Tuesday, March 15, 2011

Krisis Keyakinan

article kali ni sy petik dari iluvislam.. semoga mampu mengembalikan keyakinan yg kian goyah..

 Selalunya apabila diuji kita akan melihat ujian itu sebagai satu seksaan atau malapelaka yang kadangkala menyebabkan kesedihan atau kegusaran yang melampau-lampau. Kita menangis semahu-mahunya, bercerita tidak henti-henti dan menyalahkan diri sendiri dan orang di sekeliling yang boleh disalahkan. Terlalu cepat kita melatah. Terlalu singkat sekali pemikiran kita yang pada dasarnya dilapisi ilmu agama. Tanpa kita sedari mungkin ini petanda rendahnya iman.
Di luar kotak musibah, boleh sahaja kita menasihati orang lain agar bersabar, supaya berserah kepada Allah SWT, bertawakkal dan redha dengan qada' dan qadar tetapi lihatlah saja berapa ramai antara kita yang akhirnya memakan kata-kata sendiri apabila dihembus angin musibah. Kata-kata nasihat yang bersemangat keluar daripada mulut kita sendiri kini pudar dan longlai dipukul ujian dunia. Mungkin ada yang berkata "Tak rasa mana tahu. Kena batang hidung sendiri baru tahu."
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ
"Wahai orang-orang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan?"
(Al-Shaf:2)
Mengapa ini terjadi?
Mengapa ada di antara orang-orang yang terlebih dulu 'makan garam' dan mereka yang dalam ilmu kefahamannya tentang hakikat dan takdir Allah SWT juga tidak terlepas dari berkelakuan demikian walaupun mereka mengetahui tentang ilmu agama? Mereka sepatutnya lebih arif bukan?
***
Ini kerana kita tidak bercakap soal ilmu. Kita bercakap berkenaan satu kuasa yang jauh lebih kuat daripada ilmu yang tersimpan di dalam akal fikiran. Kita bercakap tentang hati. Organ yang menjadi raja kepada tubuh kita dan jika baik hatinya maka baiklah keseluruhannya.
Hati yang membimbing kita untuk menjadi kuat dan tabah dalam menghadapi kesusahan atau ujian daripada Allah SWT. Kerana di hati tersimpannya keyakinan yang tidak mungkin muncul melalui ilmu pengetahuan yang kita perolehi semata-mata. Keyakinan daripada hati itu terbit tidak lain tidak bukan bersama iman . Iman yang datang daripada ilmu pengetahuan kita yang disertai amalan. Disebabkan itu, mengetahui tidak semestinya meyakini lantas boleh dizahirkan keyakinan itu dengan perbuatan.
Mengetahui itu berpangkalan di otak manakala meyakini berpangakalan di hati dan bersangkutan dengan perihal iman seseorang. Oleh yang demikian, boleh sahaja kita menyuruh seseorang bersabar menghadapi kematian ibu atau ayah tersayang atau difitnah rakan sekerja dan pasti orang yang ditimpa musibah itu juga tahu dia harus bersabar, tetapi setakat mana kemampuannya untuk bersabar. Kemampuan itu ditentukan oleh kekuatan hati dan keyakinan terhadap takdir, qada' dan qadar' dan janji-janji Allah SWT.
Tidak yakinkah kita perjuangan kita iaitu bersabar dan terus mentaati perintah Allah SWT ini akan di balas dengan balasan yang lebih baik?
Jika kita tidak berupaya untuk bersabar maka kitalah yang harus dipersalahkan kerana tidak yakin. Tidak yakin dengan janji Allah SWT dan lemahnya kita dalam mengenal sifat-sifat Allah SWT. Kita mungkin fasih melaungkan Asma-ul-husna tetapi mungkin juga gagal dalam meyakini kebenaran nama-nama agung yang basah di lidah kita. Apabila difikirkan kita mungkin rasa malu, terlalu daif dan kerdil hendak mencongak iman yang tidak tahu di mana tahapnya. Disebabkan itulah, kadangkala kita selalu gagal untuk bertenang apabila berhadapan dengan konflik di dalam kehidupan seharian.
