Wednesday, November 7, 2012

Kejahatan JIN dalam menyakiti Manusia


Bismillahirrahmannirrahim... Dengan nama ALLAH yang MAHA Pemurah lagi MAHA Pengasih.

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bahawa baginda bersabda :
“Tiap-tiap perkara yang terpenting tiada dimulakan dengan ucapan kepujian kepada ALLAH, maka ia adalah terputus (iaitu tiada berkatnya).”                            
>Kitab Al-Azkar al-Nawawiyah<

Assalamualaikum warahmatuallah ya akhi, ya ukti...

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-KU.”
 –QS At Tur :56

Dalam surah al-JIN telah dikesahkan bagaimana adanya jin Islam dan Jin yang tidak Islam. Dalam surah ini, dikesahkan bahawa ada sekumpulan Jin yang telah mendengar bacaan al Quran kemudian mereka beriman kepadanya.  namun begitu, ada sesetengah Jin yang tetap ingkar akan perintah ALLAH SWT.
 Maksudnya dari al Quran :

“Dan sesungguhnya di antara kami ( jin) ada yang soleh dan ada pula yang sebaliknya. Kami menempuh jln yang berbeza.”
- QS Al Jinn : 11

“Dan sesungguhnya ketika kami (jin) mendengar petunjuk (Al Quran), kami beriman kepadanya. Maka barangsiapa beriman kepada Tuhan, maka tidak perlu ia takut rugi atau berdosa.”
-QS Al Jinn:13

“Dan di antara kami (Jin) ada yang Islam dan ada yang menyimpang dari kebenaran. Siapa yang Islam. Maka mereka (jin) itu telah memilih jalan yang lurus.”
-QS Al Jinn : 14

Jelas kepada kita di sini bahawa kehidupan golongan Jin ini sama seperti golongan manusia dari segi jantinanya, memerlukan makan dan minum, tempat tinggal, pasangan, beragama  namun Cuma yang membezakan antara Jin dan manusia ialah manusia dicipta dari tanah manakala jin di cipta dari api. Jin juga memiliki umur yang lebih panjang berbanding manusia. Namun begitu, hakikat mahluk (jin dan manusia) yang Allah ciptakan adalah tidak lain dan tidak bukan hanya untuk beribadah kepada ALLAH. Dan sebaik-baik ciptaan ALLAH adalah manusia.

“sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.”
-QS At Tin : 4

Harus di pahami bahawasanya, syaitan merupakan golongan yang menjauhkan manusia dari ALLAH. Golongan yang melalaikan manusia dari mengingati ALLAH SWT. Syaitan ini tergolong dalam 2 golongan iaitu ada yang dari golongan Jin dan adanya yang dari golongan manusia. Mari kita lihat keterangannya di dalam al Quran dalam surah An Nass.

“katakanlah, “aku berlindung kepada Tuhannya manusia, Raja manusia, sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi, yang membisikan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari (golongan) Jin dan manusia.”
-QS An NASS : 1-6



Saudara saudari... akhi ukti yang dirahmati ALLAH...

Persoalan : bagaimanakah Jin itu merosakan atau menyakiti manusia?

Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu dahulu refleksi diri tentang kekuatan hati, keikhlasan hati dan keredhaan kita terhadap takdir ALLAH. Seringkali kita mendapati bahawa manusia yang di sakiti oleh Jin atau di gangu oleh jin disebabkan oleh pakatan dari golongan manusia yang buruk hatinya. Yang tidak redha dengan takdir ALLAH yang kurang senang akan nikmat yang ALLAH kurniakan kepada saudaranya. Hal ini berkaitan dengan  sifat mazmumah iaitu hasad dan dengki.

Dari Abu Hurairah, ia berkata : “Janganlah kamu saling dengki-mendengki, tipu menipu, benci membenci, saling belakang-membelakangi (bermusuh-musuhan), menjual atas jualan orang lain dan jadilah kamu hamba ALLAH yang bersaudara. Seorang Islam itu bersaudara dengan orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai, dan tidak boleh ia mengecewakannya, dan tidak boleh membohonginya dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu disini, sambil ia menunjukan ke dadanya 3x. Cukuplah kejahatan seseorang itu menghina saudaranya yang lain...” HR MUSLIM

“Dengki itu memakan kebaikan, sebagaimana api memakan kayu kering.” HR Abu Daud dari Abu Hurairah, dan Ibnu Majah dari Anas.

Menurut  Imam As-Syafie dalam kitab  Ihya Ulumiddin siri Ke4 sebab dengki itu kebanyakannya iri hati hati kepada kelebihan orang lain. Mereka tidak redha akan nikmat dan kelebihan orang lain. (boleh rujuk kitab Ihya Ulumiddin siri ke4 karangan Imam Abu Hamid Muhamed Bin Muhammad Al-Ghazali, 1980 m/s 482-505 tentang tercelanya Marah, Dendam dan Dengki.)

