuma petik beberapa peristiwa dalm al Quran shj yang ana tahu dan paham dari mutiara bicara ustaz Sharhan. ana Asif jiddan, jika antum ingin tahu lebih lanjut lagi kisah Nabi Musa elokla di taddabur al Quran. J
salam ukhuwah.. J
Friday, March 1, 2013
ketidakstabilan Emosi punca Gangguan Mahluk lain
Bismillahirrahmannirrahim... Dengan nama ALLAH yang MAHA Pemurah lagi MAHA Pengasih.
Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bahawa baginda bersabda :
“Tiap-tiap perkara yang terpenting tiada dimulakan dengan ucapan kepujian kepada ALLAH, maka ia adalah terputus (iaitu tiada berkatnya).”
>Kitab Al-Azkar al-Nawawiyah<
Assalamualaikum warahmatuallah ya akhi, ya ukti...
Da lama rasanya ana tidak mencoretkan sebarang madah mahupun bicara d ruang ini. lantaran kesibukan ana sebagai seorang pelajar dalam mengkaji dan menteliti aliran-aliran dan liku-liku kehidupan bergelar pelajar membuatkan ana terbejat akal untuk berbicara di ruang ini. ana asif jiddan ya sahabat semua...
dan alhamdulillah, ana telah dipertemukan dengan 3 lagi bahan kajian mahupun rujukan terbaru tentang kajian ana yang melibatkan soal Perubatan Islam. antara bahannya yang mana adalah hadiah ana buat ayahanda tercinta sebagai wacana dan wadah dalam menambahkan ilmu tentang konsep Perubatan Islam yang berasaskan Al Quran dan As sunnah:
1. Keajaiban Ruqyah dalam menyembuhkan sesuatu penyakit karya Abdullah Bin Muhammad As-Sadhan.
2. Siri Terapi Al Quran penyembuh penyakit & Penangkal musibah karya Abdul Hayie Al Alawie yang disemak oleh Dato' Hj, Ismail Kamus.
3. Dasyatnya Sihir rahsia rawatan dan penawar karya ustaz Dato' Hassan Mahmud al Hafiz.
dan bersyukur ke hadrat Ilahi semester ini ana dipertemukan dengan sahabat2 yang boleh kiranya ana berdiskusi dan bertanya kepada mereka soal Perubatn Islam ini. dari sini, ana mendapatkan 1001 input secara non-directly ilmu yang berkaitan dan bersangkut paut dgn ini.
dikesempatan ini juga, ana ingin berkongsi pengalaman yang berkaitan dengan 'sakit luar alam' yang pertama kalinya ana mengalaminya dan saat ketika jauh dari famili.
secara peribadinya, pada tanggal 29 Jan 2013 (rabu)
ana telah diserang penyakit misteri. simptom awalnya, masa slps isyak ana merasakan pening yang luar biasa. suhu badan ana mula merasai panas yang sangat luar biasa peliknya tetapi ana merasa kesejukan yg luar biasa. ditengah keramaian ana berdiskus dgn ahli grop discussion ana untuk grop assignmnt saat dan ketika itu ana hanya mampu berbaring sambil menahan kesejukan. pada masa itu kebetulan roomate ana ada meeting dan hanya ana berseorangan di bilik. ana keluar dari room chat discussion grop atas alasan ana da pening tahap dewa dan da tak mampu nak bertahan lalu ana baring dan cuba melelapkan mata berharap agar pening dan kesejukan itu kebah namun, sangkaan itu melesit sama sekali makin ana bertahan beristighfar makin ana menggigil kesejukan. lalu ana text naqibah usrah yang untuk bertanyakan pendapat dan solution bagaimana untuk meredakan sakit pelik itu. lalu naqibah usrah menyuruh ana membaca ayatul kursi selama 20 minit. bilamana ana mencuba untuk melafazkan ayat suci tersebut badan ana mengigil kesejukan yang amat dan suhu badan ana naek secara mendadak hingga menyebabkan bibir ana kering dan merekah. hujung kaki sejuk yang teramat. ana tidak mampu saat itu, ana akhirnya menangis teresak2 menahan sakit dan peritnya ketika itu. mujurla roomate ana abes meeting tidak lama. dia bertanyakan keadaan ana yang mula berubah mendadak dia saat di keluar meeting tadi. dan bilamana ana teliti betul2 dan membacakan ayat2 Quran, ayat2 Ruqyah yang ana hafaz, ana dapat rasakan reaksi dalam badan ana. ana dapat merasakan seperti sesuatu bergerak di dalam badan terutama di bahagian kaki. lalu ana text abg ana yang kebetulan bercuti di kampung, ketika itu jam mula menunjukan pkul 11 stgh malam. dan ana yakin ayah ana da tidur. ana berkira dan berfikir2 berkali untuk text abg ana bg memaklumkan keadaan ana yg agak 'teruk' saat itu, tapi kerana ana sudah tidak mampu untuk melafazkan apa2 ayat dari mulut hanya berharapkan istighfar dalam hati ana dengan jari yang mengigil menekan punat hp untuk text abg ana. tdk lama pastu dapat kol dari ayah. ayah ruqyah ana dari jauh. dan dalam masa yang sama ana ruqyah diri sendiri dgn kekuatan yang ada dengan hanya melafazkan Bismillah 5 dan ana keep on recite "bismillahiladzi laayardurru mahasmihii syai'hun fir ard' wala fii sma'i wahuwa sami'i ul alim.."
