Thursday, July 25, 2013

Tinta Buat Ibu dan Ayah

Bismillahirrahmannirrahim...

sungguh,
kerinduan ini mengerakkan jari jemariku melakarkan apa yang terkandung d hati saat dan ketika ini.
ku tatap raut tua itu yang sntiasa menghiasi hari2 ku meskipun kini aku berjauhan dari mereka.
tanpa mereka tidak mungkin aku berada dunia saat ini.
wahai ibu dan ayahku..
maafkan aku andai penah menyinggug perasaan kalian
dalam sedar atau tidak..

ayah,
seorang yang sangat memahami ku.
saat aku jatuh, kecewa dan terluka
ayah sentiasa berada d sisiku
tidak pernah dibiarkannya aku bersendirian.
di saat aku gagal dalam mengapai cita-citaku
dia sentasa memberiku kata2 semangat
mencium dahi ku dengan penuh kasih syg...
kata2 semangat sentasa di lontarkan kepadaku.
di setiap akhir solat,
doa sentiasa di panjatkan buat kami anak-anaknya.
doa itu yang sering ku dengari.
membuatkan hati kecil ini menangis teresak2.

ibu,
insan yang paling rapat denganku.
di saat aku sakit dan jauh darinya
dia la insan paling risau...
di sujudnya tidak pernah lupa untuk mendoakan anak-anaknya.
ibu sentiasa memberiku kata-kata hikmah untuk ku terus bertahan
tika ujian Allah datang dan menerpa diriku,

Di ketika aku sakit dan tidak berdaya
ibu dan ayah insan-insan yang paling risau
kekadang, aku sanggup menyembunyikan sakit yang deritai
kerana aku tidak sanggup menyaksikan wajah tua itu dibaluti kerisauan.
selagi aku mampu bertahan
selagi aku mampu mencari penawar
aku akan cuba berusaha tanpa melibatkan ibu dan ayah.

ibu, ayah...
maafkan aku.
aku tdk bermaksud membelakangi kalian
tapi aku tidak sanggup untuk melihat wajah kerisauan itu
aku ingin melihat wajah itu sentiasa di hiasi dengan keceriaan dan kebahagiaan
aku tidak tahu,
samada aku ini anak yang baik atau tidak
anak yang taat atau tidak
anak yang solehah atau tidak...

ibuku,
diraut itu seringkali ku lihat di hiasai derita yang perit
tiap kali ku lihat wajah itu
hati ini umpama di hiris2
kalo boleh ingin shj aku yang menanggung sakit itu
tapi iu ujian Allah buat kita.
aku hanya mampu mendoakan keselamatan dan kesejahteraan ibu.
aku hanya mampu mengambil alih tugas di rumah dan
 membiarkan ibu rehat smbil menambahkan ilmu agama d dada.
memberi mu peluang untuk mendekatkan diri pada yang Esa.

ya Allah...
aku memohon padaMu
agar Engkau memberi aku peluang untuk aku menjaga ibu dan ayah.
izinkan aku untuk membahagiakan mereka
panjangkan dan rahmati umur mereka.
aku bahagia melihat setianya ayah di sisi ibuku.
aku bahagia lihat abang2 tidak pernah melupakan ibu dan ayah
mereka sentiasa membahagiakan ibu dan ayah
dan satu hari nanti aku harap aku mampu menjadi seperti abang2 aku
yang tidak penah meninggalkan tanggunjwab mereka sebagai seorang anak
segala pemintaan ibu dan ayah di tunaikan semampu dan sedaya yang boleh.

aku di besarkan dari keluarga yang sederhana
ayah hanya bekerja kampung
demi anak-anak, ayah sentiasa bekerja tanpa lelah
namun, ayah tdk pernah lupa untuk bersama dan meluangkan masa bersama anak-anak.
kami tetap di didik oleh ayah mengenal erti kesopanan dan adab
ilmu agama juga tidak pernah di biarkan...
segala pengorbanan ayah tidak penah ku lupakan..
tiap bait bicara dan kesah hidup serta dugaan dalam membesarkan kami tidak penah sekali ku lupakan.

demi ibu dan ayah,
aku berusaha sebaik mungkin,
agar raut tua itu di hiasi dengan senyum yang manis bahagia..

ya ALLAH..
ampuni dosa2 ayah dan ibuku.
syangi mereka dan jaga mereka tatkala kasih dan sygku tdk smpai pada mereka.
terimala taubat dan terimala amalan mereka.
kurniakan mereka warrdah dan rahmahmu ya Rabbul Izzati..


12:14 pm
KHAR
16 ramadan..
# aku ingin memeluk dan mencium erat tangan mereka.. oh ibu dan ayahku..... maafkan anakanda...

1 comment:

Unknown said...

Tiga Perkara Yang Tidak akan terputus daripada Anak adam selepas meninggal dunia:
1)Ilmu yang bermanfaat.
2)Sedekah Jariah.
3)Doa anak yang soleh.
(Riwayat Muslim)


Nice Entry ^_^