Saudara, saudari semua...

Perkaitan di antara penyakit hati ini dengan campur tangan Jin apabila, sifat ini mula bertapak dan membaluti hati dengan kebencian yang meluap-luap sehingga ingin memusnahkan orang yang di maksudkan maka di sni la detik bermulanya termeterainya perjanjian di antara JIN dan MANUSIA demi melunaskan dendam dan ketidakpuasan dalam hati. Dalam Al Quran telah diterangkan bagaimana berlakunya hal “persahabatan” di antara dua golongan mahluk ALLA ini.

“dan sesungguhnya ada beberapa orang lelaki dari kalangan manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki dari golongan jin tetapi mereka (jin) menjadikan mereka manusia bertambah sesat.”
-QS Al Jinn : 6

dalam keterangan yang lain, ALLAH berfirman dalam surah Al Baqarah : 102. Mafhumnya :
“Dan mereka mengikut apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir yang mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Harut dan Marut di negeri Babilonia. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang pun sebelum mengatakan ; “sesungguhnya kami hanyala cubaan bagimu, sebab itu jangalah kamu kafir.” Maka mereka mempelajari keduanya  apa yang dapat memisahkan antara suami dengan isterinya. Mereka tidak dapat mencelakakan dan tidak member manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barangsiapa yang membeli (menggunakan sihir) itu nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual diri dengan sihir, sekiranya mereka tahu.”
-QS al Baqarah : 102

Jelas di sni kepada kita bahawa Jin itu merosakan atau menyakiti manusia disebabkan oleh sifat mazmumah yang ada di hati yang sangup mengenepikan amaran dan larangan ALLAH asalkan dapat mencapai kepuasan dengan melihat penderitaan orang lain. Secara jujurnya, kebayakan mereka yang membuat perjanjian dengan jin adalah untuk menyelamatkan diri dari kesusahan namun hakikat perbuatan itu sangat tercela. Terbatalnya akidah dan mensyirikan ALLAH dengan sesuatu yang lain. (naauzubillah semoga iman kita dipelihara ALLAH.)  Kita sebagai manusia, hamba kepada ALLAH seharusnya menjadikan ALLAH sebaik-baik pelindung, penolong dan penjaga dari sebarang kesusahan... Hasbi ALLAH wa nikmal wakill...
Kepada yang diberi ujian seperti ini hendakla selalu bergantung harap memohon pemeliharaan dari ALLAH. Bukan jumpa bomoh yang juga hakikatnya menggunakan jin untuk mengubati penyakit. Tapi jumpa ustaz yang menggunakan 100% ayat-ayat syifa’ dalam al Quran. Ayuh kita berbalik kepada ajaran Islam. AL Quran sebaik2 penyembuh apabila dizinkan ALLAH.
“wahifzam maridthu fahuwa yassfiin” maksudnya :
 “bila aku sakit, DIAlah yang menyembuhkan aku.”
–QS Asy Syu’ara : 80.
Dalam Al Quran terkandung 1001 penyembuhan untuk pelbagai penyakit kecuali kematian andai kita mengkaji dan yakin dengan ALLAH. Jangan jadikan ujian dan dugaan seperti ini point kita untuk menyalahkan takdir tetapi kekadang ianya berpunca dari diri kita sendiri seperti tidak menjaga perkataan (lidah), mengambil hak orang, ego, sombong dan menyakiti hati orang lain dengan perbuatan yang tidak adil. Oleh itu, setiap apa yang berlaku ke atas diri kita terlebih dahulu kita refleksi diri kita. Kerana ALLAH tidak menzalimi manusia tetapi kitala yang menzalimi manusia. Perbaiki akhlak perbaiki diri. Berusaha kita mendekatkan diri kepada ALLAH. Berbaik sngka kepadaNYA.

Akhiruallah kalam, mohon maaf andai penulisan saya kali ini ada yang salah. Sila tegur saya. Saya mohon sahabat-sahabat yang baik hati untuk menegur salah silap saya. J insyaALLAH saya akan perbaiki. Semoga penulisan kali ini memberi manfaat buat saudara dan saudari. Penulisan kali ini kebanyakannya tercetus hasil dari pengalaman saya sendiri. Tentang kejahatan sihir, tentang usaha untuk merawat penyakit, bagi saya semua itu ujian. Saya yakin hikmah dibalik ujian tersebut. . Kepada yang mungkin mengalami masalah ini carilah wasilah mengubatinya... iktihar. Yakin akan kekuasaan ALLAH kerana kita hidup di dunia Cuma semntara. Ujian inu merupakan tiket kita untuk mendekatkan diri pada ALLAH.. insyaALLAH... ana assif jiddan... J


Sumber rujukan :
1.       Al Quran
2.       Ihya Ulumiddin oleh Imam Al Ghazali siri ke4 karangan Imam Abu Hamid Muhamed Bin Muhammad Al-Ghazali, 1980 m/s 482-505 tentang tercelanya Marah, Dendam dan Dengki.
3.       Perubatan Islam menangkis kejahatan racuan puaka Santau karya ustaz Sharhan Safie.
4.       Manzil Resam Uthamani susuan Sheikh Hadith Mualana Muhammad Zakaria.