Benarkah cinta kita kepada Allah SWT jika kita gagal untuk pecaya dan yakin akan sifat-sifat Allah SWT?
Keyakinan itu hakikatnya berada pada tahap yang asas dalam beragama. Rukun iman sendiri berkisar tentang kepercayaan yakni keyakinan kita kepada enam perkara utama. Enam perkara ini sememangnya adalah perkara-perkara ghaib yang tidak boleh kita lihat dengan mata kasar kecuali dengan petunjuk iaitu di dalam Al-Quran. Mengapa perkara ghaib? Kerana Allah SWT hendak menguji keyakinan kita. Yakni haqqul yakin, keyakinan sepenuh hati tanpa melibatkan bukti atau akal. Keyakinan yang diharapkan ini juga membawa maksud berserah kepada kepada Allah SWT tanpa bersebab atau bukti.
***
Sewaktu peristiwa Israk Mikraj, betapa ramainya insan yang tidak yakin dengan kenyataan Nabi SAW bahawa beliau telah dijalankan oleh Allah SWT di waktu malam ke Masjid Al-Aqsa daripada Masjidil Haram pada malam yang sama diangkat hingga ke Sidratul Muntaha. Menurut tafsiran Sya'rawi, ramai yang tidak percaya sehingga ada yang murtad sementara golongan kafir Mekah lebih ke arah memaksa Nabi SAW mengaku yang perjalanan itu cumanya perjalanan roh yakni mimpi dan bukan jasad kerana ianya lebih logik dan boleh diterima akal.
Namun di kala itu, Abu Bakar sahabat Nabi SAW menerima berita itu dengan penerimaan seorang mukmin yang membenarkan peristiwa itu.
"Jika Muhammad SAW berkata demikian maka dia benar." Kemudian dia berkata lagi,"Bahkan kita mempercayainya jika dia mengatakan yang lebih jauh dari itu, kita telah mempercayainya dalam hal berita langit (wahyu), lalu bagaimana kita tidak mempercayainya dalam hal ini?"
Sayu memikirkan betapa tingginya iman Abu Bakar yang diterjemahkan melalui keyakinannya yang penuh kepada Rasulullah SAW tanpa memerlukan bukti atau dalil. Begitukah kita? Hikmah kejadian Israk' Mikraj ini tidak lain tidak bukan adalah sebagai ujian keimanan dan permbersihan keyakinan manusia sehingga tidak menetap orang-orang disekeliling Rasulullah SAW melainkan mereka yang memiliki keimanan dan keyakinan yang kuat yang tidak dapat digoyahkan.
***
Kisah pemuda-pemuda Ashabul Kahfi sekali lagi mengajar kita tentang keimanan. Perjuangan mereka melarikan diri ke sebuah gua yang secara zahirnya adalah sempit bagi menyelamatkan akidah dan keimanan juga berdasarkan prinsip keyakinan.
Cuba kita bayangkan mereka semua berlindung di dalam gua dan meninggalkan semua harta, keluarga dan segala-galanya yang mereka miliki. Mereka hanya mempunyai agama yakni keimanan dan pergi ke tempat yang sempit yang di dalamnya tiada ada sesuatu yang boleh menjamin kehidupan mereka. Namun sedikit tidak terdetik di hati mereka untuk gusar dan risau ketika itu kerana mereka yakin mereka mempunyai Tuhan yang akan menguruskan semua urusan mereka dan mereka cuma berdoa sepenuh hati.
Kemudian Allah SWT menjawab doa mereka. Allah SWT menghadiahi keimanan mereka dan mencukupi keperluan mereka dengan sesuatu yang diluar logik akal.
فَضَرَبْنَا عَلَى آذَانِهِمْ فِي الْكَهْفِ سِنِينَ عَدَدًا
"Maka kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu."
(Al-Kahfi: 11)
Mengapa ditutup telinga? Kerana Allah SWT mahu membenarkan mereka tidur yang tidak akan diganggu dengan apa sekali pun kerana telinga merupakan organ yang masih berfungsi di kala kita masih tidur. Dengan tertutupnya telinga, Allah SWT menidurkan mereka selama kurang lebih 309 tahun sekaligus mencukupkan keperluan mereka untuk hidup sedangkan mereka tidak sedar langsung akan hal itu.