maksudnya : dengan nama Allah, yg dengan namaNYA akan terhalangla, segala sesuatu di bumi dan di langit untuk menimpakan bencana, dan Ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
(ayat ini anda akan jumpa dalam al mathurat, ianya juga dikenali sebagai ayat penggerak maksudnya dibaca sebelum pegi ke mana2 tujuan dan juga dikenali sebagi bismillah 5 yang digunakandalam perubatan Islam)
ana baca dengan sepenuh penghayatan dan kepasrahan. naqibah ana pesan kepada roomate ana untuk bantu ana dengan cara mlawan 'benda' tu dengan surah Yassin yang mana di setiap kalimah Mubbin akan di ulangi bacaan Yassin tersebut dari awal hinggala ke7 Mubin yang terakhir.
ana teruskan bacaan sehingga ana merasakan ada 'benda' yang beransur2 keluar dari badan ana. namun suhu tetap berubah tetapi ana da mula untuk berpeluh itu tanda bahwa ana berhasil melawan 'benda' atas izin Allah.t masa tu roomate ana belum mulakan pembacaan yassin 7 mubbin tersebut. setelah itu, ayah kol semula dan ayah menyatakan seperti ada gangguan. terus ayah suruh ana tngu panggilan dari pak Long untuk dirawat dari jauh lagi melalui kol.
(perubatan Islam ini dikenali sebgai Ilmu tarikat dan Ilmu ini sangat tinggi menurut naqibah ana kerana si perawat yang menggunakn ilmu ini akan mempunyai amalan zikir yang sangt tinggi setiap hari. kesahihhannya allahu 'alam. ana masih blum mengkaji smpai ke tahap itu. hanya ada tahu ini shj.)
bila pak Long ana rawat, pak long kata mahluk itu adalah mahluk yang terserempak dgn ana. pak long kata masa tu keadaan ana tidak stabil dan iya ana akui itu salah ana. masa itu emosi ana tidak stabil disebabkan beberapa tekanan persekitaran. naqibah ana pn cakap perkara yang sama. bilamana emosi kita tidak stabil mahluk itu akan senang datang menganggu dan menyerang. itulah di antara asbab kenapa orang boleh jadi hsiteria kerana jiwa tidak stabil!.
pada pkul 1stgh alhamdulillah keadaan ana beransur pulih dan ayah pesan supaya buat solat sunat syukur. selepas peristiwa ini, ana seminggu tidak lalu makan sebab kesannya masih ada tinggal dalam diri.
satu hari tu krn ana tidak betah keaadan begini hingga penghujung sem memandangkan banyak assignmnt yg ana kena buat ana amek keputusan untuk merawat diri. sungguh tiap kali pas ruqyah diri ana akan muntuh. kadang2 tak smpai abes bacaan hafazan ana, ana da rasa mual dan nak muntah. alhamdulillah 3hr pastu ana da kembali sembuh. namun sejak peristiwa itu, ana da makin sensetif kepada org yang sakit. bila ana sentuh orang yang sakit, ana akan pening dan muntah2. bilamana ana bertanya kan kepada naqibah ana simptom tadi, dia kata sbb benda tu masuk dlm badan ana dan keluar melalui badan ana. sehingga sekarang bagi ana ini adalah peristiwa yg sgt misteri dan terlalu banyak persoalannya yang ada di benak ana saat dan ketika ini. namun jawapan itu memerlukan masa yang lama untu diterokai.
ana rasa cukup smpai sini shj coretan dan perkongsian dari pengalaman ana sendiri. ana mohon doa sahabt2 smua supaya ana di beri kekuatan, di lindungi dan di jauhkan dari sebarang ganguan dan musibah sepanjang minggu exam pada mingu2 hadapn inshaALLAH. doakan yang terbaek buat ana :)
syukran jazilan. andai anda ada sebarng komen, cadangan, dan nasihat boleh la tinggalkan komen anda di sni semoga ana bermuhasabah smula. andai ingin di kongsi pengalaman ini bersama yang lain silakan :) semoga bermanfaat buat yg lain.
ana akhiri dengan lafaz baraqamuallah fiq
assalamualaikum warahmatuallah..
Subscribe to:
Posts (Atom)