Huraian selebihnya berdasarkan ceramah Ustaz Dr. Mohd Sukki Othman tentang mahluk sebelum Adam AS. Dan juga gabungan dari pengalaman sendiri dan orang disekeliling...

allahu’alam...
saya akhiri dengan kalam assalamualaikum warahmatuallah....

9:00 am
7 november  2012

Wednesday, October 24, 2012

Apakah Itu JIN?


APAKAH itu JIN?

Bismillahirrahmannirrahim... Dengan nama ALLAH yang MAHA Pemurah lagi MAHA Pengasih.

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bahawa baginda bersabda :
“Tiap-tiap perkara yang terpenting tiada dimulakan dengan ucapan kepujian kepada ALLAH, maka ia adalah terputus (iaitu tiada berkatnya).”                            >Kitab Al-Azkar al-Nawawiyah<

Assalamualaikum warahmatuallah ya akhi, ya ukti...

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-KU.”
 –QS At Tur :56

QS AL JINN (penceritaan tentang Jin)


Apakah itu JIN?
Jin adalah mahluk ALLAH yang dicipta dari api. Tidak memilik jasad yang nyata tetapi memiliki umur yang panjang. Mereka juga hidup secara berpasang-pasangan dan boleh membiak.  Jin tinggal di tempat-tempat yang kotor dan menjijikan juga di dalam lubang-lubang. Makanan mereka merupakan tulang, asap dan kotora binatang.

Firman ALLAH swt;
“Dan DIA (ALLAH) menciptakan jin daripada nyalaan api.”
-QS Ar Rahman : 15

Jin itu ada 3 jenis  secara umumnya:
1.       Jin yang mempunyai sayap yang berterbangan di udara.
2.       Jin yang berupa ular dan anjing.
3.       Jin yang berpindah randah.
Di riwayatkan oleh Abu Tha’labah r.a. juga Riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak.

Huraian :
1.       Jin yang mempunyai sayap yang berterbangan di udara adalah jin yang selalu digunakan dalam menyantau manusia. Dan cara untuk memusnahkan jin ini juga adala dengan cara udara. Bacalah ayat 23 dari surah al Furqan kemudian hembus. insyaALLAH akan menjadi sia-sia santau tersebut umpama debu yang beterbangan.
Maksdunya : “Dan Kami akan memperlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan (haabba mansurra).”QS Ar RAhman : 23

2.       Jin yang berupa ular dan berupa anjing. Jin ini selalunya akn hadir dalam ‘alam tanpa berdinding’ iaitu mimpi kadang-kadang juga di alam nyata. Sesetengah masyarakat melayu mempercayai apabila termimpi ular tengah mengejarnya mereka mentafsirkan itu adalah jodoh yang mengejarnya. Tetapi, itu semua spekulasi masyarakat sahaja malah hakikat sebenarnya itu adalah jin suruhan manusia yang ingin menyakiti kita. Itu juga petanda samada sihir manusia sudah masuk ke dalam badan kita atau tidak. Itu semua bergantung bagaimana kita ‘berlawan’ dengannya di alam tdk berdinding tersebut. permainan  ‘alam tidak berdinding’ adalah ingin menguji kita. Itu juga merupakan petunjuk dan isyarat dari ALLAH.

3.       Jin yang berpindah randah. Jin ini selalunya dijumpai ketika kes rasukan. Kalau secara amnya, orang yang di rasukan akan menjangkit dari satu ke satu orang. Maka untuk mengawal keadaan ini, kita perlu mencari suis di mana keberadaan mahluk ini.
Caranya:
-          Orang yang terakhir terkena adalah orang pertama yang perlu kita ambil perhatian. Tangkap orang tersebut dan bacalah, “Bismillahi maasyaALLAH.” Dengan menggunakan tapak tangan  berdekatan urat bukan guna jari kemudian tepuk belakang di antara dua tulang mangsa tersebut. Tetapi sebelum itu, anda juga perlu mendinding diri dengan membaca doa pelindung dari surah As saffat ayat 7 yang bermaksud : “Dan (kami) menjaganya dari syaitan yang durhaka.” Ayat pelindung ini juga baik diamalkan setiap kali seusai solat fardu.