Mengapa mereka dibantu? Kerana keyakinan dan keteguhan hati dalam beriman kepada janji Allah SWT dan beramal untuknya.
وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لَنْ نَدْعُوَ مِنْ دُونِهِ إِلَهًا لَقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا
"Dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata, 'Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian, telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran."
(Al-Kahfi: 14)
***
Lalu apa yang menghalang kita daripada meyakini janji Allah SWT? Tidak cukupkah pengajaran di dalam Al-Quran mengenai janji-janji Allah SWT yang tepat. Kita terbiasa melihat medium atau alat yang digunakan untuk menguji kita sebagai penyebab utama dan bukanlah Allah SWT. Dalam ayat yang lebih ringkas kita mahu "someone to be blame". Lemah benar iman kita. Sedar tidak sedar kita sudah terlalu terbiasa menjadikan manusia, kejadian atau material sebagai sebab terjadi sesuatu. Kita gagal dalam meyakini semuanya datang dari Allah SWT dan ini semua hanyalah ujian. Hati ini terlalu keras untuk memahami yang semua ini berlaku hanya kerana Allah SWT mahu ianya berlaku kerana jika Allah SWT mentakdirkan sesuatu ke atasmu, nescaya seluruh cakerawala akan bekerjasama menjalankan 'kun' Allah SWT itu, tetapi seandainya tidak ditakdirkan berlaku, bekerjasamalah keseluruhan jin dan manusia tetap ianya tidak akan berlaku.
Takdir Allah SWT itu sudah tertulis. Apabila dikunjung kesempitan, masalah, konflik, ujian, kesedihan, musibah yang menggoncang keyakinan kita haruslah kembali kepada Allah SWT. Tidak usah berterus-terusan melawan takdir dan menyalahkan dunia sekeliling. Kita diuji kerana Allah SWT masih sayangkan kita dan masih mahu menunjukkan jalan yang lurus kepada kita agar tidak dibiar hanyut, leka dan alpa dalam keseronokan. Kegembiraan sementara yang belum tentu baik buruknya.
Yakinlah kepada sesuatu yang hilang. Sahabat, kepercayaan, harga diri, saudara, kegembiraan, kebiasaan, kemewahan, maruah, keyakinan diri atau anak akan digantikan dengan perkara yang lebih baik. Yang pasti yakinlah kita, seyakin-yakinnya barulah Allah SWT akan memberi yang terbaik kepada kita. Bukankah Allah SWT itu mengikut sangkaan kita terhadapNya?
Kesimpulan
Di dalam kisah Nabi Musa, Allah SWT memberi jaminan kepada bonda Nabi Musa apabila dia perlu menghanyutkan Nabi Musa ke sungai. Dalam jaminan Allah SWT telah menyebut Dia menguatkan hati bonda Nabi Musa supaya imannya menjadi kuat dan mampu bersabar serta percaya kepada janji Allah SWT kerana secara logiknya ibu mana yang sanggup menghanyutkan anaknya sendiri di dalam sungai. Sesungguhnya Allah SWT telah yang memberi ilham dan keyakinan itu.
وَأَصْبَحَ فُؤَادُ أُمِّ مُوسَى فَارِغًا إِنْ كَادَتْ لَتُبْدِي بِهِ لَوْلا أَنْ رَبَطْنَا عَلَى قَلْبِهَا لِتَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
"Dan hati ibu Musa menjadi kosong. Hampir saja dia menyatakan rahsia tentang Musa seandainya tidak Kami teguhkan hatinya, agar dia termasuk orang-orang yang beriman kepada janji Allah SWT. "
(Al-Qashash:10)
Syaratnya kita harus berada di dalam kategori orang beriman yakni yakin. Di dalam surah Al-Fath Allah SWT menyebut sekiranya Dia mengetahui keimanan ada di dalam hati salah seorang hambanya, pasti Dia akan menurunkan ketenangan ke dalam hati orang itu pada saat terjadinya musibah.
لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا
"Sesungguhnya Allah reda kepada orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya)."