Jenis dan tugas Jin :  
1.       Jin  adalah suatu nama kepada satu-satu mahluk secara umum.
2.       ‘Ifrit adalah golongan jin yang tetapi mempunyai daya menipu, kekuatan yang luar biasa anugerah ALLAH swt. (QS al-Naml :39)
3.       Syaitan adalah ketua segala anasir yg membuat kebinasaan, kafir, fasik, sombong, enggan sujud kpd Adam a.s dan dia dikutuk dan dilaknat ALLAH.
4.       Al- Marid sejenis jin yang degil dan jahat. (QS an-Nisa : 117, QS al-Hajj: 3, QS As-Saffat : 7)
5.       Al- Awamir jin yang tinggal di rumah manusia.
Diriwayatkan oleh Abi Said al-Khudri, sabda Rasulullah saw ;
“sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barangsiapa yang melihatnya (golongan Awamir, jin yang tinggal di rumah) maka hendaklah mengarahkannya keluar (sebanyak 3x). Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana itu adalah syaitan.”
Selain itu, pesanan Rasululullah saw agar jangan terburu-buru membunuhnya ;
“Jangan kamu membunuh jin melainkan setiap yang jahat yang suka melakukan kejahatan. Sesungguhnya ia menggugurkan kandungan anak (dalam perut) dan menghilangkan penglihatan oleh itu bunuhlah mereka.”
                                                                                                                                (HR Imam Bukhari)

p/s : artikel ini hanyalah sekadar perkongsian ilmu dari saya. Segala keterangan dalam artikel ini saya kutip dari “Perubatan Islam menangkis KEJAHATAN MAHLUK HALUS Siri 1 dan siri 2” karangan Ustaz Sharhan Shafie dan “MENGENAL MAHLUK ALLAH BERGELAR JIN hakikat dan Pengubatan.” Karangan Dato’ Hj Ismail Kamus. Juga “Ancaman SIHIR dan kejahatan SYAITAN” karangan Amini Amir, Al Zasha Illyyin bin Zainal Alam.  Selain itu, artikel ini juga gabungan dari pengalaman sendiri yang diperolehi dari bengkel  Ustaz Sharhan Syafie yang saya penah hadiri  pada 03/04/2010 bersama ayah. Harap segala cecat cela dalam airtikel ini sudila andainya saudara dan saudari memberi teguran. Semoga ianya memberi manfaat kepada yang membacanya... saya hanya seorang pelaja dalam bidang sains tetapi amat meminati pengkajian tentang ini.  Semoga minat ini mendapat bimbingan dan petunjuk dariNYA.. insyaALLAH... amiin.. J

allahu’alam...
saya akhiri dengan kalam assalamualaikum warahmatuallah....

1:02 PM
24 OKTOBER 2012

Sunday, October 14, 2012

Penyakit Migrain (Pengubatan AL Quran dan Perubatan Moden)


Bismillahirrahmannirrahim...
assalamualaikum warahmatuallah....

Penyakit migraine (ini hanya sebuah huraian ilmiah daripada seorang pelajar sains yang membuat penyelidikan)

Hanya gambar Hiasan : Shironeko


Secara umumnya penyakit ini mudah menyerang manusia zaman sekarang. Ianya bermula dengan sakit kepala yang terasa seperti berdenyut-denyut (throbbing head pain) .  sakit ini terjadi pada beberapa bahagian kepala atau seluruh kepala, rasa sakit yang kuat yang terjadi pada satu kepala di sebut sebagai Syaqqah dalam bahasa ARAB yg bermaksud migraine. Jika terasa sakit meliputi seluruh kepala ianya di kenali sebagai Bidhah dan Khuzhah krn ia diserupakan dgn Bidhatus-silah iaitu “bulatan senjata”. Di antara gejala  yang boleh di klasifikasikan sebagai serangan migraine adalah seperti :

 1.     Terasa sakit d kepala kekadang hanya sebelah shj yang kerap sakit.

2.     Sering sakit area near to the eye.
3.     Kekadang sbb aktiviti fizikal yang tidak seimbang.
4.     Sensitive kepada cahaya (photophobia) dan bunyi (phonofobia) –mostly sympotm ini
5.     Mual atau muntah (vomiting)
6.     Berdenyut selama 4 jam hingga 72 jam.
Namun begitu, sebelum diuraikan dengan lebih mendalam lagi tentang penyakit ini secara ilmiah, baik kiranya kita dahulukan dengan refleksi diri. Setiap penyakit yang datang adalah dengan izin ALLAH dan ianya datang juga merupakan musibah atau kifarah atas dosa2 kita yang lalu.
“sesungguhnya bagi setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka apabila ubat itu serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dgn izin ALLAH SWT.” HR MUSLIM