(Al-Fath:18)
 Renungan
Ketika Nabi Ibrahim mahu meninggalka Siti Hajar di tanah gersang dan kontang yang mana tidak ada hidupan pun di situ, Siti Hajar bertanya, "Disinikah kami ditinggalkan? Apakah kamu meninggalkan kami di sini atas pilihanmu atau atas pilihan Tuhan?"
Ibrahim menjawab: "Ini adalah perintah Allah SWT."
Hajar membalas dengan yakin:  "Kalau begitu kami tidak akan ditelantarkanNya."

Tuesday, March 1, 2011

REMAJA ISLAM

assalamualaikum warahmatuallah... blog ini sy rasa sy nak b'kongsi ttg my point of view..
snlm tu, maf sekiranya blog ni lama tak up date article dlmnya.

baiklah, berbicara mengenai Remaja Islam, sy tak tau knp sy letak tajuk ni sbagai paparan utama tapi apa yg sy ingin sampaikan adalah ttg pergaulan llki dan wanita..

~ untuk pngetahuan semua, Remaja merupakan tiang bangsa dan negara serta Agama  bagi memajukan sesebuah komuniti. tanpa remaja yang matang dan berfikiran optimis kejayaan akan sukar untuk d capai apatah lagi utk memajukan sesuatu bidang. d sini, kita memerlukan para remaja yang berkualiti dari segi J.E.R.I.S iaitu, Jasmani, Emosi. Rohani, Intelek dan sosial. berbalik kpd pokok perbincangan kita iaitu REMAJA ISLAM. apa yang dapat sy saksikan tika ni terlalu banyak remaja Islam yg hanyut di buai dek arus kemodenan yang bersifat barat. mereka membudayakan budaya barat tanpa memikirkan adab mahupun tuntutan kita sbg org Islam. sy tidak sesekali menyalahkan mana2 pihak namun, di sini sy terfikir untuk mencari solusi bagi masalh ini. Jika masalah ini tidak di bendung dgn segera, maka akan lahirlah satu komuniti yang hitam dan gelap bak keruhnya air yang jernih. sy bukan sesiapa untuk menyuarakan permaslhan ini namun, sbg umat Islam yang mengambil berat soal Agama Islam, sy tidak terlepas sama utk memikirkan hal ini. mgkn ianya akan bermanfaat satu ketika nanti apabila kita bergerak ke suatu tempat yng tlh Allah takdirkan buat kita.

~ Remaja Islam, seharusnya memikirkan soal agama dari segi sikap, tingkahlaku, perwatakan mahupun penampilan. tidak menjadi 1 kesalahan jika kita ingin bergaya namun niat kita  dan caranya kita kna jaga. contohnya, muslimah = bg wanita kita bleh memperagakan baju apa sekali pn mengikut cita rasa kita. namun begitu niat kita kna jaga, niat bukan utk menjadi popular mahupun menjadi perhatian llki, jika itu berlaku maka akan hitam la hati kita krn ujub, takbur yg akan bertahta d hati. kedua, syarat bajunya hendaklah baju yang sopan yg tidak mendedahkan bntuk badan, menutup aurat dan tidak nipis kainya
tutur kata hendak lah tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut yg bisa menjadi racun kpd iman llki dan membangkit nafsu mereka.

~ ikhtilat juga kita kna jaga. iktilat bermaksud pergaulan antara llki dan wanita. (rujuk kembali adab2 dalam pergaulan antara llki dan wanita dalam Islam)
llki dan wanita muslim bertangjwb menjaga maruah masing2... biarpun si llki tersebut merupakan kawan lama kta dari sekolah rendah namun tak bermakna di boleh memperlakukan kita sesuka hati spt bercerita bertepuk tampar, berpegang2 tgn dll. kita hendaklah pandai mengawasi cara kita bergaul dgn llki dan wanita.
buat si llki, kalian hendaklah menghormati hak wanita. berkawan boleh tp bukan utk d pegang2 sesuka hati.
dab buat si wanita, anda juga msti tahu menjaba batas pergaulan dgn llki. jika anda yg memulakan dulu adegan yg negatif maka jgn heran jika si llki berani utk mbuat pkara yg lbh dari itu.

~ seusai, sy mengupas tajuk ni, kesimpulan yang dapat kita buat adalah Remaja Islam memerlukan didikan agama yang kukuh dan mantap supaya cara pergaulan mereka dapat d kawal seterusnya akan memberi kesan positif kpd negara, bangsa dan agama...

p/s : ini adalah hasil dari pemerhatian sy... maaf kiranya ada yg tak puas hati ato pn terasa...  sesungguhnya idea dan ilham ini dtg dari Allah sehingga ligatnya jari jemari ini menekan punat2 yg terdapat di papan kekunci ini.. sekian, Yang baik itu dtg dari Allah, yg buruk itu ats kelemahan sy sendiri... hakikatnya semuanya datang atas izin Allah... allahu'alam... 

Saturday, February 19, 2011

REDHA TERHADAP QADHA DAN QADAR ALLAH SWT.

Rela terhadap ketentuan, kehendak dan kekuasaan Allah adalah wajib hukumnya dan merupakan tanda adanya iman di hati seseorang. Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:
“Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-KU dan tidak bersabar atas bencana yang AKU timpakan atasnya, maka carilah Tuhan yang lain sekain daripada-KU.” –(HR.Thabrani)

Dalam al-Quran Allah berfirman:
Bermaksud:
“apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: “kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang dusta (dalam keimannya).” – surah Al- Ankabut:2-3

Dengan berdasarkan ayat di atas maka Rasulullah SAW bersabda:
Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu bencana (bala), sebagaimana seseorang kamu mencuba(menguji) emas dengan api. Maka di antara mereka akan keluar seperti emas asli, iaitu mereka yang dilindungi dan dipimpin oleh Allah dari perkara syubhat dan di antara mereka yang keluar sebagai emas hitam(palsu), iaitu bagi mereka yang mendapat fitnah.”-(HR.Thabrani)

Friday, February 11, 2011

Apa itu Valentine’s Day??

Assalamualaikum warahmatuallah…
Begitu lama rasanya saya da tak update blog Layar Keinsafan ini.. sy mintak maaf sgt2 sbb da lama tak tinjau blog ni.. cam berhabuk da plak.. hmm…

Hari ini sy akan berkongsi kpd semua ttg satu topic yg sangat famous pada bln February ini..
Kata bln February pasti tergambar di minda kalian ttg Valentine’s Day.. yea dak???
Persoalan yg saya ingin utarakan antaranya:
1. Apakah itu Valentine’s Day?
2. Adakah umat Islam perlu menyambutnya?
3. Apakah kesan kpd social umat Islam?

Baiklah, sy telah nyatakan 3 soalan yg bakal saya kupas pada layaran kali ini.
Pertama : Apakah itu Valentine’s Day dan sapa yang terlibat??
Secara umumnya, Valentine’s Day ini dirayakan kononnya sebagai hari utk berkasih sayang. Pada ketika inilah mereka kononnya akan merealisasikan CINTA SUCI yang lahir dalam hati mereka dan direalisasikan dgn perlakuan. Astagafiruallah…
Si gadis sanggup buat apa sahaja demi si lelaki tanpa memikirkan baik buruk, pahala dan dosa.
Mari kita telusuri dahulu sejarah Valentine’s Day ini.
Menurut sejarahnya, Valentine ini merupakan nama seorang paderi yang mana berusaha menghubungkan kasih sayang anatara lelaki dan wanita. Kononnya pada zaman itu, lelaki digalakkan untuk menjadi tentera dan di larang utk berkasih syg krn takut nanti focus mereka hilang.
Namun begitu, Valentine ini telah melanggar perintah Ratu Elizabeth tersebut lalu mengkahwinkan lelaki dan wanita secara senyap2.. akhirnya, sampai ke pengetahuan Ratu lalu Valentine di jatuhi hukuman mati. Maka dari situ, tercetuslah Hari Valentine bagi memperingati jasa beliau dalam kasih sayang. Sebenarnya kisah Valentine’s Day ini mempunyai pelbagai versi sehingga sukar utk memastikan kesahihan kpd Hari Valentine yang diraikan ini…
Kedua : Apakah perlu umat Islam menyambutnya hanya untuk menunjukkan kasih sayang??
mgkin ada yg brpendapat sedemikian..niat selalunya tidak menghalalkan cara…para remaja menggunakan alasan ini untuk memenuhi nafsu mereka. Secara peribadinya, kita selaku umat Islam mesti @ WAJIB menjauhi diri daripada terlibat dgn fenomena ini. Hal ini kerana, Valentine’s Day adalah budaya orang Kristian. Allah SWT berfirman dalam Al Quran yang bermaksud :
“Dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yg telah datang kpdmu dr kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yg dijadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama ( yg wajib diikuti oleh masing-masing ).” –surah Al-Maidah : ayat 48
Kita harus mengetahui bahawa Nasrani, Kristian dan Yahudi telah lama memusuhi Islam. Sejak dari Zaman Nabi Baginda SAW. Sejajar dgn itu, ALLAH SWT telah berfirman, maksudnya :
“dan org2 Yahudi dan Nasrani tidak rela kpdmu (Muhammad) sblm engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘sesungguhyan petunjuk ALLAH itulah petunjuk (yg sebenarnya).’ Dan jgn engkau mengikuti keingini mereka stlh ilmu (kebenaran) sampai kpdmu, tdk akan ada bagimu pelindung dan penolong dari ALLAH.”- Surah Al-Baqarah : ayat 120.
So sudah jelas bukan bahawa Valentine’s Day ini salah dari segi syariat ALLAH utk kita raikan. Jika nak sgt berkasih syg, knp tidak kita nyatakan 365 days.. but why should we wait for the 14 FEB ?? Dalam Islam kita disarankan untuk sentiasa berkasih sayang sesama manusia. Pesan Rasulullah SAW, “salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.” (al-Adab al-Mufrad, hadis no:594 dgn sanad yg hasan)
Ketiga : Kesan Valentine’s Day kpd kehidupan social umat Islam??
Kesannya sangat mudah. Ayuh kita putarkan kembali layar minda kita kpd scenario yang penah berlaku di Negara kita kitar tahun 2008-2010. Berapa banyak kes maksiat dan kes buang bayi yang berlaku ke atas diri remaja? Dan yang amat menyedihkan kebanyakkan mereka adalah remaja Islam.. Astagafiruallah… jika remaja Islam rosak skrg, siapakah yang akan menerajui pucuk pimpinan Islam dan yang lebih penting siapa lagi akan menerusikan khdpn yang suci dan indah? Ya Allah, peliharalah umat Nabi Muhammad, Umat KekasihMu ya Rabb…
Ini adalah petanda bahawa Islam skrg di ambang kemusnahan…
Selain itu, cara pergaulan para remaja juga sudah tidak terkawal lagi. Main hentam kromo sahaja. Bergurau senda, lepak-lepak tanpa mengendahkan norma susila adab ketimuran. Pahala dosa, syurga neraka sudah tdk diperlukan lagi.. ni la di antara kesan besar yang dapat kita saksikan. Namun begitu, terdapat banyak kesan lagi jika kita terus membuat pemerhatian.
Tapi hanya ini sahaja yg sy utarakan sbg muqadimmah..
Kesimpulannya:
Kita seharusnya menguatkan hati, iman dan taqwa kita utk menjaga diri dari terjebak kpd scenario ini. Ingatlah pesan ALLAH SWT : “dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak punyai pengetahuan mengenainya ; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya ttg apa yang di lakukannya.”