Dalam kita mencari syifa’ kepada penyakit ini elok kita muhasabah mencari sebab dan musabab. Mungkin sahaja semua ini berlaku di atas kelalaian diri kita sendiri sebagai hamba kepadaNYA seperti perangai kita yang mungkin melmpaui batas, makan dan minum yang keterlalulan (berlebihan) atau juga cara kita mengendalikan fikiran dan sebagainya. Lantas DIA menguji kita untuk kembali kepadaNYA dan bergantung harapan hanya padaNYA. (berbaik sangka yea kita pada ALLAH J  insyaALLAH )

Punca-punca Migrain (ada hubungannya antara saraf dengan perut):
1.     Adanya gas yang tebal di dalam perut lalu menguap naik ke kepala dan menyebabkan kepala menjadi sakit dan berdenyut.
2.     Penuhnya perut dgn makanan.
3.     Sakit kepala terjadi setelah muntah2 dan perut kosong.
4.     Persekitaran yang panas di sebabkan hangatnya udara dan cahaya matahari.
5.     Persekitaran yang terlalu sejuk dan dingin yang menyebabkan wap tdk terurai.
6.     Tidak tidur sepanjang malam.
7.     Banyak bercakap yang akan melemahkan otak.
8.     Pergerakan badan yang tdk seimbang seperti sukan yang tidak teratur.
9.     Gejala-gejala psikologi seperti kegelisahan, kesedihan, penderitaan obsesi dan berfikiran buruk.
10.  Terlalu lapar.
11.  Ketumbuhan atau kanser pada selaput otak.
12.  Suhu badan yang panas.

Jika di teliti, penyakit migraine itu berpunca daripada makanan dan minuman yang tdk seimbang sukatannya tdk seimbang sifat panas dan dinginya dan tdk seimbang cara mengendalikan fikiran dalam menempuh liku2 kehidupan.
Di dalam AL QURAN, kita di larang untuk mengisi perut dengan makanan sehingga padat dan kenyang seperti; maksudnya :

“makanlah yg baik2 drp rezeki yang Kami berikan kpdmu dn janganla kamu melampaui batas yang akan (membawa kamu) di timpa azabKU, celakalah orang yang di timpa azabKU.”
QS Thaha : 81

“makan dan minumlah drp pemberian ALLAH dan jgn sekali2 kamu melampaui batas dan janganla menimbulkan permusuhan di bumi.”
QS Al-Baqarah : 60

“dan makanlah barang yang halal lagi baik dari apa2 yang tlh dikurniakan oleh ALLAH kepadamu dan dirikan taQwa kpd ALLAH yang hanya padaNYA kamu beriman.”
QS Al-Maidah : 88

Menurut firman di atas, selain kuantiti makanan dan minuman yang di ambil, ciri2 kebersihan juga turut di ingatkan. Mulakan dengan Bismillahhirrahmannirrahim dan baca doa makan. Dan di akhiri dengan Alhamdulillah...
Tips yang boleh saya kongsi juga, Sebelum makan, baca doa
“Bismillahilladzi layarrdurru mahazmihi syyaihun fii ardhi waala fii samaaii wahuwa samii ul’a’lim..”
Maksudnya : Dengan Nama ALLAH yg dengan namaNYA akan terhalangla segala sesuatu d bumi dan dilangit, untuk menimpakan bencana dan DIA MAHA MENDENGAR dan MAHA MENGETAHUI. HR Abu Daud dan Tirmidzi
Kelebihan doa ni, insyaALLAH menurut buku dan penghayatan yang saya perolehi dari pada karangan buku Dato’ Ismail Kamus doa ini boleh menghapuskan sihir yang terkandung didalam makanan kita dan boleh mengelakan Qarin (jin yang mendampingi manusia yang lahir bersama2 manusia) turut makan dan minum. Inilah jin yang salu membisikan kejahatan dalam hati kita. (m/s 157) JIN hakikat dan Pengubatan karangan Dato’ Hj Ismail Kamus dan  Ancaman SIHIR dari kejahatan Syaitan (m/s 108)


Migraine dari sudut perubatan moden :
Jenis-jenis migraine :

1.     Migrain klasik (classic migrine)
-       Jenis ini, sblm migraine menyerang ianya ada tanda2 yang dikenali sebgai aura (prodrome) biasanya dalam 10-30 minit sebelum migraine dan akan berlarutan dalam 5-15 minit. Tanda2nya, terlihat cahaya terang, pemglihatan berganda, pitam semntara, kebas, kepala terasa berpusing2 dan sukar bercakap.
-       Aura ini disebabkan saluran darah yang menghantar darah ke otak dan tisu sekelilingnya mengecil sehingga penghantaran darah yang membawa oksigen ke otak tergangu.

2.     Migrain Biasa (common magraine)
-       Disebabkan keturunan, pemakanan, Diet (pengurangan kadar glukosa dalam badan), minum kafein (caffeine withdrawal syndrome jika mereka cuba utk menghentikan tabiat minum kafein secara mendadak.)
-       Hormone (buat wanita, turun naik oestrogen yang tidak menentu), mengandung, haid, memakan pil perancang yang mengandungi oestrogen, monopouse (putus haid), kurang tidur dan ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang.

Doa sakit kepala (dari Ustaz Sharhan Safie buku Indahnya perubatan Islam berpandukan Al Quran dan As Sunnah m/s 71) :
 Doa2  utk rawatan sakit kepala, smbil letakkan tangan pada tempat yang sakit dan bacalah, :
1.     Al Fatihah 1x
2.     Ayat Kursi 1x
3.     Selawat syifa 7x
4.     Al Waqiah ayat 19 7x


Sumber rujukan :
1.     Al Quran
2.     Pengubatan al Quran penawar segala penyakit karangan Ustaz Raflis Sabirin (m/s : 148-162) –rujukan utama untuk artikel ini.
3.     Indahnya Perubatan Islam berpandukan AL QURAN dan As SUNNAH karangan Ustaz Sharhan Safie (m/s 71)
4.     Fakta Qarin (m/s :9) dan pendinding diri (m/s 157) JIN hakikat dan Pengubatan karangan Dato’ Hj Ismail Kamus.
5.     Ancaman SIHIR dari kejahatan Syaitan (m/s 108) karangan Amini Amir bin Abdullah, Al Zasha Illiyyin Bin Zainal Alam.
6.     365 Tip Sihat Gaya Hidup Rasulullah karangan Dr Mohammad Ali Toha

p/s : sesungguhnya ini hanyalah penulisan ilmiah yang ingin dikongsi bersama bagi mengisi masa2 lapang di musim cuti ini. Segala kelemahan di atas penulisan ini sy dahului dengan ucapan mohon maaf dan jika ada manfaatnya dan kebaiknya itu datang atas izin ALLAH.
Saya Cuma ingin berkongsi artikel ini kerana saya juga seringkali mengalami pnyakit ini yang menjadikan saya semakin galak untuk mengkaji tidak kirala dari segi perubatan moden atau pn perubatan alternative bersumberkan al Quran, as sunnah dan herba.

Saya dahului dengan lafaz, assalamualaikum... ana asif jiddan andai ada kelemahan dan kesalahan. Mohon teguran. Syukran. J

11:36pm (ahad)
14hb Oct 2012

Saturday, October 6, 2012

Diriku dengan Quran

Bismillahirrahamnnirrahim... dimulakan dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang....

sepi di keheningan malam... terasa bayu semilir menyapa diri.. membelai diri. terasa nyaman setelah seharian berhempas pulas belajar untuk persiapan peperiksaan yang kian menghampir.
ku hitung hari.. argh, tinggal seminggu cuma masa yang aku ada untuk mengulangkaji 4 subjek teras sains (kimia, biologi, fizik dan maths)  termasuk 2 subjek wajib Universiti.
iya inilah dia hidup sebagai seorang pelajar. hidup sentiasa di kelilingi buku.

tut..tut..tut..
"assalamulaikum nurin, ada dapat msg ustaz tak? ustaz kata selasa depan ni ada kelaz Quran. kul 8 kat kampus lama."

"waalaikumsalam... iye ke kak? ustaz tu nak buat minggu depan ni? alamak, kita da la tak studi abes lagi. minggu depan banyak kelaz ganti. ada kuiz ada test. larat ke ni..."

"tu la. akak pn tak tau... nak pegi ke tak?"
"erm, insyaALLAH..."

terdiam aku sejak berfikir.. aduh, apakah yang perlu aku lakukan...
tetiba terlintas kembali kata-kata naqibah usrah sewaktu di zaman persekolahan dulu,
"adik-adik semua, tak kesah la sesibuk mana pun kita. tapi jika ada seruan untuk belajar agama maka pegila. itu ilmu akhirat. insyaALLAH ALLAH akan mempermudahkan urusanmu kelak.."