P/s : segala yg baik itu datangnya dari ALLAH SWT,
Dan segala yg kurang itu datangnya atas kelemahan diri ini.
Sesungguhnya segala yang datAng itu atas izinnanNYA…


ALLAHU’ALAM…

Wednesday, December 22, 2010

Niat Yang Ikhlas

NIAT YANG IKHLAS.
Rasulullah SAW bersabda:
“sesungguhnya nilai perbuatan itu bergantung dengan niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang, buah atau ganjaran sesuai bagaimana niatnya. Barangsiapa hijrahnya kerana menuruti perintah Allah dab Rasul-NYA nescaya hijrahnya di terima Allah dan Rasul-NYA (dan diberi pahala), dan barangsiapa hijrahnya kerana keuntungan dunia yang dikejarnya atau kerana perempuan yang dikahwininya, maka hijrahnya sampai kepada niatnya itu.”-(HR. Bukhari dan Muslim)

“sesungguhnya Allah mencatat kebaikan dan kejahatan, kemudian menjelaskan keduanya. Maka siapa yang berniat untuk berbuat kebaikan, kemudian tidak dikerjakannya, Allah mencatatkan untuknya satu kebaikan (pahala), dan jika kemudian dikerjakanna maka di catat sepuluh kebaikan (pahala), dan mungkin ditambah hingga tujuh puluh kali lipat atau lebih daripada itu. Dan apabila seseorang berniat akan berbuat kejahatan, kemudian tidak dikerjakannya, maka Allah mencatat baginya satu kebaikan (pahala). Dan jika niat jahat itu dilaksanakan, maka dituliskan baginya satu kejahatan.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Tuesday, December 21, 2010