aku bermuhasabah diri..
"ya ALLAH... mempelajari al Quran adalah niatku sewaktu aku menjejaki kaki sem2 ini. sekian lama ku tunggu seruannya. baru kini menyapa tatkala diri letih dalam perjalanan mengejar impian dan cita-cita ayah dan ibu. tapi ya Rabb, aku sedar. hanya ini peluang yang aku ada untuk mempelajari kalamMU yang sangat ku rindui saban waktu untuk membacanya. andai diri terlalu letih, hanya dengan mendengarnya shj mampu mengalirkn kesayuan di hati mengamit hati bersimpuh di hadapanMU.. betapa lemahnya aku ya TUHAN... ampunkan aku... ya ALLAH pimpin aku.. jangan biarkan diriku tewas lagi dengan nafsu diri. dengan kemewahan dunia dengan kesenangan yang menipu mata hati. Tunjukkan aku jalan yang terbaik untuk meraih cinta dan redhaMU...amminn ya Rabb.."

ku pejam mata. ku biarkan airmata menitis membasahi pipi... oh dunia... kuat sungguh godaanmu...

********hari selasa.

"assalamualaikum kak, pe kata akak msg ustaz mintak tukar hari untuk kelaz Quran tu. senye kalau buat selasa juga mang tak sempat. pagi tu kita ada quiz biologi dan ada kelaz ganti. insyaALLAH khamis dan Jumaat petang kan kita free."

"waalaikumsalam.. iya juga kan. ok. nanti akak msg ustaz."

tak lama pastu, ustaz reply. ustaz kata Ok. huh, alhamdulillah.. terima kasih ya ALLAH.

*******hari Khamis.

huh, da lama tak baca Quran depan ustaz. ya ALLAH terasa malu mula menyerapi ke reluang hati menyemai bait-bait segan bertambah takut.
hari pertama untuk kelaz Quran ni, ustaz hanya memberi muqadimmah tentang al Quran. asal usul al Quran serta kisah di baliknya. hati semakin teruja. hati excited umpama electron yang excited dalam proses light dependent reaction apabila mendapat extra energy dari matahari (sunlight).

apabila balik dari kuliah terus hati berkata,
"hebatnya rancangan ALLAH.. Maha Suci ALLAH. TUHAN sekelian alam.."

pesan ustaz... jangan tinggalkan al Quran. nak berjaya dunia dan akhirat amalkan dan manfaatkanlah al Quran. Al Quran bukan sahaja syariat hidup, bukan sahaja sebagai peringatan tentang dosa pahala, tentang syurga dan neraka, bukan juga hanya sekadar pengajaran dari kisah-kisah lalu tetapi al Quran juga adalah GPS kita. panduan hidup kita dunia dan akhirat. begitu bertuahnya kita sebagai umat nabi Muhammad SAW.

lantas ku biarkan tangan lincah mengatur langkah untuk mencoret segala bait kata yang menyentuh hati kecil ini ke dalam buku sebagai motivasi, nasihat dan peringatan buat diri yang sering alpa, lalai dan lena di buai kesibukan dunia. segala kata-kata dan nasihat-nasihat yang aku perolehi dari ustaz tadi akan ku semat indah di hati.
hati kini tersenyum lega. kecelaruan dan kekacauan kegusaran di hati mulai reda dan beransur menghilang. kini langkah ku lebih yakin untuk menantikan minggu final exam. aku yakin ALLAH pasti membantuku. selagi kita menjaga hakNYA insyaALLAH DIA akan memberi yang terbaek buat kita!



the moral story :
1. jangan tinggalkan al Quran.
2. jika ingin berjaya di dunia dan akhirat, ilmu yang kita pelajari kena seimbang. belajar ilmu dunia tetapi bagi ruang untuk mempelajari ilmu agama. kerana hati kita semua memerlukan makanan dan makanan hati adalah ilmu agama. insyaALLAH bila hati sihat, segala urusan nampak mudah! kerana hati kita hanya bergantung kepada ALLAH.
3. yakin la, "sebaek2 pelindung, penjaga dan penolong adalah ALLAH.."

p/s : maaf jika ada yang salah. mohon mintak di tegur dan dibimbing. ana masih belajar tentang penulisan islamik. insyaALLAH.. syukran jazilan...


Monday, August 6, 2012

Mahabbatul Ramadhan

Bismillahirrahmannirrahim...
dengan nama ALLAH yang MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...

assalamualaikum...


Mahabbah Ramadhan
“Ramadhan pencetus generasi bertaqwa.”
Al baqarah : 183-186

Hasil forum Mahabattul Ramadhan bersma  Ustaz Shaari Mohamad Rahman dan Ustaz Muhamad Munawih (maaf kalo salah taip nama ustaz2 ni..):

1.       Knp ramadhan penghulu segala bulan
-          Al quran diturunkan pada bulan Ramadhan sebagai petunjuk kepada manusia.
-          Ramadhan adalah bulan Makrifah.
-          Puasa akan memberikan kita 2 pilihan ; samada jadi orang beriman dan bertaqwa atau menjadi orang yang fasik.
-          Puasa yang bukan orang bertaqwa hanya akan mendapat lapar dan dahaga.
-          Banyakkan berzikir. Kawal nafsu. Kawal mata, hati dan mulut.
-          Dalam bulan ramadhan, 2 syaitan akan dilemahkan iaitu syaitan dan syahwat (nafsu).

2.       Jika tak sabar tungu Ramadhan.
-          Bulan ramadhan untuk kita “HONEY MOON” dengan ALLAH SWT. DIA bagi kita ruang untuk lebih mendekatiNYA.
-          Cara hidup produktif muslim adalah  berpuasa.
-          5 kelebihan bulan puasa :
                                I.            Nafsu akan di tambat. Bagi lapar dan dahaga. Pusat nafsu adalah diperut.
                              II.            Syaitan di tambat adalah external factor bukan seluruh syaitan yang ditambat tapi hanya syaitan yang membisikan was2 di dalam hati.
                            III.            Tawaran hebat di penghujung ramadhan. Iaitu lailatul qadar. Pahala hebat. Dosa2 di ampunkan. Ibadah yang lebih baek dr seribu bulan. 10 malam terakhir ramadhan. Bangun 10 mlm terakhir ramadhan.
                            IV.            Sejarah berbicara tentang kaum terdahulu. Compare kualiti puasa dgn umat yang terdahulu. Cth bani Israel ada yang berpuasa selama 3 hri berturut2. Malaikat keja paling sibuk adalah pada bulan Ramadhan. Energy akan dapat extra bila dapat kawal nafsu dan dahaga dengan baek. Kental hati lebih baek dan kuat dr kental atau kuatnya besi.
                              V.            Bukan sekadar  untuk beribadah sehbis baek hanya di bulan Ramadhan tetapi selepas itu tidak. Hakikatnya sahabatku, bukan seperti itu.ketahuilah oleh mu bahwa bulan ramadhan adalah charge untuk ibadah kita sepanjang tahun kira seperti tuning point kita. Ramadhan adalah trending center spy kita menjadi seseorang muslim yang baek dan istiqamah dalam ibadah dan ketakutan kepada ALLAH.

3.       Cukupkah tarbiah 1 bulan untuk mengharungi 11bulan seterusnya?
-          Rramadhan itu memilik falsafah di dalam 4 perkara :
1.       Kena cari pahala dan tolak dosa J
Contoh : membaca al quran tadarus atau pun mengerjakan amalan-amalan kebajikan yang lainnya. Pahami syariat Islam. Pahala akan rosak apabila riak mula menjalar di hati kita. Dan sebaek2 sedekah adalah pada bulan Ramadhan.
2.       Ramadhan adalah bulan Mawaddah. So control marah yea...
3.       Amanah. Puasa akan mengajar kita untuk lebih amanah.
4.       Ramadhan adalah bulan mencari ilmu dan agama.
-          insyaALLAH pesan ustaz, jika kita mampu menghayati dan memahami 4pekara di atas kita akan jd muslim yang terbaik! J

kesimpulan :
menghayati Ramadhan untuk menjadi insane AL FATIH :
barangsiapa bangun untuk mengisi Ramadhan, muhasabah diri, berfikir dan memahami apa yang ingin kita dapat adalah proses DIA untuk membentuk kita berubah menjadi baek untuk bulan-bulan seterusnya. Ramadhan adalah bulan yang panas untuk menguji keteguhan kita. Konsisten sentiasa dalam mbuat amalan kebaikan. Supaya hati kita jinak dan mudah diluntur dengan nilai-nilai Islam yang murni justeru melahirkan hati-hati yang ikhlas. Jika melakukan dosa dan timbul perasaan bersalah maka itulah hasil didikan. Hati tidak rela kita dalam keadaan berdosa kepada Khaliknya.
Taqwa adalah menjaga peraturan ALLAH dalam soal halal dan haram. Sebaik2 manusia adalah yang Berjaya mengeluarkan nasfu kata ulamak.
Ramadhan madrasah untuk kita buat segala kebaikan J
Ramadhan bulan menjana diri kea rah yang lebih baek. Undang perubahan :
1.       niat (nyatakan azam ingin berubah)
2.       berubah jgn bagi alasan tp bertindaklah secara proaktif.
3.       Pentingnya suasana. Spt sentisa menjaga pergaulan dan yang sewaktu dgnnya..

Allahuálam...
Inilah dia cket perkongsian MAHABBATUL RAMADHAN dr KOLEJ HARUN AMINURRASID.
Segala yang kurang harap di maafkan kerana penulis ini hanya insane dan manusia biasa..
Sekian wassalam...