Teguhkanlah keperibadian Anda-La Tahzan

TEGUHKANLAH KEPERIBADIAN ANDA
Yakni, jangan mudah mengenakan dan meniru-meniru ciri keperibadian umat lain! Kerana, itu akan menjadi petaka yang tidak mudah redha bagimu. Orang-orang yang lupa dengan dirinya sendiri, suaranya, gerakan tubuhnya, ucapannya, kemampuannya, dan keadaannya sendiri, kebanyakan akan meniru-niru budaya bangsa lain. Dan itulah yang disebut dengan melatah, mengada-ada, berpura-pura dan kehilangan jati diri.
Sejak zaman Nabi Adam ‘Alaihissalam hingga makhluk terakhir ciptaan Allah tidak pernah ada dua orang yang persis rupanya. Maka, mengapa masih ada orang-orang yang memaksa diri untuk menyamakan perilaku dan keperibadiannya dengan bangsa lain?
Anda merupakan sesuatu yang lain daripada yang lain; tidak ada seorang pun yang menyerupai anda dalam catatan sejarah kehidupan ini, belum pernah ada seorang pun yang diciptakan sama dengan anda, dan tidak akan pernah ada orang yang akan serupa dengan anda di kemudian hari.
Anda sama sekali berbeda dari Zain dan ‘Amr. Kerana itu, jangan memaksa diri untuk meniru-niru keperibadian orang lain!
Tetaplah berpijak dan berjalan pada keadaan dan perilaku anda sendiri!
[… sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing …](Al-Baqarah: 60)
[dan bagi tiap-tiap umat ada arah (qiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu ,mengerja kebaikan … ](Al-Baqarah: 148)
Hiduplah sebagaimana anda diciptakan; jangan mengubah suara anda, dan janganlah merubah cara berjalan anda! Tuntunlah diri anda dengan wahyu ilahi, tetapi juga jangan melupakan keadaan anda dan jangan membunuh kemerdekaan anda sendiri!
Anda memiliki corak dan warna tersendiri. Dan kami mengiginkan agar anda tetap seperti itu; dengan corak dan warna anda sendiri, sebab anda diciptakan demikian . kami mengenal anda seperti itu, maka:
[ janganlah seseorang di antara kalian menjadi orang yang tidak berpendirian.]
Umat manusia- dengan pelbagai macam tabiat dan wataknya- seperti alam tumbuhan; ada yang manis dan masam, dan ada yang panjang dan pendek. Dan seperti itulah seharusnya umat manusia. Jika anda seperti pisang, anda tidak perlu mengubah diri menjadi jambu, sebab harga dan keindahan anda akan tampak jika anda menjadi pisang.
Begitulah, sesungguhnya perbedaan warna kulit, bahasa, dan kemampuankita masing-masing merupakan tanda-tanda kebesaran Sang Maha Pencipta. Kerana itu, jangan sekali-kali mengingkari tanda-tanda kebesaranNya.

-La Tahzan...

Friday, December 17, 2010

santapan minda dan rohani..

JoDOH DAN PERTEMUAN…
-ku yakin berlaku-

Yang ku panggil kasih,
Ku kenang selalu,
Hidup atau sepi,
Rindu padamu…
Dalam kesibukan, dalam kelapangan
Tiada ku ingkar ingatan yang suci,
Tertumpu mendambakan di satukan denganmu..
Di hari yang indah ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama…
Di hari yang indah tiada sedetik akan terlewat mahupun tercepat
Ku tatap wajahmu duhai kekasihku…
Garisan permula jauh ku tinggalkan
Semangatku sama mencapai impian..
Di hari yang indah ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama…
Di hari yang indah tiada sedetik akan terlewat mahupun tercepat
Ku tatap wajahmu duhai kekasihku…
Kau ku panggil kasih,
Dulu dan selamanya,
Tidak akan berubah perasaan ini…
Di hari yang indah ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama…
Di hari yang indah tiada sedetik akan terlewat mahupun tercepat
Ku tatap wajahmu duhai kekasihku…

Buat semua, saudara saudari, akhi dan ukti yang mencari CINTA YANG SEJATI…

Cinta itu adalah fitrah buat semua yang bergelar manusia. Kerana cinta manusia masuk syurga, dan kerana cinta juga manusia masuk neraka hidup merana di dunia apatah lagi derita kelak di akhirat.. mengapa tidak kita pandu cinta kita ke arah kebaikan?
Sejujurnya, kita tidak akan terlepas daripada memiliki perasaan seperti ini terutama yang masih bergelar remaja dan pelajar seperti saya. Namun, cinta dalam konteks usia remaja atau dunia pelajar cukup mencabar. Tersalah langkah buruk padahnya. Cinta yang abadi dan suci adalah cinta yang mendekatkan diri kita kepada PENCIPTA kita iaitu ALLAH SWT. Cinta yang palsu dn hina adalah cinta yang melalaikan kita daripada mendekatiNYA dan melanggar segala laranganNYA. Secara holistiknya, tidak salah jika kita ingin bercinta kerana perasaan untuk menyayangi dan di sayangi adalah fitrah manusia. Namun, cuba kita perhatikan kembali cinta yang kita bina itu, kita nilai dan kaji dengan teliti. Fikirkan, adakah waktu solat kita terjaga sepertimana kita menjaga perasaan si kekasih?? Adakah kita selalu bertanyakan khabar ibubapa kita sepertimana kita bertanyakan khabar si dia?? Dan yang paling utama, apakah kita selalu mengingati ALLAH sepertimana kita mengingatinya?? Andai anda dapat menjawab soalan ini dengan positif, maka teruskan percintaan anda tapi ingat ikhtilat lelaki dan perempuan. Namun, andai jawapannya adalah negetif maka tanyalah iman dan taqwa mu. Mana yang lebih anda utamakan antara CINTA ALLAH dan CINTA MANUSIA.
Bagi yang masih single, teruskan… kerana yakinlah bahawa Allah telah menciptakan seseorang buatmu sejek azali lagi. Telah terungkap nama sesesorang buatmu di Luh Mahfuz. Cuma ketika ini peribadinya di tentukan oleh sejauhmana ketinggian keperibadianmu. Andai anda, memiliki akhlak dan keperibadian yang baik, maka si dia juga memiliki akhlak dan peribadi yang baik kerana Allah itu Maha Adil. Janji Allah di dalam Al Quran, surah An Nur : 26 maksudnya, “wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik, begitu juga disebaliknya.” Maka apa yang meragukan kita jika ini adalah janji Allah buat hamba-hambaNYA?...
Ingatlah teman-teman semua, cinta abadi, suci dan tulus lahir daripada keredhaan ibubapa dan mendapat keredhaan ALLAH. Namun, di usia remaja dan masih bergelar seorang pelajar, seelok-eloknya kita cuba hindari kepada cinta yang sia-sia dan melalaikan. Kita seharusnya, focus kepada masa depan kita untuk ibubapa dan agama kita. Berbakti kepada keluarga dan agama kita. Kerana dengan itu anda pasti akan memperolehi cinta yang di cari, pendamping hidup yang sejati pasti akan hadir seiring dengan kejayaanmu kelak.
Mari kita bersama mencintai mereka yang mencintai kita iaitu ALLAH SWT. DIA mencintai kita tidak mengira waktu dan siapa kita. DIA sangat2 menyayangi kita meski kita selalu melupakanNYA tetapi DIA tidak pernah melupakan kita. Setiap hari DIA menunjukkan kasih sayangNYA dengan memberi kita nikmat tubuh badan yang sihat, makanan yang sedap-sedap dan rezeki tanpa mengira sama ada kita hamba yang taat padaNYA atau tidak. Bukankan telah terbukti kepada kita akan kasihNYA??...
Seterusnya, cintailah AYAH DAN IBU. Mereka selalu ada di saat engkau merasa lemah. Mereka membelaimu dengan penuh kasih dan sayang. Tiap hari mereka mendoakan kesejahteraanmu dan kejayaanmu. Namun apakah kita selalu mendoakan mereka pagi, petang, siang dan malam?.. Tanya imanmu..
Tidak lupa juga cinta SAUDARA-SAUDARAmu… CINTA SAHABAT… sungguh banyak cinta sejati dan abadi di depan dan di sekeliling kita Cuma hati dan iman kita sahaja yang menentukannya…
Oleh itu, ayuh kita anjakkan paradigma kita untuk memikirkan kembali soal CINTA ini.
Yakin la satu hari nanti anda pasti akan bertemu dengan pasangan anda. Doakan dirinya meskipun anda tidak tahu siapa dan di mana dia berada tika ini. Kita serahkan dirinya dan cinta kita padanya kepada ALLAH. Biar ALLAH yang menjaganya buat kita. Yang kita perlu laksanakan sekarang adalah capai kejayaan dan balas jasa ibubapa kita serta berikan sesuatu yang bermanfaat buat agama kita.. allahu’alam.. ayuh kita hayati lagu “ku yakin berlaku” semoga kita mendapatkan kekuatan untuk mencari CINTA ABADI DAN SEJATI… insyaALLAH…
7:28 am
06 muharram 1432H
12 December 2010M